You are on page 1of 2

PENGENALAN

Kumpulan kami telah diberikan tugasan untuk membangunkan bengkel kimpalan. Kumpulan
kami telah mengadakan lawatan perdana di Institud Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pagoh
untuk melawat bengkel kimpalan sebagai asas rujukan didalam pembinaan bengkel kimpalan
kami. Kumpulan kami juga diberikan sejumlah wang peruntukan berjumlah RM 250,000.
Dengan jumlah peruntukan itu, kami akan membina bengkel kimpalan yang merangkumi aspek
pembelian asset, pembinaan bengkel, pembelian inventori dan pembelian bahan guna
habis.Bengkel kimpalan yang kami bina ini mempunyai keluasan seluas 120 meter persegi iaitu
10 meter x 12 meter. Bengkel kimpalan yang kami bina ini mempunyai enam bahagian penting
iaitu ruangan kuliah, rungan kerja, bilik ujikaji, bilik penyelia, stor peralatan dan stor bahan. Di
dalam ruangan kuliah terdapat meja pengajar, meja pelajar dan juga kerusi pelajar seramai 30
orang pelajar dan dilengkapi dengan papan putih, serta layar putih.
Di dalam ruangan kerja pula terdapat ruangan kerja pelajar yang terdiri daripada 8 meja
welding dan 8 meja fitting dan setiap meja ini mempunyai sambungan soket alur keluar sebagai
sumber elektrik. Bilik ujikaji pula menempatkan mesin ujikaji yang tidak boleh dialihkan seperti
hand powered drill press dan mesin drilling. Bilik penyelia pula dibina untuk penyelia bengkel
bagi memastikan pengurusan makmal yang berkesan dan teratur dan didalam bilik penyelia
terdapat meja, rak fail dan cabinet dokumen untuk merekod aktiviti bengkel.
Manakala bilik stor peralatan pula dibina untuk menempatkan cabinet
bagi penyimpanan peralatan seperti Welding glove/Argon glove, alatan
tangan, google, CIG Welding Protection Hellix, Regulator gas pelindung/Gas
flowmetter, pengapit bumi, tukul penyerpih dan berus dawai. Penyusunan
alat adalah mengikut bahagian bertanda pada cabinet dan setiap pinjaman
peralatan mestilah direkodkan. Bilik stor bahan pula digunakan untuk
menyimpan alatan guna habis seperti elektrod dan besi dan setiap bahan
yang digunakan mestilah direkodakan.

You might also like