You are on page 1of 6

MENAMBAH BAIK AMALAN PENGAJARAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH

PECAHAN DARIPADA SUATU KUANTITI UNTUK MURID TAHUN 6


DENGAN MENGGUNAKAN GAMBAR RAJAH
TULANG IKAN
1

Moliza Mat Yasin dan 2Wan Adzmin Mohd. Sabri


1
molizamatyasin@gmail.com dan 2wnadzmin@hotmail.co.uk

ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini bertujuan untuk menambah baik amalan pengajaran kemahiran
penyelesaian masalah melibatkan kemahiran mencari nilai pecahan daripada suatu kuantiti dalam
kalangan murid Tahun 6 dengan menggunakan gambar rajah Tulang Ikan. Selain itu, penyelidikan
ini turut mengkaji bagaimana penggunaan gambar rajah Tulang Ikan dapat membantu empat
orang murid Tahun 6 dalam menyelesaikan masalah melibatkan mencari nilai pecahan daripada
suatu kuantiti. Data dikumpul melalui pemerhatian, temu bual dan nota lapangan; dan kemudian
dianalisis secara kualitatif. Hasil dapatan kajian ini mendapati empat orang murid menguasai
kemahiran penyelesaian masalah melibatkan mencari nilai pecahan daripada suatu kuantiti
dengan menggunakan gambar rajah Tulang Ikan seterusnya dapat memperbaiki amalan guru.

ABSTRACT
The purpose of this action research is to improve my teaching practices in Mathematics in relation
to find value of a fraction from a quantity among Year 6 pupils by using a Fish Bone diagram.
Besides, the action research is to study how the Fish Bone diagram helps four Year 6 pupils to
solve problems related to find value of a fraction from a quantity. Data was collected through
observations, interviews and field notes. Results showed that the Fish Bone diagram was able to
help the four pupils in solving problems related to find value of a fraction other than improved my
teaching practices in that skill.

1.0 PENDAHULUAN
Saya merupakan seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah yang terletak di
kawasan bandar di daerah Bentong, Pahang. Sekolah ini mempunyai bilangan murid
seramai 294 orang. Saya telah mengajar di sekolah ini selama 15 tahun dan selama itu
jugalah saya telah diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Matematik kepada
murid-murid Tahun 6. Begitu juga dengan tahun 2015 ini di mana saya telah diberi
tanggung jawab untuk mengajar Matematik bagi kelas 6 A yang mempunyai bilangan
murid seramai 23 orang. Murid-murid di kelas ini merupakan murid-murid yang agak
cemerlang. Namun begitu, ketika saya mengajar tajuk Pecahan di kelas ini, saya telah
dapati beberapa orang murid agak lemah dalam mencari nilai pecahan daripada suatu
kuantiti melibatkan penyelesaian masalah. Saban tahun saya berhadapan dengan
masalah yang sama, iaitu murid-murid mengambil masa yang lama untuk menguasai
kemahiran penyelesaian masalah
dalam Matematik, antaranya melibatkan tajuk
Pecahan. Masalah ini dapat dikenal pasti berdasarkan latihan yang diberi di dalam kelas
dimana sebahagian daripada mereka tidak menyiapkan latihan yang diberi. Antara
alasan mereka ialah, saya tak faham dan saya tak tahu. Saya mula menyedari
bahawa strategi pengajaran yang saya gunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas sama sahaja dan tiada pembaharuan. Saya sering beranggapan bahawa
satu strategi penyelesaian masalah adalah sesuai untuk semua murid walaupun pada
hakikatnya aras kefahaman mereka adalah berbeza. Saya akhirnya terfikir bahawa saya
perlu menggunakan strategi lain dalam mengajar kemahiran penyelesaian masalah bagi
tajuk Pecahan. Sebagai seorang guru, saya harus membantu murid-murid saya yang

terlibat dalam kajian ini agar menguasai kemahiran penyelesaian masalah Pecahan
sebelum mereka ke sekolah menengah. Ibarat kata pepatah, melentur buluh biarlah
dari rebungnya.

2.0 FOKUS KAJIAN


Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh sebilangan murid-murid
saya berkenaan dengan tajuk Pecahan, saya hanya akan fokuskan kajian saya ini kepada
kemahiran penyelesaian masalah bagi tajuk Pecahan, iaitu mencari nilai pecahan
daripada suatu kuantiti. Berdasarkan tinjauan awal yang dilakukan melalui buku tulis,
latihan lembaran kerja dan jawapan ujian yang lalu, antara masalah yang sering
dilakukan oleh murid-murid saya ialah memberi jawapan yang tidak mengikut kehendak
soalan, memberi jawapan tanpa menunjukkan jalan kerja dan ada juga dalam kalangan
mereka tidak menjawab soalan penyelesaian masalah Pecahan kerana tidak faham.
Rajah 2.1 dan Rajah 2.2 menunjukkan contoh kesalahan yang dilakukan oleh dua orang
murid saya dalam dua aktiviti yang berbeza.
Contoh Kesalahan Murid

Catatan
Hanya mendarab pengangka bagi
pecahan
yang
diberi
dengan
nombor bulat.

Rajah 2.1 : Jawapan Murid A


Rajah 2.1 menunjukkan contoh jawapan murid A dalam latihan yang telah diberi di dalam
kelas. Murid A telah melakukan kesilapan dengan hanya mendarab pengangka bagi
pecahan buah jambu dengan jumlah kesemua buah-buahan. Ini menunjukkan bahawa
murid A tidak memahami kehendak soalan dan tidak memahami konsep pendaraban
pecahan dengan nombor bulat.
Contoh Kesalahan Murid

Catatan
Tidak
menunjukkan
langkah
pengiraan
untuk
mendapatkan
jawapan.

Rajah 2.2 : Jawapan Murid B


Rajah 2.2 pula menunjukkan jawapan yang diberi oleh murid B. Berdasarkan latihan yang
dibuat, murid B tidak menunjukkan langkah pengiraan untuk mendapatkan jawapan.
Daripada tinjauan yang telah dibuat, saya perlu membuat penambahbaikan tentang cara
saya mengajar kemahiran penyelesaian masalah melibatkan mencari nilai pecahan
daripada suatu kuantiti. Saya terfikir untuk menggunakan strategi gambar rajah untuk
menambah baik cara pengajaran saya. Ini adalah kerana memahami pecahan menjadi
lebih mudah melalui gambar rajah ( Mohd Uzi dan Noor Shah, 2012 ). Oleh itu, kajian
saya ini berfokus kepada penambahbaikan amalan pengajaran kemahiran penyelesaian
masalah Matematik bagi tajuk Pecahan iaitu mencari nilai pecahan daripada suatu
kuantiti dengan menggunakan gambar rajah Tulang Ikan.
3.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian tindakan ini telah melibatkan empat orang murid Tahun 6 A di sebuah sekolah
rendah dalam Daerah Bentong. Mereka terdiri daripada 2 orang murid berbangsa Melayu
dan 2 orang murid berbangsa India. 3 orang daripada mereka adalah murid lelaki dan
selebihnya murid perempuan. Empat orang murid ini dipilih sebagai kumpulan sasaran
dalam kajian ini berdasarkan kepada pemerhatian yang telah dibuat terhadap
ketidakupayaan mereka menyelesaikan masalah Matematik bagi tajuk Pecahan
melibatkan mencari nilai Pecahan daripada suatu kuantiti dalam latihan dan ujian yang
dijalankan.
4.0 OBJEKTIF / SOALAN KAJIAN
Terdapat dua objektif dalam kajian ini, iaitu :
i.
Menambah baik amalan pengajaran saya dalam mengajar kemahiran
penyelesaian masalah pecahan daripada suatu kuantiti dalam kalangan empat
orang murid Tahun 6 A dengan menggunakan gambar rajah Tulang Ikan.
ii.
Membantu murid-murid saya menguasai kemahiran penyelesaian masalah
pecahan daripada suatu kuantiti dengan menggunakan gambar rajah Tulang Ikan.
Kajian ini juga dijalankan bertujuan untuk menjawab dua persoalan kajian, iaitu :
i.
Bagaimanakah saya menambah baik amalan pengajaran saya dalam mengajar
kemahiran penyelesaian masalah pecahan daripada suatu kuantiti dengan
menggunakan gambar rajah Tulang Ikan.
ii.
Bagaimanakah penggunaan gambar rajah Tulang Ikan dapat membantu muridmurid saya menguasai kemahiran penyelesaian masalah melibatkan pecahan
daripada suatu kuantiti.
5.0 TINDAKAN
Terdapat pelbagai model kajian tindakan yang telah dibangunkan oleh para penyelidik
(Tan dan Siti Hendon, 2012), antaranya ialah model kajian tindakan yang diadaptasikan
dari model Lewin (1946) dan Laidlaw (1992) yang saya gunakan untuk menjalankan
kajian tindakan ini. Model ini melibatkan lima peringkat seperti yang berikut.
5.1
Mengenal pasti Aspek Amalan
Dalam kajian ini, saya telah mengenal pasti apakah amalan pengajaran saya yang telah
menjadi faktor penyebab empat orang murid saya tidak menguasai kemahiran
penyelesaian masalah melibatkan mencari nilai pecahan daripada suatu kuantiti.
Sebelum ini, saya sering menggunakan kaedah tradisional dan kaedah-kaedah pengiraan
lain yang lebih kompleks. Rajah 5.1 menunjukkan contoh kaedah penyelesaian masalah
yang saya gunakan sebelum ini.

3
5
Seorang pemborong telah berjaya menjual
yang telah dijualnya ? 403
403
Penyelesaian :
X
3
1209
1

daripada 2 015 biji durian. Berapakah biji durian

3
5

Rajah 5.1 : Contoh Kaedah Penyelesaian Masalah Yang Digunakan Sebelum Ini.
X 2 015 penyelesaian
=
Berdasarkan Rajah 5.1, kaedah
seperti yang ditunjukkan dapat diterima
dan difahami oleh murid-murid lain, tetapi tidak bagi empat orang murid-murid saya ini.
Faktor utama yang menyebabkan mereka tidak dapat menjawab soalan dengan kaedah
ini adalah kerana mereka tidak faham konsep pemansuhan. Ini dibuktikan dalam sesi
temu bual yang telah dijalankan ke atas mereka.

5.2

Perancangan
Saya telah membuat beberapa perancangan untuk menjalankan kajian
tindakan ini, iaitu sebelum, semasa dan selepas kajian. Sebelum tindakan dijalankan,
saya telah mengenal pasti empat orang murid sebagai kumpulan sasaran, menentukan
strategi yang ingin digunakan, menentukan instrumen yang diperlukan seperti borang

pemerhatian, borang temu bual, nota lapangan serta soalan-soalan latihan untuk setiap
sesi pengajaran dan pembelajaran.
Semasa kajian dijalankan, saya menerapkan penggunaan strategi gambar rajah
Tulang Ikan untuk menyelesaikan masalah melibatkan mencari nilai pecahan daripada
suatu kuantiti. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran melibatkan kemahiran ini dijalankan
dalam enam sesi.
Selepas kajian dijalankan, saya mengumpul data melalui pemerhatian terhadap
latihan-latihan murid serta perubahan tingkah laku mereka, menjalankan temu bual,
membuat catatan pada nota lapangan, mengumpul dan menyusun data dan seterusnya
menganalisis data yang telah dikumpul.
5.3
Tindakan
Saya telah menjalankan enam sesi pengajaran dan pembelajaran berkenaan strategi
penggunaan gambar rajah Tulang Ikan.
Sesi 1
Saya bertemu dengan empat orang murid untuk memperkenalkan gambar rajah Tulang
Ikan kepada mereka. Saya membimbing mereka melukis gambar rajah Tulang Ikan
berdasarkan contoh soalan penyelesaian masalah yang diberi. Semasa melukis gambar
rajah, saya menerangkan bagaimana untuk menentukan bilangan tulang yang perlu
dilukis. Ia berdasarkan kepada nilai penyebut pada pecahan.

Rajah 5.2 : Aktiviti Pengajaran Dalam Sesi 1


Sesi 2 dan 3
Dalam sesi 2 dan 3 saya membimbing empat orang murid menyelesaikan soalan latihan
penyelesaian masalah dengan menggunakan gambar rajah Tulang Ikan. Saya telah
menyediakan lembaran kerja untuk aktiviti pengajaran dalam sesi 2 dan sesi 3. Aktiviti
pengajaran untuk sesi 2 dan 3 ini adalah bertujuan untuk memastikan murid-murid saya
benar-benar menguasai kemahiran penyelesaian masalah dengan menggunakan gambar
rajah Tulang Ikan sebelum mereka menjawab soalan-soalan latihan dalam sesi
berikutnya. Rajah 5.7 menunjukkan aktiviti-aktiviti pengajaran dalam sesi 2 dan sesi 3.
Sesi 4 dan 5
Semasa aktiviti pengajaran dalam kedua-dua sesi ini, murid-murid menjawab soalansoalan penyelesaian masalah dengan menggunakan gambar rajah Tulang Ikan tanpa
bimbingan guru. Murid telah diberi lembaran kerja dalam kedua-dua sesi ini. Sesi-sesi ini
dijalankan bertujuan untuk melihat sama ada mereka dapat menggunakan strategi
gambar rajah Tulang Ikan untuk menyelesaikan soalan latihan yang diberi tanpa
bimbingan daripada saya. Rajah 5.4 merupakan aktiviti-aktiviti pengajaran yang telah
dijalankan dalam sesi 4 dan 5.

Rajah 5.4 : Aktiviti Pengajaran Dalam Sesi 4 dan 5


Sesi 6
Dalam sesi 6, saya telah meminta murid menjawab soalan penyelesaian masalah dalam
lembaran kerja yang diberi. Setelah mereka menjawab soalan dalam lembaran kerja,
saya telah meminta mereka menunjukkan strategi penyelesaian masalah mencari nilai
pecahan daripada suatu kuantiti dengan menggunakan gambar rajah Tulang Ikan di
papan putih. Melalui aktiviti pengajaran pada sesi ini, murid dapat membandingkan
jawapan yang telah mereka perolehi dengan rakan yang lain. Saya juga dapat mengenal
pasti sama ada murid saya benar-benar menguasai kemahiran penyelesaian masalah

dengan menggunakan strategi ini. Rajah 5.5 menunjukkan penyelesaian masalah oleh
murid A dengan menggunakan gambar rajah Tulang Ikan dalam sesi ini.
5.4
Cara Pengumpulan Data
5.4.1 Pemerhatian
Saya membuat pemerhatian sebelum dan selepas tindakan diambil terhadap empat
orang murid saya. Pemerhatian dibuat dengan menggunakan borang pemerhatian. Hasil
daripada pemerhatian, saya dapat mengenal pasti sama ada murid saya memahami apa
yang telah diajar kepada mereka sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung.
5.4.2 Temu Bual
Saya telah menggunakan beberapa soalan temu bual berstruktur sebagai instrumen
untuk menyokong dapatan penyelidikan kajian saya. Saya telah menemubual empat
orang murid sebelum dan selepas aktiviti dijalankan untuk mendapatkan respon mereka
terhadap penyelesaian masalah melibatkan tajuk Pecahan dengan menggunakan kaedah
yang berbeza.
5.4.3 Nota Lapangan
Kaedah pengumpulan data yang ketiga yang telah digunakan oleh saya ialah nota
lapangan. Tujuan saya menggunakan nota lapangan sebagai salah satu kaedah
pengumpulan data adalah kerana saya boleh mencatat segala maklumat yang
diperhatikan dengan serta merta semasa dan selepas aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan. Sebanyak enam catatan nota lapangan telah dibuat
sepanjang tempoh melaksanakan kajian ini.
5.5 Cara Menganalisis Data
5.5.1
Analisis Pemerhatian
Saya telah menggunakan borang pemerhatian semasa menjalankan pemerhatian
sebelum dan selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, berdasarkan
dapatan pada borang pemerhatian, saya telah membuat perbandingan antara kedua-dua
sesi pemerhatian tersebut.
5.5.2 Analisis Data Temu Bual
Temu bual telah dijalankan sebelum dan selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Jawapan dan maklum balas yang diberikan oleh murid semasa sesi temu bual dicatatkan
dalam borang maklum balas. Saya telah membuat refleksi berdasarkan catatan temu
bual yang dibuat.
5.5.3 Analisis Data Nota Lapangan
Untuk menganalisis catatan pada nota lapangan, saya telah membaca dan meneliti
catatan secara berulang kali untuk mendapatkan gambaran umum bagi tujuan
interpretasi. Setelah membaca dan meneliti catatan tersebut, saya mengkategorikan
data kepada lima tema, iaitu dengan menggunakan warna yang berbeza bagi
melabelkan perkara penting dan perkara yang berkaitan dengan fokus kajian. Saya
menggunakan warna kuning untuk tema strategi pengajaran, warna biru untuk perasaan,
warna hijau untuk tingkah laku, warna merah jambu untuk motivasi dan warna ungu
untuk kesan pengajaran. Rajah 5.6 menunjukkan antara analisis catatan nota lapangan
yang telah saya buat.
NOTA LAPANGAN
Tarikh : 2 Februari 2015
Masa : 7.45 8.45
Tempat : Kelas 6 A
CATATAN
Saya memperkenalkan gambar rajah Tulang Ikan dan
membimbing
murid
menyelesaikan
masalah
dengan
menggunakan beberapa contoh. Dua orang murid tidak
menumpukan perhatian ketika saya memberi penerangan.
Saya menegur mereka. Barulah mereka memberi tumpuan
terhadap aktiviti pengajaran. Saya memberi satu soalan
penyelesaian masalah untuk mereka cuba selesaikan dengan
menggunakan gambar rajah Tulang Ikan dengan bimbingan

KOD / TEMA
Strategi pengajaran
Tingkah laku
Motivasi
Perasaan

5.6
Refleksi
Berdasarkan analisis data pemerhatian, analisis data temu bual dan analisis nota
lapangan, saya dapat membuat kesimpulan bahawa strategi penyelesaian masalah
dengan menggunakan gambar rajah Tulang Ikan dapat meningkatkan penguasaan dan
kefahaman empat orang murid saya dalam menyelesaikan masalah melibatkan
kemahiran mencari nilai pecahan daripada suatu kuantiti. Ia juga secara tidak langsung
dapat memperbaiki amalan pengajaran saya.
6.0
Cadangan Kajian Seterusnya
Saya bercadang untuk mengaplikasikan gambar rajah Tulang Ikan ini dalam mengajar
tajuk-tajuk Matematik yang lain. Antara tajuk-tajuk yang boleh diajar dengan
menggunakan gambar rajah Tulang Ikan ialah wang, peratus, ukuran panjang, jisim dan
isipadu cecair. Saya merasakan gambar rajah Tulang Ikan sesuai untuk diaplikasikan
dalam tajuk-tajuk ini kerana di dalam tajuk-tajuk ini juga turut terdapat soalan
penyelesaian masalah melibatkan kemahiran mencari nilai pecahan daripada suatu
kuantiti.
RUJUKAN
Baretta-Lorton, M. ( 1997 ). Math Their Way. Boston: Addison-Wesley.
Cai, J. & Lester, F ( 2010 ). Why Is Teaching With Problem Solving Important To Student ?, Reston,
VA : NCTM
Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2008 ), Buku Manual Kajian Tindakan, Putrajaya : Kementerian
Pelajaran Malaysia
Kidman, G ( 2002 ), The Accuracy of Mathematical Diagram in Curriculum Materials. In corkburn A
and Nardi E.
( Eds ) Proceeding of the PME 26 Vol. 3 201 208. UK : University of East Virginia

You might also like