You are on page 1of 18

Latar belakang Teori Perkembangan Moral Kognitif

Pemahaman tentang perkembangan moral pelajar dipercayai dapat memberi


satu sumbangan yang signifikan terhadap pendidikan moral di sekolah. Menurut
Abdul Rahman dan Chang (1994), pengetahuan ini akan membantu guru-guru
memilih kandungan dan kaedah pengajaran yang sesuai dengan peringkat
perkembangan moral yang telah dicapai oleh pelajar di sekolah. Dengan
mengetahui dan mengenal pasti peringkat-peringkat penaakulan moral pelajar,
guru mampu meningkatkan lagi perkembangan moral mereka ke satu peringkat
seterusnya yang lebih tinggi melalui aktiviti perbincangan dilemma moral di
dalam bilik darjah. Ini bermaksud kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang selaras dengan peringkat perkembangan moral pelajar mungkin dapat
merangsangkan pemikiran yang rasional.
Teori perkembangan moral kognitif telah mula-mula dicadangkan oleh
John Dewey. Teori ini bercorak kognitif kerana ia mengakui bahawa pendidikan
moral mempunyai asas dalam merangsangkan pemikiran aktif pelajar terhadap
isu-isu dan membuat keputusan yang berkaitan dengan moral (Kohlberg, 1975).
Dewey telah mengenal pasti tiga peringkat perkembangan moral iaitu:
(1) Peringkat pramoral (prakonvensional) di mana sesuatu perlakuan
itu dimotivasikan oleh dorongan biologikal dan sosial yang mengakibatkan
moral.
(2) Peringkat konvensional di mana seorang individu menerima
standard atau norma-norma masyarakatnya tanpa banyak tentangan.
(3) Peringkat autonomous di mana perlakuan seseorang itu adalah
dibimbing oleh pemikiran dan pertimbangannya tentang sama ada
sesuatu matlamat itu baik atau tidak.
Menurut Mosher (1980), Piaget, selepas menjalankan penyelidikan, telah
menjelaskan semula peringkat-peringkat penaakulan moral Dewey kepada
peringkat-peringkat berikut:

(1) Peringkat pramoral di mana seseorang itu tidak mempunyai obligasi


terhadap peraturan. Pada peringkat ini, pelajar belum lagi memahami
fungsi sesuatu peraturan.
(2) Peringkat heteronomos iaitu sesuatu yang betul itu merupakan
ketaatan kepada peraturan. Seseorang itu sudah mula menerima
peraturan dan mempunyai obligasi dan kepatuhan terhadap kuasa dan
hukuman.
(3) Peringkat autonomos di mana seseorang itu mempunyai keupayaan
untuk menimbang di antara tujuan dan kesan-kesan sesuatu peraturan.
Obligasi terhadap peraturan adalah berasaskan kepada amalan timbal
balik dan pertukaran.
Kohlberg dalam tahun 1955 telah mengenalpasti tiga tahap
perkembangan moral dan setiap tahap dibahagikan pula kepada dua peringkat.
Lawrence Kolhberg dianggap sebagai pelapor utama dalam memperkatakan
teori perkembangan moral. Teori perkembangan moral yang dikemukakan oleh
Lawrence Kolhberg berasaskan kepada pemikiran Jean Piaget dan John Dawey
yang menekan pertumbuhan manusia secara falsafah dan psikologi dalam
bentuk yang positif.
Teori ini berpandangan bahawa penalaran moral, yang merupakan dasar
dari perilaku etis, mempunyai enam tahapan perkembangan yang dapat
ditentukan. Ia mengikuti perkembangan dari keputusan moral seiring
penambahan usia yang semula diteliti Piaget, yang menyatakan bahawa logika
dan moralitas berkembang melalui tahapan-tahapan konstruktif. Kohlberg
memperluas pandangan dasar ini, dengan menentukan bahawa proses
perkembangan moral pada prinsipnya berhubungan dengan keadilan dan
perkembangannya berlanjut selama kehidupan, walaupun ada dialog yang
mempertanyakan implikasi filosofis dari penelitiannya.

Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg (1927 1987)


Kohlberg (1975) mengakui bahawa pendidikan moral mempunyai asas dalam
merangsangkan pemikiran aktif seseorang ketika dia membuat keputusan
terhadap isu-isu moral. Teknik yang digunakan dalam pendekatan ini ialah ceritacerita yang mengandungi dilema moral. Dilema-dilema moral tersebut
membincangkan isu-isu moral yang berbeza dan melibatkan nilai-nilai yang
berkonflik antara satu sama lain seperti undang-undang, peraturan sosial dan
perintah autoriti. Mengikut Zieler (1990), tugas guru yang mengemukakan dilema
moral adalah untuk mencari alasan-alasan yang betul dan bukannya jawapanjawapan yang betul. Daripada kajian-kajian pelbagai penyelidik (Rest, 1974;
Nisan & Kohlberg, 1982; Walker & Thomas, 1991), dapat disimpulkan bahawa
perbincangan dilema moral dapat mengembangkan penaakulan moral pelajar di
dalam bilik darjah.
Antara isu moral yang dihadapi guru apabila dia masuk ke bilik darjah sekolah
rendah (kanak-kanak berumur enam tahun) ialah murid-murid akan
mempersoalkan keadilan pembahagian (Damon, 1994 dalam Woolfolk, 2004).
Guru akan mendengar aduan seperti, mariam dapat plastisin lebih daripada
saya, ini tidak adil atau Cikgu tak adil sebab beri saya lima markah dan beri
Amin 10 markah sedangkan kerja yang kami buat sama. Satu lagi aspek
perkembangan moral yang penting ialah kanak-kanak perlu memahami dan
mematuhi peraturan. Piaget, 1965 (dalam Woolfolk, 2004) menamakan keadaan
ini sebagai realisme morale. Kanak-kanak mula memahami adanya peraturan
yang tidak akan berubah. Apabila kanak-kanak membesar dan bergaul dengan
orang lain, mereka berkebolehan memahami perspektif orang lain dan akan
memahami bahawa terdapat peraturan yang berbeza-beza di kalangan individu
atau moraliti kerjasama (morality of cooperation). Contohnya di rumah datuk,
makan perlu bersila di atas tikar tetapi di bandar, tempat dia tinggal, makan perlu
di meja makan . Individu memahami bahawa peraturan adalah dibuat oleh orang
yang berautoriti dan boleh ditukar.

Intipati Teori Perkembangan Moral Kognitif


Teori Perkembangan Moral Kognitif Lawrence Kolhberg membahagikan
peringkat perkembangan moral kepada 3 peringkat yang utama. Setiap moral
dibahagikan kepada 2 tahap. Kohlberg berpendapat bahawa moraliti
berkembang mengikut satu siri. Ia berkembang secara universal dalam tiga
tahap dan dalam satu tahap terbahagi kepada dua peringkat. Beliau membina
teorinya berdasarkan gerak balas kanak-kanak terhadap sesuatu dilema yang
dialaminya.

PERINGKAT

i) Pra-konvensional

TAHAP

TAHAP

(Ramlah J, 2002)
Tahap 1: Orientasi dendaan

(Ee Ah Meng, 1988:74)


Tahap 1: kemoral

dan kepatuhan
Tahap 2: Orientasi ganjaran

heteronomous
Tahap 2: Individualisme,

peribadi
Tahap 1: Orientasi harmoni
antara peribadi

Tujuan dan
pertukaran
Tahap 1: Harapan saling
memahami
antara individu

ii) Konvensional

perhubungan
dan persetujuan
Tahap 2: Orientasi undangundang dan
peraturan
Tahap 1: Orientasi
kontraksosial

iii) Pos-konvensional
Tahap 2: Orientasi prinsip
etika sejagat
(sumber: Ramlah J& Mahani, R, 2002:55
: Eh A.M, 1988:74-77
: Kolhberg, L 1979:34-35)

antara individu
Tahap 2: Sistem sosial dan
kata hati
Tahap 1: Kontrak sosial/
utility dan hak-hak
individu
Tahap 2: Prinsip etika
sejagat

i) Peringkat Pra- konvensional


Peringkat pra-konvensional dari penalaran moral umumnya ada pada anakanak, ( 0 hingga 9 tahun ) walaupun orang dewasa juga dapat menunjukkan
penalaran dalam tahap ini. Seseorang yang berada dalam tingkat prakonvensional menilai moralitas dari suatu tindakan berdasarkan akibatnya
langsung. Peringkat pra-konvensional terdiri dari dua tahapan awal dalam
perkembangan moral, dan murni melihat diri dalam bentuk egosentris. Ciri
penaakulan di pra konvensional ialah kepercayaan bahawa apa yang dianggap
betul ialah mematuahi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Pemikir
lebih menekankan kepentingan diri serta kesan satu-satu tingkah laku itu.
Tahap 1: Orientasi Dendaan dan Kepatuhan
Pada peringkat ini, pemikiran moral adalah berorientasikan egosentrik di mana
selarasan moral adalah untuk diri sendiri. Morality di peringkat ini juga terbentuk
berdasarkan kepada prinsip Hedonisme.
Kanak-kanak percaya bahawa perlakuan yang baik akan mendapat reaksi
yang baik juga. Dalam persepsi kanak-kanak, apa yang penting adalah kesan
fizikal dan bukan kesan psikologi ke atas orang lain. Kanak-kanak pada
peringkat ini akan mematuhi peraturan. Pada masa yang sama, kanak-kanak
juga akan melanggar peraturan sekiranya mereka rasa mereka boleh terlepas
dari dikenakan hukuman ataupun ditangkap.
Tahap 2: Ganjaran Peribadi
Peringkat ini juga dikenali sebagai Hedoisme utilitarian di mana seseorang
menilai sesuatu tingkahlaku berdasarkan keinginan untuk mendapatkan ganjaran
atau balasan baik. Tindak balas yang selesa diertikan sebagai baik dan tidak
selesa diertikan sebagai tidak baik. Konsep keadilan pada kanak-kanak di
peringkat ini adalah apabila semua orang mendapat semua benda yang sama.

ii)Peringkat Konvensional
Peringkat konvensional umumnya ada pada seorang remaja atau orang dewasa.
Orang di tahapan ini menilai moralitas dari suatu tindakan dengan
membandingkannya dengan pandangan dan harapan masyarakat. Tingkat
konvensional terdiri dari tahap ketiga dan keempat dalam perkembangan moral.
Pada peringkat konvensional, yang betul ialah tingkah laku yang dianggap baik
oleh sebahagian besar masyarakat. Penekanan adalah pada dorongan kendiri
untuk melakukan apa yang diterima dan diharapkan oleh masyarakat. Pendapat
orang ramai, taat setia dan persetujaun orang lain adalah penting.
Tahap 3: Harmoni antara Peribadi
Kanak-kanak pada tahap perkembangan moral ini sudah boleh menerima norma
masyarakat. Sesuatu tindakan yang dilakukan akan dinilai baik atau buruk
berdasarkan sokongan atau persetujuan orang lain. Perlakuan yang baik
ditafsirkan sebagai perlakuan yang disukai oleh orang lain dan mereka akan
berkelakuan baik untuk mendapat ganjaran atau pujian daripada orang lain.
Tahap 4: Orientasi Undang-undang dan peraturan
Merujuk kepada kesanggupan melakukan sesuatu tanggungjawab dalam
masyarakat dan mematuhi peraturan sosial yang sedia ada. Pada peringkat ini,
perlakuan yang baik adalah perlakuan yang boleh membawa kepada
keharmonian kelompok. Individu biasanya merujuk kepada norma-norma
masyarakat, peraturan dan undang-undang sebagai sesuatu yang mutamad dan
seluruh masyarakat mestilah patuh kepada peraturan dan undang-undang.yang
telah ditetapkan.

iii) Peringkat Pos-konvensional


Peringkat Pos-konvensional, juga dikenal sebagai peringkat berprinsip, terdiri
dari tahap lima dan enam dari perkembangan moral. Kenyataan bahawa

individu-individu adalah entitas yang terpisah dari masyarakat kini menjadi


semakin jelas. Perspektif seseorang harus dilihat sebelum perspektif
masyarakat. Akibat hakikat diri mendahului orang lain ini membuat tingkatan
pasca-konvensional sering tertukar dengan perilaku pra-konvensional
Pada peringkat pos-konvensional, apa yang dianggap betul ialah yang sejajar
dengan hak manusia sejagat, nilai-nilai atau prinsip-prinsip yang perlu
ditahankan oleh masyarakat dan individu. Individu memahami prinsip-prinsip dan
tujuan sesuatu peraturan.
Tahap 5: Orientasi Kontrak Sosial
Pemikiran moral pada tahap ini berfokus kepada usaha-usaha mempertahankan
hak-hak asasi, nilai-nilai dan sebarang perhubungan sosial yang telah
dipersetujui dalam masyarakat. Peraturan dan undang-undang yang digubal
adalah hasil persetujuan orang ramai dan boleh membawa kebaikan kepada
masyarakat. Mereka yang mengakui bahawa peraturan yang digubal adalah
fleksibel dan boleh diubah sekiranya bertentangan dengan norma-norma
masyarakat atau apabila tidak diperlukan lagi.
Tahap 6: Orientasi Etika Sejagat
Peringkat ini merupakan peringkat yag tertinggi dalam pemikiran moral
seseorang kerana ia melibatkan soal falsafah tentang moral itu sendiri. Individu
pada peringkat ini sering mempertikaikan nilai dan norma. Apa yang dianggap
betul ditentukan berdasarkan satu prinsip pilihan kendiri yang sesuai untuk
semua manusia sejagat tanpa mengira masa dan keadaan. Walau
bagaimanapun, prinsip yang diterima pada peringkat ini bukan semata-mata
berdasarkan penerimaan sosial sahaja, malah adalah prinsip-prinsip yang perlu
adalah dalam masyarakat seperti prinsip keadilan, persamaan hak dan
menghormati maruah individu. Justeru, adalah salah sekiranya setiap undangundang atau manusia mesti dihormati dalam segala aspek.

Peringkat ini adalah lebih baik daripada peringkat rendah (peringkat 1)


yang dianggap kurang matang kerana hanya patuh kepada peraturan atau takut
dikenakan tindakan atau hukuman. Contohnya : Ali sedang memandu di suatu
persimpangan yang mempunyai lampu isyarat dan kamera perakam. Ali telah
memberhentikan kenderaannya apabila lampu isyarat merah menyala. Sebuah
kenderaan meluncur laju melepasi lampu merah tersebut. Beberapa saat
kemudian, kereta itu terbalik dan terbakar. Ali telah menampak beberapa orang
meronta-ronta dalam kenderaan tersebut.
Apakah tindakan yang sepatut Ali lakukan? Adakan dia patut mematuhi
lampu isyarat merah atau menghadapi tindakan undang-undang kerana
melanggar lampu isyarat untuk membantu mangsa kemalangan. Jika Ali memilih
untuk mematuhi lampu isyarat dan melihat sahaja kemalangan tersebut kerana
mematuhi undang-undang, ini bererti Ali hanya berada di peringkat pertama dan
belum mencapai orientasi sejagat.
Menurut Kohlberg, peringkat-peringkat perkembangan moral itu
mempunyai beberapa ciri. Antaranya ialah:
a) Peringkat-peringkat ini adalah bersifat hierarchial integrations. Apabila
seseorang individu didapati berada di satu peringkat yang lebih tinggi, ini
bermakna bahawa dia telah melalui peringkat-peringkat moral yang lebih rendah.
b) Peringkat-peringkat itu adalah structured wholes kerana ia merupakan
sistem pemikiran yang berterusan. Cara seseorang menganalisis dan
menginterpretasikan data serta membuat keputusan mengenai masalah moral
dan peribadi merupakan perkara yang sangat penting dalam perkembangan
moral secara keseluruhan.
c) Urutan dalam peringkat-peringkat itu adalah tidak varian, iaitu pergerakan
dalam peringkat penaakulan moral selalunya adalah ke depan dan tidak
pernah undur.

Berdasarkan kepada kajian-kajiannya yang dijalankan dibeberapa negara


seperti Amerika Syarikat, Taiwan, Turki, Mexico dan Yucatan, Kohlberg (1973)
mendakwa bahawa teori perkembangan moralnya itu adalah sejagat dan
merentas budaya iaitu

All individuals in all cultures use the same thirty basic moral
categories, concepts or principles and all individuals in all cultures
go through the same order or sequence of gross stage development,
though they vary in rate and terminal point of development.
Menurut Kohlberg (1975), tingkahlaku moral adalah bersifat
developmental. Justeru, kanak-kanak dari kategori umur yang berlainan juga
diharapkan berbeza dalam perkembangan serta tingkah laku moral mereka
Dilema Moral Kohlberg
Teori Kohlberg dikembangkan berasakan perkembangan kognitif dalam Teori
Piaget (Lester, 1997, dalam Woolfolk, 1997). Kolhberg memperoleh maklumat
yang menjadi asas kepada teori perkembangan moral melalui kajian yang
bertanyakan sesuatu nilai betul-salah tentang sesuatu situasi. Subjek-subjek
dalam kajian beliau yang terdiri daripada golongan kanak-kanak dan remaja
daripada pelbagai jenis lapisan masyarakat dan umur dikehendaki menilai
sesuatu cerita yang mempunyai ciri-ciri dilema moral. Tiap-tiap satu cerita itu
mempunyai satu bentuk penilaian yang relatif, oleh itu ia tidak ada bentuk yang
betul dalam semua aspek. Beliau ingin melihat tahap operasi pemikiran serta
tahap perkembangan moral yang ada pada tiap-tiap tahap perkembangan
manusia. Dalam kajiannya, beliau telah mengemukakan dilema moral dalam
usaha mendapatkan pandangan dan sikap kanak-kanak, remaja dan orang
dewasa tentang moraliti. Dilema moral merupakan cerita atau hipotesis yang
dibina bukan berlandaskan kisah benar.
Dilema moral Heinz adalah sepeti berikut:

In Europe a woman was near death from a special kind of cancer. There
was one drug that the doctors thought might save her. It was a form of
radium that a druggist in the same townhas recently discovered.. the drug
was expensive to make but the druggist was charging ten times what
the drug cost him to make. He paid $200 for the radium and charged
$2,000 for a small dose of the drug. The sick womans husband, went to
everyone he knew to borrow the money, he could only get together about
$1,000... He told the druggist that his wife was dying ans asked him to sell
him cheaper or let him pay later. But the druggist said: No, I discovered
the drug and I am going to make money from it. So Heinz got
desperate and broke into the mans store to steal the drug for his wife.
Should the husband have done that?
Sumber: Springthall dan Oja 1998; ms.194
Setelah memberi pernyataan seperti yang tercatat di atas, Kohlberg
bertanyakan sama ada subjek (Heinz) di dalam pernyataan itu bersalah atau
tidak. Haruskah Heinz mencuri ubat? Adakah mencuri ubat tersebut benar atau
salah? Patuhkah suami yang baik itu mencuri? Kohlberg tidak hanya ingin
mengetahui jawapan persoalannya, tetapi ingin mengesan proses bagaimana
subjeknya menjawab soalan yang berunsur dilema moral. Daripada kajian beliau,
Kohlberg (1983) menyarankan tiga tahap utama perkembangan moral dan tiaptiap tahap boleh dibahagikan kepada dua peringkat.
Kohlberg telah mengemukakan hipotetikal moral atau cerita tersebut
kepada responden kajianya. Kohlberg mendapati gerak balas responden bukan
sahaja berbeza mengikut peringkat umur tetapi juga berbeza alasan mengenai
tindakan yang perlu diambil. Pendapat responden adalah seperti dalam Jadual
3.2.
Jadual 3.2 Peringkat dalam Teori Penaakulan Moral Kohlberg
Tahap

Peringkat

Menyokong
tindakan Heinz

Membantah
tindakan

Heinz
I:Prakonvensinal
didorong oleh
kepentingan diri (self
interest).

Peringkat I
Orientasi
Dendaan dan
Kepatuhan
didorong oleh
perasaan
mengelak
hukuman.

Peringkat II
Orientasi
Ganjaran
Peribadi
didorong oleh
perasaan ingin
mendapat hadiah
atau pujian.

II: Konvensional
didorong oleh
peraturan dan
undang-undang
konvensional.

Peringkat III
Harmoni antara
Peribadi (Budak
baik) didorong
oleh perasaan
ingin
mendapatkan
persetujuan ibu
bapa dalam
sesuatu yang
ingin dilakukan.
Peringkat IV
Orientasi
Peraturan dan
Undang-undang
didorong oleh
perasaan
memenuhi
tanggungjawab
dan mengelak

Kalau kamu biarkan


isteri kamu mati,
kamu akan dapat
susah.

Kamu tak
sepatutnya
mencuri dadah
itu sebab
sekiranya
kamu
ditangkap,
kamu akan
dipenjarakan.

Tak apalah kamu


masuk penjara
asalkan dapat
dadah itu sebab
apabila kamu keluar
daripada penjara,
isteri kamu dah
sihat.

Dia mungkin
dapat hukuman
ringan kerana
mencuri dadah
itu, tetapi
bagaimana
kalau mati juga
sebelum dia
keluar penjara,
jadi lebih baik
dia usah
mencuri.

Tiada sesiapa fikir


kamu jahat tetapi
jika kamu tidak curi,
kamulah suami yang
tiada
perikemanusiaan.

Bukan sahaja
penagih
menganggap
kamu
penjenayah
tetapi semua
orang juga.

Sekiranya kamu
mempunyai harga
diri, kamu tidak akan
benarkan isteri
kamu mati dan
kamu takut
melakukan perkara
yang dapat

Kamu akan
rasa bersalah
selamanya
kerana telah
tidak amanah
dan melanggar
undangundang.

III:Poskonvensiona
l didorong oleh
prinsip moral yang
abstrak.

rasa bersalah.
Peringkat V
Orientasi Kontrak
Sosial didorong
oleh perasaan
untuk bertindak
rasional,
berasaskan
prinsip
persetujuan
bersama.

menyelamatkannya.
Sekiranya kamu
membiarkan isteri
kamu mati, ia
disebabkan
perasaan takut
kamu bukan
disebabkan alasan
yang munasabah.

Kamu akan
hilang
pendirian dan
kehormatan
dalam
masyarakat
sebab
melanggar
undangundang.

Peringkat VI
Prinsip Etika
Sejagat
didorong oleh
perasaan ingin
mempertahankan
prinsip
kemanusiaan
sendiri dan
mengelak
menyalahkan diri
sendiri.

Kalau kamu tidak


mencuri dadah
itu...Benar kamu
telah mematuhi
peraturan tetapi ia
bertentangan
dengan perasaan
hati kecil kamu.

Kalau kamu
curi dadah,
kamu akan
benci diri kamu
sebab tidak
mematuhi
undangundang dan
tidak mematuhi
hati kecil
kamu.

(Sumber: Diubah suai daripada Lawrence Kohlberg, The Philosophy of Moral


Development (Volume 1) dalam Lester, 1997, m.s.127.
Kelebihan dan Fakta-Fakta yang Mendukung Teori Perkembangan Moral
Kohlberg
Teori perkembangan moral Kohlberg dipengaruhi oleh tradisi formal dalam
filsafat dan tradisi strukturalis dalam psikologi, sehingga dia memusatkan pada
hirarki perkembangan moral, yang mana penalaran moral individu dapat
digolongkan dalam tahap-tahap menurut pemecahan mereka terhadap dilema
moral yang diajukan.
Salah satu kelebihan teori perkembangan moral dari Kohlberg adalah
pada tahap-tahap perkembangan itu sendiri yang memudahkan orang dalam
memahami perkembangan moral. Adanya ketahapan juga memudahkan orang
untuk membuat jangkaan tentang perkembangan moral seseorang. Secara

praktis, dengan adanya tahap-tahap perkembangan memudahkan orang dalam


memberikan stimulasi yang tepat untuk meningkatkan penalaran moral seorang
anak.
.
Teori Kohlberg merupakan sebuah teori perkembangan kognitif klasik,
yang memberikan catatan tentang sifat yang integrated.Beberapa penelitian
yang mendukung teori Kohlberg tersebut di atas antara lain penelitian Kohlberg
sendiri (dalam Durkin, 1995) yang menemukan bahawa dengan meningkatnya
usia, maka subjek juga cenderung mencapai penalaran moral yang lebih tinggi.
Beberapa penelitian lain dengan menggunakan prosedur skoring dari Kohlberg
ataupun prosedur yang lebih objektif yang dikembangkan oleh Rest (dalam
Durkin, 1995) menunjukkan hasil adanya konsistensi antara menigkatnya usia
dengan peningkatan penalaran moral. Snarey (dalam Durkin, 1995), yang
membuat tinjauan 44 penelitian dalam 26 budaya berbeza di seluruh dunia,
menemukan adanya lintas budaya antarabangsa dalam tahap penalaran moral.
Hasil penelitian lain mendukung pendapat Kohlberg tentang pentingnya
konflik sosio kognitif dan iklim moral lingkungan sosial dalam meningkatkan
penalaran moral. Penelitian Speicher (1994) menunjukkan hubungan positif
antara penalaran moral orang tua dengan penalaran moral anak-anaknya. Polapola perkembangan menunjukkan bahwa selama remaja, penalaran moral orang
tua berhubungan dengan penalaan moral anak-anaknya, tetapi lebih kuat pada
anak perempuan dibandingkan anak laki-Iaki. Namun pada usia dewasa muda,
penalaran moral ayah dan pendidikan merupakan petunjuk yang paling kuat bagi
penalaran moral anak laki-laki mahupun perempuan.
Dari teori perkembangan moral Kohlberg yang telah dijelaskan
sebelumnya, tampak bahawa Kohlberg tidak melihat pentingnya aspek
keperibadian dalam mempengaruhi penalaran moral seseorang, kecuali
kemampuannya dalam melakukan ambil alih peranan. Sementara itu dari
penelitian Hart dan Chmil (1992) menunjukkan bahawa kepribadian remaja,

khususnya pola mekanisme pertahanan diri, mempengaruhi penalaran moral


sampai usia dewasa.
Kepentingan Teori Perkembangan Moral
Menurut Armstrong (1993), sekolah boleh memainkan peranan penting dalam
memajukan pemikiran pelajar ke peringkat yang lebih tinggi. Justeru itu, adalah
pentingnya guru di sekolah mengetahui peringkat penaakulan moral pelajarpelajar terlebih dahulu sebelum merancangkan pengajaran. Ini adalah kerana
pengetahuan sedemikian dapat membantu guru memilih strategi pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkesan. Menurut Stoll dan Beller (1993), kaedah
pengajaran yang sesuai boleh membawa perubahan dalam perkembangan
moral, baik dari segi kognitif mahupun tingkahlaku.
Justeru itu, adalah baik jika guru di sekolah dapat diberi pendedahan
tentang cara-cara menentukan tahap dan peringkat penaakulan moral para
pelajar agar strategi dan teknik pengajaran dan pembelajaran dapat
mengembangkan peringkat penaakulan moral pelatih ke peringkat yang lebih
tinggi. Kemahiran menentukan tahap dan peringkat penaakulan moral ini juga
boleh didedahkan kepada guru pelatih yang merupakan bakal guru Pendidikan
Moral di sekolah agar pengajaran dan pembelajaran moral dapat meninggikan
daya pemikiran dan penaakulan murid-murid sekolah.
Pengetahuan tentang peringkat penaakulan moral pelatih juga boleh
membantu guru menyediakan soalan-soalan yang boleh menggalakkan pelajar
berfikir secara kritis dan kreatif. Menurut Kohlberg (1976), guru harus
mengetahui kemahiran menyoal ketika mengemukakan dilemma moral kerana
soalan-soalan probe boleh menggalakkan pelajar berfikir dan seterusnya
mempengaruhi perkembangan penaakulan moral.
Kritik terhadap Kohlberg

Teori perkembangan moral Kohlberg yang provokatif tidak berlalu tanpa


tentangan. Kritik mencakup hubungan antara penalaran moral dan perilaku
moral, kualitas penelitian, pertimbangan yang memadai tentang peranan
kebudayaan dalam perkembangan moral, dan pengabaian perspektif
pengasuhan.
1. Pemikiran Moral dan Perilaku Moral
Teori Kohlberg dikritik kerana memberi terlalu banyak penekanan pada
penalaran moral dan kurang memberi penekanan pada perilaku moral.
Penalaran moral kadang-kadang dapat menjadi tempat perlindungan bagi
perilaku immoral. Seperti para penipu, koruptor, dan pencuri mungkin
mengetahui apa yang benar, tetapi masih melakukan apa yang salah.
2. Kebudayaan dan Perkembangan Moral
Kritik lain terhadap pandangan Kohlberg ialah bahawa pandangan ini secara
kebudayaan bias. Suatu tinjauan penelitian terhadap perkembangan moral di 27
Negara menyimpulkan bahawa penalaran moral lebih bersifat spesifik
kebudayaan daripada yang dibayangkan oleh Kohlberg dan bahawa sistem skor
Kohlberg tidak mempertimbangkan penalaran moral tingkat tinggi pada
kelompok-kelompok kebudayaan tertentu. Penalaran moral lebih dibentuk oleh
nilai-nilai dan keyakinan-keyakinan sesuatu kebudayaan daripada yang
dinyatakan oleh Kohlberg.
3. Gender dan Perspektif Kepedulian
Carol Gilligan percaya bahawa teori perkembangan moral Kohlberg tidak
mencerminkan secara memadai relasi dan kepedulian terhadap manusia lain.
Perspektif keadilan (justice prespective) ialah suatu perspektif moral yang
berfokus pada hak-hak individu; individu berdiri sendiri dan bebas mengambil
keputusan moral. Teori Kohlberg ialah suatu perspektif keadilan. Sebaliknya,
perspektif kepedulian (care perspective) ialah suatu perspektif moral yang
memandang manusia dari sudut yang berkait dengan manusia lain dan

menekankan komunikasi interpersonal, relasi dengan manusia lain, dan


kepedulian terhadap orang lain. Teori Gilligan ialah suatu perspektif kepedulian.
Menurut Gilligan, Kohlberg kurang memperhatikan perspektif kepedulian dalam
perkembangan moral. Dia percaya bahawa hal ini mungkin terjadi kerana
Kohlberg seorang laki-laki, kerana kebanyakan penelitiannya adalah dengan lakilaki daripada dengan perempuan, dan kerana ia menggunakan respons laki-laki
sebagai suatu model bagi teorinya.

Bibliografi
Abdul Rahman Md. Aroff dan Chang L.H. (1994). Pendidikan moral. (Dinamika
Guru). Siri Pendidikan Longman: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Armstrong, D. (1993). Developing and documenting the curriculum. Boston: Allyn


and Bacon.
Durkin, Kevin. 1995. Developmental Social Psychology. Massachussetts:
Blackwell Publishers Inc.
Ee, A.H. (1998). Pendidikan moral. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Hart, D. & Chmiel, S. 1992. Influence of Defense Mechanism on Moral Judgment
Development: A Longitudinal Study. Developmental Psychology, 28 (4),
722-730.
Kohlberg, L. (1973). Collected papers on moral development and moral
education. Cambridge, Mass: Lab of Human Development, Harvard
University.
Kohlberg, L. (1973). Moral stages and moralization: the cognitive development
approach. Dalam T. Lickona (ed.). Moral development and behavior:
theory research and social issues. New York: Holt , Rinehart& Winston.
Kohlberg, L. (1975). The just community approach to corrections: A theory.
Journal of Moral Education, 4(3), 243-260.
Kohlberg, L. (1976). Moral stages and moralization: the cognitive developmental
approach, in Lickona, T. (ed.), Moral development: theory, research and
social issues. Holt, Rinehart & Winston, pp 31 53.
Mosher, R. L.(1980). Moral education: A first generation of research and
development. New York: Praeger Publishers.
Nisan, M., & Kohlberg, L. (1982). Universality and Variation in moral judgement:
A longitudinal and cross-sectional study in Turkey. Child Development,53,
865-876.
Rest, J., Cooper, D., Coder, R., Masanz, J., & Anderson, D. (1974). Judging the
important issues in moral dilemmas - An objective measure of
development. Developmental Psychology, 10(4), 491-501.
Speicher, B.. 1994. Family Patterns of MoralJudgment DuringAdolescense and
EarlyAdulthood. Developmental Psychology, 30 (5), 624-632.
Sprinthall, R.C., Sprinthall, N.A., dan Oja, S.N. (1998), Educational Psychology A
Developmental Approach, Boston: McGraw-Hill Company.
Walker, L. J., & Thomas, J. (1991). Moral reasoning in a communist Chinese

society. Journal of Moral Education, 20(2),139-155.


Woolfolk, A. (1997), Educational Psychology, 3rd Edition, New Jersey: Prentice
Hall Inc. (2004), Educational Psychology, 9th Edition, Boston: Pearson
Education.
Zieler, D. L. (1990). Values, morality & STS issues: A developmental
perspective. Paper presented at the Annual Meeting of the National
Association for Science, Technology & Society. (ERIC Document
Reproduction Service No. ED 324246),

You might also like