You are on page 1of 4

AS SALAAMU ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Hadis Riwayat

Abu Hurairah

ia berkata

R a su lu ll ah

bersabda:
Tidaklah seorang yang bersedekah
dengan harta yang baik,
Allah tidak menerima kecuali yang baik,

kecuali (Allah) Yang Maha Pengasih


akan menerima

sedekah itu

dengan tangan kanan-Nya.


Jika sedekah itu berupa sebuah kurma,
maka di tangan Allah yang Maha Pengasih,

sedekah itu akan bertambah


sampai menjadi lebih besar dari gunung,
sebagaimana seseorang di antara kalian

membesarkan

anak kudanya atau anak untanya.

Brosur Rasmi 2015 ini


merupakan sebahagian dari bahan cetak

Kempen Kesedaran dan Usaha


Pengumpulan Dana 2015
bagi

Rumah Amal Raudhatul Jannah


Olak Lempit, Selangor Darul Ehsan
di bawah pengurusan

Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah


[PPM 006 10 - 26032015]

PENGENALAN
Rumah Amal Raudhatul Jannah
(RARJ)
RARJ merupakan Rumah Perlindungan
untuk Anak-anak Yatim dan Asnaf yang beralamat
di Lot PT11537, Jalan Sepakat, Kampung Olak
Lempit, Banting, Selangor yang dahulunya dikenali
dengan nama Rumal Amal Asnaf Al Barakh. Ia telah
mula beroperasi pada bulan Oktober 2011 bila
mana sekumpulan anak anak Asnaf di bawah jagaan
Puan Norjia Kaman berpindah dari Taman Seri,
Kuala Langat dan menduduki rumah yang
diwakafkan oleh seorang dermawan dari Olak
Lempit.
Rumah Amal Raudhatul Jannah
menyediakan kemudahan asrama dan kemudahan
asas kepada anak anak golongan Asnaf dan Anak
yatim, serta penempatan untuk kakitangan yang
juga terdiri dari golongan Asnaf. Bermula dengan
15 orang penghuni dan 2 orang kakitangan, RARJ
telah berkembang dan kini seramai 36 orang
penghuni dan 9 orang kakitangan dan sukarelawan
ditempatkan di sini. Penghuni RARJ terdiri dari
anak-anak di kalangan murid sekolah rendah,
sekolah menengah, dan juga beberapa orang anak
asnaf yang belum bersekolah.
Pertubuhan Kebajikan Asnaf
Raudhatul Jannah (PKARJ)
PKARJ telah ditubuhkan pada 25
Mac 2015 dan didaftarkan dengan Pendaftar
Pertubuhan Cawangan Selangor (No. Pendaftaran
PPM-006-10-26032015). Objektif penubuhan
PKARJ adalah untuk mengelolakan dan membantu
urustadbir RARJ yang memerlukan bantuan dan
perhatian sewajarnya dari organisasi bukan
kerajaan. Ia juga bertanggungjawab menjaga
kebajikan penghuni dan kakitangan di rumah ini.
PKARJ secara rasmi mendapat mandat untuk
menguruskan dan mengelolakan RARJ pada 4hb
April 2015 dari pihak dermawan yang menyediakan
bangunan asrama serta kelengkapan asas dalaman
rumah tersebut. Dengan termeterai perjanjian
persefahaman antara dermawan tersebut dan
PKARJ, maka nama baru Rumah Amal Raudhatul
Jannah telah dipilih sebagai nama yang

Olak Lempit. Mac 2015.

Anak-anak ini kian menanti dengan penuh pengharapan, barangkali


hanya kita yang dapat membantu dan menentukan masa depan
yang bagaimana bakal mereka tempuhi.

melambangkan
objektif
pengurusan
baru
seterusnya menjadikan asrama ini kediaman yang
ceria dan sempurna.
Kemudahan & Bangunan
Rumah Amal Raudhatul Jannah terdiri
dari 2 unit bangunan diubahsuai untuk dijadikan
asrama dengan kemudahan bilik tidur, tandas,
dewan makan lelaki dan perempuan yang juga
menjadi tempat pembelajaran anak-anak selepas
waktu persekolahan. Pelan penambahbaikan yang
memerlukan sejumlah dana telah dirancang untuk
menyediakan suasana yang lebih selesa. Terdapat
juga ruang perpustakaan dan makmal komputer
mini
yang
disumbangkan
oleh
Sapura
Telecommunications namun masih menghadapi
kekurangan bekalan buku dan komputer. Kawasan
sekeliling rumah ini telah dipagar untuk
keselamatan dan kemudahan penghuni rumah.
2 buah wakaf mini untuk anak-anak
bersantai dan rekreasi serta sebuah padang
permainan disediakan dengan bantuan Tabung Haji
dan perlu disempurnakan. Pada tahun 2014 pihak
Etiqa telah menyumbangkan sebuah binaan surau
untuk membolehkan penghuni rumah bersolat,
beribadah dan juga mengaji agama dan Al Quran
dengan selesa. RARJ juga menerima sumbangan
dari individu dan pelbagai pihak bagi menampung
kos saraan yang berterusan.

Statistik Penghuni
21 orang
15 orang
berumur antara
4-16 tahun

6 orang 30 orang 36 orang

berumur antara yatim


8-17 tahun

Pelan

asnaf

jumlah penghuni

Foto Terkini

ASR AMA
PUT E R A

RUANG
MAKAN
PUTERI

RUANG
MAKAN
PUTERA

DAPUR
BASAH

PUSAT SUMBER/
BILIK MESYUARAT/
BILIK KOMPUTER

DAPUR
KERING

STOR MAKANAN

TANDAS

P I N T U U TA M A

BILIK
WARDEN
BILIK
BILIK
WARDEN WARDEN
RUANG
TAMU

STOR

RUANG
REHAT

RUANG
MAKAN

KERANI

BILIK
BILIK
WARDEN WARDEN

A S RA M A
P UT E RI

BILIK
PENYELIA WARDEN

TANDAS

PEJABAT
PENGURUS
SURAU

WAKAF

BERANDA

WAKAF
GELANGGANG
FUTSAL

* kemas kini terakhir 1 Mei 2015

Perancangan Dana
RM 23,250.00 Sebulan
anggaran perbelanjaan bulanan
Makanan basah
Makanan kering
Wang perbelanjaan sekolah
Pengangkutan
Alatulis sekolah & pejabat
Bil elektrik, air & telefon
Gaji kakitangan RARJ
Kelas tuisyen & kelas tambahan
Penyelenggaraan & baikpulih RARJ

5,000
1,000
1,850
800
500
2,500
9,100
1,500
1,000

Setakat ini sumber dana


Raudhatul Jannah adalah
bergantung kepada sumbangan
derma dan infaq dari orang
ramai, Jazakallah. Kini sejak
tempoh
pengambilalihan
pengelolaan, AJK Pertubuhan
Kebajikan Asnaf Raudhatul
Jannah sedang merangka
pelbagai
strategi
bagi
mendapatkan dana yang
mencukupi bagi merealisasikan
matlamat Rumah
Amal
Raudhatul Jannah. Antara
usaha yang sedang dan akan
dilakukan ialah:

Mendaftar kepada Jabatan


Kebajikan Masyarakat dan
mendapatkan bantuan geran
Mendaftar dengan Majlis
Agama Islam Selangor (MAIS)
untuk sumbangan daripada Pusat
Zakat dan sebagainya.
Memohon sumbangan dari
badan-badan korporat dan
individu korporat
Rayuan Ramadhan dan
AidilFitri
Sumbangan derma dari
masyarakat umum

Pakej sumbangan dan tajaan antaranya:

TAJAAN PERSEORANGAN

Tajaan bulanan anak-anak Rumah Amal


Raudhatul Jannah berjumlah RM 200 seorang
(Borang Sumbangan disediakan)

TAJAAN BEKALAN

Sumbangan bahan makanan, pakaian dan


keperluan asas serta aset ke Rumah Amal
Raudhatul Jannah (Borang sumbangan
disediakan)

Tahlil dan Bacaan Surah Yaasin di Surau


Rumah Amal Raudhatul Jannah

TAJAAN INFRASTRUKTUR

Sumbangan dana untuk penyelenggaraan


dan baik pulih Rumah Amal Raudhatul
Jannah

TAJAAN BAHAN AKADEMIK

Sumbangan bahan-bahan bacaan seperti buku


akademik, buku fiksyen dan bukan fiksyen,
langganan majalah, kemudahan pembelajaran,
software dan sebagainya

TAJAAN PROGRAM & AKTIVITI

Sumbangan pengelolaan program akademik,


riadah, rekreasi dan sosial

Kami amat mengalu-alukan


sumbangan anda. Sila salurkan ke:
No. Akaun:

TAJAAN KERAIAN

5646 8710 8450

TAJAAN MAJLIS AMAL

Pertubuhan Kebajikan Asnaf


Raudhatul Jannah

Sumbangan Jamuan Makan dan Majlis Keraian


Penganjuran aktiviti keagamaan seperti Majlis

Pintu rumah kami sentiasa terbuka kepada semua warga prihatin serta mana-mana
organisasi korporat di luar sana. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai
program, tajaan dan operasi rumah amal ini, sila berhubung dengan kami.
+6 010 231 8581
(Haji Zawalajam Mashod)
pkaraudhatuljannah@gmail.com
asnafraudhatuljannah
Rumah Amal Raudhatul Jannah
Olak Lempit, Selangor Darul Ehsan
di bawah pengurusan

Pertubuhan Kebajikan Asnaf


Raudhatul Jannah
[PPM 006 10 - 26032015]

Lot PT11537, Jalan Sepakat


Kg. Olak Lempit
42700 Banting
Selangor, MALAYSIA
249'49.7"N 10135'50.3"E
2.830484, 101.597315

You might also like