You are on page 1of 1

ii

ABSTRAK.
Kajian ini bertujuan melihat tahap gaya asuhan ibu bapa dengan tahap konsep kendiri pelajar.
Kajian ini juga bertujuan melihat hubungan antara gaya asuhan ibu bapa dengan konsep
kendiri pelajar. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan melihat perbezaan gaya asuhan ibu
bapa dan perbezaan konsep kendiri berdasarkan gender. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan
yang menggunakan kaedah kolerasi. Seramai 100 orang (50lelaki dan 50 perempuan) pelajar
tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Teja, Gopeng dipilih sebagai subjek
kajian. Data dikumpul menggunakan soal selidik yang mempunyai tiga bahagian. Bahagian A:
Maklumat Peribadi. Bahagian B: Parental Authhority Questionnare. Bahagian C: Tennesse
Self-concept Scale. Kaedah Analisis deskriptif, Kolerasi Pearson dan Ujian-T digunakan
untuk menguji hipotesis kajian.

Kata kunci: Gaya asuhan bapa, konsep kendiri.

You might also like