You are on page 1of 6

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

PERTANDINGAN FUTSAL PUTRAJAYA 2008


1.0

UNDANG-UNDANG
Kejohanan ini akan dipertandingkan mengikut Undang-undang
Persatuan Bolasepak Antabangsa (FIFA) dan juga Persatuan
Bola Sepak Malaysia (FAM) yang sedang berkuatkuasa masa
kini.

2.0

PERATURAN KEJOHANAN
2.1

PENGENALAN
2.1.1 Kejohanan ini dikenali sebagai PERTANDINGAN
FUTSAL TERBUKA PUTRAJAYA 2008 dianjurkan
oleh Perbadanan Putrajaya.
2.1.2 Keseluruhan pertandingan akan diadili oleh pengadil
bertauliah dari Persatuan Bola Sepak Malaysia
(FAM) yang diketuai oleh seorang ketua pengadil.

2.2

TARIKH DAN TEMPAT


2.2.1 Kejohanan ini akan diadakan pada 5HB DAN 6HB
JULAI 2008 bertempat di kompleks Sukan Taman
Pancarona, Presint 18 Putrajaya.
2.2.2 Pertandingan akan
terbuka (Hard Court)

dijalankan

di

gelanggang

2.2.3 Taklimat dan undian akan dijalankan pada 4hb


JULAI 2008 (Jumaat) di Bilik Mesyuarat Dewan
Serbaguna Presint 8, Putrajaya pada pukul 8.30
malam.
2.2.4 Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi
pihak sekiranya tiada wakil.
2.3

FORMAT KEJOHANAN
2.3.1 Kejohanan akan dijalankan secara KALAH SINGKIR
(Kalah Mati)

2.4

KATEGORI PERTANDINGAN
2.4.1 Pertandingan adalah untuk kategori LELAKI sahaja
dan TERBUKA kepada semua warganegara
Malaysia.

2.5

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
2.5.1 Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 5 orang
pemain serta 5 pemain simpanan.
2.5.2 Hanya SEORANG sahaja pemain yang pernah
mewakili Negara dan negeri bagi pertandingann
peringkat KEBANGSAAN, MAKSAK dan SUKMA tahun
2002 hingga kini yang boleh didaftarkan dalam
pasukan.
2.5.3 Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu
pasukan sahaja.
2.5.4 Setiap pasukan
RM10.00

dikenakan

yuran

penyertaan

2.4.7 Sekiranya
penganjur
mendapati
mana-mana
pasukan yang gagal mematuhi peraturan, pihak
penganjur
berhak
membatalkan
penyertaan
pasukan berkenaan untuk menyertai kejohanan ini.
2.4.8 Keputusan pihak penganjur kejohanan dalam satu
satu perkara adalah muktamad.
3.0

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
3.1

Semua jadual perlawanan termasuk tarikh, masa dan


tempat perlawanan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa
Penganjur Kejohanan.

3.2

Semua pasukan dikehendaki berada dan sedia untuk


bermain di tempat pertandingan 30 minit sebelum
perlawanan dimulakan.

3.3

Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan


atau
mengubah
sesuatu
perlawanan
dengan
memaklumkan kepada pasukan yang terlibat atau
diputuskan dengan serta merta tanpa diberitahu terlebih
dahulu.

3.4

Semua pemain di wajibkan berpakaian sukan yang sesuai


dan tidak dibenarkan merokok, makan dan minum di
dalam dewan atau kawasan pertandingan.

3.5

Borang susunan pemain hendaklah dikemukakan kepada


Ketua Pengadil 15 minit sebelum pertandingan.

3.6

Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam Borang


Penyertaan sahaja dibenarkan bermain di sepanjang
pertandingan ini.

3.7

Setiap pasukan boleh membuat bantahan secara bertulis


dengan menyertakan wang cagaran bantahan sebanyak
RM 300.00, tidak lewat dari 30 minit selepas permainan
yang dibantah itu tamat.

3.8

Bantahan akan didengar oleh Jawatankuasa Rayuan di


bawah Jawatankuasa Kecil Teknikal dan Pengadilan.
Keputusan jawatankuasa ini adalah muktamad.

3.9

Sekiranya bantahan atau rayuan itu benar dan diterima


oleh Jawatankuasa , maka wang cagaran itu akan
dikembalikan dan satu keputusan akan dibuat oleh pihak
penganjur berhubung dengan rayuan atau bantahan
tersebut.

3.10 Wang cagaran akan hilang dan menjadi hak penganjur


sekiranya
rayuan
atau
bantahan
ditolak
oleh
Jawatankuasa Rayuan.
3.11 Syarat-syarat dan peraturan di atas boleh diubah atau
ditambah oleh penganjur tanpa perlu memaklumkan
kepada pasukan-pasukan yang akan bertanding.
3.12 Segala keputusan
muktamad.
4.0

oleh

pihak

penganjur

adalah

HADIAH PERTANDINGAN
4.1

Hadiah pertandingan akan disediakan seperti berikut:


HADIAH PERTANDINGAN FUTSAL 2008

KEDUDUKAN

NILAI HADIAH (RM)

JOHAN

RM1,500.00 + Medal

NAIB JOHAN

RM1,000.00 + Medal

KETIGA

RM 800.00 + Medal

KEEMPAT

RM 500.00 + Medal

TARIKH TUTUP
PENYERTAAN
1 Julai 2008 (Selasa)

PERTANDINGAN FUTSAL TERBUKA PUTRAJAYA 2008


BORANG PENDAFTARAN PASUKAN
NAMA KUMPULAN

NAMA PENGURUS PASUKAN


:
------------------------------------------------NO/TELEFON

---------------------(R)--------------------(P)
-------------------------(H/P)

KATEGORI
BIL

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

:
NAMA

TERBUKA (LELAKI SAHAJA)


NO. KAD PENGENALAN

ALAMAT

PENGAKUAN DIRI
Saya pengurus pasukan seperti nama di bawah dengan ini bersetuju
mengikut segala undang-undang dan peraturan serta mengikut jadual yang
ditetapkan oleh pihak penganjur dan pasukan saya mengaku tidak akan
mengemukakan sebarang tuntutan terhadap pihak penganjur dan agennya
di atas sebarang musibah ke atas diri/pasukan saya sebelum, semasa dan
selepas menyertai pertandingan ini
Tandatangan :___________________________ Tarikh :_________________________
(Pengurus pasukan)

KBENARAN IBU BAPA / PENJAGA (peserta yang berumur bawah 18


tahun sahaja)
Pengakuan :
Saya_________________________________Ibu Bapa/ Penjaga
kepada penama bersetuju untuk memberi kebenaran dan mematuhi
peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur serta mengakui
bahawa jika berlaku apa-apa kehilangan / kecederaan atas sebab-sebab
tertentu sebelum, semasa dan selepas pertandingan adalah di bawah
tanggungjawab saya sendiri.
TANDATANGAN
:_________________________

:__________________________TARIKH

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:


URUSETIA
PERTANDINGAN FUTSAL PUTRAJAYA 2008
Unit Sukan dan Rekreasi
Jabatan Perkhidmatan Bandar
Perbadanan Putrajaya
62675 PUTRAJAYA
Tel : 03 8887-7092 / 8887-7547 / 8887-7439 / 8887-7000 samb
8028
Faks : 03-8887 5022
BAYARAN PENYERTAAN BOLEH DIBUAT:
DI DEWAN SERBAGUNA PRESINT 8, PRESINT 9 DAN PRESINT 16
ATAU
UNIT SUKAN DAN REKREASI, PERBADANAN PUTRAJAYA
TINGKAT 3, BLOK B, 62675
KOMPLEKS PERBADANAN PUTRAJAYA
PRESINT 3 ,62675

PUTRAJAYA
Website : www.ppj.gov.my

You might also like