You are on page 1of 48

) (

PUASA & IKTIKAF MENURUT MAZHAB ASY-SYAFII


ISI KANDUNGAN
1.

METODOLOGI KAJIAN ................................................................................................................. 1

2.

PENGERTIAN/DEFINISI PUASA .................................................................................................... 2

3.

SEJARAH PENSYARIATAN ............................................................................................................ 3

4.

HUJAH PENSYARIATAN PUASA.................................................................................................... 4

5.

HUKUM MENINGGALKAN PUASA RAMADHAN TANPA KEUZURAN ........................................... 5

6.

HIKMAH, RAHSIA, SERTA FAEDAH BERPUASA ............................................................................ 6

7.

PENETAPAN BULAN RAMADHAN ................................................................................................ 9

8.

SYARAT WAJIB DAN SYARAT SAH PUASA.................................................................................. 12

9.

RUKUN PUASA........................................................................................................................... 15
Perkara-perkara yang membatalkan puasa ialah: ........................................................................ 18

10.

ADAB-ADAB PUASA DAN PERKARA YANG DIMAKRUHKAN .................................................. 24

A. ADAB-ADAB PUASA................................................................................................................... 24
B. PERKARA MAKRUH SEMASA BERPUASA ................................................................................... 27
10.

QADHA PUASA RAMADAN (FIDYAH DAN KAFARAH) ........................................................... 28

11.

KAFARAH BERBUKA PADA BULAN RAMADAN ...................................................................... 32

12.

PUASA SUNAT ( )........................................................................................................... 35

Puasa Sunat Dan Jenisnya ............................................................................................................. 35


Membatalkan Puasa Sunat ........................................................................................................... 38
13.

PUASA YANG DIMAKRUHKAN DAN PUASA YANG DIHARAMKAN ........................................ 39

A. Puasa Yang Dimakruhkan ......................................................................................................... 39


B. Puasa Yang Diharamkan............................................................................................................ 41
14.

IKTIKAF .................................................................................................................................. 43

Dalil Disyariatkan .......................................................................................................................... 43


Hikmah disyariatkan...................................................................................................................... 43
Hukum Iktikaf ................................................................................................................................ 44
Syarat Sah Iktikaf........................................................................................................................... 44
Iktikaf yang Dinazarkan ................................................................................................................. 45
Adab Iktikaf ................................................................................................................................... 46
Perkara Makruh Ketika Iktikaf....................................................................................................... 46
Perkara Yang Merosakkan Iktikaf.................................................................................................. 46

1. METODOLOGI KAJIAN

Mazhab asy-Syafii ialah antara mazhab terulung dan terunggul di antara 4 mazhab utama ikutan Ahli
Sunnah wal Jamaah, khususnya di Malaysia. Justeru itu, kami nyatakan kertas kajian ini bagi
memudahkan kefahaman umat Islam di Malaysia yang rata-rata daripada kalangan mazhab asySyafii.
Berikut kami nyatakan beberapa metodologi utama di dalam pembikinan kajian ini:

Setiap hadis dinyatakan matan di dalam bahasa Arab.


Semua hadis yang digunakan bertahap sahih atau hasan. Melainkan jika kami terlepas di
dalam membuat penilaiannya.
Kami jadikan kitab Fiqh al-manhaji, Kifayatul Akhyar dan al-Iqnak sebagai panduan di dalam
penulisan. Ketiga-tiga kitab ini adalah daripada aliran Mazhab asy-Syafii yang mudah
difahami oleh peringkat orang awam. Ia juga adalah ulasan kepada matan Abi Syuja yang
terkenal.
Kami sertakan ulasan di bahagian nota kaki apabila ada tambahan yang kami rasakan perlu.

Semoga ia menjadi pahala yang bermanfaat dan berpanjangan.


WallahuA`lam,

Syihabudin Ahmad,
Sungai Buloh, Selangor.

*Jika anda ada sebarang tambahan, kemusykilan dan kritikan, sila hantarkan ke email:
syihabudinpenulis@gmail.com

2. PENGERTIAN/DEFINISI PUASA
Menurut bahasa, puasa ialah :


Menahan diri daripada melakukan sesuatu, sama ada percakapan atau makanan.1
Dalilnya ialah firman Allah yang menceritakan tentang Maryam:



26. "Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari Segala Yang merunsingkan.
kemudian kalau Engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya Aku
bernazar untuk berpuasa kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah Aku menyatakan Yang
demikian) maka Aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada
hari ini".
(Surah Maryam: 26)
Maksud puasa di dalam ayat ini ialah menahan diri dan diam daripada apa-apa percakapan.
Menurut syarak pula, puasa ialah:

.
Menahan diripada dari perkara-perkara yang membatalkan puasa, dari terbit fajar sehingga
terbenam matahari, dengan disertai niat.

Nota Mausu`ah: Pengertian Puasa daripada sudut bahasa ialah: ( menahan diri secara
mutlak). Maksudnya, ia merangkumi semua perkara yang melibatkan penahanan diri sama ada
dalam makanan, minuman, percakapan, perkahwinan, dan pengembaraan.
Menurut Mughni Muhtaj, Puasa ( )ialah masdar kepada: .
2

3. SEJARAH PENSYARIATAN
Puasa bulan Ramadhan telah difardhukan pada bulan Syaban tahun ke2 Hijrah2.
Sebelum itu amalan puasa telah pun biasa dilakukan di kalangan umat terdahulu dan ahli
kitab yang sezaman dengan Nabi. Hal ini berdasarkan firman Allah di dalam Surah al
Baqarah, ayat 183:

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa (Ramadhan)


sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu3, supaya kamu
bertaqwa.4
[Al-Baqarah : 183]
Akan tetapi kewajipan berpuasa pada bulan Ramadhan belum disyariatkan lagi ketika
itu. Persamaan antara mereka dengan umatumat terdahulu adalah dari segi pensyariatan
puasa itu sahaja. Kemudian umat Nabi Muhammad secara khususnya difardhukan puasa
bulan Ramadhan.

Pada masa yang sama juga difardhukan Zakat Fitrah. Pada tahun ini jugalah berlakunya peperangan
Badar al-Kubra dan Umat Islam kali pertama menyambut Hari Raya pada tahun ini.
3

Maksudnya, orang yang terdahulu telah diwajibkan juga untuk berpuasa tetapi tanpa ditentukan
pada bulan Ramadhan. Justeru itu, puasa orang terdahulu itu tidak jauh bezanya dengan puasa umat
Muhammad SAW. Ia adalah syariat yang telah diketahui cara dan bentuknya.
4

Sayid Qutub berkata: Demikianlah ayat ini menonjolkan matlamat agung dari ibadat puasa itu iaitu
untuk mencapai taqwa. Taqwa itulah yang bersemarak di dalam hati ketika ia mengerjakan fardhu
puasa kerana menjunjung perintah Allah dan mengutamakan keredhaanNya. Taqwa itulah yang
mengawal hati dari merosakkan ibadat puasa dengan maksiat walaupun maksiat yang berbisik di
dalam hati. Orangorang yang dihadapkan ayatayat alQuran ini kepada mereka memang sedar
betapa tingginya maqam taqwa di sisi Allah dan betapa berat timbangannya di dalam neraca Allah .
Taqwa itulah matlamat yang ditujukan oleh jiwa mereka, dan ibadat puasa hanya merupakan salah
satu alat untuk mencapai taqwa dan salah satu jalan yang menyampaikan kepada taqwa. Oleh sebab
itulah ayat ini mengangkatkan taqwa di hadapan mata mereka selaku matlamat yang gemilang yang
dituju oleh mereka menerusi ibadat puasa.
3

4. HUJAH PENSYARIATAN PUASA5


Dalil difardhukan6 puasa pada bulan Ramadhan ialah Surah alBaqarah, ayat 185:




(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya
diturunkan Al-Quran, yang menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keteranganketerangan yang menjelaskan perbezaan antara yang benar dan salah. Oleh itu, sesiapa dari
antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka
hendaklah ia berpuasa pada bulan itu;
Nabi juga pernah berkata :

Agama Islam tertegak atas lima perkara; 1) Penyaksian bahawa tiada sembahan
melainkan Allah, dan Muhammad itu utusan Allah, 2) Mendirikan sembahyang, 3)
Menunaikan zakat, 4) dan Haji, 5) Puasa di bulan Ramadhan.

[HR al-Bukhari (8) dan Muslim (16) di dalam kitab sahih mereka berdua]

Begitu juga, jawapan Nabi SAW kepada persoalan seorang Al-`Arabi :




:


Beritakankanlah kepadaku, apakah puasa yang telah diwajibkan Allah terhadap
diriku?, Lantas Rasulullah berkata: Puasa Ramadhan.
[HR al-Bukhari (1792) dan Muslim (11) di dalam kitab sahih mereka berdua]

Mausu`ah (28/10): Puasa mempunyai 3 jenis.


1- Puasa yang ditentukan waktunya oleh Allah. Seperti Puasa Ramadhan dan puasa Sunat
selain Ramadhan.
2- Puasa yang ditentukan waktunya oleh hamba. Seperti puasa yang bernazar dengan
dikhususkan waktu.
3- Puasa yang tiada waktu tetap. Seperti Puasa Qadha Ramadhan, puasa Kaffarah bunuh,
zihar, sumpah, berbuka puasa, denda haji, dan puasa nazar tanpa waktu tetap.

Ulama telah bersepakat tanpa kecuali bahawa puasa adalah diwajibkan dengan pelbagai buktibukti yang sahih dan sarih (jelas).
4

5. HUKUM MENINGGALKAN PUASA RAMADHAN TANPA KEUZURAN


Apabila kita sudah memahami bahawa Puasa Ramadhan merupakan salah satu rukun
daripada rukun-rukun Islam, bahkan ia terkandung dalam perkara yang pastinya semua orang
sudah tahu : ,
1- Oleh itu sesiapa mengingkari kewajipannya akan menjadi kafir iaitu kita berurusan
dengannya seperti berurusan dengan orang murtad. Lalu dia diminta untuk bertaubat,
jika dia bertaubat maka taubatnya diterima, namun sekiranya enggan, maka
dijatuhkan hukuman bunuh sekiranya dua telah lama memeluk agama Islam dan tidak
tinggal berjauhan daripada para ulama.
2- Jika dia sudah tahu kewajipannya tanpa mempertikaikan kewajipan puasa, namun dia
berkata Aku tahu wajib, tetapi aku tidak mahu berpuasa , maka dia tergolong dalam
golongan yang fasik7, bukannya kafir. Golongan ini mestilah dicegah oleh pemerintah
dengan diperintahkan mereka menahan makan dan minum supaya mereka juga
seolah-olah berpuasa sekalipun hanya sekadar luaran sahaja.

iaitu golongan yang tidak diterima penyaksiannya, serta dia tidak boleh menjadi wali perkahwinan
anak perempuannya sendiri, atau mewakili mana-mana perkahwinan.
5

6. HIKMAH, RAHSIA, SERTA FAEDAH BERPUASA8


8

Puasa mempunyai banyak kelebihan: antaranya, dapat mengangkat darjat manusia, mampu
menghapuskan dosa-dosa yang telah lalu, mematahkan keinginan yang tidak berpatutan,
memperbanyakkan sedekah kepada yang memerlukan, melengkapi ketaatan kepada Allah,, dan
mampu mencegah dari bahaya maksiat dan sebarang godaan Syaitan Laknatullah Alaihi.
Adapun puasa dapat mengangkat darjat, ia sepertimana sabda Rasulullah ... :




Apabila datangnya bulan Ramadhan, maka terbukalah pintu-pintu Syurga, dan tertutuplah pintu-intu
Neraka, dan syaitan-syaitan pula dirantai.
[Direkodkan oleh Muslim: 1079]
Dan juga sabda Nabi . ketika menceritakan kata dari Tuhannya Azza wa Jalla :






.

Setiap amalan anak Adam adalah untuknya, kecuali puasa, kerana ia adalah untukKu, dan Akulah
(sahaja yang berhak) memberi ganjaran pahala padanya. Puasa adalah pelindung. Apabila seseoramg
dari kamu berpuasa, maka janganlah kamu berkata kotor (mencarut) pada hari itu, dan jangan pula
kamu berteriak (bergaduh). Sekiranya dia dikeji oleh seseorang atau diajak berkelahi, maka katalah :
Sesungguhnya aku orang yang sedang berpuasa. Demi diri Muhammad ditanganNya, perubahan bau
mulut orang berpuasa lebih wangi disisi Allah pada hari kiamat berbanding bau haruman kasturi.
Bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan yang akan mengembirakannya : 1) Apabila dia
berbuka, maka dia bergembira dengan makanannya, 2) dan apabila dia bertemu dengan tuhannya,
maka dia bergembira dengan amalan puasanya.
[Direkodkan oleh Muslim: 1151]
Penjelasan :
Adapun, terbukanya pintu-pintu Syurga adalah sebuah ibarat yang diberikan kepada banyaknya
perbuatan ketaatan (di bulan Ramadhan) yang mewajibkan terbukanya pintu Syurga.
Dan tertutupnya pintu Neraka pula adalah ibarat ke atas sedikitnya perbuatan maksiat (di bulan
Ramadhan) yang mewajibkan tertutupnya pintu Neraka.
Dan terantainya syaitan pula adalah ibarat ke atas terpotongnya keraguan yang mereka timbulkan
terhadap orang berpuasa. Kerana mereka tidak mampu mendorong orang berpuasa kearah maksiat.
Dan kata Allah :


Setiap amalan anak Adam itu adalah untuk dirinya, kecuali puasa, kerana ia adalah untuk Aku dan
Akulah yang (berhak) memberi ganjaran padanya.
6

Sebelum kita memanjangkan perbahasan, setiap Muslim hendaklah memahami bahawa puasa
pada bulan Ramadhan adalah suatu ibadah yang telah difardhukan oleh Allah Taala.
Apa yang dimaksudkan sebagai puasa itu adalah ibadah ialah: Setiap orang Islam yang
melakukannya kerana semata-mata mematuhi perintah Allah SWT dan melaksanakan
tanggungjawab penghambaan, tanpa melihat sebarang kesan yang mungkin didapati
daripada ibadah Puasa tersebut.9
Sekalipun seseorang Muslim melakukan ibadah seperti itu, tiada halangan bagi sesiapa yang
berpuasa melihat apa-apa hikmah dan rahsia Ilahi yang tersembunyi di dalam ibadah puasa
atau selainnya. Adalah tidak diragui bahawa semua hukum Allah mempunyai hikmah, rahsia
dan faedah untuk hamba-hambanya, namun mereka tidak disyaratkan mengetahui
kesemuanya itu.
Ibadah puasa mempunyai beberapa hikmah dan faedah yang mungkin diketahui oleh
sesetengah orang, tetapi banyak lagi yang masih tersembunyi daripada pengetahuan mereka.
Antara hikmah dan faedah puasa ialah:
Pertama: Puasa yang sempurna akan menyedarkan hati orang yang beriman untuk
mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Ini kerana orang yang berpuasa akan berasa lapar dan dahaga sebaik sahaja dia melalui
sebahagian daripada waktu siangnya. Nafsunya ingin makan dan minum, namun wujud
perasaan yang menyedari dirinya berpuasa, lantas menghalang keinginan tersebut. Dalam
menghadapi dugaan sebegini, hatinya sedar terhadap pemerhatian Allah, lantas ia dilindungi
di dalam ingatan terhadap ketuhanan (rububiyah) Allah serta keagungan pemerintahan-Nya.
Seperti mana ia benar-benar menyedari bahawa dia adalah seorang hamba yang sentiasa
tunduk kepada hukum Allah dan patuh pada perintah-Nya.
Kedua: Bulan Ramadhan merupakan bulan yang suci berbanding semua bulan. Allah SWT
menghendaki hamba-Nya supaya memenuhi bulan tersebut dengan amalan ketaatan yang
menghampirkan diri kepada-Nya. Serta dipraktikkan makna penghambaan yang tertinggi
kepada Allah SWT.
Allah menggaitkan puasa kepada dirinNya adalah satu kaitan kemulian. Kerana puasa tidak terdapat
padanya perasaan riya, disebabkan ia adalah suatu yang tersembunyi.
Dan Kata Allah : (( Akulah yang memberi ganjaran padanya )) secara umumnya, Allahlah yang
memberi ganjaran kepada segala amalan ketaatan, dan maksud yang dikehendaki dari ayat tersebut
adalah : membesarkan pahala puasa tersebut.
9

Asal bagi ibadah ialah melaksanakan ketaatan tanpa menjadikan hikmah sebagai perkara utama
yang perlu difikirkan. Sekalipun tidak dapat dijelaskan sebarang hikmah daripada sudut sains atau
akal, ibadah hendaklah diteruskan kerana menepati nilai ketaatan.
Kita hendaklah mengajar masyarakat Islam dengan nilai ketaatan melebihi hikmah. Sehingga mereka
menjadikan ibadah itu dengan sebenar-benarnya. Hikmah pula berpernan menambah rasa seperti
makanan yang ditambah gula dan garam.
7

Ini jelas apabila Muslim berada di hadapan hidangan makanan, majlis minum-minuman,
sedangkan jauhnya perut daripada menjadi penuh sehingga wap makanan telah naik sehingga
ke fikiran dan otak. Pensyariatan puasa ini adalah cara yang termudah untuk menunaikan hak
Allah dan tanggungjawab hamba kepada-Nya.
Ketiga: Kekenyangan yang berterusan dalam kehidupan seseorang akan memenuhi dan
menyuburkan jiwanya dengan sifat keras hati dan keterlaluan. Kedua-duanya bertentangan
dengan sifat seorang Islam. Justeru, pensyariatan puasa dapat mendidik jiwanya dan
mengurangkan sifat-sifat tersebut.
Keempat: Sifat berkasih sayang menjadi teras dalam membangunkan masyarakat Islam.
Akan tetapi, orang kaya tidak dapat menghayati kasih sayang yang sebenar terhadap orang
miskin tanpa merasai keperitan, kesempitan hidup dan kepahitan hidup yang diburu
kelaparan. Oleh itu, bulan puasa merupakan waktu terbaik bagi golongan kaya untuk
menyelami perasaan orang miskin. Sehingga menjadikan ia hidup bersama-sama dalam
keperitan dan kekurangan. Justeru itu, puasa adalah jalan terbaik untuk memberi kesan
kepada jiwa orang-orang kaya yang membela kelembutan, kasih sayang, dan persamaan
kedudukan.

7. PENETAPAN BULAN RAMADHAN


Penetapan bulan Ramadan adalah berdasarkan salah satu daripada dua perkara berikut:
Pertama: Melihat anak bulan Ramadan (Rukyah al-Hilal) pada malam 30
Syaban. Ini boleh berlaku apabila seorang saksi yang adil menyatakan kesaksiannya di
hadapan qadi bahawa dia telah melihat anak bulan.
Kedua: Mencukupkan 30 hari bulan Syaban. Ini berlaku apabila susah melihat
anak bulan disebabkan awan tebal ataupun saksi yang adil tidak datang menyatakan bahawa
dia telah melihat anak bulan. Maka disempurnakan bulan Syaban sebanyak 30 hari kerana
itu adalah asal keadaan selagimana tidak datang perkara lain yang bertentangan dengannya.
Dalil bagi dua keadaan di atas ialah sabda Rasulullah saw:


Hendaklah kamu berpuasa kerana melihatnya dan berbuka kerana melihatnya, sekiranya
kamu terhalang daripada melihatnya maka sempurnakanlah bilangan Syaban selama 30
hari.
[HR Al-Bukhari (1810) dan Muslim (1080)]
Daripada Ibnu Abbas ra katanya, seorang Arab Badwi datang menemui Rasulullah saw lalu
berkata,



:
: : - -





Sesungguhnya aku telah melihat anak bulan iaitu anak bulan Ramadan. Sabda Baginda,
Apakah kamu menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah?.
Katanya, Ya. Tanya Baginda, Apakah kamu menyaksikan bahawa Muhammad itu utusan
Allah? Jawabnya, Ya. Sabda Baginda, Wahai Bilal, isytiharkan kepada orang ramai
hendaklah mereka berpuasa pada esok hari.
[Disahihkan oleh Ibnu Hibban di dalam Mawarid az-Zhaman (870) dan al-Hakim (1541)].
Dengan ini, apabila anak bulan kelihatan di suatu negeri (negara) maka penduduk negeri
(negara) yang berhampiran dengan negeri yang melihat anak bulan itu wajib berpuasa.
Manakala penduduk negeri-negeri yang jauh tidak diwajibkan kerana negeri-negeri (bandar)
yang dekat seperti Damsyik, dengan Himsy dan Halab (Aleppo) dihukumkan sebagai satu
negeri (bandar), berbeza dengan negeri-negeri (bandar) yang jauh seperti Damsyik dengan
Kaherah dan Mekah.

Ukuran jauh dan dekat adalah berdasarkan kepada perbezaan matla (tempat terbit anak
bulan).
Dalil kenyataan di atas ialah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim (1087) daripada Kuraib
katanya:


Daripada Kuraib10 menyatakan: Ummul Fadhl binti al-Haris11 telah mengutuskannya kepada
Muawiyah di Syam. Dia bercerita: Lalu aku pergi ke Syam dan menyempurnakan
kemahuannya (Ummul Fadhl). Aku memulakan Ramadan ketika berada di Syam. Aku
melihat anak bulan (Ramadan) pada malam Jumaat. Kemudian aku pulang ke Madinah pada
akhir bulan.




: :








" :




"

:
Lalu Abdullah bin Abbas memanggilku dan menyebutkan tentang al-Hilal. Dia bertanya:
Bilakah kalian melihat anak bulan (Ramadhan)? Aku menjawab: Kami melihatnya pada
malam Jumaat. Dia bertanya lagi: Engkau juga melihatnya? Aku menjawab: Ya. Orang
ramai juga melihatnya. Lalu mereka berpuasa, Muawiyah juga turut berpuasa. Kemudian
Ibnu Abbas berkata: Tetapi kami melihatnya pada malam Sabtu. Lalu kami akan terus
berpuasa sehingga genap 30 hari ataupun kami melihatnya (anak bulan Syawal). Aku
bertanya: Tida cukupkah dengan rukyah dan puasa Mu`awiyah? Beliau menjawab: Tidak.
Demikianlah kami diperintahkan oleh Rasulullah SAW.
(HR Muslim: 1087)
Berdasarkan hadis ini para ulama mengatakan: Apabila puasa tidak diwajibkan terhadap
penduduk negeri (bandar) yang jauh lalu seseorang penduduk negeri yang telah melihat anak
bulan bermusafir ke negeri tersebut, maka dia hendaklah berpuasa bersama mereka di akhir
bulan walaupun dia telah menyempurnakan puasa selama 30 hari. Ini kerana disebabkan
perpindahannya ke negeri tersebut, dia dianggap salah seorang daripada mereka. Dengan itu
dia mesti mengikut hukum mereka.

10
11

Beliau ialah Kuraib, pembantu (maula) Ibnu Abbas.


Beliau ialah isteri kepada al-`Abbas, ibu kepada Abdullah bin Abbas.
10

Sesiapa yang bermusafir dari negeri yang tidak melihat anak bulan ke negeri yang melihat
anak bulan, dia hendaklah berbuka (berhari raya) bersama-sama mereka sama ada dia
berpuasa selama 28 hari (disebabkan Ramadan pada penduduk setempat hanyalah 29 hari,
maka dia hendaklah berhari raya selepas hari ke 29) ataupun dia berpuasa 29 hari (disebabkan
Ramadan disisi mereka telah sempurna iaitu cukup 30 hari). Walaubagaimanapun, sekiranya
dia berpuasa selama 28 hari, maka dia hendakah menqadakan puasanya selama satu hari
kerana satu bulan bukanlah 28 hari.
Barangsiapa yang pada waktu paginya berada di negeri yang merayakan hari raya lalu
bermusafir ke negeri yang jauh dan penduduknya masih berpuasa, dia wajib menahan dirinya
untuk baki hari tersebut sebagai mengikuti penduduk negeri tersebut.

11

8. SYARAT WAJIB DAN SYARAT SAH PUASA

Puasa Ramadan menjadi wajib apabila sempurnanya perkara berikut:


1. Islam
Puasa tidak diwajibkan ke atas orang kafir. Bermaksud, di dunia ini dia tidak dituntut untuk
berpuasa kerana puasa adalah satu cabang yang dikira apabila dia masuk ke dalam Islam.
Selagimana dia tidak masuk Islam maka tidak ada makna bagi puasanya dan tidak ada makna
dia dituntut untuk berpuasa. Adapun di akhirat, mereka akan disiksa kerana kekafirannya dan
kerana dia meninggalkan cabang-cabang Islam.
2. Taklif
Maksud taklif ialah orang Islam itu telah berakal dan baligh. Sekiranya hilang salah satu
daripada dua sifat ini maka jatuhlah daripadanya sifat taklif. Apabila jatuh sifat taklif maka
dia tidak dituntut sedikitpun melaksanakan tugas-tugas keagamaan.
Dalilnya ialah hadis Ali r.a bahawa Nabi saw bersabda:


Diangkat qalam (tulisan amalan) daripada tiga jenis manusia, daripada orang tidur sehingga
dia bangun, daripada kanak-kanak sehingga dia bermimpi (baligh) dan daripada orang gila
sehinggalah dia berakal [Abu Daud (4403) dan selainnya].
3. Tiada Keuzuran Yang Menghalangnya Berpuasa Ataupun Mengharuskannya
Berbuka
Keuzuran yang menghalang berpuasa ialah:
i.

Berada di dalam keadaan haid atau nifas pada mana-mana bahagian waktu siang.

ii.

Pengsan ataupun gila sepanjang hari. Sekiranya dia sedar pada waktu siang
walaupun satu saat, maka hilanglah keuzuran dan dia wajib menahan diri untuk
baki hari tersebut.

Keuzuran yang mengharuskan berbuka ialah:

12

i.

Sakit yang mendatangkan mudarat yang besar ataupun kesakitan dan


kebimbangan yang amat dasyat kepada orang yang berpuasa. Jika
penyakitnya itu menjadi semakin teruk ataupun kesakitan itu semakin dasyat (jika
dia berpuasa), dan dia bimbang dia akan binasa (( )sekiranya dia meneruskan
puasanya), maka pada waktu itu dia wajib berbuka.

ii.

Musafir yang jauh yang tidak kurang daripada 83 km dengan syarat ia adalah
pemusafiran yang dibenarkan dan mencakupi seluruh hari. Mengenai seorang
yang berpuasa, pada waktu paginya dia bermukim, kemudian dia bermusafir pada
waktu siang, maka dia tidak dibenarkan berbuka. Dalil kedua-dua penguzuran ini
ialah firman Allah:

Maksudnya:

... ...
Dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (diharuskan berbuka, kemudian wajib
diganti puasanya) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain.
(Al-Baqarah:185)
iii.

Tidak mampu berpuasa. Oleh itu tidak wajib berpuasa disebabkan terlalu tua
atau sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh kerana puasa hanya wajib
terhadap orang yang mampu melakukannya. Dalilnya adalah firman Allah swt:

... ...
Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya)
membayar fidyah (dengan) memberi makan orang-orang miskin.
(Al-Baqarah:184)

Dibaca juga yang bermaksud jika mereka tetap diwajibkan melakukannya (puasa),
nescaya mereka tidak mampu melakukannya.
Ibnu Abbas r.a berkata: Yang dimaksudkan ialah orang lelaki dan perempuan yang terlalu
tua, keduanya tidak mampu untuk berpuasa, kedua-duanya hendaklah menggantikan setiap
hari puasa dengan memberi makan seorang fakir miskin *Riwayat Al-Bukhari (4235)]

13

Syarat Sah Puasa


Syarat sah puasa ialah
1. Islam, tidak sah puasa orang kafir.
2. Berakal yang bermaksud mumayyiz, tidak sah puasa orang gila dan kanak-kanak
yang belum mumayyiz kerana mereka tidak memiliki niat. Puasa kanak-kanak yang
sudah mumayyiz adalah sah. Apabila usianya mencapai 7 tahun, dia hendaklah
diminta supaya berpuasa jika dia mampu melaksanakannya. Apabila usianya
mencapai 10 tahun, dia hendaklah dipukul kerana meninggalkannya sebagaimana
sembahyang.
3. Tidak mempunyai keuzuran yang menghalangnya daripada berpuasa seperti
berada dalam keadaan haid atau nifas, pengsan atau gila sepanjang hari.

14

9. RUKUN PUASA
Puasa mempunyai dua rukun asasi iaitu:
1. Niat puasa.
2. Menahan diri daripada perkara yang membatalkannya, bermula dari terbit fajar hingga
tenggelam matahari.
1. Niat
Iaitu kehendak (qasad) melakukan puasa12. Tempatnya di hati, tidak cukup dengan hanya
melafazkannya dengan lidah dan tidak disyaratkan melafazkannya.13 Dalil wajib niat ialah
sabda Nabi saw:

12

Seseorang yang sedang berpuasa, lalu dia berniat untuk berbuka di tengah-tengah puasa, maka
puasanya terbatal. Inilah pendapat yang dipilih oleh Syed Sabiq di dalam Fiqh Sunnah.
13

KEMUSYKILAN : BENARKAH IMAM SYAFIIE MENYURUH LAFAZ NIAT?

Masyhur Hasan Salman menulis dalam bukunya : Al-Qaulul Mubin Fi Akhta`ul Mushollin, bahawa
Abu Abdullah Az-Zubairy telah tersalah faham dari kata-kata Imam Asy-Syafie.
Abu Abdullah menyangka bahawa Imam Asy-Syafie mewajibkan lafaz niat pada sembahyang.
Sebab salah faham tersebut adalah : lemah kefahamannya terhadap ibarat yang diberikan
oleh Imam Asy-Syafie.
Bagi menjelaskan perkara tersebut, ayuh kita melihat buku yang popular dalam Mazhab Asy-Syafie,
iaitu Al-Majmuk. Buku ini ditulis oleh Imam An-Nawawi.
Buku tersebut merekodkan pandangan Imam Nawawi :
Para ulama telah bersepakat bahawa: Sembahyang tidak sah melainkan (disertai) dengan
niat.. Sekiranya seseorang berniat dalam hatinya maka telah memadai menurut mazhab, dan itu juga
yang diputuskan oleh majoriti ulama.
Dan disana terdapat pandangan yang disebutkan oleh penyusun, dan juga disebutkan oleh yang
selain itu.
Telah berkata pemilik (kitab) Al-Haawi, dan ia adalah kenyataan Abi Abdulah Az-Zubairy, bahawa
tidak mamadai (dengan hanya berniat dihati) sehinggalah bergabungnya niat hati dan lafaz dengan
lidah, kerana Asy-Syafie pernah berkata dalam (permasalahan) haji: Jika seseorang itu berniat untuk
mengerjakan haji atau umrah, maka ia sudah memadai, walaupun ia tidak dilafazkan. Tidak seperti
sembahyang, yang tidak dianggap sah melainkan dengan an-Nutq.
15


Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung dengan niat.
[Al-Bukhari (1) dan Muslim (1907)].

Ashab (mazhab) kita telah berkata : Orang yang mengatakan (kenyataan) ini telah salah. Asy-Syafie
tidak memaksudkan (An-Nutq) dengan melafazkan (niat) dalam sembahyang, bahkan dia
menghendaki maksud: Takbir (takbiratul ihram).
Sekiranya seseorang itu melafazkan (niat) dengan lidahnya, tapi tidak berniat di hatinya, maka tidak
sah sembahyangnya secara sepakat para ulama. Walaupun dia berniat dihatinya untuk sembahyang
zohor, tetapi lidahnya berkata sembahyang Asar, maka sah sembahyang Zohornya. (Rujuk : AlMajmuk,-Kitabus Sholah- jilid 3, m/s 241, cetakan Maktabah Irsyad, Makkah.)
Dengan itu jelas kepada kita bahawa, Imam Asy-Syafie tidak mewajibkan lafaz niat. Lagipula, lafaz
niat dan hakikat niat itu sendiri adalah dua perkara berbeza.
IBNU QAYYIM MEMPERTAHANKAN ASY-SYAFIE
Ibnu Qayyim pernah berkata:
Apabila Rasulullah bangun untuk bersembahyang, baginda melafazkan ((Allahu Akbar)).
Baginda tidak berkata apa-apapun sebelumnya, mahupun sesudahnya sedikitpun. Baginda tidak
berkata: Aku bersembahyang ini (contoh zohor, asar, dll pent) kerana Allah, dengan menghadap
kiblat, sebanyak empat rakaat selaku Imam, atau makmum. Baginda juga tidak berkata : tunai atau
ganti (qadha`), tidak juga kefardhuan waktu. Semua itu adalah bidaah (perkara yang diada-adakan).
Tidak pernah dinukilkan dari siapa pun dengan sanad yang sahih, lemah (dhaif), musnad
(bersambung sanadnya), ataupun mursal (ada perawi yang gugur dalam sanadnya) satu perkataan
pun tentangnya. Bahkan, tidak juga dinukilkan dari seorang sahabat nabi, para tabiin, dan Imam
mazhab empat.
Pendapat ini muncul akibat sebahagian ulama lampau yang tersilap faham dari kenyataan
Asy- Syafie ra dalam perihal sembahyang: (katanya) Sembahyang tidak sama seperti puasa, tidak
ada seorang pun yang memasuki sembahyang melainkan dengan zikir. Mereka menyangka zikir itu
adalah lafaz niat orang yang ingin bersembahyang, sedangkan Asy-Syafie rh menghendaki maksud
zikir itu dengan takbiratul Ihram, tidak selain itu.
Bagaimana Asy-Syafie akan menggalakkan sesuatu perkara yang tidak pernah dilakukan
oleh Rasulullah sekalipun? Tidak juga dilakukan oleh para pengganti (khulafa`) baginda, tidak juga
para sahabat-sahabatnya. Demikianlah petunjuk mereka dan jalan hidup mereka.
Sekiranya ada yang datang dari mereka itu satu huruf pun tentang perkara tersebut, pasti
kita menerimanya. Kita akan menerimanya dengan penuh rela, tiada petunjuk yang lebih sempurna
melainkan petunjuk mereka. Tiada satu sunah pun melainkan apa yang diambil dari Rasulullah.(
Ruj: Zaadul Ma`aad, jilid 1, m/s: 201)
16

Sekiranya ia adalah niat untuk puasa Ramadan, disyaratkan wujudnya perkara-perkara


berikut:

i.

Berniat pada waktu malam ()

Iaitu hendaklah dilakukan qasad (kehendak melakukan puasa) itu pada waktu malam, iaitu
sebelum terbit fajar. Sekiranya dia tidak berqasad14 untuk melakukan puasa kecuali selepas
terbitnya fajar maka batallah niat dan puasanya.
Dalilnya sabda Nabi saw:






Barangsiapa yang tidak berniat puasa sebelum fajar maka tidak ada puasa baginya.
[Ad-Daruqutni (2/172), kata beliau para perawinya adalah Tsiqah; Al-Baihaqi (4/202)]
ii.

Menentukan Jenis Puasa ()

Ini dilakukan dengan menetapkan jenis puasa. Dia hendaklah berazam dalam hatinya untuk
berpuasa bulan Ramadan pada esok hari. Sekiranya dia berniat dalam dirinya dengan sematamata berpuasa (tidak ditentukan jenis puasa), maka niatnya tidak sah. Ini berdasarkan sabda
Nabi saw yang bermaksud: Sesungguhnya amalan itu dengan niat. Seperti yang telah
dinyatakan sebelum ini: Dan bagi setiap orang itu apa yang telah diniatkannya.
Maksudnya: Perbuatan itu akan mengikut jenis yang telah diqasadkan untuk dilakukan.
iii.

Berulang-ulang ()

Maksudnya: Dia hendaklah berniat pada setiap malam sebelum terbit fajar untuk puasa hari
berikutnya. Tidak cukup dengan satu niat untuk puasa sebulan kerana puasa Ramadan

14

Qasad atau keinginan untuk berpuasa boleh dilihat dengan bersahur atau berniat berpuasa pada
hari esoknya selepas berbuka. Dia sedar bahawa esok dia masih wajib untuk berpuasa, maka itu
sudah memadai untuk dikira sebagai berniat. Tetapi syaratnya hendaklah ia berlaku selepas waktu
berbuka dan sebelum masuk hari puasa berikutnya. WallahuA`lam.
17

bukanlah ibadah yang satu. Bahkan ia adalah ibadah yang berulang-ulang dan setiap ibadat
itu mesti dikhususkan niatnya yang tersendiri.15
Mengenai puasa sunat, niat tidak disyaratkan pada waktu malam dan tidak perlu ditentukan.
Niat, sah dilakukan sebelum tergelincir matahari dan sah juga dengan niat mutlak. Dalilnya
ialah hadis Aisyah r.a:

:

:
Pada suatu hari Nabi saw bersabda kepadanya: Apakah kamu mempunyai makanan
tengahari?. Jawapannya, Tidak. Sabda Baginda, Kalau begitu aku berpuasa.
[Ad-Daruqutni]
2. Menahan Diri Daripada Perkara Yang Membatalkan Puasa
Perkara-perkara yang membatalkan puasa ialah:

i.

Makan dan minum

Puasa terbatal sekiranya ia (makan dan minum) dilakukan dengan sengaja walaupun makanan
ataupun minuman itu sedikit. Sekiranya dia terlupa bahawa dia sedang berpuasa lalu dia
makan ataupun minum maka puasanya tidak batal walau berapa banyak dia makan atau
minum.16
Dalilnya: Hadis Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah saw bersabda:

15

Para ulama besar fikah telah berbeza pendapat di dalam hokum mengulang-ulang niat pada setiap
malam
di
bulan
Ramadhan:
Wajib berniat pada setiap malam Ramadhan. Pendapat ini dipilih oleh majority ulama dalam
Mazhab Abu Hanifah, Syafii, dan Ahmad. Mereka menyatakan bahawa ia adalah kewajipan yang
berbeza-beza. Buktinya, apabila rosak satu hari, ia tidak menyebabkan keseluruhan hari juga rosak.
Cukup dengan niat satu bulan tanpa mengulang pada setiap malam. Pendapat ini dipegang oleh
Mazhab Malik dan satu pendapat Imam Ahmad. Mereka menyatakan bahawa puasa 29 atau 30 hari
bulan Ramadhan adalah daripada jenis yang sama. Maka memadailah dengan niat yang sama tanpa
perlu mengulang-ulang.
WallahuA`lam.
16

Ini adalah pendapat yang terpilih oleh Imam an-Nawawi. Manakala pendapat yang terpilih oleh ArRafi`I pula ialah jika terlalu banyak, ia membatalkan kerana ia adalah sejenis keterlupaan yang sangat
ganjil. Rujuk Kifayatul Akhyar di dalam bab ini.
18

Sesiapa yang terlupa bahawa dia sedang berpuasa lalu dia makan ataupun minum maka
hendakah dia menyempurnakan puasanya, sesungguhnya Allahlah yang telah memberinya
makan dan minum.
[Muslim (1155) dan Al-Bukhari (1831)]
ii.

Sampainya ain (sesuatu) ke dalam al-Jauf (rongga) melalui liang yang


terbuka17

Maksud ain ialah sesuatu yang dapat dilihat oleh mata. Maksud al-Jauf ialah otak, ataupun
apa yang berada antara bawah halkum hingga ke perut. Maksud liang yang terbuka ialah
seperti mulut, telinga, qubul, dubur sama ada bagi lelaki dan juga wanita18.

Oleh itu setitik (air) yang masuk melalui telinga membatalkan puasa kerana ia adalah
liang yang terbuka.

Setitik (air) yang masuk ke dalam mata tidak membatalkan puasa kerana ia adalah
liang yang tidak terbuka.

Suntikan di lubang dubur membatalkan puasa kerana lubang dubur ialah liang yang
terbuka.

Suntikan pada urat tidak membatalkan puasa kerana urat adalah liang yang tidak
terbuka dan begitulah seterusnya.

Semuanya ini disyaratkan dilakukan dengan sengaja. Sekiranya perkara ini berlaku dalam
keadaan lupa maka ia tidak merosakkan puasanya. Hukum ini diqiyaskan dengan makanan
dan minuman.
17

Pendapat ini tidak disenangi oleh sebahagian oleh ulama seperti Dr. Yusuf al-Qaradhawi di dalam
fatwa beliau jilid pertama. Beliau menyatakan bahawa tidak ada orang yang tidak memahami
maksud puasa yang mudah. Ia adalah menghalang daripada makan, minum, dan menyetubuhi
wanita. Dan ia adalah perkara yang telah wujud nas di dalam al-Quran. Tidak ada orang yang tidak
memahami perkara larangannya. Ia telah diketahui oleh arab badwi pun pada zaman Nabi SAW. Ia
tidak memerlukan kefahaman larangan makan dan minum itu kepada kefahaman mantik.
18

Lelaki dan perempuan yang terkena penyakit buasir yang perlu menggunakan ubat yang
dimasukkan melalui dubur adalah harus melakukannya pada bulan Ramadhan. Ini adalah pendpat
yang dipilih oleh al-Qaradhawi di dalam Fatwa beliau. Beliau menyatakan bahawa memasukkan ubat
di dubur itu bukanlah sesuatu yang mengenyangkan perut atau memuaskan nafsu. Justeru itu
puasanya tidak terbatal. Inilah pendapat yang lebih mendekati kemudahan di dalam agama Islam.
Rujuk fatwa belia di dalam jilid pertama.
19

Sekiranya lalat atau nyamuk atau debu jalan masuk ke dalam al-jauf, maka puasa
tidak batal kerana untuk menghindarinya adalah teramat susah.

Sekiranya dia menelan air liurnya, puasa tidak batal kerana susah untuk
menghalangnya. Sekiranya dia menelan air liurnya yang bernajis (seperti gusinya luka
lalu mulutnya tidak dibersihkan, sekalipun air liurnya berwarna jernih), maka batal
puasanya.

Sekiranya dia berkumur atau memasukkan air ke dalam hidung lalu air itu termasuk
ke dalam al-jaufnya, puasanya tidak batal, jika dia tidak melampau dalam
memasukkan air sewaktu mengambil wuduk. Sekiranya air itu masuk ke dalam aljaufnya kerana dia melampau sewaktu memasukkan air, maka puasanya batal kerana
ia adalah perbuatan yang dilarang sewaktu berpuasa.

Sekiranya terdapat sisa (kesan) makanan di celah-celah giginya lalu ia digerakkan


oleh air liurnya tanpa sengaja lalu masuk ke dalam perutnya, maka puasanya tidak
batal. Ini sekiranya dia tidak mampu untuk membezakannya dengan air liurnya kerana
perkara ini ialah perkara yang dimaafkan dan bukan disebabkan sengaja dilakukan.
Sekiranya dia mampu membezakannya maka batallah puasanya kerana ia dilakukan
dengan lalai.

Sekiranya dia dipaksa untuk makan atau minum, puasanya tidak batal kerana hukum
ikhtiarnya (mempunyai pilihan) sudah gugur.

iii.

Muntah dengan sengaja

Muntah dengan sengaja membatalkan puasa sekalipun orang yang berpuasa yakin bahawa
muntahnya tidak masuk semula ke dalam al-jaufnya walaupun sedikit. Sekiranya dia muntah
tanpa sengaja, puasanya tidak batal sekalipun dia tahu bahawa sebahagian daripada
muntahnya telah masuk semula ke dalam al-jaufnya tanpa sengaja. Dalilnya ialah hadis yang
diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah saw bersabda:



Barangsiapa yang muntah tanpa disengajakan sedangkan dia berpuasa maka dia tidak perlu
mengqadakannya dan sekiranya dia muntah dengan sengaja, maka dia hendaklah
mengqadakan puasanya. 19 [Dikeluarkan oleh Abu Daud (2380), At-Tirmidzi (720) dan
selain keduanya]

19

Sahih menurut al-Albani.


20

iv.

Bersetubuh dengan sengaja walaupun tanpa keluar air mani.

Dalilnya ialah firman Allah swt:

...
...
Makan serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari
benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu,
sehingga waktu malam (maghrib) dan janganlah kamu setubuhi mereka ketika kamu sedang
beriktikaf di masjid
[Surah Al-Baqarah: 187]
Maksud fajar ialah cahaya yang terbit dengan terang di ufuk langit dan dengan itu berakhirlah
malam dan bermulalah siang. Sekiranya dia bersetubuh dalam keadaan lupa maka ia tidak
membatalkan puasa. Hukum ini diqiaskan dengan makan dan minum bagi orang yang terlupa.
v.

Al-Istimna

Al-Istimna ialah mengeluarkan air mani dengan melakukan percumbuan dan sebagainya
ataupun dengan menggunakan tangan.
Sekiranya orang yang berpuasa sengaja melakukannya maka batal puasanya. Tetapi sekiranya
ia berlaku di luar kawalannya, maka puasanya tidak batal. Dengan ini dimakruhkan dengan
Karahah Tahrim (makruh yang hampir kepada haram) bercium pada siang Ramadan bagi
orang yang cepat naik syahwatnya sama ada lelaki atau wanita kerana ia mendedahkannya
kepada merosakkan puasa.
Mengenai orang yang tidak cepat naik syahwatnya, yang utama baginya ialah
meninggalkannya demi menutup pintu yang merosakkan puasanya.20
Muslim (1106) meriwayatkn daripada Aisyah r.a katanya:

20

Kaedah ini juga terpakai apabila menyebutkan hukum berkhayal perkara-perkara seks. Para ulama
Syafiiyah menyebutkan bahawa sekiranya air mani keluar hasil khayalan atau mimpi, maka tiada
khilaf bahawa puasanya tidak terbatal (Rujuk: Kifayatul Akhyar). Tetapi dia hendaklah berusaha
untuk menjauhi perkara berkenaan kerana dibimbangi puasanya akan rosak.
21


Rasulullah saw telah mencium aku sewaktu Baginda berpuasa. Siapakah dikalangan kamu
yang dapat menguasai nafsunya sebagaimana Rasulullah saw menguasai nafsunya.
Para ulama berkata: Maksud kata-kata Aisyah r.a ialah sepatutnya kamu menjauhi daripada
bercium dan jangan menyangka bahawa diri kamu adalah seperti Nabi saw yang boleh
melakukannya. Ini kerana Baginda mampu menguasai dirinya dan dapat dijamin apabila
Baginda mencium tidak menyebabkan keluarnya air mani ataupun naik syahwat ataupun
naiknya nafsu dan seumpamanya sedangkan kamu tidak ada jaminan terhadap perkara itu.
vi.

Haid dan nifas

Haid dan nifas merupakan keuzuran yang menghalang sahnya puasa. Sekiranya wanita yang
berpuasa keluar haid ataupun nifasnya pada sebahagian daripada siang maka batallah
puasanya. Dia wajib mengqada puasa hari tersebut.
Al-Bukhari (298) dan Muslim (80) meriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a:
Rasululah saw bersabda tentang wanita dan Baginda telah ditanya sebab kurangnya agama
bagi wanita, Baginda menjawab,





Bukankah apabila dia sedang haid dia tidak sembahyang dan puasa?
vii.

Gila dan murtad

Gila dan murtad merupakan penghalang daripada sahnya puasa kerana orang yang berada di
dalam keadaan ini tidak mempunyai keahlian (kelayakan) untuk beribadat.
(Tambahan)21
Demikianlah, mereka yang berpuasa wajib menjaga dirinya daripada perkara-perkara yang
membatalkan ini agar puasanya sah bermula dari terbit fajar sehingga matahari betul-betul
tenggelam.
21

1) Sebahagian orang menyangka bahawa mandi junub selepas azan subuh menyebabkan puasa
terbatal. Sedangkan ini adalah satu kesilapan. Mandi selepas azan subuh tidak menyebabkan puasa
terbatal. WallahuA`lam.
22

Sekiranya orang yang berpuasa melakukan perkara yang membatalkan ini dengan sangkaan
fajar belum terbit, tetapi selepas melakukannya, sangkaannya jelas meleset, maka batal
puasanya. Dia hendaklah menahan dirinya (tidak makan, minum dan lain-lain seperti orang
yang berpuasa) sepanjang siang sebagai menghormati bulan Ramadan. Dia juga dikehendaki
supaya mengqadha puasa tadi.
Begitu juga apabila seseorang berbuka pada akhir siang di waktu petang dengan sangkaan
matahari telah tenggelam kemudian terbukti bahawa matahari belum tenggelam, maka
batallah puasanya dan dia wajib mengqadhanya.

23

10.

ADAB-ADAB PUASA DAN PERKARA YANG DIMAKRUHKAN

A. ADAB-ADAB PUASA

Puasa mempunyai adab yang banyak. Kami ringkaskan seperti berikut:


1. Menyegerakan berbuka
Ini dilakukan sejurus setelah diyakini tenggelamnya matahari. Dalilnya ialah hadis yang
diriwayatkan oleh Al-Bukhari (1856) dan Muslim (1098) daripada Sahal bin Saad r.a
bahawa Rasulullah saw bersabda:

Manusia akan terus berada dalam kebaikan selagimana mereka terus menyegerakan
berbuka.
Yang paling afdhal ialah berbuka dengan buah kurma yang basah ( )ataupun kering (),
sekiranya tidak ada, maka dengan air. At-Tirmizi (696) dan Abu Daud (2356) telah
meriwayatkan:







.

Nabi saw berbuka sebelum sembahyang (Maghrib) dengan beberapa biji kurma basah. Sekiranya

tidak ada kurma basah, maka Baginda berbuka dengan tamar kering. Sekiranya tidak ada juga, maka
Baginda menghirup beberapa teguk air.

2. Sahur
Sahur ( )dengan dibariskan fathah huruf sin bermaksud makanan yang dimakan pada
akhir malam. Dalil sahur disunatkan ialah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari (1823)
dan Muslim (1095), Nabi saw bersabda:

Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya dalam sahur itu ada barakah


Hikmah disunatkan sahur adalah untuk menguatkan diri melakukan puasa.
Al-Hakim di dalam Al-Mustadrak (1/425) meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda:
24

Dapatkanlah bantuan dengan makanan sahur untuk menguatkan puasa pada siang hari.
Masuknya waktu sahur ialah dengan berlalunya separuh malam. Fadhilat sahur diperolehi
dengan memakan sesuatu, tidak kira banyak ataupun sedikit ataupun sekadar meminum air
sahaja. Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dalam sahihnya sabda Nabi saw:

Bersahurlah kamu walaupun dengan seteguk air. [Mawarid az-Zhamaan: 884)22


3. Melewatkan sahur
Ini dilakukan dengan berhenti makan dan minum ketika fajar hampir terbit. Dalilnya ialah
hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya (5/147) daripada Nabi saw:

Umatku terus berada dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa dan
melewatkan bersahur. (Al-Bukhari (556) meriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a)
Nabi saw dan Zaid bin Thabit bersahur. Apabia keduanya selesai bersahur, maka Nabi saw
bangun mendirikan sembahyang. Kami bertanya kepada Anas, Berapa lamakah masa antara
kamu berdua selesai bersahur dan mendirikan sembahyang? Jawabnya, Sekadar 50 ayat
yang dibacakan oleh lelaki.
4. Meninggalkan kata-kata yang mesti dijauhi
Kata-kata yang mesti dijauhi seperti mencela, menipu, mengumpat dan menghasut.
Seseorang yang berpuasa juga hendaklah menahan dirinya daripada perkara-perkara syahwat
seperti melihat wanita dan mendengar lagu-lagu. Al-Bukhari (1840) meriwayatkan daripada
Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah saw bersabda:

Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal denganya maka Allah tidak
memerlukannya untuk meninggalkan makan dan minumnya.

Ketahuilah bahawa mencela, menipu, mengumpat, menghasut dan seumpamanya merupakan


perkara yang sememangnya diharamkan. Namun perkara baru dalam masalah ini bagi orang22

Syeikh Syuaib menyatakan isnad hadis ini hasan.


25

orang yang berpuasa ialah (selain ia adalah dosa) ia akan menghapuskan pahala puasa
walaupun hukum puasanya adalah sah dan dikira telah melaksanakan kewajipan. Oleh itu
perkara-perkara ini dianggap sebagai adab dan sunat-sunat puasa.
5. Mandi junub sebelum fajar
Ini dilakukan untuk memastikan dirinya bersih daripada awal puasa lagi. Ini bermakna junub
tidak menidakkan puasa tetapi yang lebih afdhal ialah menyelesaikannya sebelum fajar.
Dalilnya ialah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari (1825) dan (1830). Aisyah
menyebutkan:

Aku menyaksikan bahawa Nabi saw pernah bangun pagi di dalam keadaan junub kerana jima tanpa
bermimpi kemudian Baginda mandi dan berpuasa.

Wanita haid dan nifas juga disunatkan agar mandi sebelum fajar apabila telah sempurna suci
dan darah berhenti sebelum itu.
6. Tidak berbekam dan seumpamanya
Ini kerana ia akan melemahkan diri orang yang berpuasa.23 Dia juga hendaklah meninggalkan
merasa masakan kerana dibimbangi sesuatu akan masuk ke dalam rongganya. 24 Ini kerana
apabila sesuatu masuk ke dalam al-jauf, maka puasanya batal.
7. Berdoa sewaktu berbuka

23

Imam Ibnu Majah dengan sanadnya meriwayatkan bahawa Abu Hurairah berkata bahawa Nabi
SAW bersabda:


Telah tidak berpuasa bagi orang yang membekam dan dibekam. (HR Ibnu Majah di dalam Sunan
Ibnu Majah, bilangan: 1679, Sahih)
Kemudian hadis ini dijelaskan lagi oleh hadis riwayat al-Bukhari (1940) berikut: Imam al-Bukhari
dengan sanadnya meriwayatkan: Diceritakan kepada kami oleh Adam bin Abi Iyas, diceritakan
kepada kami Syu`bah,beliau berkata: Aku mendengar Sabit al-Bunani berkata: Anas bin Malik
bertanya:

:
:

Adakah kamu tidak suka untuk berbekam bagi orang berpuasa? Beliau menjawab: Tidak,
melainkan kerana melemahkan.
24
Sekalipun begitu, merasa makanan adalah dibolehkan tanpa menelannya. Ini adalah pendapat
Ibnu Abbas. Beliau berkata: Tidak mengapa merasa makanan seperti cuka yang mahu dibelinya.
26

Doa tersebut ialah:


Maksudnya: Ya, Allah ! Aku berpuasa untuk Mu, dengan rezeki Mu aku berbuka, telah
hilanglah kehausan, telah basahlah kerongkong dan telah pastilah ganjarannya Insya Allah
(jika dikehendaki oleh Allah).
8. Menyediakan makanan untuk mereka yang berbuka puasa
Sekiranya dia tidak mampu memberikan mereka makan, dia hendaklah memberikan buah
kurma ataupun minuman untuk mereka berbuka. Rasulullah saw bersabda:

Maksudnya: Barangsiapa yang menyediakan makanan berbuka untuk orang yang berpuasa,
maka dia mendapat ganjaran sepertinya (orang berpuasa) tanpa dikurangkan ganjaran orang
yang berpuasa itu sedikitpun. [Riwayat At-Tirmizi (807) dan disahihkannya]
9. Banyak bersedekah, membaca al-Quran, bertadarus dan beriktikaf di masjid
terutama pada 10 malam terakhir.
Anas r.a berkata: Rasulullah saw ditanyakan: Wahai Rasulullah apakah sedekah yang paling
utama?. Jawabnya, Sedekah pada bulan Ramadan *Riwayat At-Tirmizi (663)]
Al-Bukhari (1803) dan Muslim (2807) meriwayatkan: Jibril telah menemui Rasulullah saw
pada setiap tahun di bulan Ramadan sehingga akhir bulan Ramadan dan beliau membaca alQuran bersama-sama Nabi saw.
Kita akan membincangkan persoalan iktikaf pada akhir bab puasa ini.

B. PERKARA MAKRUH SEMASA BERPUASA

Perkara makruh sewatu berpuasa ialah melanggar adab-adab yang telah disebutkan.
Sebahagiannya termasuk dalam perkara makruh tanzihi (yang perlu ditinggalkan) seperti
melewatkan berbuka dan menyegerakan sahur. Sebahagiannya pula termasuk dalam perkara
yang diharamkan seperti mengumpat, menghasut, mencela dan berdusta.

27

10.

QADHA PUASA RAMADAN (FIDYAH DAN KAFARAH)

1. Musafir Dan Orang Sakit


Sesiapa yang meninggalkan puasa Ramadan (disebabkan sakit atau musafir) dia wajib
mengqadanya sebelum datangnya bulan Ramadan tahun berikutnya.

Sekiranya dia tidak mengqadhakannya disebabkan bermudah-mudah (ambil ringan)


dengan perkara ini sehingga masuk Ramadan tahun berikutnya, dia berdosa dan
diwajibkan qadha dan fidyah.

Fidyah ialah memberi makan kepada orang-orang fakir dengan satu cupak makanan asasi
untuk setiap satu hari yang ditinggalkan. Perkara ini bertambah dengan bertambahnya tahun.
Satu cupak sama dengan lebih kurang 600 gram.

Sekiranya keuzurannya berterusan seperti sakit yang berterusan sehingga masuk bulan
Ramadan tahun berikutnya, dia tidak diwajibkan kecuali qadha dan tidak perlu
mengeluarkan fidyah kerana melewatkan qadha ini.

Sekiranya dia meninggal dunia dan tidak sempat qadha, samaada mati sebelum
mampu menqadhakannya ataupun mati selepas mampu menqadhakannya tetapi
tidak mengqadhakannya kerana lalai.
o Sekiranya dia mati sebelum mampu menqadhakannya, maka dia tidak
berdosa dan tidak perlu meminta orang lain mengqadha bagi pihaknya kerana
dia tidak melalaikannya.
o Barangsiapa yang mati selepas mampu menqadhakannya, maka walinya
disunatkan mengqahada hari-hari yang ditinggalnya bagi pihaknya. Maksud
wali di sini ialah kaum kerabatnya. Dalilya ialah hadis yang diriwayatkan oleh
Al-Buhari (1851) dan Muslim (1147) daripada Aisyah r.a bahawa Rasulullah
saw telah bersabda:





Barangsiapa yang mati dan dia masih ada puasa yang tidak diqadha, maka walinyalah yang
berpuasa bagi pihaknya.
Al-Bukhari (1852) dan Muslim (1148) meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a.

28



:
" :
Seorang lelaki telah datang menemui Nabi saw, katanya: Wahai Rasulullah!
Sesungguhnya ibuku telah mati dan dia meninggalkan satu bulan puasa, apakah aku perlu
mengqadhakannya bagi pihaknya?. Jawab Baginda, Ya, hutang Allah lebih berhak untuk
dijelaskan.
Puasa orang lain bagi pihaknya adalah sah apabila mendapat keizinan salah seorang
kerabatnya. Sekiranya dia berpuasa tanpa mendapat keizinan dan wasiat daripada si mati,
maka puasa ganti tersebut tidak sah.
Sekiranya tidak ada seorang pun yang berpuasa bagi pihaknya, maka hendakah dikeluarkan
satu cupak makanan bagi setiap hari yang ditinggalkan. Makanan tersebut wajib dikeluarkan
daripada harta pusaka yang ditinggalkannya, sama seperti hutang. Sekiranya dia tidak
memiliki harta, maka orang lain boleh mengeluarkan bagi pihaknya dan terlepaslah dosanya.
At-Tirmizi (817) meriwayatkan daripada Umar r.a katanya:



Barang siapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan yang belum
diqadhakannya, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkan
bagi pihaknya.
Abu Daud (2401) telah meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya:



Apabila seseorang itu sakit pada bulan Ramadan, kemudian dia meninggal dunia dan dia
tidak berpuasa, hendaklah diberi makan bagi pihaknya.
2. Orang Yang Terlalu Tua Dan Pesakit Yang Tiada Harapan Untuk Sembuh
Apabila orang yang terlalu tua terpaksa berbuka, dia wajib bersedekah satu cupak makanan
asasi bagi setiap hari yang ditinggalkan. Dia dan para walinya tidak diwajibkan kecuali
perkara tersebut.

29

Al-Bukhari (4235) meriwayatkan daripada Atho katanya: Ibnu Abbas r.a mendengar ayat alQuran yang dibacakan:

... ...
Maksudnya: Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan
sebagainya) membayar fidyah (dengan) memberi makan orang-orang miskin.
(Al-Baqarah:184)
Ibnu Abbas berkata: Ayat ini tidak dimansukhkan. Ia ditujukan kepada orang lelaki dan
wanita yang terlalu tua dan tidak mampu berpuasa. Mereka hendaklah memberi makan
kepada seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkan.
Diantara perkara yang mesti diketahui ialah orang sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh
hukumnya sama dengan hukum orang yang terlalu tua yang tidak mampu berpuasa. Dia
dibenarkan untuk berbuka dan bersedekah pada setiap hari yang ditinggalkan dengan satu
cupak makanan asasi.
3. Perempuan Hamil Dan Menyusukan Anak
Apabila wanita hamil dan yang menyusukan anak berbuka, maka tindakannya itu sama ada
kerana bimbangkan dirinya ataupun bimbangkan anaknya.
Sekiranya dia berbuka kerana bimbangkan wujudnya mudarat terhadap dirinya apabila dia
berpuasa, maka dia wajib qada sahaja sebelum datangnya bulan Ramadan tahun berikutnya.
At-Tirmizi (715), Abu Daud (2408) dan selain mereka meriwayatkan daripada Anas al-Kabi
r.a daripada Rasulullah saw sabdanya:

Sesungguhnya Allah swt telah mengangkat puasa orang yang musafir (boleh berbuka) dan
telah mengurangkan sembahyangnya (boleh diqasarkan sembahyang) dan diangkat puasa
daripada orang yang hamil dan sedang menyusukan anak

30

Maksud mengurangkan sembahyang ialah memberi kelonggaran untuk mengqasarkan


sembahyang. Maksud mengangkat puasa ialah membenarkan berbuka dan diminta supaya
mengqadhanya.
Apabila perempuan mengandung berbuka kerana bimbangkan anaknya seperti bimbang
berlakunya keguguran sekiranya dia berpuasa, ataupun perempuan yang menyusukan anak
bimbangkan kekurangan susunya lalu anak itu mendapat mudarat sekiranya dia berpuasa,
dalam keadaan ini dia wajib qadha dan bersedekah satu cupak makanan asasi bagi setiap hari
yang ditinggalkannya.
Masalah yang sama dengan masalah ini ialah orang yang terpaksa berbuka puasa untuk
menyelamatkan orang lain yang sedang diancam kemusnahan. Dia wajib mengqadha
puasanya dan bersedekah dengan satu cupak makanan. Abu Daud (2318) meriwayatkan
daripada Ibnu Abbas r.a mengenai ayat:

... ...
Maksudnya: Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan
sebagainya) membayar fidyah (dengan) memberi makan orang-orang miskin.
(Al-Baqarah:184)
Beliau berkata: Ayat ini merupakan rukhsah (keringanan) bagi lelaki dan wanita yang terlalu
tua, kedua-duanya tidak mampu untuk berpuasa lalu mereka berbuka. Mereka hendaklah
memberi makan kepada seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkan. Ayat ini juga
merupakan rukhsah bagi wanita hamil dan yang sedang menyusukan anak sekiranya mereka
bimbang (terhadap anak mereka), mereka boleh berbuka dan hendaklah memberi makan fakir
miskin.

31

11.

KAFARAH BERBUKA PADA BULAN RAMADAN

Penyebab Kafarah.
Penyebab kafarah ialah merosakkan puasa pada siang hari di bulan Ramadan dengan
melakukan jimak dengan syarat pelakunya mengetahui dirinya berpuasa, mengetahui perkara
itu haram dan tidak ada rukshah disebabkan musafir.
Sesiapa melakukan perbuatan ini dalam keadaan dia lupa bahawa dia berpuasa ataupun jahil
pengharamannya ataupun melakukannya pada puasa yang bukan puasa Ramadan ataupun
sengaja berbuka tanpa melakukan jimak ataupun bermusafir dengan perjalanan yang
diharuskan dia berbuka kemudian dia berjimak, maka tidak ada kifarah keatasnya dan dia
hanya wajib mengqadhanya sahaja.25

25

Kemusykilan: Hukum Orang Yang Sengaja Berbuka Dengan makan atau minum dengan tujuan
membolehkan jimak.
Para ulama bersepakat bahawa orang yang melakukan hal ini dengan sengaja telah melakukan dosa
besar dan mengotori kesucian bulan Ramadhan. Mereka wajib mengganti puasa yang ditinggalkan
pada hari berkenaan.
Sabda Nabi s.a.w. (bermaksud); Sesiapa berbuka puasa sehari di bulan Ramadhan tanpa ada
rukhsah (kelonggaran) yang diizinkan Allah untuknya, puasa sepanjang masa sekalipun tidak akan
berupaya membayarnya sekalipun ia melakukannya (Riwayat Imam Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu
Majah).
Tetapi ulama berbeza pendapat pada hukum kaffarah, adakah diwajibkan?
1. Jumhur ulamak (merangkumi Imam Abu Hanifah, Imam Malik , Imam Ahmad dan sebagainya)
berpendapat; ia tetap dikenakan kaffarah kerana ia melakukan persetubuhan ketika kewajipan
puasa Ramadhan masih terbelenggu atas dirinya. Orang yang berbuka puasa di bulan Ramadhan
tanpa sebarang keuzuran- walaupun puasanya batal, namun kewajipan puasa tetap tidak gugur
darinya. Jadi, apabila ia bersetubuh, persetubuhan itu berlaku ketika kewajipan puasa atas dirinya
masih berjalan dan kerana itu tetap dikenakan kaffarah ke atasnya mengikut pandangan teramai
para ulamak.
2. Mazhab Syafiie; menurut mazhab Syafiie; tidak dikenakan kaffarah ke atasnya kerana
persetubuhan itu berlaku ketika ia tidak lagi berpuasa. Jadi, mazhab Syafiie tidak melihat kepada
kewajipan puasa, akan tetapi melihat kepada wujud puasa atau tidak ketika persetubuhan itu
berlaku. Jadi, menurut mazhab Syafiie; persetubuhan yang mewajibkan kaffarah ialah persetubuhan
yang berlaku ketika masih berpuasa (yakni puasa masih ada dan kemudian dibatalkan dengan
persetubuhan). Adapun persetubuhan yang berlaku setelah puasa batal, maka tidak wajib kaffarah.
Pandangan yang rajih bagi masalah ini ialah pandangan jumhur ulamak kerana ia menutup pintu
helah kepada orang-orang yang ingin melanggar hukum Syariat. Jika tidak dikenakan kaffarah,
nescaya semua orang yang ingin bersetubuh di siang hari di bulan Ramadhan akan melakukan
32

Siapa Yang Wajib Mengeluarkan Kafarah?


Kafarah hanya diwajibkan kepada suami yang menjimak dan tidak diwajibkan kepada isteri
ataupun wanita yang dijimaknya walaupun kedua-duanya sama-sama berpuasa. Ini kerana
jenayah orang yang menjimak lebih berat. Oleh itu dia dianggap orang yang
bertanggungjawab untuk mengeluarkan kafarah.26

Apakah Maksud Kafarah?


Kafarah yang wajib kerana merosakkan puasa ialah:
Membebaskan seorang hamba yang beriman, lelaki ataupun wanita.
Sekiranya dia tidak mendapatinya, ataupun tidak mampu melakukannya maka dia
hendaklah berpuasa dua bulan berturut-turut.
Sekiranya dia tidak mampu juga, maka dia hendaklah memberi makan 60 fakir miskin.
Bagi setiap orang miskin satu cupak makanan asasi.
Sekiranya dia tidak mampu untuk melakukan semua perkara ini, kafarah ini tetap kekal
sebagai kewajipan ke atasnya sehingga dia mampu melakukan salah satu daripadanya.
Dalilnya ialah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari (1834), Muslim (1111) dan selain
mereka daripada Abu Hurairah r.a katanya:





.
:
:

:

:


:
:

: :





: :.



: : - -



:



- :

sedemikian; mereka akan makan terlebih dahulu, kemudian melakukan persetubuhan . Maka tidak
ada makna Syariat mewajibkan kaffarah jika sedikit helah sahaja sudah dapat menidakkannya.
Kerana itu para ulamak hari ini menegaskan; pandangan yang rajih ialah pandangan jumhur tadi.
Wallahu alam.
26
Ini adalah pendapat di dalam Mazhab Asy-Syafii dan satu pendapat di dalam Mazhab Ahmad.
Manakala mazhab jumhur pula menyatakan wajib qadha dan kaffarah untuk lelaki dan perempuan
yang sengaja berjimak di bulan Ramadhan. Pada pendapat jumhur, apa-apa hukum yang diberikan
kepada lelaki, ia juga menjadi hukum kepada wanita melainkan ada pengecualian.
33

Sewaktu kami duduk di sisi Nabi saw, tiba-tiba datang seorang lelaki berkata, Wahai
Rasulullah musnahlah aku. Tanya Baginda, Kenapa kamu ni?. Jawabnya, Aku telah
berjimak dengan isteriku sedangkan aku berpuasa, (dalam satu riwayat; pada bulan
Ramadan). Tanya Nabi saw, Apakah kamu memiliki hamba untuk dibebaskan?. Jawabnya,
Tidak. Tanya Baginda, Apakah kamu mampu berpuasa dua bulan berturut-turut?.
Jawabnya, Tidak. Tanya baginda lagi, Adakah kamu memiliki makanan untuk 60 orang
fakir miskin?. Jawabnya, Tidak.Katanya, lalu Nabi saw diam sebentar. Sewaktu kami
duduk dalam keadaan itu datang seseorang membawakan kepada Nabi saw suatu bekas yang
penuh di dalamnya buah tamar. Tanya Baginda, Dimanakah orang yang bertanya tadi?.
Jawabnya, Saya. Sabda Baginda, Ambillah tamar ini dan bersedekahlah dengannya. Kata
lelaki ini, Apakah untuk orang yang lebih fakir daripadaku wahai Rasulullah? Demi Allah
tidak ada orang yang duduk di antara dua gunung ini (yang dimaksudkan ialah Madinah)
keluarganya yang lebih fakir daripada keluargaku. Lalu Nabi saw tersenyum sehingga
nampak gigi garhamnya, sabda Baginda, Berilah makan ahli keluargamu.

Para ulama berkata: Seseorang fakir yang mampu memberi makan, tidak boleh memberikan
makanan itu kepada keluarganya. Begitu juga dengan kafarah yang lain. Apa yang disebutkan
di dalam hadis ini hanya dikhususkan untuk lelaki itu sahaja.
Perlu diketahui bahawa orang yang berjimak diwajibkan kafarah dan mengqadhakan hari
yang telah dibatalkannya itu dengan berjimak. Kafarah itu berulang dengan berulangnya hari
yang dibatalkannya dengan berjimak. Sekiranya dia berjimak dua hari pada bulan Ramadan
maka wajib dua kafarah (selain qadha), sekiranya dia berjimak tiga hari maka wajiblah tiga
kafarah dan begitulah seterusnya.

34

12.

PUASA SUNAT ()

At-Tatawwu` ialah puasa yang disunatkan. Tatawwu bermaksud mendekatkan diri kepada
Allah swt dengan ibadat yang tidak difardukan.
Tidak syak lagi bahawa puasa adalah di antara ibadat yang paling baik. Al-Bukhari (2685)
dan Muslim (1553) meriwayatkan daripada Abu Said r.a katanya: Aku mendengar
Rasulullah saw bersabda:




Barangsiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, maka Allah swt akan menjauhkan wajahnya
daripada neraka sejauh 70 musim perjalanan.

Hikmah disyariatkan puasa sunat ialah untuk menambahkan ibadah dan taqarrub kepada
Allah. Tidak ada ibadah yang dilakukan melainkan seorang itu akan bertambah hampir
kepada Allah Azzawajala. Oleh itu disebutkan di dalam Hadis Qudsi yang bermaksud:

Hamba-hamba-Ku berterusan mendekati Aku dengan perkara-pekara sunat sehinggalah Aku


mencintainya.27

Tidak syak lagi bahawa kecintaan Allah swt kepada hamba-Nya dan hampirnya hamba itu
dengan Tuhannya akan menjauhkan dirinya daripada maksiat, mendekatkan dirinya dengan
ketaatan dan mempercepatkannya melakukan perkara makruf dan kebaikan. Dengan ini
luruslah keadaan manusia dan eloklah kehidupannya.

Puasa Sunat Dan Jenisnya

Kami akan meyebutkan secara ringkas puasa sunat dan jenisnya:


1) Puasa Hari Arafah
Iaitu pada 9 Zulhijjah. Ia disunatkan kepada orang yang tidak menunaikan haji (bagi bukan
jemaah haji). Daripada Abu Qatadah r.a katanya: Rasulullah saw ditanya mengenai puasa
Arafah. Sabda Baginda:





Ia menghapuskan dosa-dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang. [Riwayat Muslim (1162)].

Hari Arafah adalah sebaik-baik hari. Rasulullah saw telah bersabda:

27

Sahih al-Bukhari: 6502


35

Tidak ada hari yang lebih ramai Allah swt membebaskan hamba-Nya daripada api neraka lebih
daripada hari Arafah. [Riwayat Muslim (1348)]

Bagi jemaah haji, mereka tidak disunatkan berpuasa. Malah disunatkan berbuka sebagai
mengikut Nabi saw dan supaya dia tetap kuat dan gagah untuk memperbanyakkan doa pada
hari tersebut.

2) Puasa Hari Asyura dan Tasua


Asyura ialah 10 Muharram dan Tasua ialah 9 Muharram. Dalil disunatkan berpuasa pada
hari ini ialah hadis Ibnu Abbas r.a:

Maksudnya: Rasulullah saw telah berpuasa pada hari Asyura dan memerintahkan mereka berpuasa
padanya. [Riwayat Al-Bukhari (1900) dan Muslim (1030)]

Dari Abu Qatadah r.a: Rasulullah saw telah ditanya tentang puasa pada hari Asyura, Baginda
menjawab:


Ia menghapuskan dosa tahun yang lalu. [Riwayat Muslim (1162)]

Daripada Ibnu Abbas r.a katanya, Rasulullah saw bersabda:




Kalaulah aku masih hidup hingga ke tahun hadapan, nescaya aku akan berpuasa pada hari yang
kesembilan. [Riwayat Muslim (1174), tetapi Baginda saw wafat sebelum itu].

Hikmah disunatkan puasa hari Tasua disamping Asyura ialah untuk ihtiyat (berjaga-jaga)
bimbang berlakunya kesilapan pada menetapkan awal bulan dan untuk membezakan diri
dengan orang Yahudi kerana mereka hanya berpuasa pada hari yang kesepuluh sahaja. Oleh
itu disunatkan bagi orang yang tidak berpuasa Tasua bersama dengan Asyura agar dia
berpuasa pada hari yang kesebelas.

3) Puasa Hari Isnin Dan Khamis


Dalilnya ialah hadis yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi (745) daripada Aisyah r.a katanya:


Rasulullah saw sentiasa berpuasa pada hari Isnin dan Khamis

Diriwayatkan oleh beliau juga (747) daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah saw
bersabda:

36

Setiap amalan itu akan dibentangkan pada setiap hari Isnin dan Khamis, maka aku suka agar
amalanku dibentangkan dalam keadaan aku berpuasa.

4) Puasa Tiga Hari Setiap Bulan


Yang afdhal ialah berpuasa pada hari-hari putih iaitu 13, 14 dan 15 daripada bulan
Qamariyah (tahun Hijrah).
Ia dinamakan hari-hari putih kerana malam hari-hari tersebut pada setiap bulan sentiasa
disinari dengan cahaya bulan. Dalil disunatkan puasa ialah hadis yang diriwayatkan oleh alBukhari (114) dan Muslim (721) daripada Abu Hurairah r.a, katanya:

Kekasihku saw telah berwasiat kepadaku dengan tiga perkara, berpuasa tiga hari pada setiap bulan,
dua rakaat dhuha dan hendaklah aku berwitir sebelum tidur.

Daripada Abu Qatadah r.a katanya Rasulullah saw bersabda:






Maksudnya: Puasa tiga hari dalam setiap bulan adalah sama dengan puasa untuk selama-lamanya
[Riwayat Muslim (1162)].

Daripada Abu Zar r.a katanya Rasulullah saw bersabda:

Apabila kamu mahu berpuasa tiga hari pada setiap bulan maka berpuasalah pada hari 13, 14 dan 15
[Riwayat At-Tirmizi (761), katanya Hadis Hasan].

Abu Daud (2449) telah meriwayatkan daripada Qatadah bin Milhan r.a katanya:

Rasulullah saw telah memerintahkan kami supaya berpuasa iaitu pada hari 13, 14 dan 15
sabdanya: Ia adalah seperti puasa untuk selama-lamanya.

Tetapi dikecualikan 13 Zulhijjah kerana puasa pada hari tersebut diharamkan sebagaimana
yang akan kami jelaskan insya Allah.

5) Puasa Enam Hari Dalam Bulan Syawal


Yang afdhalnya ialah segera dilakukan selepas hari raya Aidil Fitri secara berturut-turut.
Walau bagaimanapun, ini bukanlah syarat bahkan pahala sunat turut diperolehi juga jika
dilakukan secara berasingan. Muslim (1164) meriwayatkan daripada Abu Ayub r.a bahawa
Rasulullah saw bersabda:
37


Barangsiapa berpuasa Ramadan dan diikuti dengan puasa 6 hari pada bulan Syawal maka
seolah-olah dia telah berpuasa selama-lamanya.

Membatalkan Puasa Sunat

Seseorang muslim yang berpuasa sunat diharuskan membatalkan puasa jika dia mahu, dan
dia tidak diwajibkan mengqadhanya. Walau bagaimanapun, hukumnya adalah makruh.
Rasulullah saw bersabda:

Orang yang berpuasa sunat adalah ketua kepada dirinya, jika dia mahu, dia boleh meneruskan
puasanya, dan jika dia mahu juga, dia boleh berbuka. [Riwayat Al-Hakim (1/439)]

Tetapi orang yang sedang mengqadha puasa wajib, diharamkan dia membatalkan puasanya
itu kerana keadaannya yang sudah memulakan puasa qadha itu, mewajibkan dia
menyempurnakannya.

38

13.

PUASA YANG DIMAKRUHKAN DAN PUASA YANG DIHARAMKAN

A. Puasa Yang Dimakruhkan

Manusia hanyalah hamba Allah Azzawajalla. Allah menjadikannya beribadat berdasarkan


apa yang dikehendakinya. Allah menjadikannya beribadat dengan berpuasa dan begitu juga
Allah menjadikannya beribadat dengan tidak berpuasa. Anak Adam tidak ada hak untuk
membangkang ataupun menentang perkara ini. Dalam semua perkara yang wajib dilakukan,
dia hendaklah berkata,

Kami dengar dan kami taat, ampunilah dosa kami wahai Tuhan kami dan kepada Mu lah kami akan
dikembalikan.

Puasa yang makruh ialah puasa yang jika ditinggalkan oleh seseorang, dia akan mendapat
pahala dan apabila dilakukan tidak mendatangkan pahala dan tidak mendatangkan dosa.
Diantara puasa yang dimakruhkan ialah:

1) Mengkhususkan puasa pada hari Jumaat sahaja


Dalilnya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari (1884) dan Muslim (1444) bahawa
Nabi saw bersabda:

Maksudnya: Janganlah seorang diantara kamu berpuasa pada hari Jumaat melainkan dia hendaklah
berpuasa sehari sebelum itu ataupun sehari selepasnya.

2) Mengkhususkan puasa pada hari Sabtu


Dalilnya ialah hadis yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi (744) dan dihasankannya - , Nabi
saw bersabda:




Janganlah kamu berpuasa pada hari Sabtu melainkan apa yang telah difardukan Allah kepada
kamu.

Para ulama juga telah berkata: Dimakruhkan mengkhususkan puasa pada hari Ahad kerana
orang Yahudi mengagungkan hari Sabtu dan orang Nasrani mengagungkan hari Ahad.
Walaubagaimanapun, tidak dimakruhkan berpuasa pada kedua-dua hari Sabtu dan hari Ahad
kerana tiada golongan yang mengagungkan kedua-dua hari tersebut secara serentak.
Ahmad (6/324) meriwayatkan:
39





:
Rasulullah saw lebih banyak berpuasa pada hari Sabtu dan Ahad dibandingkan dengan hari-hari yang
lain. Baginda bersabda:Sesungguhnya kedua-dua hari ini adalah hari raya bagi orang musyrik dan
aku suka untuk menyalahi mereka.

3) Puasa setiap hari (seumur hidup)


Hukum makruh berpuasa setiap hari dikhususkan bagi sesiapa yang dibimbangi mendapat
mudarat ataupun mensia-siakan hak orang lain apabila dia melakukannya (berpuasa setiap
hari).
Al-Bukhari (1867) meriwayatkan:




:




:


:

:

:
:

:
:



:




:



Nabi saw telah mempersaudarakan diantara Salman dan Abu Ad-Darda. Salman menziarahi Abu AdDarda dan beliau melihat Ummu Ad-Darda dalam keadaan comot. Beliau bertanya, Kenapa
kamu?. Jawabnya, Saudara kamu Abu Ad-Darda tidak berhajat kepada dunia. Salman berkata:
Wahai Abu Ad-Darda! Sesungguhnya Tuhan kamu mempunyai hak ke atas kamu (hak yang mesti
kamu tunaikan), keluarga kamu mempunyai hak ke atas kamu dan diri kamu mempunyai hak keatas
kamu, maka berikanah hak tersebut kepada empunyanya. Abu Ad-Darda menceritakan apa yang
disebut oleh Salman kepada Nabi saw. Baginda saw bersabda: Benarlah Salman.

Mengenai mereka yang berpuasa setiap hari tanpa memudaratkan dirinya dan tidak mensiasiakan hak orang lain yang wajib ditunaikan, maka tidak dimakruhkan dia melakukannya.
Bahkan disunatkan kerana puasa adalah ibadat yang paling afdal.28
28

Pendapat yang menyatakan sunat berpuasa sepanjang tahun ialah pandanagn daripada Imam anNawawi RH. Manakala al-Baghawi menyatakan ia makruh. Syeikh Muhammad Muhammad Anwar
Syalabi, anggota Lujnah Fatwa Negara Mesir pula berpandangan sebaliknya. Beliau tidak bersetuju
dengan pandangan yang menyatakan ia sunat. Lalu beliau menyatakan hadis-hadis dan komentar
seperti berikut:
Rasulullah SAW bersabda: (

) Tidak ada (pahala) bagi orang yang berpuasa selamalamanya. Direkod oleh al-Bukhari di dalam kitab as-Saum (1977), dan Muslim di dalam Kitab asSiyam (1159). Juga para ulama hadis yang lain turut merekodkannya. Nabi SAW juga bersabda: (
40

B. Puasa Yang Diharamkan

Diharamkan berpuasa pada hari-hari berikut:

1. Puasa dua hari Aidil Fitri dan Aidil Adha


Dalilnya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim (1138) daripada Abu Hurairah r.a

Sesungguhnya Rasulullah saw telah melarang berpuasa pada dua hari iaitu hari Aidil Adha dan hari
Aidil Fitri.

2. Puasa tiga hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah)


Hari Tasyriq ialah hari-hari selepas hari Aidil Adha. Dalil pengharaman puasa pada hari
tersebut ialah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim (1142) daripada Kaab bin Malik r.a:

Rasulullah saw mengutuskan beliau dan Aus bin Al-Hadasan pada hari-hari tasyriq untuk
mengisytiharkan, Tidak masuk syurga melainkan orang-orang yang beriman dan hari-hari Mina
adalah hari makan dan minum.

Abu Daud (2418) meriwayatkan daripada Amru bin Al-Ash katanya:

Adapun hari ini, Rasulullah saw perintahkan kami supaya berbuka (tidak berpuasa) pada
hari-hari ini dan kami diarang untuk berpuasa. Malik berkata, Maksud hari-hari ini ialah
hari-hari tasyriq.

3. Puasa hari syak iaitu hari ke 30 bulan Syaban.


Ini kerana manusia merasa ragu-ragu apakah ia termasuk bulan Syaban ataupun bulan
Ramadan, disebabkan tidak sabit rukyah hilal pada waktu itu. Oleh itu tidak diharuskan
berpuasa pada hari tersebut bahkan ia hendaklah dianggap sebagai baki hari bagi bulan
Syaban.


)

Puasa yang

paling

dicintai

Allah

ialah puasa

Nabi

Daud.

Kemudian as-Syeikh berkomentar: Tidak ada puasa lain lagi yang lebih baik daripada (puasa Nabi
Daud) ini. Tidak ada lagi yang lebih dicintai Allah melainkannya. Nabi Daud as berpuasa sehari dan
tidak berpuasa sehari. (Rujuk: Kifayatul Akhyar, cetakkan Darus Salam dengan ulasan syeikh.)
41

Dalil pengharaman puasa pada hari tersebut ialah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud
(2334) dan At-Tirmizi (686) yang disahihkannya daripada Ammar bin Yasir r.a bahawa
Rasulullah saw bersabda:

Barangsiapa yang berpuasa pada hari manusia merasa syak terhadapnya (puasa hari syak), maka dia
telah menderhaka terhadap Abu Al-Qasim saw.

4. Puasa pada separuh kedua bulan Syaban


Dalilnya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud (2337) dan At-Tirmizi (738) dan
disahihkannya daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:


Maksudnya: Apabila berlalu separuh Syaban maka janganlah kamu berpuasa
Ibnu Majah (1651) juga meriwayatkan:

Apabila berlalu separuh daripada bulan Syaban maka janganah kamu berpuasa sehingga datangnya
Ramadan.

Walau bagaimanapun, puasa pada hari syak dan puasa pada separuh kedua bulan Syaban
tidak diharamkan apabila hari syak bertepatan dengan hari kebiasaannya berpuasa, ataupun
dia telah berpuasa pada separuh yang pertama dan disambung dengan separuh kedua bulan
Syaban.
Al-Bukhari (1815) dan Muslim (1082) (lafaz hadis oleh Muslim) meriwayatkan daripada Abu
Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:








Maksudnya: Janganlah kamu mendahulukan Ramadan dengan berpuasa satu atau dua hari
sebelumnya, melainkan mereka yang biasa berpuasa, maka dia boleh berpuasa pada hari
tersebut.29

29

Dianatara puasa yang diharamkan juga menurut ashab Syafiiyah ialah puasa sunat seorang wanita
yang tidak mendapat izin daripada suaminya sedangkan suaminya memerlukannya untuk
mengadakan hubungan seks.
42

14.

IKTIKAF

Iktikaf dari sudut bahasa ialah: Tinggal dan melazimi sesuatu perkara. Dari sudut syara
bererti Berada di dalam masjid dengan niat yang khusus.

Dalil Disyariatkan

Dalil disyariatkan iktikaf ialah firman Allah swt:



.781 : }
{

Dan janganah kamu setubuhi mereka ketika kamu sedang beriktikaf di masjid *AlBaqarah: 187
Al-Bukhari (1922) dan Muslim (1172) meriwayatkan daripada Aisyah r.a:





Nabi Saw telah beriktikaf pada sepuluh akhir bulan Ramadan. Kemudian isteri-isteri Baginda
beriktikaf selepas kewafatannya.

Iktikaf juga terdapat di dalam syariat-syariat terdahulu. Ia telah dikenali sebelum Islam
berdasarkan firman Allah swt:

721 :}

Dan Kami telah perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman):
Bersihkanlah Rumah Ku (dari apa yang diharam) untuk orang-orang yang bertawaf dan yang
beriktikaf serta yang ruku dan sujud (padanya). [Al-Baqarah:125]

Hikmah disyariatkan

Seorang Muslim mestilah dari semasa ke semasa berusaha mengekang keinginan


nafsunya terhadap perkara yang diharuskan, mengawalnya supaya dapat melakukan ketaatan
kepada Tuhannya dan mengkhususkan waktu tertentu untuk beribadah kepada Allah agar dia
dapat membiasakan dirinya mencintai Allah swt, mengutamakan keredaanNya dengan
meninggalkan perkara haram yang ingin dilakukan dan memudaratkan hawa nafsunya. Nafsu
sentiasa mengajak tuannya melakukan perkara-perkara yang buruk dan mengheretnya ke
lembah maksiat.
Allah swt berfirman:

43

Kerana sesungguhnya nafsu itu benar-benar menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orangorang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku, (maka terselamatlah dia daripada hasutan nafsu
itu). *Yusuf: 53+
Tenggelam di dalam kenikmatan dunia akan menambahkan lagi kecintaan kepadanya dan
usaha untuk mendapatkanya. Jauh sekali dapat menghalang atau menjauhkannya daripada
mencintai dunia, kecuali jika dia sentiasa dididik dalam suasana terasing (berkhalwat
beriktikaf) untuk mencintai Allah swt dan menjauhi perkara yang diharamkan.
Dengan ini disyariatkan iktikaf untuk menjadi usaha yang mengumpulkan segala niat yang
baik dan menyucikan hati, juga mendidik jiwa supaya zuhud terhadap syahwat (keinginan)
yang dibenarkan dan menjauhkan diri daripada melakukan pelanggaran dan dosa.

Hukum Iktikaf

Iktikaf sunat dilakukan pada setiap masa. Pada bulan Ramadan ia lebih disunatkan lagi. Pada
sepuluh terakhir (bulan Ramadan), hukum sunat lebih ditegaskan (dituntut) lagi. Bagi mereka
yang bernazar melakukannya, maka ia menjadi wajib. Dengan ini iktikaf mempunyai tiga
hukum.
1. Sunat iaitu pada sepanjang masa
2. Sunat muakkad iaitu pada sepuluh terakhir bulan Ramadan.
Hikmah ditegaskan (lebih dituntut) pada sepuluh terakhir bulan Ramadan ialah sebagai usaha
untuk memperolehi Lailatul Qadar. Ia adalah sebaik-baik malam dalam satu tahun. Firman
Allah swt:

Maksudnya: Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. *Al-Qadr:3]

Jumhur ulama menyatakan bahawa Lailatul Qadar jatuh pada sepuluh terakhir bulan
Ramadan.
3. Wajib di dalam keadaan ia dinazarkan.

Syarat Sah Iktikaf

Iktikaf sah dengan dua syarat asasi.


1. Niat
Ia dilakukan pada permulaan iktikaf. Ini bermakna orang yang berada dalam masjid dalam
tempoh masa tertentu hendaklah berniat iktikaf untuk melakukan ibadat. Ini dilakukan
sebagai memenuhi perkara yang disunatkan. Sekiranya dia masuk ke masjid dengan tujuan

44

keduniaan ataupun tidak terlintas apa-apa niat yang boleh dianggap sebagai niat iktikaf, maka
dia berada dalam masjid pada waktu itu tidak dianggap sebagai iktikaf yang disyariatkan.

2. Berada dalam masjid


Dia hendaklah berada secara berterusan dalam masjid sehingga ke suatu tempoh yang pada
adatnya dinamakan sebagai iktikaf.`
Syarat ini merangkumi syarat-syarat berada di masjid iaitu:

mestilah suci daripada junub,


suci daripada haid dan nifas,
bersih pakaian dan tubuh badan daripada najis yang mungkin mengotorkan masjid.

Sekiranya dia keluar daripada masjid tanpa keuzuran, maka iktikafnya terputus atau
iktikafnya batal. Sekiranya dia keluar kerana keperluan, maka iktikafnya tidak terputus dan ia
termasuk ke dalam hukum iktikaf yang berterusan.
Untuk mendapatkan sunat iktikaf, tidak disyaratkan berpuasa. Tetapi disunatkan ia disertakan
dengan puasa. Dalilnya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Hakim (1/439) daripada Ibnu
Abbas r.a bahawa Nabi saw bersabda:

Orang yang beriktikaf tidak wajib berpuasa melainkan apabila ia telah mewajibkannya ke
atas dirinya.

Iktikaf yang Dinazarkan

Ini adalah iktikaf jenis ketiga sebagaimana yang telah disebutkan.

Jika seseorang bernazar untuk beriktikaf dalam tempoh tertentu secara berturut-turut
maka dia tidak boleh keluar dari masjid kecuali dengan tujuan tertentu seperti untuk
membuang air, berwuduk dan seumpamanya. Sekiranya dia keluar kerana perkara ini,
ia tidak diharamkan dan iktikafnya dikira masih bersambung.
Sekiranya dia keluar tanpa keuzuran seperti sekadar berjalan-jalan atau untuk
memenuhi perkara yang bukan dharuri, maka hukumnya haram dan iktikafnya dikira
terputus. Dia wajib memulakan iktikafnya.
Sekiranya dia bernazar untuk beriktikaf dalam keadaan berpuasa, maka dia mesti
melakukannya kerana inilah iktikaf yang paling baik. Apabila dia mewajibkan dirinya
melakukannya (beriktikaf dalam keadaan berpuasa), maka dia wajib melakukannya.
Sekiranya orang yang bernazar menentukan masjid tertentu untuk beriktikaf, maka
tidak wajib dia beriktikaf di masjid itu. Sah baginya beriktikaf di mana-mana masjid
walaupun masjid yang ditentukannya itu lebih utama daripada selainnya, kecuali
Masjid Al-Haram, Masjid An-Nabawi As-Syarif dan Masjid Al-Aqsa. Ini kerana
apabila dia telah menentukan salah satu daripada masjid ini, maka dia wajib pergi ke
masjid tersebut kerana keutamaannya dan ganjaran yang berlipat ganda padanya.
Dalam masalah ini, Masjid Al-Haram boleh menggantikan tempat kedua-dua masjid
45

tadi tetapi tidak boleh pula sebaliknya. Manakala Masjid Madinah boleh
menggantikan tempat Masjid Al-Aqsa dan tidak boleh sebaliknya.
Adab Iktikaf

1. Orang yang beriktikaf disunatkan memenuhkan masanya dengan melakukan ketaatan


kepada Allah seperti berzikir, membaca Al-Quran dan perbincangan ilmu kerana
semua ini akan mencapai maksud iktikaf.
2. Berpuasa. Iktikaf sambil berpuasa adalah lebih afdhal dan lebih mampu mematahkan
syahwat jiwa dan mendatangkan kebersihan hati dan perasaan.
3. Iktikaf hendaklah dilakukan di masjid jamik iaitu masjid yang dilaksanakan
sembahyang Jumaat padanya.
4. Tidak bercakap melainkan perkara yang baik, tidak mencela tidak mengumpat, tidak
memfitnah dan tidak bercakap kosong.

Perkara Makruh Ketika Iktikaf

1. Berbekam, apabila perbuatan ini tidak mengotorkan masjid. Sekiranya ia


mengotorkan masjid maka diharamkan.
2. Terlalu banyak melakukan pekerjaan lain seperti menenun bulu, menjahit dan
sebagainya. Begitu juga jual beli walaupun sedikit.

Perkara Yang Merosakkan Iktikaf

1. Berjimak secara sengaja walaupun tidak mengeluarkan air mani. Firman Allah swt:

Dan janganlah kamu setubuhi mereka ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. [AlBaqarah: 187]
Adapun pergaulan tanpa jimak seperti sentuhan dan ciuman maka ia tidak membatalkan
iktikaf kecuali apabila keluar mani.
2. Keluar dari masjid dengan sengaja tanpa hajat.
3. Murtad, mabuk dan gila.
4. Keluar haid dan nifas kerana perkara ini menghalang dia daripada berada dalam masjid.
Orang yang beriktikaf dibolehkan untuk menghentikan iktikafnya dan keluar dari masjid
apabila dia mahu. Apabila dia masuk semula ke dalam masjid, dia hendaklah memperbaharui
niat iktikafnya.


46

You might also like