You are on page 1of 15

Institut Kemahiran MARA

Jasin, Melaka

INFORMATION SHEET
PROGRAMME :

A14 - SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN

SESSION :

SEMESTER :

CODE/COURSE :

TAB 2042 / BASIC AUTOMOTIVE


ELECTRICAL AND ELECTRONIC

SHEET NO :

A14/M01/IS02

LECTURER :

MD HAFIZI BIN MOHAMAD

WEEK :

16

TOPIC :

M01 BASIC AUTOMOTIVE ELECTRIC

SUB-TOPIC :

01.01 DIRECT ELECTRICAL COMPONENT


01.02 ELECTRONIC CONTROL COMPONENT
Pelajar-pelajar mesti boleh:

LEARNING
OUTCOME :

1.
2.
3.
4.

Terangkan fungsi sistem penghidup


Nyatakan komponen-komponen sistem penghidup.
Terangkan bahagian-bahagian motor penghidup
Huraikan kendalian motor penghidup.

TAJUK : STARTING SYSTEM


TUJUAN
Sistem penghidup merupakan salah satu sistem elektrik yang terdapat pada sesebuah kenderaan.
Ia membekalkan tenaga mekanikal yang tinggi untuk menghidupkan enjin kenderaan. Sistem ini
IGNITION
membolehkan enjin dihidupkan
SYSTEM dengan mudah. Kertas penerangan ini akan menerangkan maksud
tersebut.
PENERANGAN

IGNITION AND
STARTER
Enijn pembakaran dalam perlu
dipusingkan dahulu sebelum beroperasi dengan kuasanya sendiri.
SWITCH

Sistem penghidup merupakan gabungan bahagian mekanikal dan elektrikal di mana bekerja
bersama untuk menghidupkan enjin. Sistem penghidup direka untuk mengubah tenaga elekrik
yang disimpan di dalam bateri kepada mekanikal.
BATTERY

LIGHTING AND
OTHER SYSTEM

STARTER

CHARGING
SYSTEM

Gambarajah 2.1 Vehicle Electrical System Boundry

FUNGSI SISTEM PENGHIDUP


Sistem penghidup berfungsi untuk memusingkan aci engkol enjin dengan selaju yang boleh supaya
pembakaran boleh terjadi dan enjin boleh bergerak dengan kuasa sendiri. Pusingan ini diperolehi
daripada pusingan rotor motor penghidup yang berpusing dengan laju yang secukupnya dan
bersambung dengan roda tenaga sehingga membolehkan enjin itu hidup. Sistem ini juga dikenali
sebagai cracking system.

KOMPONEN-KOMPONEN SISTEM PENGHIDUP


Bagi menjayakan pertukaran tenaga ini, motor penghidup digunakan. Komponen-komponen yang
terdapat di dalam sistem penghidup ini adalah :
1. Bateri
Satu komponen yang menghasilkan tenaga elektrik yang tinggi hasil daripada tindakbalas kimia
motor penghidup dan komponen elektrik yang lain.
2. Suis penyalaan
Suis yang digunakan menyambung litar di antara bateri dengan litar penghidup supaya menjadi
lengkap. Ia akan mengagihkan arus elektrik kepada komponen elektrik yang memerlukan.
Mempunyai lima posisi iaitu lock, off, run, start dan accessory. Dalam sistem penghidup,
suis penyalaan mestilah pada kedudukan start. Ini membolehkan arus elektrik disalurkan terus
ke litar penghidup dan motor penghidup.
3. Solenoid atau relay
Sebuah komponen elektromagnet yang mempunyai dua kegunaan yang utama. Pertama
komponen yang melengkapkan litar dan menyambungkan arus yang tinggi antara bateri dengan
motor penghidup Kedua, ianya menggerakkan dan menyambungkan gigi gear motor penghidup

supaya bercantum dengan roda tenaga supaya enjin boleh berpusing.


4. Motor penghidup motor yang ditempatkan disebelah enjin untuk memusingkan roda tenaga
dan aci engkol untuk menghidupkan enjin.
5. Kabel dan wayar
Menyambungkan setiap komponen elektrik dengan punca elektrik iaitu bateri.
6. Starter Drive dan roda tenaga
Membolehkan motor penghidup bersambung dengan roda tenaga seterusnya menghidupkan
enjin.

Gambarajah 2.2 Komponen asas dalam sistem penghidup kenderaan. Garisan tebal menunjukkan
litar penghidup manakala garisan pututs-pututs menunjukkan litar kawalan motor
penghidup.
MOTOR PENGHIDUP
Enjin masa kini diengkol dengan kuasa elektrik iaitu dengan motor penghidup. Keupayaan motor
penghidup menghasilkan tenaga mekanikal bergantung kepada keadaan peralatan. Pemahaman
binaan dan prinsip asas motor penghidup akan membolehkan kita mengenal pasti kerosakan yang
berlaku dengan cepat dan berkesan.
Litar penghidup merangkumi gabungan penting peralatan elektrik dan peralatan mekanikal yang
membuat kerja bersama dengan tepat. Jika tidak, enjin tidak boleh dihidupkan. Litar penghidup
mestilah mampu mengengkol enjin (sehingga 250 p.s.m) dalam semua keadaan cuaca. Ianya tidak
direka mengikut keadaan satu cuaca untuk satu negara sahaja. Contohnya negara Jepun yang
cuacanya sejuk, mereka tidak membuat litar penghidup untuk kegunaan musim sejuk sahaja tetapi
ia mestilah dibuat untuk kegunaan musim panas dan sebagainya jika tidak enjin tidak akan dapat
beroperasi dengan sempurna dan lancar. Oleh itu pihak pengeluar membuat litar tersebut
bersesuai dengan semua keadaan cuaca.
Motor penghidup biasanya menghasilkan 0.5 hingga 2.6 hp (0.4 - 2.0 kw) dan boleh menghasilkan
hampir 8 hp (6kw) pada jangkamasa yang pendek dipermulaan mengengkol. Bateri mestilah
mempunyai kapasiti tenaga yang mencukupi sekurang-kurangnya 75 % cas untuk membolehkan
arus dibekalkan kepada motor penghidup.

Arus tinggi yang diperlukan oleh motor penghidup mestilah boleh disambungkan dan diputuskan.
Suis yang besar diperlukan jika arus dikawal terus oleh pemandu. Dengan ini suis penyalaan
digunakan untuk menggerakkan solenoid yang memindahkan arus tinggi.
BINAAN MOTOR PENGHIDUP
Motor penghidup yang digunakan pada kenderaan adalah sama binaannya dan pergerakkannya,
walaupun ia terdiri dari berbagai-bagai saiz, volt, bilangan pole dan carbon brush. Antara
komponen yang terdapat pada sesebuah motor penghidup seperti solenoid (magnetic switch), field
coil, armature, pinion gear, plunger dan lain-lain lagi. Lihat gambarajah dibawah.

Gambarajah 2.3 Motor Penghidup


1. Magnetic Switch atau Solenoid
Magnetic suis mengandungi hold-in coil, pull in coil, return spring, plunger dan komponenkomponen lain. Ia berfungsi daripada penghasilan kuasa magnetik yang terhasil dalam
lilitan coil dan menghasilkan dua fungsi tersebut :

Akan menggerakkan pinion gear supaya selari dan bersambung dengan roda
tenaga.

Sebagai suis atau relay yang membenarkan arus daripada bateri mengalir ke motor
penghidup.
Merupakan alat elektromagnetik yang menggunakan pergerakkan plunger untuk
menghasilkan gerakan menolak dan menahan. Solenoid diletakkan terus di atas motor
penghidup. Apabila kunci dipusingkan pada keduddukan menghidup, arus yang kecil akan
bergerak melalui lilitan solenoid. Ini akan menghasilkan medan magnet di mana akan
menolak plunger solenoid. Plunger dan cakera sesentuh akan ditolak ke dalam gegelung
lilitan. Cakera sesentuh akan menyentuh ke dua-dua terminal iaitu terminal 30(B) dan
terminal C untuk melengkapkan litar bateri ke motor penghidup. Dianggarkan 150 amps
sehingga 200 amps arus akan mengalir melalui solenoid ke motor penghidup. Arus adalah
berbeza mengikut rekabentuk motor penghidup dan saiz enjin. Apabila kunci dilepaskan
daripada kedudukan menghidup, arus akan terputus dari lilitan solenoid dan mengakibatkan
medan magnet runtuh atau hilang. Ini membolehkan plunger bergerak bebas keluar dari
lilitan solenoid. Pergerakan plunger ini menyebabkan cakera sesentuh melepaskan
sentuhan pada ke dua-dua terminal dan memutuskan bekalan arus ke motor penghidup
serta mematikannya.

Gambarajah 2.4 Magnetic Switch atau Solenoid


2. Field Coils
Diperbuat daripada cooper strip yang tebal dan rata bagi mengalirkan arus elektrik yang
banyak yang diperlukan oleh motor penghidup. Arus mengalir melalui lilitan feild akan
menghasilkan satu medan magnet yang kuat. Pole shoe dan perumah motor penghidup
yang diperbuat daripada besi akan menguatkan dan mengukuhkan lagi medan magnet yang
terhasil ini. Magnet ini akan melintasi dari satu pole shoe kepada satu pole shoe yang lain.
Lilitan field coil dililitkan secara berlawanan untuk menentukan polaritinya iaitu kutub utara
dan kutub selatan. Field coil disambungkan secara siri dengan armature winding (angker)
dan ini membenarkan aliran arus elektrik melalui kedua-duanya. Kebanyakkan motor
penghidup menggunakan empat field coils. Dalam motor arus terus terdapat tiga kaedah
yang digunakan untuk menyambungkan field coils dengan amature iaitu secara siri, secara
selari dan secara gabungan siri-selari.

Gambarajah 2.5 Field Coil

Gambarajah 2.6 Kedudukan field coils di dalam starter frame

Gambarajah 2.8 Sambungan secara selari

Gambarajah 2.7 Sambungan


secara siri

Gambarajah 2.9 Sambungan secara siri-selari

3. Carbon Brushes
Merupakan pengalir arus elektrik daripada bateri ke commutator. Diperbuat dari campuran
serbuk karbon dan cooper tekanan tinggi. Biasanya terdapat empat atau dua brush
ditempatkan pada motor penghidup. Pada brush dipasang wire cooper dan pemegang di
dudukan pada commutator.

Gambarajah 2.10 Carbon Brushes


4. Armature
Ia terdiri daripada laminated iron core, shaft, commutator dan armature winding.
Armature berpusing di antara pole shoes dengan bantuan bearing dipasang pada tiap-tiap
penghujung motor penghidup. Iron core di armature melengkapkan penyambungan magnet
antara pole shoe yang mana arus akan mengalir daripada pole shoe ke iron core (besi
teras). Commutator dibina pada armature shaft diperbuat dari cooper diasingkan antara
satu sama dengan lain ditebatkan oleh mika.

Gambarajah 2.11 Armature

5. Yoke (Starter Housing)


Terdapat tiga bahagian utama untuk membentuk motor penghidup dan memegang
komponen-komponen yang terdapat di dalam motor penghidup. Centre frame atau field
frame diperbuat daripada keluli berbentuk selinder yang kukuh. Di bahagian dalamnya di
pasang pole shoe dengan skru. Pole shoes ini memegang field coil (field winding) di
sambungkan kepada terminal housing. Drive end frame merupakan bahagian yang
menempatkan pinion gear motor penghidup. Terdapat bush atau sesendal untuk shaft
armature. Shaft ini akan berpusing di dalam bush. Bush yang terdapat pada drive end frame
ini akan membantu dan memastikan pinion gear bercantum dengan gigi roda tenaga
7

dengan sempurna. Bush end frame pula selalunya berfungsi untuk memegang carbon brush
dan spring disekeliling commutator.

Gambarajah 2.12 Yoke (Starter Housing)

Solenoid

Brush End Frame

Drive End Frame

Centre Frame

Bracket Mounting Lug

Gambarajah 2.13 Perumah motor penghidup mengandungi tiga bahagian iaitu centre frame, drive
end frame dan brush end frame.
OPERASI MOTOR PENGHIDUP
1. Kunci Penghidup pada kedudukan START
Apabila kunci penghidup dipusingkan pada kedudukan START, Terminal 50 akan
menyalurkan arus elektrik daripada bateri ke hold-in coil dan pull-in coil pada solenoid.
Daripada pull-in coil, arus elektrik akan terus ke field coil dan armature coil atau terminal
C. Pada masa ini, kejatuhan voltan akan merentasi pull-in coil untuk memastikan jumlah
arus elektrik yang mengalir melalui komponen motor (field coils dan armature) adalah kecil,
menyebabkan motor berpusing pada kelajuan yang rendah. Pada masa yang sama medan
magnet yang terhasil daripada hold-in coil dan pull-in coil akan menarik plunger ke
belakang melawan spring balikan. Pergerakkan ini akan menyebabkan pinion gear

bergerak ke hadapan hasil tolakan drive lever dan berada selari dengan roda tenaga.
Motor penghidup pada kelajuan yang rendah membolehkan pinion gear dan gigi roda
tenaga bersambung dengan perlahan. Alur skru menolong pinion dan ring gear bercantum
dengan baik.

Gambarajah 2.14 Pergerakan motor penghidup semasa kunci dalam keadaan mengengkol
2. Percantuman Pinion dan Ring Gears
Apabila magnetic switch dan alur skru (screw splines) telah menolak pinion gear
bersambung dengan roda tenaga sepenuhnya, contact plate yang terdapat pada bahagian
hujung plunger menjadi suis utama untuk menghasilkan litar pintas dengan
menyambungkan Terminal 30 dengan Terminal C. Hasil daripada penyambungan ini akan
menyebabkan arus elektrik yang tinggi akan mengalir ke motor penghidup dan
menyebabkan motor berpusing pada kelajuan dan daya kilas yang tinggi. Alur skru (screw
splines) akan menolong pinion gear bersambung dengan roda tenaga dengan lebih
sempurna. Pada masa yang sama paras voltan pada hujung kedua-dua pull-in coil akan
menjadi seimbang menyebabkan tiada arus elektrik mengalir melalui gegelung ini. Plunger
akan tertarik dan berada dalam keadaan statik hasil daripada kuasa medan magnet yang
dihasilkan oleh hold-in coil.

Gambarajah 2.15 Percantuman gigi pinion dengan ring gear

3. Kunci penghidup pada kedudukan "ON"


Apabila suis penghidup dipusingkan semula pada dudukan ON daripada kedudukan
START voltan yang dialirkan pada Terminal 50 akan terputus. Suis utama akan tertutup,
walaubagaimanapun masih terdapat arus yang mengalir daripada Terminal C ke hold-in
coil melalui pull-in coil. Sedangkan arus mengalir melalui hold-in coil arah yang sama
seperti mana kunci penghidup berada dikedudukan START, ia menghasilkan medan
magnet di mana akan menolak plunger. Dalam pull-in coil, aliran arus bertentangan arah
dan menghasilkan medan magnet di mana akan cuba menarik plunger pada keadaan asal.
Medan magnet dihasilkan oleh dua coil ini akan hilang, makan plunger akan ditolak semula
pada kedudukan asal oleh return spring. Walaubagaimana pun, arus yang tinggi yang
dialirkan pada motor akan dihentikan dan plunger akan kembali pada kedudukan asal dan
membolehkan pinion gear tercabut dari roda tenaga.

10

Gambarajah 2.16 Pergerakan motor penghidup apabila kunci kembali pada kedudukan ON

ARMATURE BRAKE
Percubaan kedua untuk menghidupkan enjin semasa pinion gear masih berpusing disebabkan
oleh inertial (tenaga), boleh menyebabkan percantuman pinion gear dan ring gear yang tidak betul.
Untuk mengelakkan terjadinya demikian, jenis conventional stater motor yang mana merangkumi
dengan pembentukan yang ditunjukkan pada rajah dibawah. Apabila spring di dalam magnetik
menarik pinion gear, brake spring menarik armature berlawanan brush holder. Sedangkan brush
holder ini dipasang secara mati pada comutator frame. Ini membuatkan armature serta merta
berhenti berpusing.

11

Motor penghidup menggunakan empat carbon brush, dua carbon brush digunakan untuk
memindahkan arus keluar dari field windings ke armature dan dua lagi adalah pembumian selepas
arus keluar dan masuk ke dalam armature windings di mana medan magnet terbentuk disekeliling
setiap gelungan tembaga, dua medan manget yang kuat terjadi di dalam field housing
menghasilkan daya yang memusingkan armature.

LITAR MOTOR PENGHIDUP

12

Solenoid
Starter Motor

Ignition
Switch

Bateri

Starter relay

Gambarajah 2.17 Litar ringkas starting sistem

Gambarajah 2.18 : Litar motor penghidup dengan solenoid

Diagnosis Motor Penghidup

13

KESIMPULAN
Sistem penghidup merupakan salah satu sistem yang terdapat di dalam sesebuah enjin. Ia
merupakan sistem yang penting di mana ia membolehkan enjin dihidupkan dengan mudah.
Tanpa sistem ini agak sukar untuk enjin dihidupkan.

14

EXERCISE
1. Nyatakan fungsi sistem penghidup di dalam kenderaan.
2. Berikan komponen-komponen yang terdapat di dalam sistem penghidup.
3. Namakan 5 komponen-komponen utama Motor Penghidup.
a)
b)
c)
d)
e)

____________________________________________
____________________________________________
____________________________________________
____________________________________________
____________________________________________

REFERENCE
1. Akademi Saga, Basic Electrical & electronic System Information Sheet, Shah Alam, Selangor:
Edaran Otomobil Nasional Berhad.
2. Akademi Saga, Basic Electrical & electronic System Work Sheet, Shah Alam, Selangor: Edaran
Otomobil Nasional Berhad.
3. Tom Denton, Automobile Electrical & Electronic Systems
4. DTAF IKM Jasin, Information Sheet Auto-Electric
5. Toyota Service Training 1989, Fundamentals of Electricity, Vol 14(Step 2), Toyota Motor
Corporation.
6. V.A.W. Hillier1986, Fundamentals of Automotive Electronics, Croydon College: Stanley Thornes
Ltd. System
7. Automotif Electrical/electronic System
8. James E.Duffy 1998, Auto Electricity and Electronics Technology : The Goodheart-Willcox
Company, Inc

15

You might also like