You are on page 1of 6

Aktiviti

Segala aktiviti pengayaan haruslah dijalankan oleh murid


secara bersendirian atau secara kumpulan.

Bagi aktiviti kumpulan,guru boleh menyuruh murid yang


cerdas membimbing murid-murid dalam kumpulannya
[atau kumpulan lambat] supaya mereka dapat menjalankan
akyiviyi pengayaanh dengan lebih berkesan.

Melalui cara ini,murid-murid cerdas bukan sahaja


mendapat peluang menambahkan pengalaman,tetapi juga
dapat mengasah bakat kepimpinan mereka.

Selain itu,semangat berkerjasamadi antara murid dapat


dipupuk di dalam dan di antara kumpulan.

Semasa murid-murid menjalankan aktiviti pengayaan,guru


juga boleh memberi sedikit tunjuk ajar kepada muridmurid dalam kumpulan lambat sekiranya dianggap perlu.

Selepas aktiviti pengayaan selesai dijalankan.guru boleh


berbincang dengan murid-murid mengenai hasil aktiviti
mereka serta memberi penghargaannya sebagai galakan.

Aktiviti-Aktiviti Pengayaan yang Sesuai


Guru perlu membuat perancangan yang rapi supaya aktiviti-aktiviti yang dijalankan
bersesuaian

dengan

murid-murid

mengikut

perkembangan

umur

dan

kebolehan

mereka.Sebagai panduan, aktiviti-aktiviti yang hendak disediakan itu haruslah:


1. Bercorak belajar sendiri yang mengandungi arahan dan penerangan yang jelas supaya
murid dapat menjalankan tugasan tanpa banyak memerlukan banyak tunjuk ajar daripada
guru.

2.

Menarik,mencabar dan sesuai dengan kebolehan minat dan bakat yang berbeza-

beza.
3. Boleh berbentuk program harian atau projek yang mungkin mengambil masa satu
atau dua minggu,
4. Diletak atau disimpan di tempat yang mudah digunakan oleh murid-murid.
5.

Mengandungi bahan-bahan yang dipelbagaikan sama ada dibuat sendiri atau

dibeli di pasaran. Sebaiknya,bahan-bahan itu mengandungi aktiviti yang berkaitan


dengan kemahiran yang telah dipelajari.
Aktiviti-aktiviti pengayaan yang dicadangkan boleh dibahagikan kepada 3 bahagian
yang penting iaitu:
1. Bacaan dan latihan tambahan

kad bacaan yang disediakan oleh guru mengikut tema-tema tertentu

buku-buku pengetahuan dan cerita

majalah

surat khabar

risalah-risalah

laman sesawang

2. Kerja projek

membuat lawatan sambil belajar

memelihara pelbagai jenis ikan

membuat kebun sains

membuat zoo mini di sekolah

menjalankan kegiatan kemasyarakatan

membuat persembahan seperti aktiviti bercerita, lakonan, deklamasi sajak

membuat blog

Catatan: Perhatian perlu diberikan sebelum kerja projek dijalankan


mempunyai tujuan tertentu
alat-alat disediakan dengan baik
memohon kebenaran daripada pihak tertentu seperti guru besar, ibu bapa,JPN
dan lain-lain
faktor keselamatan
pengurusan semasa aktiviti dilaksanakan

3. Permainan dan rekreasi

Teka silang kata

Teka-teki

Mencari arah bunyi

Bermain dengan bentuk

Menyusun blok

Sahiba

Bermain catur

Bahan-bahan pengayaan
1. Bahan-bahan yang biasanya digunakan untuk aktiviti
pengayaan terdiri daripada kad-kad bacaan
tambahan,lembaran kerja dan alat bantu mengajar.
2. Bahan-bahan ini haruslah mengandungi arahan atau
penerangan yang jelas supaya murid bolah
menjalankannya tanpa banyak tunjuk ajar daripada guru.
3. Selain itu,isi dan carok aktiviti haruslah
menarik,mencabar dan sesuai dengan kebolehan,minat
dan bakat murid-murid mengikut kumpulan masingmasing.
4. Kemahiran-kemarihan yang digunakan untuk
menjalankan aktiviti pengayaan ini haruslah berkait rapat
dengan kemahiran-kemahiran yang baru dikuasaioleh
murid-murid.

5. Bahan-bahan untuk aktiviti pengayaan boleh disediakan


oleh guru sendiri atau dibeli dari pasaran.
6. Sebelum aktiviti pengayaan dimulakan,guru harus
memberi arahan atau penerangan yang jelas supaya
murid-murid boleh menjalankannya tanpa banyak
keraguan.
7. Bahan-bahan aktiviti pengayaanboleh dibahagikan
kepada murid-murid oleh ketua kumpulan masingmasing.
8. Semasa murid-murid menjalankan aktiviti
pengayaan,guru bolehlah beredar dari satu kumpulan
kepada kumpulan yang lain untuk memberi sedikit tunjuk
ajar jika perlu.
9. Selepas aktiviti pengayaan selesai dijalankan,bahanbahan aktiviti pengayaan harus dikutip balik dan
disimpan untuk kegunaan pada masa hadapan.
10.
Contoh bahan aktiviti pengayan untuk kumpulan
lambat ditunjukkan di halaman berikut:
Bagi kumpulan serdahana,bahan aktiviti pengayaan boleh
diubahsuai dengan memadam gambar-gambar dalam silang
kata dan meninggalkan huruf-huruf sahaja
Untuk menjadikan aktiviti pengayaan ini lebih mencabar bagi
kumpulan cerdas,guru boleh mengubahsuai silang kata di atas
dengan hanya menberi petak-petak kosong tanpa sebarang
huruf atau gambar.
Ruang/tempat

1. Sesebuah kelas KBSR boleh dibahagikan kepada 3 jenis


kumpulan,iaitu kumpulan cerdas,kumpulan
serdahana,kumpulan lambat.
2. Secara am,bilangan murid dalam kumpulan cerdas dan
kumpulan lambat adalah kurang ramai,sedangkan
bilangan murid dalam kumpulan serdahana biasanya
mengandungi kira-kira separuh bilangan kelas,atau
sedikit lebih daripada separuh bilangan murid daripada
seluruh kelas.
3. Guru haruslah sentiasa memastikan bahawa penyusunan
meja-kerusi dalam bilik darjah disusun mengikut aktiviti
kumpulan.bahan-bahan aktiviti pengayaan haruslah
diletakkan di tempat-tempat yang sesuai supaya mudah
dibawa dan disimpan.
4. Perlu ditegaskan bahawa murid-murid dalam sesuatu
kumpulan tidak mestinya sentiasa kekal dalam kumpulan
itu.
5. Murid-murid boleh dipindahkan ke kumpulan lain
mengikut kemajuan mereka dalam sesuatu mata
pelajaran.
6. Kedudukan mereka dalam kumpulan-kumpulan juga
dipindahkan mengikut perbezaan taraf pencapaian
mereka diantara mata pelajaran.
7. Denga lain perkataan,kumpulan-kumpulan murid bagi
mata pelajaran Bahasa Melayu tidak semestinya sama
dengan mata pelajaranMatematik.

8. Oleh itu,pengurusan ruang untuk aktiviti pengayaan


secara kumpulan haruslah dilaksanakan secara mudah
ubah.
9. Anis amirah sangat cantik,comel,lawa,pandai,disukai
ramai lagi menawan.

You might also like