You are on page 1of 9

Cikgu mohd yusri 2014

ANALISIS BAHASA MELAYU SPM 2012....(6)


CONTOH JAWAPAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM 2012
Soalan 1 : Rumusan
Petikan membincangkan punca-punca pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan
kesihatan pada masa kini.
Malaysia dipilih kerana mempunyai pakar perubatan antara yang terbaik di dunia dan caj
rawatan di sini lebih murah berbanding negara maju. Selain mendapat pengiktirafan Kualiti
Kesihatan Persatuan Perubatan Malaysia (MSQH) serta standard MS ISO9002, Malaysia juga
mempunyai banyak pusat perubatan persendirian yang lengkap dengan peralatan canggih dan
doktor pakar yang berpengalaman serta berpengetahuan tinggi. Di samping itu, pusat perubatan
swasta di Malaysia menawarkan pelbagai pilihan penginapan serta menyediakan layanan bertaraf
dunia kepada pelancong kesihatan.
Faedah-faedah industri pelancongan kesihatan kepada negara adalah jumlah pelancong asing ke
Malaysia akan bertambah serta dapat meningkatkan imej negara dalam bidang perubatan di
pentas antarabangsa.
Kesimpulannya, kerajaan perlu melaksanakan pelbagai promosi untuk menarik lebih ramai
pelancong kesihatan kerana sektor tersebut dapat menjana pendapatan yang tinggi kepada
negara.
(120 patah
perkataan)
Soalan 2 : Pemahaman
Soalan 2 (a) - Petikan Umum
i) Maksud rangkai kata tersebut ialah langkah yang meliputi semua aspek.
ii) Usaha-usaha kerajaan untuk memajukan sektor pelancongan kesihatan ialah Kementerian
Kesihatan Malaysia telah memperuntukkan undang-undang baharu untuk mentadbir penjagaan
kesihatan. Selain itu, usaha penambahbaikan sektor pelancongan kesihatan dilakukan dengan
melibatkan pemberian kuasa tambahan kepada Majlis Kesihatan Malaysia sekali gus akan
mempertingkatkan fungsinya. Akhir sekali, kerajaan mengkaji kemungkinan untuk meminda
undang-undang agar dapat membantu pengamal perubatan mempromosikan perkhidmatan
mereka di luar negara.
iii) Pada pendapat saya, peranan pihak media untuk memajukan industri pelancongan kesihatan
di negara ini adalah dengan mempromosikan industri pelancongan kesihatan yang terdapat di
negara kita melalui media cetak dan media elektronik supaya masyarakat antarabangsa

khususnya dapat mengetahui perkhidmatan perubatan yang disediakan di Malaysia. Selain itu,
pihak media juga boleh bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menguaruarkan pengiktirafan yang telah diterima oleh pengamal perubatan tempatan supaya pelancong
kesihatan akan yakin dengan kebolehan yang dimiliki oleh pakar perubatan negara kita.
Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden
i) Ciri-ciri yang menyebabkan hutan simpan milik bapa berpotensi untuk dijadikan kawasan
pelancongan ialah aliran sungai kecil di hutan itu boleh diperbesar untuk dijadikan kolam
memancing ikan. Selain itu, hutan tersebut juga boleh dijadikan sebagai kawasan pelancongan
seperti Lembah Danum di Lahad Datu, Sulaman Resort di Tuaran dan di Sukau.
ii) Pada pendapat saya, cabaran-cabaran yang dihadapi oleh keluarga Melati untuk membuka
pusat pelancongan ialah usaha tersebut memerlukan perbelanjaan yang besar bagi membina
prasarana yang lengkap bagi memudahkan pelancong yang berkunjung ke situ. Selain itu,
cabaran lain ialah kawasan pelancongan yang akan diusahakan nanti terpaksa bersaing dengan
kawasan pelancongan yang telah terkenal seperti yang terdapat di Lembah Danum. Cabaran
terakhir ialah mereka akan mendapat tentangan daripada penduduk setempat kerana alam sekitar
akan musnah jika kerja-kerja pembangunan dilakukan di situ.
iii) Nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan cerpen di atas ialah nilai berpandangan jauh.
Nilai ini dapat dibuktikan melalui Melati dan Budi yang bersungguh-sungguh hendak
menceburkan diri dalam bidang pelancongan dengan membuka kawasan pelancongan di hutan
simpan milik ayahnya kerana hutan tersebut berpotensi untuk dibangunkan. Nilai kemanusiaan
lain yang tidak terdapat dalam petikan ialah nilai cinta akan alam sekitar. Nilai ini dapat
dibuktikan melalui watak Pak Tua yang sedih apabila banyak hutan dimusnahkan oleh manusia
kerana inginkan pembangunan.
Soalan 2 (c) - Petikan Prosa Klasik
i) Raja Muhammad membunuh Merah Gajah kerana baginda terlalu marah apabila mendengar
berita bahawa Puteri Betong telah hilang kerana Merah Gajah membantun sehelai rambut di
tengah kepalanya.
ii) Reaksi Raja Ahmad setelah mendengar berita kematian Merah Gajah ialah menghempaskan
dirinya, mengoyak-ngoyak baju serta mencarik-carikkan kainnya. raja Ahmad terlalu marah lalu
menghimpunkan segala askar yang lengkap dengan senjata untuk berperang dengan Raja
Muhammad.
iii) Sekiranya saya Raja Muhammad, tindakan-tindakan yang akan saya ambil untuk
mengelakkan peperangan dengan Raja Ahmad adalah bersemuka dengan Raja Ahmad untuk
memberitahu rasional saya menghukum Merah Gajah. Selain itu, saya akan memohon maaf
kepada Raja Ahmad kerana tidak berbincang dengannya terlebih dahulu sebelum menghukum

Merah Gajah. Akhir sekali saya akan memberikan pampasan kepada Raja Ahmad atas tindakan
saya menghukum Merah Gajah.
Soalan 2 (d) - Sajak
i) Maksud perut belantara menjadi ladang ialah hutan rimba telah bertukar sebagai kawasan
pertanian
ii) Pada pendapat saya, kesan-kesan kepada negara kita jika generasi muda terus leka ialah
negara akan kehilangan modal insan yang berpotensi untuk membangunkan negara pada masa
hadapan. Selain itu, peruntukan besar yang disediakan untuk membentuk generasi muda sebagai
pemimpin masa hadapan akan menjadi sia-sia. Akhir sekali, aspirasi negara untuk menjadi
negara maju berpendapatan tinggi pada tahun 2020 akan terbantut jika generasi muda tersu leka.
iii) Pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut ialah generasi muda hendaklah
bertanggungjawab membangunkan negara agar wawasan pemimpin negara dapat direalisasikan.
Pengajaran lain ialah generasi muda tidak boleh leka dengan kemakmuran yang dikecapi kini
kerana kesejahteraan itu adalah usaha pemimpin terdahulu yang bersusah payah membangunkan
negara.
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
3 (a) membina ayat
i) Pak Utih mengangguk-ngangguk sambil mulutnya kumat-kamit membaca zikir selepas solat
dengan keluarganya.
ii) Hati kakak remuk-redam apabila tunangnya telah memulangkan cincin pertunangan mereka
pagi tadi.
iii) Pergerakan trak tentera secara selang-seli dengan kereta kebal semasa perarakan sempena
sambutan Hari Kebangsaan itu sungguh mengagumkan.
iv) Tun Mamat melihat serba-serbi bunga dan buah sebaik sahaja tiba di puncak Gunung Tahan.
v) Jalan yang simpang-siur di Kuala Lumpur telah menyukarkan Pak Sudin mencari rumah
anaknya.
vi) Mak Temah telah tungkus-lumus mengerjakan sawah untuk menyara keluarganya setelah
suaminya menderita penyakit kencing manis.
3 (b) menukar ayat susunan songsang kepada ayat suusnan biasa

i) Persaraan kakitangan kerajaan sudah ditetapkan pada usia 60 tahun.


ii) Banglo mewah berharga RM3 juta itu terletak di Bukit Perdana.
iii) Pertunjukan udara yang diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun hari
kemerdekaan negara sungguh menakjubkan.
3 (c)membetulkan kesalahan ejaan dan imbuhan
i) intrepretasi
diambil

interpretasi
mengambil

ii) dibandar-bandar
memiliknya

iii) multi etnik


pengongsian

di bandar-bandar
memilikinya

multietnik
perkongsian

3 (d) membetulkan kesalahan kataatau istilah dan tatabahasa


i) konklusif
dan

kondusif
atau

ii) jasa
kebanyakan murid-murid

iii) inspirasi
di masa

aspirasi
pada masa

pengorbanan
kebanyakan murid

3 (e) peribahasa
i) kepentingan membaca sebagai sumber untuk mendapatkan ilmu
ii) sesuatu kerja walau sukar sekalipun jika dilakukan dengan tekun akhirnya akan berjaya juga
iii) kata sepakat akan diperoleh jika bermesyuarat
Soalan 4 : Novel
4 (a) Novel yang saya kaji ialah novel Renyah karya Gunawan Mahmood. Banyak latar masa
dipaparkan oleh pengarang dalam novel tersebut. Latar masa 28 tahun digambarkan dalam novel
ini, iaitu tempoh masa Datuk Dolhi menyimpan rahsia perkahwinan keduanya daripada

pengetahuan Datin Tominah dan anak-anaknya. Selain itu, latar masa tujuh hari juga
digambarkan oleh pengarang dalam novel tersebut, iaitu tempoh masa Datuk Dolhi berada di
Jepun untuk bersama-sama dengan Wahi bagi menenangkan fikirannya.
4 (b) Novel yang saya kaji ialah novel Sutera Dalam Lukisan karya Abd Talib Hassan. Banyak
nilai kemanusiaan yang dipaparkan oleh pengarang dalam novel tersebut. Nilai ketabahan
terdapat dalam novel tersebut, iaitu Bujei sentiasa tabah menjalani kehidupan sebagai anak yatim
walaupun sering dihina oleh masyarakat kampung seperti Alias dan Opah Arah. Selain itu, nilai
keberanian juga terdapat dalam novel ini. Nilai ini dapat dilihat melalui watak Bujei yang berani
naik ke pentas untuk menyanyikan lagu Bahtera Merdeka apabila dijemput ke hadapan pentas
semasa majlis perkahwinan Sameah. Akhir sekali, nilai kasih sayang juga dipaparkan oleh
pengarang dalam novel tersebut. Nilai ini dapat dibuktikan oleh Bujei yang rindu dan gelisah
apabila Adila pulang ke Kuala Lumpur.
BAHASA MELAYU KERTAS 1 SPM 2012
BAHAGIAN B (KARANGAN RESPONS TERBUKA)
Soalan 1 dimensi diri
Setiap tahun sekolah anda menganjurkan pelbagai program motivasi dan anda sering terlibat
dalam program-program tersebut.
Berikan pendapat anda tentang faedah-faedah menyertai program motivasi.
Tema program motivasi di sekolah
Tugasan faedah-faedah menyertai program motivasi
Idea-idea;
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

dapat meningkatkan semangat untuk belajar


dapat mengembangkan bakat yang terpendam
dapat menonjolkan ciri-ciri kepimpinan dalam diri
dapat mencergaskan fizikal dan mental
dapat memupuk nilai kerjasama dan perpaduan
dapat meningkatkan ilmu pengetahuan
dapat mengeratkan hubungan silaturrahim
dapat menghilangkan tekanan yang dihadapi

Soalan 2 dimensi keluarga/masyarakat

Kebersihan kawasan sekitar penting untuk kesihatan dan keselesaan hidup. Walau
bagaimanapun, masih terdapat segelintir anggota masyarakat yang mengabaikan aspek
kebersihan ini.
Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis sebuah rencana yang bertajuk Menjaga Kebersihan
Tanggungjawab Kita Bersama.
Tulis rencana itu selengkapnya.
Tema kebersihan kawasan persekitaran
Tugasan tanggungjawab pelbagai pihak dalam menjaga kebersihan kawasan persekitaran
Format tajuk dan penulis
Idea-idea;
1. Pihak kerajaan menguatkuasakan undang-undang sedia ada dengan lebih tegas
2. Pihak kerajaan menganjurkan kempen menjaga kebersihan kawasan persekitaran melalui
media massa
3. Pihak masyarakat menyertai aktiviti gotong-royong yang dianjurkan di kampong atau
taman perumahan
4. Pihak masyarakat tidak membuang sampah merata-rata
5. Pihak sekolah mendidik murid-murid menjaga kebersihan sejak bangku sekolah rendah
lagi
6. Pihak sekolah menyediakan tong kitar semula dan menggalakkan murid-murid
menggunakannya
7. Pihak ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak
8. Pihak ibu bapa menasihati anak-anak mengenai kepentingan menjaga kesihatan
9. Pihak media massa sering menyiarkan kepentingan menjaga kawasan persekitaran kepada
masyarakat

Soalan 3 dimensi negara


Gunakanlah bahasa kebangsaan kita
Marilah amalkan ramai-ramai
Bahasalah menyatukan kita semua
Yakinlah bahasa jiwa bangsa
Rangkap di atas merupakan sebahagian daripada lirik lagu Bahasa Jiwa Bangsa.

Huraikan kepentingan bahasa kebangsaan kepada negara kita.


Tema bahasa kebangsaan
Tugasan kepentingan bahasa kebangsaan kepada negara kita
Idea-idea;
1. sebagai medium untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara kita
2. sebagai lambang sebuah negara yang berdaulat
3. sebagai alat untuk berkomunikasi antara masyarakat pelbagai kaum
4. sebagai bahasa ilmu yang digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah dan pusat
pengajian tinggi
5. dapat menonjolkan imej negara di peringkat antarabangsa
6. dapat mengukuhkan identiti sesebuah bangsa
7. dapat mengukuhkan hubungan diplomatik dengan negara-negara serantau yang
menggunakan bahasa Melayu

Soalan 4 dimensi antarabangsa


Produk makanan halal Malaysia diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai produk yang terjamin
kebersihan dan kesuciannya.
Jelaskan kebaikan-kebaikan yang diperoleh melalui penghasilan produk makanan halal ini.
Tema produk makanan halal Malaysia
Tugasan kebaikan-kebaikan yang diperoleh melalui penghasilan produk makanan halal
Idea-idea;
1. dapat menjual nama Malaysia di pentas antarabangsa
2. dapat meningkatkan pendapatan negara melalui tukaran wang asing
3. dapat meningkatkan ekonomi negara apabila produk makanan halal dieksport ke luar negara
4. dapat menarik pelancong asing menerusi persidangan antarabangsa mengenai produk
makanan halal yang diadakan di Malaysia
5. dapat memajukan industri makanan halal negara
6. dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat
7. dapat meningkatkan kesihatan masyarakat menerusi makanan halal yang bersih dan
berkualiti

Soalan 5 komsas
Peribahasa Air dicincang tidak akan putus bermaksud bahawa hubungan kekeluargaan tidak
akan terputus walaupun berlaku perselisihan faham antara anggota keluarga.
Tulis sebuah cerita berdasarkan maksud peribahasa tersebut.
Tema cerita berdasarkan peribahasa air dicincang tidak akan putus
Tugasan menulis sebuah cerita berdasarkan maksud peribahasa air dicincang tidak akan putus
Idea-idea;
1.
2.
3.
4.
5.

permulaan
perkembangan
perumitan
klimaks
peleraian

BAHASA MELAYU KERTAS 1 SPM 2012


BAHAGIAN A (KARANGAN RESPONS TERHAD)
Lihat gambar di bawah dengan teliti.
Huraikan pendapat anda tentang aktiviti-aktiviti yang sesuai diadakan di sekolah bersempena
dengan sambutan Hari Kebangsaan negara kita. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200
hingga 250 patah perkataan.
Tema aktiviti Hari Kebangsaan
Tugasan aktiviti-aktiviti yang sesuai diadakan di sekolah bersempena dengan sambutan Hari
Kebangsaan negara kita.
Idea-idea;
1.

Persembahan pentas

- Menyanyikan lagu-lagu patriotik, berlakon drama, mendeklamasikan sajak dan sebagainya


- Penglibatan semua pelajar daripada pelbagai kaum
- Diadakan sempena sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah
- Aktiviti ini dapat memupuk nilai kerjasama dan perpaduan dalam kalangan murid
- Murid-murid dapat menghayati erti kemerdekaan dan menyambut Hari Kebangsaan dengan
semangat patriotik yang tinggi

2.

Pertandingan melukis potret

- Melukis potret tokoh-tokoh yang banyak berjasa kepada negara


- Aktiviti ini boleh dilakukan di dalam kelas semasa pembelajaran dan pengajaran mata
pelajaran Sejarah dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
- Potret yang terbaik akan diberikan ganjaran
- Murid-murid dapat mengenali tokoh-tokoh yang berjasa kepada negara
- Dapat memupuk semangat nasionalisme dalam diri golongan muda
3.

Menghias kelas

- Murid-murid menghias kelas dengan Jalur Gemilang dan potret tokoh-tokoh negara
- Penglibatan semua murid di dalam kelas dengan dipantau oleh guru kelas
- Sebagai salah satu aktiviti bagi mengisi program sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat
sekolah
- Murid-murid bekerjasama dengan mengutip wang untuk membeli potret dan Jalur Gemilang
- Aktiviti ini dapat melahirkan modal insan yang sayang akan negara

You might also like