You are on page 1of 14

ASSALAMMUALAIKUM

Topik: KEHENDAK
PEMBANGUNAN

TAPAK BANGUNAN
Tiada bangunan boleh didirikan atas mana-mana tapak yang telah dikambus
dengan apa-apa bahan yang bercampur dengan jirim najis, binatang atau
sayur-sayuran, sehingga tapak pembangunan menjadi tidak berbahaya dan
telah ditambak dengan selapis tanah bukit, teras keras, batu hangus atau abu
yang dihentak-asak sehingga sekurang-kurangnya 300 milimeter tebal.

ketebalan nominal dinding-dinding


Bagi maksud-maksud Bahagian ini apabila sebutan dibuat mengenai
ketebalan sesuatu dinding bata, ketebaldn maksimum atau minimum dinding
itu tidak boleh melebihi ketebalan nominal campur atau tolak toleransi
maksimum yang dibenarkan dibawah sesuatu spesifikasi piawaian

Peparit
Suatu peparit yang dibuat dalam dinding bagi paip-paip dan kemudahan
khidmat lain hendaklah meninggalkan dinding di bahagian belakang peparit
itu tidak kurang daripada 90 milimeter tebal bagi dinding luar dan tidak
kurang daripada 100 milimeter tebal bagi dinding dua pihak dan tidak boleh
lebih daripada 200 milimeter lebar.

Mengukur panjang sesuatu dinding


Bagi maksud-maksud Undang-Undang Kecil ini(a) dinding-dinding hendaklah dibahagikan kepada panjang-panjang yang berbeza oleh dinding balik
apabila diikat antara satu dengan lain;
(b) panjang sesuatu dinding hendaklah diukur daripada pusat ke pusat(i) dinding silang yang terikat kepadanya; atau
(ii) tembok sambutnya yang mempunyai dimensi diukur selari dengan panjang dinding itu tidak kurang
daripada dua kali ganda tebal dinding itu dan satu dimensi diukur pada sudut tegak ke dinding itu tidak
kurang daripada tiga kali ganda tebal dinding itu.

asas tapak konkrik tertulang


(1) Jika struktur lantai kayu dibenarkan di bawah Undang-Undang
Kecil ini lantai kayu itu hendaklah direkabentuk daripada kayu keras
atau jenis kayu yang diawetkan dengan bahan pengawet kayu yang
sesuai.
(2) Semua gelegar lantai kayu hendaklah direkabentuk mengikut
Undang-Undang Kecil ini.
(3) Semua gelegar sambut kayu hendaklah sekurang-kurangnya 25
milimeter lebih tebal daripada gelegar lantai yang bersampingan

Asas bagi gelegar


(1) Semua gelegar hendaklah mempunyai alas sekurang-kurangnya 115
milimeter pada dinding dan jika disangga atas kerja batu-bata,
sesangga itu hendaklah menjadi lapisan mengunjur selanjar. Sesangga
yang berasingan adalah tidak dibenarkan.
(2) Tiada sesuatu gelegar boleh dibina ke dalam ketebalan mana-mana
dinding dua pihak melainkan ada sekurang-kurangnya 115 milimeter
bahan kalis api di antara sisi-sisi dan di hujung kayu-kayu itu.
(3) Semua hujung gelegar yang dibina ke dalam dinding hendaklah
diawet dengan bahan pengawet kayu

Ruang di bawah lantai hendaklah mempunyaai pengudaraan


Jika tingkat bawah mana-mana bangunan dibina dengan gelegar
kayu dan papan lantai, ruang di bawah lantai itu hendaklah
mempunyai pengudaraan secukupnya.

Pencahyaan dan pengudaraan tangga


Semua tangga hendaklah diterangi dan diganti udara dengan
sempurna mengikut kehendak-kehendak Dato Bandar.

kepungan tangga dalam kedai


Bagi sesuatu kedai, larian sesuatu tangga yang mempunyai
akses terus daripada jalan hendaklah dikepung dengan dinding
daripada bahan tak boleh terbakar.

Bumbung kayu
(1) Kayu struktur untuk pembinaan bumbung hendaklah
direkabentuk dan dibina daripada kayu yang cukup besar dan
hendaklah sama lida daripada kayu keras atau, jika daripada kayu
jenis lain, hendaklah diawet dengan bahan pengawet kayu yang
sesuai.
(2) Semua kayu bumbung bina dalam atau tersembunyi
hendaklah disalut dengan bahan pengawet kayu

Penutup bumbung dan saliran


Semua bumbung bangunan hendaklah dibina supaya boleh
disalurkan dengan berkesan kepada saluran, talang, pelongsor
atau palung yang sesuai dan mencukupi yang hendaklah
disediakan mengikut kehendak-kehendak Undang-Undang Kecil ini
bagi menerima dan membawa semua air yang mungkin jatuh di
atas dan daripada bumbung itu.

Bumbung rata
Tiap-tiap bumbung rata, langkan atau kawasan lain yang
dinaikkan 1.8 meter atau lebih di atas kawasan berhampiran
di mana jalan masuk biasa disediakan hendaklah dilindungi
sepanjang tepinya dengan susur, parapet atau alat-alat
serupa yang sesuai yang tidak kurang daripada 1 meter
tinggi atau dengan cara lain yang sesuai.

Paip dan saluran perkhidmatan


(1) Jika saluran atau kepungan diadakan dalam sesuatu bangunan untuk menempatkan
paip, kabel atau konduit, dimensi saluran atau kepungan itu hendaklah
(a) mencukupi bagi menempatkan paip, kabel atau konduit itu dan bagi
persilangan cabangan dan sesalur bersama-sama dengan penyangga dan
pemasangan; dan

(b) cukup besar untuk membolehkan akses kepada lubang cuci, pili penutup dan
kawalan lain di situ bagi membolehkan pembaikan, penyambungan dan
pengubahsuaian dibuat kepada setiap atau semua perkhidmatan yang ditempatkan itu.
(2) Lubang akses ke saluran dan kepungan hendaklah cukup panjang dan ditempatkan
dengan sesuai untuk membolehkan paip-paip panjang dipasang dan dipindahkan.

You might also like