You are on page 1of 1

Elemen Multimedia

1. Multimedia ialah gabungan beberapa teks, grafik, audio, video dan


animasi bagi menyampaikan maklumat.
2. Teks, imej, audio, video, dan animasi ini dikenali sebagai elemen
multimedia.
Teks ialah gabungan aksara seperti huruf, nombor, simbol dan tanda
bacaan.
3. Fon pula ialah satu set aksara yang mempunyai bentuk dan saiz muka
taip.
Sifat-sifat fon adalah termasuk muka fon, saiz fon, gaya fon, warna fon
dan kesan fon
4. Grafik ialah rajah, ilustrasi, lakaran atau lukisan yang dihasilkan
menggunakan aplikasi komputer.Imej ialah gambar yang dirakam
menggunakan peranti sepeti kamera digital dan pengimbas
5. Audio ialah bunyi yang boleh didengar oleh manusia. Fail Audio adalah
bunyi yang telah dirakam.
6. Video ialah satu teknik yang digunakan untuk memaparkan imej bergerak
yang dihasilkan daripada satu siri imej statik. Fail video boleh dihasilkan
dengan menggunakan aplikasi komputer
7. Animasi ialah simulasi pergerakan yang dihasilkan melalui paparan satu
siri imej statik.

You might also like