You are on page 1of 7

PENDAHULUAN

Telekom Malaysia Berhad merupakan syarikat telekomunikasi terbesar


di Malaysia dan ketiga terbesar di dunia. TM memegang hak monopoli untuk
penyediaan rangkaian telefon talian darat serta mempunyai pegangan yang kukuh
dalam pasaran komunikasi telefon mudah alih setelah mengambil alih Celcom
Berhad dan

menggabungkannya

dengan

perkhidmatan

mudah

alih

sendiri,

TMTouch.

TM juga memiliki anak syarikat yang menawarkan perkhidmatan internet (TM


Net) yang menawarkan perhubungan jalur nipis dan jalur lebar. Perhubungan jalur
lebar disalurkan melalui DSL di bawah jenama TMNet Streamyx. Oleh sebab hampir
memonopoli kesemua perkhidmatan perhubungan pengguna akhir, TMNet juga
merupakan satu-satunya penyumbang jalur lebar DSL broadband di negara ini.
Meskipun ia mempunyai ramai pelanggan, TM Net menghadapi kritikan pengguna
yang amat lantang, terutamanya aduan mengenai perkhidmatan kurang memuaskan
dan pengurusan pelanggan yang tidak tentu arah.

Syarikat yang bervisikan Untuk menjadi peneraju komunikasi generasi baru


Malaysia

yang

kecemerlangan

memenuhi

keperluan

pelaksanaan telah

pelanggan

mengumumkan

menerusi
satu

inovasi

dan

pembaharuan

iaitu

penstrukturan semula syarikatnya, Pengasingan antara talian tetap dan talian mudah
alih kepada dua syarikat berlainan: "FixedCo" dan "RegionCo". FixedCo akan
menguruskan talian tetap, membekalkan Internet dan lain-lain perniagaan
sampingan.

RegionCo

akan

menguruskan Celcom dan

semua

operasi

antarabangsa. Latihan pengasingan telah dijadualkan dan tamat pada 2008 dan
keduanya

FixedCo

Malaysia pada Jun 2008.

dan

RegionCo

akan

disenaraikan

di Bursa

Misi syarikat ini ialah untuk mencapai kecemerlangan khidmat pelanggan dan
kecekapan operasi, mempertingkat gaya hidup dan pengalaman pelanggan dengan
menyediakan perkhidmatan perkhidmatan generasi akan datang yang inovatif,
mempertingkat prestasi perniagaan para pelanggan kami dengan menyediakan
penyelesaian maklumat dan komunikasi yang bernilai tinggi, dan memberi nilai
kepada pihak-pihak yang berkepentingan dengan merangsang nilai pemegang
saham dan menyokong pertumbuhan serta pembangunan Malaysia.
Sebelumnya ia adalah sebuah badan kerajaan, namun Jabatan Telekom
Malaysia diperbadankan dan diswastakan pada 12 Oktober 1984 dan ia dikenali
sebagai Syarikat Telekom Malaysia Berhad. TM telah disenaraikan dalam Bursa
Malaysia pada 9 September 1990. Pada 10 Disember 2007, TM mengumumkan
dividen khas bernilai RM 1.6 bilion untuk pemegang sahamnya. Fixed Co.
ditubuhkan selepas pengasingan tersebut bertanggungjawab ke atas polisi dividen
minimum RM 700 juta atau 90% daripada keuntungan.

Malaysia Airports Holding Berhad merupakan syarikat lapangan terbang


Malaysia yang menguruskan kebanyakan lapangan-lapangan terbang di Malaysia.
Mereka juga diberi tugas menguruskan beberapa lapangan terbang di luar negara.
Malaysia Airport Berhad dikorporatkan pada tahun 1991 apabila Parlimen Malaysia
meluluskan satu kertas kerja untuk mengasingkan Jabatan Penerbangan Awan
(DCA) kepada dua entiti masing-masing mempunyai perspektif tugas yang berbeza.
DCA masih berfungsi sebagai badan yang mengawal industri penerbangan dan
lapangan terbang di Malaysia manakala entiti baru yang ditubuhkan, Malaysia
Airports Berhad akan memberi lebih fokus kepada operasi, pengurusan dan
penyelenggaraan lapangan-lapangan terbang. Pada bulan November 1992, badan
ini telah diberi lesen untuk menjalankan tugasnya sebagai pengurus lapangan
terbang.
Syarikat pemegangnya, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah
dikorporatkan sebagai syarikat awam berhad pada bulan November 1999 dan telah
disenaraikan dalam saham Papan Utama di Bursa Saham Kuala Lumpur dan
menjadi syarikat pengurusan lapangan terbang yang pertama disenaraikan di Asia
dan keenam di dunia. Lapangan terbang utamanya ialah Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur. KLIA merupakan hasil strategi bermatlamat untuk
memenuhi keperluan pesawat yang lebih besar dan permintaan trafik yang akan
meningkat pada abad ke 21. KLIA telah merintis penggunaan teknologi pengurusan
lapangan terbang serba canggih yang dikenali sebagai Total Airport Management
Systems (TAMS). Teknologi ini diuruskan oleh Malaysia Airport (technologies) Sdn
Bhd yang terdiri daripada lebih 40 sistem dan fungsi lapangan terbang termasuk
kawalan trafic udara, pengendalian bagasi, daftar masuk penumpang dan papan
pameran maklumat penerbangan.
MAHB menggunakan struktur korporat yang merangkumi 10 badan subsidi;
Malaysia Airports Sdn Bhd, Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd, Malaysia Airports
(Niaga) Sdn Bhd, Malaysia Airports Management & Technical Services Sdn
Bhd,Sepang International Circuit Sdn Bhd, Malaysia Airports (Technologies) Sdn
Bhd, Malaysia Airports (Properties) Sdn Bhd, KL Airport Hotel Sdn Bhd, MAB

Agriculture-Horticulture Sdn Bhd dan Asia Pacific Auction Centre Sdn Bhd. Antara
syarikat-syarikat yang bersekutu adalah Urusan Teknologi Wawasan Sdn Bhd, Kuala
Lumpur Aviation Fuelling System Sdn Bhd, dan Cambodia Airport Management
Services Limited. Kumpulan ini mempunyai jumlah kakitangan lebih 5,000 orang
dalam 39 pejabat di seluruh negara.
MAHB juga menyediakan perkhidmatan pengurusan lapangan terbang untuk
Lapangan Terbang Antarabangsa Angkor dan Lapangan Terbang Antarabangsa
Phnom Penh di Kemboja melalui kerjasama dengan Aroports de Paris
Management S.A. Malaysia Airports mempunyai satu Pusat Latihan (MATC), terletak
berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Pusat ini dibina untuk
menampung keperluan latihan semua para pegawai Malaysia Airports. MATC juga
pernah digunakan sebagai pusat program berorientasikan keselamatan yang
dianjurkan oleg International Civil Aviation Organisation (ICAO). Selain itu, MATC
juga menyediakan khidmat pakar dari segi sekuriti dan keselamatan industri
penerbangan kepada kerajaan Malaysia dan syarikat-syarikat penerbangan.

TELEKOM MALAYSIA BERHAD


Melalui laporan tahunan Telekom Malaysia Berhad bagi tahun 2010 dan 2011,
didapati sumber kewangan jangka pendek syarikat ini terbahagi kepada
Kumpulan dan Syarikat tidak terdedah kepada penumpuan risiko kredit yang
ketara disebabkan oleh kepelbagaian asas pelanggannya. Analisa belum terima
perdagangan mengikut bidang perniagaan dianggap pendedahan penumpuan kredit
yang paling wajar. Tambahan pula, risiko kredit dikurangkan hingga ke suatu takat
tertentu melalui deposit tunai dan jaminan bank yang diperoleh daripada pelanggan
berjumlah RM12.3 juta (2010: RM11.4 juta). Kumpulan dan syarikat menganggap
pengurangan nilai pada tarikh pelaporan adalah mencukupi untuk menampung
kemungkinan kerugian kewangan.
Belum terima perdagangan yang dinilai secara individu untuk pengurangan
nilai adalah di bawah bidang perniagaan Global, Wholesale, Retail - Perusahaan
dan Retail - Kerajaan.

Ringgit
Malaysia
Dolar AS
Hak

Kumpulan
2011
2010
RM
RM
1,462.33
1,770.6

Syarikat
2011
2010
RM
RM
1,330.4
1,577.8

452.7
24.5

534.8
7.5

443.2
24.5

594.4
7.5

11.9

16.4

4.9

5.7

1,951.4

2,392.3

1,803.0

2,185.4

Pengeluara
n Khas
Mata Wang
Lain

Disebabkan projek-projek melibatkan kos yang besar, maka pinjaman adalah


lebih baik dan sesuai digunakan untuk membiayai projek yang besar ini kerana:
1. Kadar faedah pinjaman jangka panjang lebih stabil dan murah,
2. Pinjaman jangka panjang ini adalah berisiko rendah
3. Kadar kemampuan Telekom Malaysia untuk membayar balik pinjaman.
4. Pinjaman jangka panjang boleh dibiayai semula.
5. Pinjaman jangka panjang mempunyai banyak instrument seperti
pengeluaran bon, terbitan saham awam, kertas perdagangan, nota
terma dan sebagainya.
Daripada laporan tahunan 2010 dan 2011 Telekom Malaysia, ia menunjukkan
bahawa terdapat peningkatan di dalam pembayaran dividen kepada pemegang
saham Telekom. Pada tahun 2010, Telekom telah mengisytiharkan pembayaran
sebanyak RM0.25 bagi seunit saham biasa. Pada tahun 2011 pula, Telekom telah
mengisytiharkan

peningkatan

sebanyak

RM0.10

bagi

seunit

saham

yang

menyaksikan pembayaran RM0.30 bagi dividen seunit saham. Peningkatan di dalam


pembayaran dividen ini telah memberi sedikit kesan terhadap nilai syarikat Telekom.
Ini kerana ia menunjukkan aliran tunai Telekom adalah dalam keadaan baik kerana
kemampuan Telekom untuk membayar kadar dividen yang tinggi kepada pemegang
saham. Kadar peningkatan sebanyak RM0.10 jelas menunjukkan bahawa Telekom
mempunyai lebihan tunai yang banyak. Peningkatan ini juga menunjukkan prospek
kewangan yang baik bagi Telekom dan secara tidak langsung ia menarik minat para
pelabur untuk melabur ke dalam Telekom.

Malaysia Airlines
Malaysia Airlines telah memilih polisi pembayaran dividen secara kronologi
kepada pemegang saham mereka. Ini ditunjukkan melalui notis kelayakan
pembayaran dividend dan tarikh pembayaran dividen pemegang saham di dalam
laporan tahunan Malaysia Airlines tahun 2010 dan 2011. Polisi ini dipilih kerana
Malaysia Airlines telah menerbitkan saham biasa yang kuantitinya agak besar iaitu
sebanyak 846,964,002 unit. Melalui polisi pembayaran ini, Malaysia Airlines dapat
mengenalpasti pemegang saham mereka kerana, polisi jenis akan menetapkan
suatu tarikh untuk menyenaraipendek nama-nama pemegang saham yang layak
untuk menerima dividen. Saya mendapati bahawa polisi dividen jenis lebih efektif
kerana dapat mengenalpasti pemegang saham yang berkelayakan untuk menerima
dividen. Ini kerana Malaysia Airlines adalah sebuah syarikat menerbitkan saham
biasa dalam kuantiti unit yang banyak.

You might also like