You are on page 1of 7

PEMERINTAHAN BERAJA DI RUSIA

PADA ABAD KE 16 HINGGA 20


- SEJARAH AWAL RUSIA

Sejarah Awal Rusia

Sejarah bermula di Rusia dengan kedatangan orang Rus pada tahun 862.

Mereka diundang oleh masyarakat Slav untuk mengasaskan pemerintahan di


Kota Kiev.

Mereka diketuai oleh Rurik telah menyebabkan bemula pemerintahan Negara


kota Kiev. Dinasti Rurik memerintah kota itu selama 700 tahun.

Semasa pemerintahan Oleg, Negara kota Kiev meluaskan jajahan takluk


dengan menguasai Pskov, Moscow, Smolensk Tver dan Novgorod.

Negara Kota Kiev mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan


Yaraslov (1019-1054).

Beliau berjaya menguasai banyak wilayah seperti Suzdal, Riazan, Novgorod,


Byeloozero, Tchernogov, Morom, Pereyaslav, dan Smolensk.

Beiau juga menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara Byzantium,


Hungrary, Poland, Norway, dan Sweden.

Tetapi menjelang abad ke 12, Negara Kota Kiev mengalami kemorosotan


ekoran daripada serangan orang Mongol.

Tahun 1237, pasukan tentra Mongol yang diketuai Batu Khan Berjaya
menguasai Negara Kota Kiev. Perkembangan itu menandakan bermula di Rusia
yang berlanjutan hingga tahun 1480.

Selepas menguasai Rusia, Batu Khan menubuhkan pusat pemerintahan di Sarai


yang terletak berhampiran dengn Lembah Volga.

Kerajaan yang diasaskan oleh orang Mongol di Rusia juga dikenali sebagai
kerajaan Golden Horde.

Kerajaan Golden Horde menguasai semua wilayah utama di Rusia termasuk


Lembah Volga, Caucasia Utara dan Siberia Barat.

Menjelang abad ke 14, kerajaan Golden Horde mula mengalami kemorosotan.

Faktor utamanya disebabkan kebangkitan Moscow.

Pada tahun 1380, pemerintah Moscow yang dikenali sebagai Dmitri Berjaya
menewaskan tentera Mongol di Kulikovo yang terletak berhampiran Sungai
Don.

Perkembangan ini menandakan penguasaan orang Mongol di Rusia berakhir


dan digantikan oleh Moscow.

Semasa pemerintahan Tsar Ivan III (1462-1505) Moscow dibebaskan


sepenuhnya daripada penguasaan Mongol.

Beliau enggan membayar ufti kepada pemerintah Mongol dan bersedia untuk
melancarkan serangan.

Dalam peperangan tersebut, Tsar Ivan III berjaya menewaskan tentera Mongol
dan menguasai semula Rusia.

Tsar
Ivan III Berjaya menyatukan seluruh Rusia dibawah pemerintahan
pusat yang terletak di Moscow.

Semasa pemerintahan Tsar Ivan III, Moscow Berjaya menguasai Novgorod pada
tahun 1478 dan Tver pada tahun 1485.

Semasa pemerintahan beliau, Moscow muncul sebagai pusat pentadbiran,


keagamaan, perdagangan di Rusia.

Pengganti beliau iaitu Tsar Ivan IV melancarkan dasar peluasan kuasa untuk
mengusai Kazan (1552) dan Astrakhan (1556).

Semasa pemerintahannya, Richard Chancellor dari England telah melakukan


lawatan ke Moscow.

Disebabkan itu, bermula hubungan perdangan antara Rusia dan England.

Syarikat- syarikat perdagangan Inggeris seperti Anglo-Rusia Trading Company


mula menjalankan kegiatan perdagangan di Rusia.

Selepas kematian Tsar Ivan IV, bermula bibit bibit kemorosotan dalam
kerajaan Moscow ekoran daripada kekacauan yang berlaku dalam negeri.

Perkembangan ini menyebabkan orang Poles, Sweden, Lithuania berebut


rebut untuk menguasai Moscow.

Pada tahun 1613, Michael Romanov telah dilantik sebagai Tsar baharu untuk
Rusia.

Pemerintahan dinasti Romanov bermula pada tahun 1613 dan berakhir pada
tahun 1917.

You might also like