You are on page 1of 2

TERMA PENAMATAN KONTRAK

Penamatan kontrak oleh syarikat RaNaRa Robotik Sdn Bhd


1.0 Penamatan kontrak reka cipta robot mengecat dinding ini boleh dilakukan oleh syarikat
RaNaRa Robotik Sdn Bhd (pihak syarikat) apabila :
1.1 Pihak saintis iaitu Raymond Fong Sung Chin dan pasukan (pihak saintis) tidak
berjaya menyiapkan kesemua 50 unit robot mengikut masa yang dipersetujui dalam
kontrak iaitu selama 12 bulan dari 1 Mei 2015 sehingga 30 April 2016, atau
1.2 Pihak saintis tidak berjaya untuk menyiapkan kesemua 50 unit robot mengecat
dinding mengikut kesemua spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak syarikat (rujuk
Lampiran A).
2.0 Dengan merujuk pada perkara 1.2, pihak saintis mestilah memberitahu pihak syarikat secara
panggilan telefon, faks, emel atau apa-apa kaedah komunikasi yang relevan akan
kemungkiran yang berlaku pada mana-mana 50 unit robot mengecat dinding tersebut dalam
masa kurang dari 3 hari.
3.0 Notis balas dari pihak syarikat yang mengandungi arahan untuk pembetulan kemungkiran
yang berlaku terhadap robot mestilah disertakan dengan amaran tentang kemungkiran
penamatan kontrak jika kemungkiran tidak dibetulkan.
Penamatan kontrak oleh Raymond Fong Sung Chin dan pasukan
1.0 Penamatan kontrak reka cipta robot mengecat dinding ini boleh dilakukan oleh syarikat
RaNaRa Robotik Sdn Bhd (pihak syarikat) apabila :
1.1 Pihak syarikat gagal menjelaskan bayaran kontrak robot mengecat dinding mengikut
skala bayaran dan peringkat yang dipersetujui tanpa alasan yang munasabah, atau
1.2 Pihak syarikat menolak robot yang dihasilkan tanpa mengemukakan alasan yang
munasabah.
Pampasan berikutan penamatan kontrak
1.0 Berikutan penamatan kerja pihak saintis, pihak yang memungkiri kontrak ini mestilah
memberikan pampasan kepada pihak yang satu lagi bagi segala kerugian kewangan dan
perbelanjaan langsung yang ditanggung oleh pihak yang satu lagi jika :

1.1 Pihak syarikat menjadi muflis semasa kontrak masih berjalan, atau
1.2 Penamatan bukan berpunca dari kesalahan pihak saintis.

You might also like