You are on page 1of 22

SEKOLAH MENENGAH

KEBANGSAAN SERI PERKASA


SUMBANGAN KEGIATAN
EKONOMI TERHADAP
PEMBANGUNAN
KAMPUNG SUNGAI
RANGGAM,
36810 KAMPUNG GAJAH,
PERAK DARUL RIDZUAN

NAMA

:MUHAMMAD NUR FAIZAN BIN NORDIN

NO. I/C

:931213-08-5403

NAMA GURU :EN. MAT SALIM BIN HUSSAIN

SENARAI KANDUNGAN

BIL
.
01
02
03
04
05
06
07
08
09

ISI KANDUNGAN
Penghargaan
Pendahuluan
Objektif Kajian
Kawasan Kajian
Kaedah Kajian
Dapatan Kajian
Rumusan
Lampiran
Rujukan

HALAMA
N

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana telah
megurniakan saya kesihatan dan petunjuk untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan
sempurnanya.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengetua, Encik Ahmad Teridi bin
Shahuddin yang telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini. Saya juga
ingin berterima kasih kepada Encik Mat Salim bin Hussain, guru Geografi yang sentiasa
memberi dorongan, galakan dan nasihat kepada saya.

Selain itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada penghulu dan penduduk-penduduk
Sungai Ranggam. Tidak Ketinggalan ribuan terima kasih kepada ibu bapa dan rakan-rakan saya
yang sentiasa memberi galakan untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan baik khususnya
Zainul Arif bin Sumadin yang banyak membantu saya. Sekian

PENDAHULUAN

Saya memilih tugasan ini kerana kawasan yang saya kaji terdapat ciri-ciri yang
dikehendaki dalam kegiatan ekonomi. Kawasan yang saya kaji ialah Sungai Ranggam. Negara
yang dibandingkan ialah Indonesia yang terletak di tenggara Asia. Perkhidmatan dan
perindustrian juga terdapat di kawasan ini. Ini memudahkan lagi saya untuk membuat kajian
yang berkaitan dengan kegiatan ekonomi.

Selain itu, kemudahan-kemudahan lain seperti pendidikan pertanian dan pelbagai lagi
terdapat di sini. Kemudahan yang terdapat sangat berguna kepada penduduk di kawasan ini.

Saya telah menjalnkan kajian ini dengan bantuan penduduk kampung. Kajian yang dibuat
in memakan masa selama 4 minggu. Saya menggunakan maklumat dan data yang diperolehi
untuk menulis laporan dengan lengkap.

OBJEKTIF KAJIAN

>Mengenalpasti jenis-jenis kegiatan ekonomi dan faktor yang mempengaruhinya

>Mengenalpasti sumbangan kegiatan ekonomi setempat terhadap pembangunan kawasan kajian

>Mengenalpasti kesan-kesan kegiatan ekonomi setempat terhadap alam sekitar

>Membincangkan langkah-langkah mengurangkan kesan kegiatan ekonomi setempat terhadap


alam sekitar.

KAWASAN KAJIAN

Saya menjalankan kajian di tempat tinggal saya iaitu di kawasan Sungai Ranggam yang
terletak kira-kira 25 kilometer dari Kampung Gajah dan 20 kilometer dari bandar Teluk Intan.
Kawasan Kajian ini mempunyai pandang darat fizikal tanah pamah.

Terdapat kira-kira 5000 hektar tanaman padi dan 3000 hektar tanaman kelapa sawit yang
ditanam di Sungai Ranggam. Sungai Ranggam adalah sebuah kampung yang terletak di daerah
Perak Tengah.

KAEDAH KAJIAN
RUJUKAN DI PUSAT SUMBER
Saya bersama-sama rakan saya telah membuat rujukan di Pusat Sumber untuk
mendapatkan maklumat tentang jenis kegiatan ekonomi dan faktor-faktor ysng mempengaruhi
sumbangan terhadap kawasan kajian.Selain itu, maklumat kesan dan langkah-langkah
mengurangkan kesan terhadap alam sekitar juga didapati daripada buku-buku tertentu.

PEMERHATIAN
Saya telah memerhatikan kawasan kajian saya selama beberapa hari untuk mengenalpasti
bentuk muka bumi. Bentuk muka bumi Sungai Ranggam iala tanah pamah. Ia sesuai untuk
tanaman padi sawah. Jenis tanih di kawasan kajian ialah tanih aluvium dan laterit.Saya juga
melihat teknologi yang digunakan dalam pertanian dan pengambilan gambar serta menyiapkan
dapatan kajian.

TEMUBUAL
Saya juga telah menemubual beberapa orang responden yang juga merupakan penduduk
Sungai Ranggam. Antara responden yang ditemubual ialah seorang guru yang mengajar di
sebuah sekolah menengah yang berdekatan iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai
Ranggam. Selain itu, saya juga menemubual beberapa orang responden yang bekerja sebagai
pesawah.

DAPATAN KAJIAN
JENIS JENIS KEGIATAN EKONOMI
Negara Malaysia mempunyai pelbagai jenis kegiatan ekonomi yang menyumbang kepada
pendapatan negara. Jenis-jenis kegiatan ekonomi negara ialah pertanian, perikanan,
perlombongan, perindusrtian, perkhidmatan dan pembalakan.

PERTANIAN
Bumi Malaysia yang subur serta beriklim panas dan lembap sepanjag tahun amat sesuai
untuk kegiatan pertanian.Pertanian merupakan kegiatan utama di negara kita Malaysia
terutamanya di kawasan luar bandar. Pertanian boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu
tanaman jualan dan tanaman makanan.
Tanaman makanan adalah tanaman yang ditanam untuk keperluan dan keluarga,
manakala selebihnya dijual. Tanaman utama negara kita ialah padi. Kedah terkenal dengan
tanaman padi yang luas dan juga digelar negeri Jelapang Padi Malaysia. Terdapat dua jenis
padi yang diusahakan di Malaysia iaitu padi sawah (kawasan tanah rendah) dan padi huma
(kawasan berbukit). Tanaman jualan utama di negara Malaysia adalah kelapa sawit dan getah.
Kelapa sawit diusahakan secara kebun kecil dan ladang. Getah ditanam di tenggara Johor,
Pahang dan selatan Kelantan. Tanaman jualan lain adalah seperti koko, tembakau, kelapa, teh,
tebu, kopi dan banyak lagi.

PERIKANAN
Kerja menangkap dan memelihara ikan adalah aktiviti ekonomi yang dilakukan penduduk
Malaysia. Ikan merupakan sumber protein utama yang sangat penting. Di Malaysia, terdapat
empat jenis kegiatan perikanan utama iaitu perikanan air tawar, perikanan pinggir pantai,
perikanan laut dalam akuakultur dan penternakan ikan hiasan.

PERLOMBONGAN
Mineral utama yang terdapat di Malaysia ialah petroleum dan gas asli. Mineral lain yang
dilombong ialah emas, kuprum, bauksit dan bijih timah Industri perlombongan juga membantu
perkembangan ekonomi negara.

PEMBALAKAN
Malaysia dapat menjalankan pembalakan kerana terdapat kawasan hutan terdiri daripada
kayu keras. Hasil kayu ini adalah penting dan mendapat pasaran yang baik. Kayu balak diproses
menjadi produk yang bernilai tinggi.

PERKHIDMATAN
Perkhidmatan terdiri daripada pelancongan, perdagangan, kewangan, pengangkutan dan
pendidikan. Di Malaysia, sektor perkhidmatan merupakan sektor ekonomi yang terpenting.
Globalisasi ekonomi menggalakkan peningkatan dalam tambahan sektor perkhidmatan.

(KEGIATAN EKONOMI DI KAWASAN


KAJIAN)

PERTANIAN
Pertanian adalah kegiatan aktiviti ekonomi yang utama dan penting di Kampung Sungai
Ranggam. Kegiatan ini menghasilkan pendapatan kepada penduduk Sungai Ranggam. Di Sungai
Ranggam terdapat kawasan penanaman padi dan kelapa sawit.

>Tanaman Padi
Luas kawasan tanaman padi di Sungai Ranggam ialah 5000 hektar. Ia dituai 2 kali
setahun untuk mengekalkan kesuburan tanih. Jenis padi yang ditanam di Sungai Ranggam ialah
padi sawah. Sebahagian penduduk bekerja di kawasan padi. Hasil penanaman padi akan dibawa
dan dikumpul di Kompleks Padi Bernas Berhad Sungsi Ranggam untuk diproses menjadi beras.

>Tanaman Kelapa Sawit(sampingan)


Luas kawasan penanaman kelapa sawit di Sungai Ranggam ialah seluas 3000 hektar.
Hasil daripada tanaman sawit akan dihantar ke tempat pengumpulan sawit. Selepas itu ia akan
dihantar ke kilang sawit untuk diproses.

PERKHIDMATAN
Antara kegiatan ekonomi berdasarkan perkhimatan ialah pendidikan. Di kawasan Kajian
terdapat perkhidmatan pendidikan yang disediakan kepada penduduk Sungai Ranggam.
Perkhidmatan pendididkan itu ialah Sekolah Menengah dan Sekolah Kebangsaan. Ini
menyediakan pekerjaan pendududuk sebagai guru. Selain itu, khidmat perubatan juga terdapat di

kawasan kajian. Penduduk mendapat pekerjaan berdasarkan perubatan dengan menjadi doktor
dan jururawat.

SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP


KAWASAN KAJIAN

PELUANG PEKERJAAN
Setiap sektor ekonomi dapat mewujudkan peluang pekerjaan untuk penduduk Malaysia.
Kegiatan pertanian dan Perkhidmatan iaitu pendidikan di Sungai Ranggam menyediakan banyak
pekerjaan untuk pendududuk. Keadaan ini menyebabkan kadar pengangguran sangat rendah di
Sungai Ranggam. Contoh pekerjaan yang boleh didapati ialah guru, pemandu lori, peladang,
pesawah, pembekal baja dan banyak lagi.

PENDAPATAN
Kegiatan ekonomi telah menyumbangkan pendapatan bagi membiayai pebelanjaan
mengurus dan mentadbir negara. Kegiatan ekonomi di Sungai Ranggam seperti hasil pad dan
kelapa sawit sedikit sebanyak dapat menyumbang dalam ekonomi negara.

PENGURANGAN PERGANTUNGAN BARANGAN


IMPORT
Malaysia telah berusaha untuk meningkatkan produktiviti negara. Ini termasuklah
pertanian terutama pengeluaran barang makanan. Kemajuan dalam bidang pertanian di Sungai
Ranggam dapat mengurangkan barangan import dari luar negera dalam pengimportan makanan.

PENINGKATAN TARAF HIDUP


Taraf hidup penduduk telah meningkat hasil daripada pendapatan yang diperolehi
darpiada dalam penglibatan dalam kegiatan ekonomi apabila pendapatan penduduk meningkat.
Oleh itu, pendududuk dapat memenuhi keperluan asas seperti membeli makanan dan pakaian.
Pendududuk Sungai Ranggam dalam kegiatan ekonomi pertanian dan perkhidmatan akan mudah
mendapat rawatan apabila terdapatnya klinik desa.

*Dengan semua sumbangan ini, semangat patriotisme seperti cinta akan tanah air dapat dicapai.

KESAN-KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP


ALAM SEKITAR

PERUBAHAN PANDANG DARAT/LANDSKAP


Kegiatan ekonomi juga akan mengubah landskap sesuatu kawasan. Sungai Ranggam
yang dulunya hanya mempunyai tanah yang luas dan tidak digunakan, kini telah menjadi
kawasan tanaman padi sawah dan juga kelapa sawit.

PENCEMARAN
Pencemaran berlaku apabila bahan-bahan yang kotor dan berbahaya kepada kesihatan
dilepaskan ke alam sekitar. Di Sungai Ranggam, aktiviti pertanian padi telah menyebabkan
pencemara udara dan air. Udara tercemar kerana asap dari kilang padi dilepaskan ke udara.
Pencemaran air berlaku apabila bahan kimia daripada penggunaan baja kimia digunakan
penduduk.

PENIPISAN LAPISAN OZON


Penipisan lapisan ozon berlaku apabila asap yang dihasilkan daripada petroleum dan
menghasilkan gas nitrogen. Lapisan ozon berada di ketinggian 10 hingga 50 kilometer. Kegiatan
ekonomi di Sungai Ranggam seperti pertanian yang menggunakan bahan kimia akan bertindak
balas dengan ozon dan menyebabkan penipisan lapisan ozon.

HUJAN ASID
Kejadian hujan asid mempunyai kaitan rapat dengan pelepasan asap dari kilang dan
kenderaan.Asap ini mengandungi gas-gas seperti karbon dioksida, sulfur dioksida dan nitrogen
dioksida. Di Sungai Ranggam, kilang padi banyak melepaskan asap dan dapat menyumbang
dalam pembentukan hujan asid.

LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KESAN


KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG
Kerajaan Malaysia telah menggubal pelbagai undang-undang untuk melindungi alam
sekitar. Undang-undang bertujuan mengawal semua pihak supaya tidak melakukan perkaraperkara yang dapat menyebabkan pencemaran. Antara akta yang penting ialah Akta Kualiti Alam
Sekitar 1974 yang merupakan perundangan yang menyeluruh tentang alam sekitar termasuk
pertanian di Sungai Ranggam.

KEMPEN
Penduduk Sungai Ranggam diingatkan tentang kepentingan menjaga alam sekitar melalui
kempen. Mereka digalakkan supaya lebih berwaspada tentang kesan-kesan amalan mereka
terhadap alam sekitar.

PENDIDIKAN
Pendidikan alam sekitar penting bagi mewujudkan kesedaran kepada penduduk Sungai
Ranggam tentang memelihara alam sekitar, kesedaran ini diwujudkan melalui pendidikan
diperingkat sekolah rendah (Kajian Tempatan) dan sekolah menengah (Geografi dan Sains)

PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (P&P)


Penyelidikan dan Pembangunan (P&P) ialah aktiviti menghasilkan teknologi yang baru
atau lebih baik. Melalui P&P pelbagai kaedah pengeluaran dicipta yang tidak mencemerkan alam
sekitar. Teknik ini dikenali sebagai teknologi mesra alam. Sungai Ranggam juga menggunakan
teknik untuk mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar.

JADUAL DATA KAJIAN

BILANGAN PEKERJAAN DI SUNGAI RANGGAM

BIL.

JENIS PEKERJAAN

JUMLAH

Pesawah padi

20

Guru

Peladang

15

Pengurus Kilang

Pekedai

18

Buruh

10

Kilang

13

Lain-lain

17
JUMLAH

GRAFIK

CARTA PAI

100

GRAF

RUMUSAN

Melalui kajian Geografi yang telah saya buat, rumusan yang dapat dibina ialah apakah
jenis-jenis kegiatan ekonomi di kawasan kajian. Kita mestilah mengetahui jenis-jenis kegiatan
ekonomi di tempat kita. Ini dapat memupuk sifat menghayati dan merasai kepentingan kegiatan
ekonomi yang dijalankan terhadap pembangunan negara.

Kita juga dapat mengetahui apakah sumbangan kegiatan ekonomi di tempat kita terhadap
negara kita yang tercinta. Dengan ini, unsur patriotisme seperti cinta akan tanah air dan
berbangga dengan sumbangan kegiatan ekonomi setempat terhadap pembangunan negara dapat
dicapai.

Pelbagai kesan yang didapati daripada kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar. Contoh
kesannya ialah seperti pencemaran air dan udara. Dengan melihat kesan kegiatan ekonomi
terhadap alam sekitar, sifat bertanggungjawab dapat dilihat apabila penduduk bersama-sama
mengurangkan kesan-kesan tersebut.
.
Akhir sekali, kita akan dapat mengenalpasti apakah langkah-langkah yang telah diambil
untuk mengurangkan kesan-kesan kegiatan ekonomi tersebut. Apabila penduduk melihat
langkah-langkah yang telah diambil, mereka akan turut mengikuti langkah-langkah tersebut.
Unsur patriotisme seperti bertindak wajar dan timbul rasa cinta akan tanah air dapat dilihat
apabila penduduk mengikuti langkah-langkah tersebut.

Saya berasa bangga dengan kegiatan ekonomi di tempat saya yang semakin berkembang.
Ini memberikan saya keyakinan untuk membuat kerja kursus ini di Sungai Ranggam. Saya
berharap agar kawasan yang saya duduki ini semakin berkembang dengan lebih pesat.

RUJUKAN

You might also like