You are on page 1of 25

NAMA & NO.

MATRIK:
Muhammad Zafrullah bin Sahudin 99326
Norhidayah binti Zahari
99330

Mata Pelajaran: Geografi


Tingkatan: 4 Bakti
Masa: 09.00 - 10.20 a.m.
Hari: 25 Ogos 2009 (Selasa)

Objektif Am:
Pelajar dapat memahami ekosistem hutan hujan tropika.
Objektif Khas:
i. Pelajar dapat mentakrifkan konsep ekosistem hutan.
ii. Pelajar dapat menerangkan ekosistem hutan hujan tropika.
iii. Pelajar dapat membina rantaian makanan dan siratan
makanan dalam ekosistem hutan hujan tropika.

1.0

Konsep Ekosistem

2.0

Komponen-komponen Ekosistem

3.0

Ekosistem Hutan Hujan Tropika

4.0

Rantaian dan Siratan Makanan

5.0

Keseimbangan Ekosistem

6.0

Kesimpulan

Konsep Ekosistem
Ekologi ialah cabang sains yang mengkaji saling
kaitan yang erat di antara benda hidup dengan
persekitarannya.
Ekosistem pula merupakan unit yang dikaji oleh
ahli-ahli ekologi.
Bumi kita boleh dianggap sebagai satu ekosistem
yang besar.

Konsep Ekosistem
Ekosistem merujuk kepada suatu sistem di mana
dua komponen iaitu komponen biotik dan
komponen abiotik saling bertindak balas.
Kajian ekosistem adalah berkaitan dengan pola
interaksi antara komponen biotik dan komponen
abiotik dalam sesuatu kawasan atau unit ruang.

Komponen-komponen Ekosistem
Ekosistem

Biotik

Pengeluar
Tumbuhtumbuhan

Abiotik

Pengguna
Haiwan

Tenaga

Persekitaran
Fizikal

Unsurunsur
Kimia

Komponen Biotik
Biotik merupakan komponen-komponen
organisma yang hidup.
Komponen-komponen yang hidup ini terdiri
daripada semua tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan
manusia, termasuk haiwan seni.

Komponen Abiotik
Abiotik merupakan komponen-komponen
persekitaran fizikal.
Komponen-komponen persekitaran ini terdiri
daripada unsur-unsur udara, cahaya, air, dan
tanih.

Ekosistem Hutan Hujan Tropika


Komponen Biotik dalam
Hutan Hujan Tropika

Komponen Abiotik dalam


Hutan Hujan Tropika

tumbuh-tumbuhan berbunga

unsur-unsur iklim
tanah-tanih
mineral

burung
manusia (orang asli)
ular
serangga
pelbagai jenis haiwan

Di dalam sebuah hutan hujan tropika, tumbuhtumbuhan sebagai pengeluar yang terdiri
daripada pokok tualang, meranti, cengal, bungabungaan hutan, pokok renek, dan memanjat iaitu
rotan dan liana yang sentiasa bersaing untuk
mendapat punca tenaga iaitu cahaya matahari.
Hasil hutan seperti buah, daun, bunga, atau kayu
akan menjadi sasaran kepada pengguna primer
seperti ulat, rama-rama, labah-labah, tupai, dan
banyak lagi.
Pengguna primer juga dikenali sebagai herbivor.

Seterusnya, pengguna primer akan menjadi


mangsa kepada pengguna sekunder.
Pengguna sekunder terdiri daripada haiwan
seperti ular, harimau, dan burung helang.
Seterusnya, agen pengurai atau pereputan
berperanan dalam mengurai dedaun mati yang
berguguran dan haiwan yang telah mati. Agennya
seperti semut, anai-anai, kulat, dan bakteria.
Agen-agen pereputan ini akan menguraikan dan
mengembalikan nutrien-nutrien seperti karbon,
nitrogen ke dalam tanah, udara, dan air.

Setiap perlakuan kerja memerlukan tenaga


contohnya ekosistem hutan yang memperolehi
tenaga daripada matahari.
Komponen bukan hidup seperti air, udara, tanah,
matahari, dan nutrien mineral akan digunakan
oleh pengeluar dalam proses fotosintesis.

Rantaian Makanan
Merupakan kaedah pemakanan komponen hidup
yang berperingkat-peringkat.
Proses aliran tenaga berlaku melalui rantaian
makanan.

Siratan Makanan
Kebanyakan ekosistem mempunyai beberapa
rantaian makanan yang saling berkaitan antara
satu sama lain.
Rantaian-rantaian makanan yang bertindih lapis
ini dikenali sebagai siratan makanan.

Rantaian Makanan

Siratan Makanan

Piramid Makanan

Keseimbangan Ekosistem
Ekosistem dalam keadaan semula jadi wujud
dalam keadaan yang seimbang.
Sekiranya terdapat kekurangan pada mana-mana
satu komponen, komponen-komponen lain dalam
sistem itu akan cuba menyesuaikan diri dengan
keadaan yang baru.

Keseimbangan Ekosistem
Ekosistem hutan hujan tropika yang seimbang dapat
menghasilkan makanan secukupnya untuk menampung
keperluan sebilangan besar hidup-hidupan liar sebagai
penggunanya.
Kehadiran manusia dalam sesuatu ekosistem telah
membawa bersama perubahan-perubahan yang nyata
kerana sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan
masing-masing.
Ini telah mengubah keadaan persekitaran semula jadi.

Kesimpulan
Pada akhir pelajaran ini, pelajar haruslah
memahami :
konsep ekosistem
komponen-komponen biotik dan abiotik
ekosistem hutan hujan tropika
rantaian dan siratan makanan
keseimbangan ekosistem

Kuiz 1
i.

Komponen biotik ialah komponen yang terdiri


daripada benda bukan hidup. B S

ii.

Burung helang, harimau, dan ular merupakan


pengguna sekunder dalam ekosistem. B S

iii. Tenaga matahari merupakan asas kepada


sesuatu rantaian makanan. B S

Kuiz 2
i.

Sebutkan dua komponen yang terdapat dalam


sesuatu ekosistem.
i) Biotik ii) Abiotik

ii.

Berikan 2 contoh agen pengurai yang terdapat


dalam sesuatu ekosistem.
i) Bakteria ii) Kulat

iii. Apakah yang terdapat dalam peringkat


terbawah piramid makanan?
Tumbuh-tumbuhan

Nikmatilah

You might also like