You are on page 1of 4

Masyarakat Baba Nonya, Cina Selat atau Cina Peranakan merujuk kepada keturunan

imigran Cina yang datang ke Nusantara pada abad ke 15 dan ke-16 ke Negeri-Negeri
Selat(NNS). Mereka merupakan hasil perkahwinan campur Imigran Cina dengan penduduk
tempatan terutamanya wanita tempatan. Baba merupakan istilah pinjaman India yang
kemudian diguna pakai merujuk kepada lelaki Cina di NNS. Manakala istilah Nonya merujuk
kepada kaum wanita Cina Peranakan walaupun Khoo Kai Kim menyatakan istilah ini turut
digunakan untuk merujuk kepada perempuan Sumatera, Jawa dan Melayu yang juga
dipanggil Nyonyah, Nonya dan Nona. Bagi persepsi orang Melayu, Peranakan merujuk
kepada keturunan imigran yang lahir tempatan seperti di Malaya dan Indonesia atau
keturunan kacukan asing dengan tempatan.

Istilah ini merujuk kepada keturunan

bercampur tanpa mengira etnik. Selain Cina, terdapat komuniti peranakan lain di Tanah
Melayu seperti India Islam iaitu Jawi Peranakan dan India Hindu iaitu Chetti. Cina
peranakan juga merujuk kepada orang Cina yang tinggal dalam komuniti masyarakat
Melayu. Elemen pecampuran merupakan asas penting dalam mendefinisikan Cina
peranakan dan membezakan kolompok ini dengan kelompok Cina yang lain. Imigran
Cina/Cina tulen termasuk keturunan mereka mempunyai perbezaan ketara dari segi identiti
nasional dan sistem nilai, bahasa, budaya, sistem agama dan kepercayaan serta latar
belakang pendidikan.
Pada awalnya, Cina peranakan hanya 15% sahaja di NNS. Mereka menganggap diri
mereka sebagai rakyat British dan mempunyai status tinggi dalam masyarakat Cina.
Mereka tidak tertarik dengan perkembangan-perkembangan di negara China. Oleh yang
demikian sekalipun orang Baba mengidentifikasikannya sebagai orang Cina, tetapi orang
Cina lain memandangnya sebagai kaum lain. Ini disebabkan orang Cina menganggap Baba
lebih mirip kepada orang Melayu. Pertambahan mendadak

masyarakat

Cina di Tanah

Melayu berlaku pada abad ke-20. Mereka yang datang ini merupakan Cina Jati atau Cina
Tulen. Dalam aspek identiti nasional dan sistem nilai Sosial, masyarakat Cina tulen
menyatakan identiti politik mereka dengan menunjukkan ketaatan mereka kepada negara
China.

Majoriti imigran Cina dan keturunan mereka masih menganggap China sebagai

negara ibunda dan menganggap mereka sebagai rakyat China walaupun penglibatan
mereka dalam aktiviti politik itu pasif. Contohnya orang Cina Tulen menyokong gerakangerakan islah dan revolusi di negara mereka. Perkembangan negara asal diikuti melalui
orang tengah yang akan membawa surat dan barang dari China dari masa ke masa. Selain
itu, ahli-ahli Parti Komunis Malaya dianggotai oleh 90% orang Cina berbanding dengan Cina
peranakan yan menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan British dengan tidak terlibat
dengan PKM.

Dari segi bahasa, kaum Baba bertutur dalam bahasa Baba iaitu sejenis dialek Melayu
yang difahami oleh kebanyakkan orang melayu. Mereka juga boleh bertutur bahasa
Hokkien. Pada dasarnya, bahasa Melayu Baba ialah satu bahasa campuran antara bahasa
Cina Hokkien dengan bahasa Melayu, Belanda, Tamil dan Inggeris. Bahasa Baba banyak
menyerap perkataan Cina umpamanya lai untuk datang dan sebagainya. Kebanyakkan
masyarakat Cina Peranakan tidak dapat bertutur dalam dialek Cina terutamanya bahasa
Mandarin. Bahasa Melayu Baba merupakan antara kumpulan komunikasi lingua franca di
NNS. Namun bahasa Baba semakin pupus kini dan ramai daripada golongan muda tidak
boleh menuturkannya. Kebanyakkan mereka memberikan tumpuan kepada Bahasa
Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Mandarin. Cina Peranakan di Kelantan contohnya
menggunakan bahasa Melayu dialek Kelantan dalam pergaulan seharian sehinggakan
sebilangan generasi muda masyarakat ini tidak mahir bahasa ibunda mereka.
Manakala Masyarakat Cina Tulen pula mahir dalam bahasa Ibunda mereka. Contohnya
mereka yang berketurunan Hakka akan mahir dalam menuturkan bahasa Hakka. Imigran
Cina yang datang selepas perang dunia ke-2 juga mahir dalam bahasa Mandarin tidak
seperti masyarakat Cina Peranakan. Masyarakat Cina Tulen tidak memahami dialek Cina
yang dituturkan oleh Cina Peranakan. Begitu juga sebaliknya. Hal ini kerana kebanyakkan
pendatang Cina yang terawal berhijrah ke Tanah Melayu adalah dari kelompok Hokkien.
Kebanyakkan imigran Cina yang datang pada abad ke-20 pula adalah berbangsa Hakka,
Hainan dan lain-lain
Melalui budaya pula, dapat dilihat melalui pakaian, masakan dan perkahwinan.
Golongan Nyonya

amat sinonim dengan pemakaian baju Kebaya dengan kain sarung.

selain itu baba dan Nyonya juga turut memakai pakaian kaum Cina berbeza dengan
masyarakat Cina yang tidak memakai kebaya. Kaum Nyonya juga mempunyai kasut yang
unik iaitu kasut Manik. Selain itu, Cara masakan Baba Nyonya juga dipengaruhi resepi
orang Melayu seperti menggunakan belacan,asam, serai dan lain-lain di samping bahan
masakan orang Cina mengikut kesesuaian jenis

makanan. Kaum ini juga turut

menggunakan tangan ketika menjamah hidangan seperti amalan masyarakat Melayu.


Budaya perkahwinan masyarakat Cina Peranakan juga diasimilasikan dengan budaya
tempatan. Contohnya adat perkahwinan baba Nyonya mempunyai persamaan dengan
masyarakat Melayu. Persamaan ini didapati dalam adat perkahwinan mereka iaitu dari
tepak sireh dan pemberian mas kahwin. Manakala masyarakat Cina Tulen pula masih
mengekalkan identiti kecinaan mereka dengan mengamalkan kebudayaan tradisi seperti
memakai Chongsam, memasak masakan Cina dan melansungkan perkahwinan mengikut
tradisi orang Cina.

Dari

segi

Sistem

agama

dan

kepercayaan,

Masyarakat

Cina

Peranakan

mengamalkan agama-agama tradisional Cina seperti Taoisme, Konfusianisme dan Cina


Buddha. Sambutan perayaan adalah seperti Perayaan Tahun Baru Cina dan Pesta Tanglung.
Mereka juga amat mengutamakan penyembahan roh nenek moyang di rumah. Semasa
upacara ini dijalankan, semua ahli keluarga diwajibkan hadir. Di samping itu, masyarakat
peranakan ini juga mempercayai konsep "Yin dan Yang". Sambil itu Masyarakat Cina
Peranakan juga mengamalkan adat resam tempatan seperti adat Melayu, Siam dan budaya
Barat. Pengaruh protugis, Belanda, British, Melayu dan Indonesia meninggalkan kesan
dalam budaya masyarakat Peranakan. Pada masa kini, kebanyakkan masyarakat Baba
Nyonya menganuti agama Kristian. Oleh itu, mereka juga menyambut hari Natal.
Masyarakat Cina Peranakan yang beragama Islam diidentifikasikan sebagai Melayu.
Bagi masyarakat Cina Tulen, mereka berpegang kuat kepada lambang yang penting
untuk mengekalkan ciri kecinaan mereka terutamanya dari segi kebudayaan untuk
mewujudkan identiti kecinaan mereka. Orang Cina tulen menyambut hari Perayaan
Tradisional Cina. Perayaan itu membawa makna yang besar dalam mengekalkan ciri
kecinaan mereka. Semua hari perayaan itu disambut mengikut tarikh dalam kalender
orang Cina di China. Ritual perayaan juga perlu diadakan mengikut tradisi seperti di negara
China.
Dalam aspek pendidikan pula, kebanyakkan anak-anak cina peranakan mendapat
pendidikan di Sekolah Missionari dan sekolah Venakular. Sekolah-sekolah ini menggunakan
bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar. Anak-anak cina
Peranakan biasanya akan bertutur dalam bahasa Melayu di sekolah-sekolah ini walaupun
ada diajar bahasa Cina. Terdapat juga pelajar Cina Peranakan yang tidak tahu membaca
tulisan Cina. Disebabkan mempunyai latar pendidikan yang baik iaitu mahir dalam bahas
Inggeris dan Melayu, Cina peranakan banyak terlibat dalam sektor awam berbanding Cina
tulen yang terlibat dalam sektor swasta
Bagi masyarakat Cina Tulen pula, sebelum merdeka, sekolah-sekolah imigran Cina telah
dibuka dengan menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa penghantar. Guru-guru dan
buku teks dibawa dari negara China. Pada zaman kolonial, masyarakat Cina Peranakan
terlibat dalam bidang perkapalan,perniagaan, perbankan, pertanian dan perlombongan
bijih timah. Imigran Cina banyak terlibat dalam perburuhan, perkebunan dan perdagangan.
Cina yang terlibat dalam perkapalan dan perbankan adalah sebagai pemilik atau taukeh.
Dalam perlombongan orang Cina sebagai pemodal dan buruhnya adalah Cina Jati. Dalam
bidang perkapalan dan perbankan akan menggunakan perkhidmatan orang yang tahu

berbahasa Inggeris. Oleh itu dapat dilihat Cina Peranakan lebih baik berbanding Cian Tulen
dan mereka dapat dibezakan melalui latar belakang pendidikan.
Kesimpulannya, dapat dilihat masyarakat Cina Peranakan dan Cina Tulen mempunyai
perbezaan yang amat ketara. Ternyata masyarakat Cina yang datang ke Tanah Melayu
telah menerima interaksi positif daripada masyarakat Melayu sehingga pengaruh budaya
Melayu meresap ke dalam kehidupan sehrian mereka. Justeru diharapkan warisan
masyarakat Cina Peranakan ini akan terus dipelihara tidak hilang ditelan zaman.

You might also like