You are on page 1of 16

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

SEJARAH ISLAM DI ASIA TENGGARA


(LSI 3023)
TUGASAN INDIVIDU
SOALAN 3:
BINCANGKAN KONFLIK UMAT ISLAM DI SELATAN
FILIPINA DAN SELATAN THAILAND.
DISEDIAKAN OLEH:
MAZURA BINTI HAJI MANAN
(D 20072031163)
KUMPULAN: A
PENSYARAH:
DR. HARYATI BINTI HASAN
TARIKH PENYERAHAN TUGASAN:
01 OKTOBER 2010

Soalan 3: Bincangkan konflik umat Islam di selatan Filipina dan Selatan Thailand

1.0

PENGENALAN
Wilayah selatan Filipina merupakan sebuah wilayah yang turut mengalami pergolakan dan
krisis politik berpanjangan sejak tahun-tahun awal kemerdekaannya dan berlarutan sehingga
kini terutamanya merujuk kepada konflik ke atas umat Islam di selatan Filipina. 1 Wilayah ini
terdiri daripada Pulau Mindanao, Palawan, Jolo, Basilan dan kumpulan pulau-pulau kecil
merupakan sebuah wilayah yang asalnya terdiri daripada majoriti penduduk beragama Islam. 2
Menurut C. Adib Majul (1988), Islam mula diperkenalkan di selatan Filipina bermula dari
Kepulauan Sulu seawal abad ke-10 Masihi.3 Pulau Mindanao merupakan sebuah pulau
terbesar di wilayah ini dan majoriti penduduk Muslimnya telah membina suatu semangat atau
identiti Muslim Filipina yang agak terasing daripada masyarakat keseluruhan. Mereka
berkebolehan untuk berbahasa Tagalog (bahasa rasmi negara Filipina) namun, disebabkan
oleh faktor perbezaan agama, terpisah berdasarkan keadaan geografi serta pengasingan dalam
pentadbiran dan sebagainya, maka ia telah menonjolkan sentimen yang tinggi dalam kalangan
masyarakatnya. Hal ini menyebabkan keadaan wilayah sering berhadapan dengan pelbagai
konflik dan huru-hara. Ia juga dikatakan sering diledakkan dengan peristiwa pertempuran
serta keganasan.4
Sementara itu di Thailand pula, agama Buddha merupakan agama rasmi bagi kerajaan
ini kerana kebanyakan peduduknya merupakan penganut agama Buddha aliran Travada.
Terdapat juga penduduk yang menganut agama Konghuchu. 5 Umat Islam secara
1

Mohd. Noor Yazid. (2000). Pergolakan di Selatan Filipina. Dipetik daripada majalah PEMIKIR edisi OktoberDisember 2000, hlm. 179.
2
Ibid., hlm180-181.
3
Mahayudin Hj. Yahaya & Ahmad Jelani Halimi. (1993). Sejarah Islam. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.,
hlm. 573.
4
Nidzam Sulaiman. (2004). Kemelut Politik Selatan Filipina di Bawah Arroyo. Diperoleh pada September 26,
2010 daripada http://www.google.com.my/search?q=Kemelut Politik Selatan Filipina di Bawah Arroyo.
5
Al-Habib Alwi bin Thahir Al-Haddad. (2001). Sejarah Masuknya Islam di Timar Jauh. Yakarta: Pt. Lentera
Basritama, hlm. 141.

demografinya merupakan masyarakat minoriti6 tetapi mereka dipandang penting dalam


strategi keamanan dan kestabilan politik negara tersebut. Kedudukan mereka sebahagian
besarnya tertumpu di bahagian selatan Thailand. 7 Berdasarkan kedudukan tertib wilayah,
kawasan selatan terdiri daripada 14 buah wilayah yang dibahagikan kepada dua bahagian
iaitu Selatan Atas dan Selatan Bawah. Selatan Atas terdiri daripada sembilan buah wilayah
iaitu Chumpon, Ranong, Suratthani, Nakhorn Sri Tammarat, Pangnga, Phuket, Krabi, Trang
dan Pathlung. Selatan Bawah terdiri daripada lima buah wilayah iaitu wilayah Songkhla,
Satun, Pattani, Yala dan Narathiwat. Kelima-lima wilayah ini disebut sebagai Changwad
Chaidaen Pak Tai (wilayah-wilayah Sempadan Selatan). Sebelum tahun 1963, wilayahwilayah di Selatan Bawah ini pada mulanya hanya mengandungi empat buah wilayah sahaja
tanpa memasukkan Songkhla sebagai wilayah yang kelima dengan menggunakan agama
sebagai asas pembahagian. Ia digelar sebagai Si Changwad Pak Tai (empat wilayah di
selatan).8 Seperti yang berlaku di selatan Filipina, umat Islam di selatan Thailand juga
terpaksa berhadapan dengan pelbagai konflik di negara mereka.

1.0

KONFLIK UMAT ISLAM DI SELATAN FILIPINA


Di Selatan Filipina, terdapat beberapa kelompok atau kumpulan masyarakat yang telah
bergerak bagi menuntut kebebasan daripada negara Filipina. Walau bagaimanapun, kumpulan
tersebut mempunyai tujuan yang pelbagai dan tidak sehaluan kerana ada di antaranya
berjuang menuntut kebebasan wilayah dan ada juga yang menuntut kemerdekaan secara
penuh. Selain itu, terdapat juga kelompok yang bergerak dalam bentuk keganasan yang
secara lazimnya menculik dan menuntut tebusan dalam bentuk wang ringgit. Keadaan ini

Saifullah Mohd. Sawi dan Samsu Adabi Mamat. (2009). Sejarah dan Tamadun Islam di Asia Tenggara. Shah
Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd., hlm. 82.
7
Ahmad Omar Chapakia. (2000). Politik Thai dan Masyarakat Islam di Selatan Thailand. Alor Star: Pustaka
Darussalam Sdn. Bhd., hlm. 20
8
Ibid., hlm. 25.

menjadikan perbincangan mengenai gerakan di selatan Filipina dilihat begitu kompleks. 9


Menurut Mohd. Noor Yazid (2000), gerakan-gerakan Islam, pertembungan dengan penjajah
Barat dan pergolakan-pergolakan yang berlaku di selatan Filipina sepanjang abad ke-20
mempunyai hubungan rapat serta kesan yang besar terhadap perkembangan krisis dan konflik
politik pada hari ini.10
Penjajahan Sepanyol dan Amerika Syarikat ke atas Filipina banyak meninggalkan
kesan khususnya ke atas umat Islam di wilayah tersebut. Kemerdekaan yang diperoleh oleh
Filipina pada tahun 1946 daripada Amerika Syarikat telah mewujudkan dua kumpulan yang
bertentangan dengan polisi dan agama iaitu Islam dan Kristian, yang sekian lama bermusuhan
diletakkan dalam sebuah negara. Pemisahan iaitu pembentukan sebuah negara Islam merdeka
yang telah dipohon oleh pemimpin Islam Moro menerusi memorandum yang diserahkan
kepada kerajaan Amerika di saat Filipina meniti detik kemerdekaannya gagal dicapai. 11 Oleh
itu, berlakulah masalah pergolakan serta konflik di antara umat Islam dengan penduduk
bukan Islam di wilayah ini.
2.1

Proses Memurtadkan Penduduk Islam Filipina

Penjajahan Filipina oleh kuasa Sepanyol berlangsung sehingga kedatangan tentera Jepun dan
kemudiannya Amerika Syarikat selama lebih kurang 300 tahun. Antara tujuan utama
penaklukan Filipina oleh kuasa Sepanyol ialah disebabkan oleh tarikan politik, ekonomi
(monopoli perdagangan) dan tarikan agama iaitu untuk memaksa umat Islam Filipina menjadi
Kristian.12 Para mubaligh Kristian berjaya menyebarkan agama Kristian di Filipina kecuali di
beberapa wilayah selatan, kepulauan Sulu dan Mindanao. Mereka berjaya mengkristiankan
para pembesar tempatan dan secara tidak langsung rakyat bawahan turut terpengaruh.
Kedatangan mubaligh-mubaligh Kristian secara berterusan seperti pendakwah Augustinian
9

Nidzam Sulaiman. (2004). Kemelut Politik Selatan Filipina di Bawah Arroyo. Diperoleh pada Spetember 26,
2010 daripada http://www.google.com.my/search?q=Kemelut Politik Selatan Filipina di Bawah Arroyo.
10
Mohd. Noor Yazid. (2000). Pergolakan di Selatan Filipina, hlm. 181.
11
Ibid., hlm. 187.
12
Saifullah Mohd. Sawi dan Samsu Adabi Mamat. (2009). Sejarah dan Tamadun Islam di Asia Tenggara, hlm.
103.

(1517), Francisian (1577), Jesuit (1581) dan Dominican (1587) telah mengukuhkan lagi
kedudukan agama ini di Filipina.
Merujuk kepada Wan Ahmad D.S. dalam Wan Kamal Mujani (2002), keadaan ini
menimbulkan tekanan ke atas umat Islam di Filipina sehingga menunjukkan bilangan umat
Islam yang telah murtad semakin bertambah dari masa ke semasa sehingga catatan pada awal
abad ke-19 menunjukkan seramai 12 000 000 orang umat Islam telah dibaptiskan. 13 Sepanyol
juga telah melancarkan serangan ke atas umat Islam Filipina (Moro) dengan persaingan dan
pertentangan agama serta politik, menerusi pelbagai cara seperti kekerasan, pujukan dan
pemberian hadiah serta kedudukan sosial untuk menarik kesediaan umat Islam memeluk
agama Kristian. Keadaan ini memperlihatkan bahawa usaha yang dilakukan oleh Sepanyol
dengan bantuan kewangan serta senjata (kekerasan) dalam memurtadkan penduduk Filipina
berlangsung secara sistematik dan berjaya apabila sebanyak 83% penduduk Filipina adalah
penganut Kristian Katolik dan ia merupakan satu-satunya negara di Asia Tenggara yang
berpenduduk Kristian terbesar.14
2.2

Penindasan dan Diskriminasi ke atas Umat Islam Filipina

Umat Islam di Selatan Filipina sering ditindas dan didiskriminasikan oleh pihak pentadbiran
sejak sebelum Filipina mendapat kemerdekaannya pada tahun 1946. Keadaan ini merupakan
salah satu daripada usaha yang dilakukan untuk melemahkan kedudukan penduduk Islam di
selatan Filipina. Hal ini boleh dilihat semasa pentadbiran kuasa Amerika Syarikat di Manila,
galakan telah diberikan kepada penduduk beragama Kristian dari bahagian lain di Filipina
khususnya dari Luzon yang mempunyai kepadatan penduduk yang sangat tinggi untuk
menetap di wilayah yang diduduki oleh orang Islam. Tujuannya juga adalah untuk
menghapuskan kawasan majoriti Islam bagi jangka masa yang panjang. Ketika itu kerajaan

13

Wan Kamal Mujani. (2002). Minoriti Muslim: Cabaran dan Harapan Menjelang Abad Ke-21. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 83.
14
Saifullah Mohd. Sawi dan Samsu Adabi Mamat. (2009). Sejarah dan Tamadun Islam di Asia Tenggara., hlm.
104.

kolonial Amerika di Manila menyediakan pelbagai kemudahan seperti sokongan kewangan


dan peruntukan undang-undang yang dilihat lebih memihak dan menguntungkan penduduk
bukan Islam di Filipina. Hal ini boleh dirujuk kepada Land Registration Act 1902 diikuti oleh
Public Land Acts 1905, 1913, 1914 dan 1919.15 Semua tanah di Filipina dijadikan sebagai
milik negara tetapi setiap individu boleh memohon bagi memiliki tanah-tanah tersebut
sebagai hak milik persendirian. Secara tidak langsung keadaan ini menyebabkan penduduk
Islam Moro telah kehilangan hak pemilikan tanah yang diwarisi mengikut undang-undang
adat secara turun-temurun.16
Seterusnya, perbezaan peluang pemilikan tanah yang timbul di antara penduduk yang
beragama Islam dan Kristian Katolik oleh undang-undang tanah Filipina juga sangat jelas
berlaku. Hal ini kerana, dalam Akta Tanah 1919, penduduk Filipina yang beragama Kristian
layak memohon tanah sebagai milik persendirian mereka sehingga keluasannya mencecah 24
hektar berbanding hanya 10 hektar sahaja bagi umat Islam. Selain itu, proses untuk
mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa bagi penduduk yang beragama Kristian juga
adalah lebih senang dan cepat.17 Situasi ini menyebabkan timbulnya perasaan tidak puas hati
umat Islam terhadap orang Kristian dan pentadbiran Amerika di Manila ketika itu di samping
konflik yang timbul apabila terpaksa berhadapan dengan keadaan Amerika yang turut
menggalakkan kemasukan syarikat-syarikat besar dari luar bagi memajukan tanah-tanah
dengan aktiviti pertanian dan perladangan secara besar-besaran di wilayah yang diduduki dan
dimiliki oleh orang Islam.18
2. 3

Keganasan dan Ancaman ke atas Umat Islam Filipina

Seterusnya, umat Islam di selatan Filipina juga terpaksa berhadapan dengan konflik seperti
pemberontakan dan keganasan serta ancaman yang kian meningkat. Dalam tahun 1960-an,

15

Hussin Mutalib. (2008). Islam in Southeast Asia. Singapore: Institute of Southeast Asia, hlm. 65.
Mohd. Noor Yazid. (2000). Pergolakan di Selatan Filipina, hlm. 185-186.
17
Ibid., hlm. 186.
18
Ibid., hlm. 187.
16

rusuhan penentangan terhadap kerajaan pusat telah berlaku secara meluas di Mindanao dan
kepulauan selatan Filipina. Pada tahun 1961, satu pemberontakan yang dipimpin oleh Ombra
Amilbangsa telah tercetus. Beliau mendakwa dirinya berasal dari kesultanan Sulu telah
berjuang untuk mendirikan negara Sulu yang merdeka. Seterusnya, muncul pula gerakan
Hajal Ouh Movement dengan tujuan untuk memerdekakan Sulu serta Basilan dan
Zamboanga tetapi usaha tersebut tidak berjaya kerana beliau telah dibunuh oleh tentera
Filipina. Keganasan yang berlaku ke atas umat Islam semakin ketara apabila semasa di bawah
pemerintahan Marcos, umat Islam telah dibunuh dengan sewenang-wenangnya. Disebabkan
keadaan tersebut, pada tahun 1966, satu projek rahsia angkatan tentera Islam (Operasi
Merdeka) diperkenalkan. Namun, pada Mac 1968, seramai 180 orang pemuda Islam yang
menganggotai operasi ini telah dibunuh secara besar-besaran oleh pihak kerajaan dan
peristiwa ini disebut sebagai Peristiwa Jabidah.19
Sementara itu, muncul pula pasukan semi-tentera Kristian (Illaga) yang dilatih oleh
tentera Filipina dan diketuai oleh Kolonel Carlos Cajela serta Kapten Manual Tranco. Mereka
ditugaskan untuk membunuh dan merompak umat Islam di merata tempat terutama di
wilayah Cotabatu dan Lano. Kesannya, pada Jun 1971, seramai 200 orang umat Islam yang
telah dijemput untuk menghadiri majlis perundingan telah dibunuh ketika sedang menunggu
majlis tersebut bermula dalam sebuah masjid oleh tentera kerajaan dan pasukan Illaga. 20
Berdasarkan pengakuan kumpulan Illaga, mereka telah berjaya membunuh seramai 50 000
orang umat Islam, membakar lebih dari 500 buah masjid, 200 buah madrasah, 20 000 buah
rumah serta menyebabkan sejuta orang Filipina menjadi pelarian. Begitu juga dengan
beberapa peristiwa lain yang turut menunjukkan keganasan dan ancaman ke atas umat Islam
seperti peristiwa pembunuhan seramai 36 orang umat Islam di Tacub, Kauswaga dan Lano
del Norte pada 22 Sepetember 1971. Dalam peristiwa ini, semua kaum lelaki dipancung
19

Wan Ahmad D.S. (2002). Minoriti Muslim di Filipina dalam Minoriti Muslim Cabaran dan Harapan
Menjelang Abad ke-21. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 88.
20
Ibid., hlm. 88.

kepala sementara kaum wanita dibelah perut dan kanak-kanak pula dipotong telinga. Pihak
tentera dan kumpulan Illaga diberikan ganjaran sebanyak 1 000 peso bagi harga sepasang
telinga. Kemusnahan ladang umat Islam juga telah disebabkan oleh tentera Filipina. Mereka
mendakwa tentera Filipina menggunakan bahan kimia yang beracun untuk memusnahkan
tanaman, membunuh binatang dan manusia serta meracuni sungai-sungai. 21
2. 4

Gerakan Pertubuhan MIM, MNLF, MILF dan Militan Abu Sayyaf

Muslim Independence Movement (MIM), merupakan sebuah pertubuhan yang telah


ditubuhkan oleh orang Islam di Mindanao, Sulu dan Palawan dengan tujuan untuk mencapai
kemerdekaan. Pertubuhan ini telah ditubuhkan rentetan daripada peristiwa Jabaidah pada
tahun 196822 dan kemudiannya ia telah bertukar menjadi Mindanao Independence Movement.
Sebuah pasukan tentera Islam turut ditubuhkan dan dikenali sebagai Balckshirt atau
Bracuda dengan tujuan untuk menghadapi serangan gerila Kristian. Pasukan ini
mengenakan pakaian seragam dan kebanyakannya beroperasi di Kotabatu dan Lanao. Dengan
adanya pasukan tentera tersebut dikatakan bahawa konflik antara umat Islam dengan Kristian
semakin menigkat sehinggakan seramai lebih kurang 30 000 penduduk Islam dan Kristian
telah lari meninggalkan rumah masing-masing kerana takut menerima tindakan di antara satu
dengan lain.23 Setelah Mindanao diisytiharkan merdeka, Katolik Kristian telah melancarkan
Gerakan Illaga anti-Moro dan kemuncak gerakan ini ialah berlakunya peristiwa pembunuhan
seramai 70 orang Islam dalam sebuah masjid di Bario Manila, utara Kotabatu. Usaha untuk
melemahkan kekuatan MIM telah dilakukan oleh kerajaan Filipina dengan mempengaruhi
pemimpin utama menerusi pemberian jawatan tinggi dalam pentadbiran kerajaan.

21

Wan Ahmad D.S. (2002). Minoriti Muslim di Filipina dalam Minoriti Muslim Cabaran dan Harapan
Menjelang Abad ke-21, hlm. 88-89.
22
Wan Kadir Che Man dalam Farid Mat Zain dan Zulkarnain Mohamed. (2008). Muslim Selatan Thai: Konflik
dan Perjuangan. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd., hlm. 92.
23
Wan Ahmad D.S. (2002). Minoriti Muslim di Filipina dalam Minoriti Muslim Cabaran dan Harapan
Menjelang Abad ke-21, hlm. 89.

Konflik dalaman iaitu perpecahan anggota MIM menyebabkan Moro National


Liberation Front (MNLF) di bawah pimpinan Nur Misuari telah ditubuhkan pada tahun
1972.24 MNLF bergerak dengan tujuan untuk mendapatkan kemerdekaan penuh dan secara
menyeluruh iaitu bebas daripada kawalan Manila serta pembentukan negara Islam yang
berdaulat. Ia mendapat sokongan daripada Organisation of the Islamic Confrence (OIC),
Islamic Confrence of Foreign Ministers (ICFM) dan Presiden Libya, Muammar Gaddafi.
Konflik umat Islam di sini dapat dilihat apabila Perjanjian Tripoli pada tahun 1976 yang telah
ditandatangani di Tripoli (Libya) 25 menemui kegagalan kerana pentadbiran Marcos di Filipina
telah melanggar perjanjian mengenai tuntutan autonomi ke atas wilayah di selatan Filipina
yang diketengahkan oleh OIC. Kesannya, Nur Misuari telah berubah sikap dengan menuntut
kemerdekaan untuk Republik Bangsa Moro. Kegagalan perjanjian ini juga menyebabkan
kepimpinan beliau telah dicabar oleh Pengerusi Biro Hal Ehwal Luar MNLF iaitu Hashim
Selamat.26 Walau bagaimanapun, Hashim Selamat telah gagal untuk mendapatkan sokongan
daripada OIC dan sebuah pertubuhan baru telah dibentuk oleh beliau iaitu Moro Islamic
Liberation Front (MILF).27
Penubuhan MILF ini bermatlamat untuk mewujudkan sebuah sistem politik Islam
sebagai satu cara hidup yang lengkap dan cuba dicapai melalui usaha-usaha dakwah, tarbiyah
dan semangat jihad. Dianggarkan seramai 12 500 orang telah menjadi anggotanya.
Berdasarkan namanya sahaja ia dapat menggambarkan betapa asas Islam mendasari parti ini
dan bukan lagi nasionalisme. Ia juga merupakan satu kelompok utama yang keluar dari
MNLF apabila pertubuhan itu mengadakan persetujuan untuk meletakkan senjata pada tahun
1987 di atas pemberian autonomi wilayah kepada mereka. MILF berkeras untuk berjuang
secara kekerasan dan tidak melihat autonomi sebagai memadai. Gerakan pembebasan Muslim
24

Saifullah Mohd. Sawi dan Samsu Adabi Mamat. (2009). Sejarah dan Tamadun Islam di Asia Tenggara, hlm.
108.
25
Hussin Mutalib. (2008). Islam in Southeast Asia. hlm. 67
26
Fealy, G. & Hooker, V.M. (2006). Voices of Islam in Southeast Asia: A Contemporary Sourcebook. Michigan:
University of Michigan, hlm. 69
27
Mohd. Noor Yazid. (2000). Pergolakan di Selatan Filipina, hlm. 192.

ini telah banyak memberikan tekanan kepada kerajaan Filipina. Terdapat beberapa insiden
pengeboman yang dikaitkan dengan gerakan ini, namun ia tidak dapat dibuktikan. Gerakan
ini juga telah menafikan pendakwaan terhadap mereka berhubung penglibatan dalam
beberapa kes dan salah satunya ialah pengeboman di timur kota Zamboanga pada Oktober
2003.
Seterusnya, mucul pula gerakan militan Abu Sayyaf. Gerakan yang berpusat di Jolo
ini merupakan perjuangan untuk menuntut kemerdekaan penduduk Islam di selatan Filipina,
namun kebanyakan tindakannya dilihat tidak bergerak untuk kemerdekaan wilayah tersebut.
Gerakan ini lebih banyak melakukan gerakan penculikan dan tuntutan tebusan daripada pihak
tertentu.28 Dengan kata lain ia lebih mirip bersifat lanun daripada bersifat nasionalis.
Sehingga kini rakyat Amerika Syarikat, Jerman dan Malaysia pernah diculik dan tuntutan
tebusan telah berakhir dengan pelbagai insiden. Ada yang dibayar dan tidak kurang juga yang
berakhir dengan pembunuhan. Gerakan sebegini selalunya akan dikaitkan dengan gerakan AlQaeda dan Osama bin Laden walaupun dakwaan ini belum dapat dibuktikan lagi. Secara
tidak langsung ia telah memberi imej yang negatif kepada gerakan yang berasaskan nama
Islam.29 Inilah antara konflik dalaman dan luaran yang terpaksa dihadapi oleh umat Islam di
selatan Filipina.

3.0 KONFLIK UMAT ISLAM DI SELATAN THAILAND


Umat Islam di selatan Thailand turut menerima nasib yang sama seperti umat Islam di selatan
Filipina. Mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai konflik dalam kehidupan seharian
terutamanya dalam aspek agama dan budaya. Konflik sebegini sebenarnya sudah lama
berlaku iaitu sejak tahun 1786 lagi apabila wilayah kesultanan Melayu Fathoni telah dikuasai
oleh kerajaan Siam. Terdapat pihak yang beranggapan bahawa konflik yang berlaku di selatan
28

Sidel, J. T. (2007). The Islamic Threat in Southeast Asia: A Reassessment. Singapore: Institute of Southeast
Asian, hlm. 46.
29
Nidzam Sulaiman. (2004). Kemelut Politik Selatan Filipina di Bawah Arroyo. Diperoleh pada September 26,
2010 daripada http://www.google.com.my/search?q=Kemelut Politik Selatan Filipina di Bawah Arroyo.

Thailand ialah konflik jenis pemisah kerana melibatkan sekumpulan aktor yang menuntut
kemerdekaan dari negara Thai setelah empat kawasan selatan Thailand iaitu Yala, Pattani,
Narathiwat dan Satun dimasukkan sebagai daerah negara Thai dalam perjanjian dengan pihak
British pada tahun 1909. Tuntutan yang timbul ialah supaya kawasan ini mempunyai
perbezaan asas dengan kawasan-kawasan lain dalam negara Thai termasuklah dari segi
identiti yang melibatkan bahasa, agama, budaya dan cara hidup dibebaskan supaya
penduduknya dapat menentu dan mengamalkan kehidupan mereka dengan cara yang
tersendiri.30
3.1

Pelaksanaan Dasar Satu Thai dalam Pentadbiran Thailand

Konflik umat Islam di selatan Thailand turut timbul akibat daripada perlaksanaan dasar satu
Thai (one Thai) yang cuba menjadikan seluruh rakyat dalam negara Thai dibentuk dengan
identiti yang berteraskan kepada bahasa Thai, agama Buddha serta cara hidup Thai.
Contohnya, penggunaan bahasa dan budaya Melayu Muslim cuba untuk dihapuskan oleh
kerajaan Thailand.31 Oleh itu, konflik yang dihadapi oleh

umat Islam di wilayah ini

termasuklah apabila dipaksa menggunakan bahasa Siam sehinggakan penggunaan namanama yang berunsur Islam seperti Ahmad, Yusuf dan Abdul Kadir adalah dilarang sekaligus
mereka yang ingin mendapatkan pekerjaan dipejabat-pejabat kerajaan di selatan Thai tidak
dapat berbuat demikian selagi nama tidak diubah kepada bahasa Siam. Suasana pemaksaan
sebegini telah dirasai oleh umat Islam sejak penjajahan Siam ke atas Pattani pada tahun 1902
lagi.32 Kerisauan dalam kalangan penduduk Melayu-Islam di sini ialah identiti mereka akan
luput. Disebabkan itulah, maka bangkitnya pemimpin-pemimpin dari kalangan ulama

30

Kamaruzaman Askandar. (2001). Menyelesaikan Konflik di Selatan Thailand. April-Jun. Bil. 48. Kuala
Lumpur: Pemikir Utusan Melayu Bhd., hlm. 2.
31
Saifullah Mohd. Sawi dan Samsu Adabi Mamat. (2009). Sejarah dan Tamadun Islam di Asia Tenggara, hlm.
87.
32
Muhammad Fadhlullah. (2009). Suara Anak Muda: Sejarah Perjuangan Umat Islam di Pattani (Vol. 2).
Diperoleh pada September 30, 2010 daripada http://arruhuljadid86.blogspot.com/2009/06/perjuangan-umatislam-selatan-thailand.html

10

terutamanya yang memperjuangkan hak mereka sebagai kelompok minoriti dalam sebuah
negara yang dilihat tidak mempeduli malah menindas hak-hak asas mereka.
Selaras dengan dasar satu Thai ialah sistem pemerintahan yang bercorak central
iaitu berpusat. Kesemua dasar dan keputusan dibuat di Bangkok dan dilaksanakan oleh sistem
birokrasi yang turut dilantik oleh pusat. Rata-ratanya mereka terdiri daripada golongan luar
kawasan selatan Thai. Penggabungan dasar-dasar ini menyebabkan perasaan terpinggir
penduduk Melayu-Islam semakin meningkat.

33

Muncullah pergerakan-pergerakan seperti

Pattani United Liberation Organization (PULO) dan Barisan Revolusi Nasional (BRN) serta
Bersatu untuk memperjuangkan kebebasan kawasan mereka daripada cengkaman Bangkok.
Konflik sebegini dilihat lebih kepada ketidakpedulian sentimen identiti atau penindasan
identiti oleh pemerintah.
3.2

Penempatan Patung Berhala di Sekolah Kebangsaan

Umat Islam di Selatan Thailand juga turut mengalami konflik apabila pada tahun 1985,
Kementerian Pelajaran di Thailand telah menjalankan polisi yang tidak boleh diterima oleh
mereka khususnya di Pattani kerana ia dilihat bercanggah dengan ajaran agama Islam. Polisi
tersebut ialah penempatan patung berhala di semua sekolah kebangsaan. Polisi ini
diumumkan tanpa mengecualikan masyarakat Islam yang majoritinya di selatan Thailand.
Arahan dikeluarkan kepada semua pengarah sekolah rendah kebangsaan di setiap wilayah
supaya meletakkan patung berhala disemua institusi pendidikan yang berada di bawah
Kementerian Pelajaran.34 Arahan yang disertakan dengan tekanan itu telah menyebabkan
umat Islam di selatan Thailand hidup dalam keadaan bimbang sehinggakan terdapat ibubapa
yang mengambil langkah menghalang anak-anak mereka ke sekolah seperti di daerah Muang,
Tape dan Langu dan terdapat lebih daripada 50 buah sekolah di wilayah Satun terpaksa
ditutup. Di samping itu, peristiwa guru beragama Buddha di sekolah Surao Charake Kob
33

Kamaruzaman Askandar. (2001). Menyelesaikan Konflik di Selatan Thailand, hlm. 3.


Ahmad Omar Chapakia. (2000). Politik Thai dan Masyarakat Islam di Selatan Thailand. Alor Star: Pustaka
Darussalam Sdn. Bhd., hlm. 255.
34

11

yang telah bertindak memaksa para pelajar yang majoritinya beragama Islam membuat
penghormatan dan menyembah patung berhala di sekolah mereka telah menimbulkan
kemarahan masyarakat Islam setempat sehingga berlakulah penentangan umat Islam ke atas
dasar yang diperkenalkan dalam kerajaan Thai.35
3.3

Larangan Pemakaian Hijab

Konflik seterusnya yang terpaksa dilalui oleh umat Islam di selatan Thailand juga ialah
mengenai larangan pemakaian hijab. Hijab merupakan pakaian wanita Islam yang
berdasarkan syariat agama dalam bentuk menutup semua badan kecuali muka dan dua tapak
tangan. Ia mula muncul di institusi pendidikan tinggi kerajaan pada awal tahun 1980-an iaitu
bermula di Universiti Songkhla Nakarin, Pattani. Pemakaian hijab oleh pelajar muslim telah
tidak disenangi oleh beberapa pihak seperti Gabenor Wilayah Pattani sehingga beliau telah
mengusulkan kepada pihak universiti tersebut untuk menyekat pemakaian hijab berkenaan.
Namun, sikap universiti yang lebih terbuka dan demoktratik menyebabkan usaha tersebut
gagal sebaliknya pemakaian hijab terus berkembang di universiti termasuk di kampus pusat,
Hadyai. Perkembangan ini telah mempengaruhi beberapa institusi yang lain seperti Vittayalai
Kheru Yala (Kolej Perguruan Yala).36
Konflik mengenai hijab ini terus tercetus apabila pada tahun 1987 di Kolej Perguruan
Yala, pelajar Islam yang memakai hijab ini telah dilarang daripada memasuki kelas oleh
pensyarah mereka yang sebahagian besarnya beragama Buddha di samping larangan
memasuki Perpustakaan Kolej. Pelajar muslim yang mengenakan hijab juga telah dikecam
oleh Persatuan Umum Pelajar Kolej (Smoson Naksuksa). Keadaan bertambah tegang apabila
pakaian sembahyang di bilik sembahyang Kolej telah dicuri dan dilemparkan ke tanah serta
tempat-tempat najis. Seterusnya, pada tahun 1988 pula, pelajar Islam telah berasa
didiskriminasikan dan berasa sangat marah apabila pihak kolej telah menentukan bilik
35
36

Ahmad Omar Chapakia. (2000). Politik Thai dan Masyarakat Islam di Selatan Thailand, hlm. 255-260.
Ibid., hlm. 261.

12

peperiksaan khas untuk pelajar-pelajar yang berpakaian hijab. Oleh itu, mereka telah
bertindak keluar serta tidak mengambil peperiksaan pada hari tersebut. Peristiwa sebegini
telah menyebabkan berlakunya demonstrasi dan tunjuk perasaan yang kemudiannya
membawa kepada perjanjian sebagai persetujuan untuk menyelesaikan masalah hijab.
Kejayaan yang diperoleh menerusi demonstrasi selama lapan hari telah menjadikan amalan
memakai hijab tersebar luas dalam kalangan pelajar wanita Islam yang berada di institut
pengajian tinggi kerajaan di seluruh negara.37
3.4

Kekejaman dan Kezaliman Tentera Thailand

Dalam politik Thailand, tentera merupakan institusi yang berpengaruh dan penting dalam
menentukan kestabilan kerajaan yang memerintah. Pandangan masyarakat Islam di selatan
pula, tentera merupakan institusi utama yang mendatangkan kezaliman serta kekejaman
kepada masyarakat berdasarkan tindakan pembunuhan kejam yang telah dilakukan oleh
mereka. Hal ini dapat dilihat pada beberapa peristiwa seperti pada tahun 1987, peristiwa
tembakan secara kumpulan dilakukan oleh tentera Hutan-Ranger (Tahan Peran) unit 43
seramai 20 orang ke atas 7 orang pekebun getah di Mukim 1, Tambon Bahoi, Ampoe,
Sebayoi, Wilayah Songkhla. Dalam kejadian ini, 4 orang umat Islam telah mati ditembak
sementara yang lain sempat melarikan diri.38
Selain itu pada tahun 1990, tragedi pembunuhan secara kejam telah dilakukan oleh
pihak tentera Tahan Peran ke atas seorang wanita yang dikenali sebagai Puan Rukiah
Cheyong, 27 tahun dan anak perempuannya Bariyah yang berusia 7 tahun. Pembunuhan ini
telah dilakukan dirumah mangsa di wilayah Yala.39 Sebenarnya, disamping terkenal dengan
kekejaman membunuh, pihak tentera turut terkenal dengan kes-kes jenayah serta rompakan
tetapi disebabkan tidak mempunyai bukti yang cukup, maka masyarakat terpaksa
mendiamkan diri sehinggalah apabila berlakunya peristiwa pembunuhan sebegini. Mereka
37

Ahmad Omar Chapakia. (2000). Politik Thai dan Masyarakat Islam di Selatan Thailand, hlm. 261-267.
Ibid., hlm. 274.
39
Ibid., hlm. 277.
38

13

mula berani untuk memprotes tindakan tentera-tentera tersebut. Peristiwa pembunuhan


beramai-ramai di Tak Bai40 pada bulan Ramadhan tahun 2004 telah menyebabkan seramai 85
orang umat Islam terbunuh pada hari berkenaan akibat sesak nafas kerana ditindan beramairamai di dalam trak askar. Begitu juga dengan peristiwa pengeboman di dalam Masjid
Krisik41 dan beberapa lagi siri pembunuhan beramai-ramai ala operasi ketenteraan
konvensional yang jelas bertentangan dengan hak-hak kemanusiaan.

4.0 KESIMPULAN
Berdasarkan perbincangan mengenai konflik umat Islam di selatan Filipina dan selatan
Thailand, maka dapat disimpulkan disini bahawa kedua-dua wilayah ini mengalami masalah
yang hampir sama iaitu kekejaman dan diskriminasi ke atas penduduknya yang beragama
Islam. Disamping itu, faktor agama dan budaya turut menjadikan konflik terus tercetus
sehingga mendatangkan peristiwa-peristiwa seperti pembunuhan, pemberontakan dan
sebagainya. Perjuangan untuk menegakkan sebuah wilayah Islam yang bebas juga telah
melahirkan kumpulan-kumpulan pejuang serta pertubuhan-pertubuhan Islam bagi melawan
dasar-dasar serta corak pimpinan pihak pentadbiran yang mengancam serta mencabul hak
umat Islam. Terdapat usaha-usaha dan rundingan-rundingan yang cuba dilakukan oleh pihak
pemimpin bersama pejuang-pejuang pertubuhan bagi membincangkan serta mengatasi
masalah yang tercetus dalam wilayah masing-masing. Kedua-dua wilayah ini sehingga kini
masih lagi mencari langkah penyelesaian terhadap konflik yang berlaku sejak dahulu hingga
kini bagi mencari kata sepakat untuk membentuk sebuah negara-bangsa yang berdaulat.

40

Farid Mat Zain dan Zulkarnain Mohamed (2008). Muslim Selatan Thai: Konflik dan Perjuangan, hlm. 236.
Joseph Chinyong Liow & Nadirsyah Hosen. (2010). Islam in Southeast Asia (ed. 1). New York: Routledge,
hlm. 206.
41

14

BIBLIOGRAFI
Ahmad Omar Chapakia. (2000). Politik Thai dan Masyarakat Islam di Selatan Thailand. Alor
Star: Pustaka Darussalam Sdn. Bhd.
Al-Habib Alwi bin Thahir Al-Haddad. (2001). Sejarah Masuknya Islam di Timar Jauh.
Jakarta: Pt. Lentera Basritama.
Farid Mat Zain dan Zulkarnain Mohamed. (2008). Muslim Selatan Thai: Konflik dan
Perjuangan. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.
Fealy, G. & Hooker, V.M. (2006). Voices of Islam in Southeast Asia: A Contemporary
Sourcebook. Michigan: University of Michigan
Hussin Mutalib. (2008). Islam in Southeast Asia. Singapore: Institute of Southeast Asia.
Joseph Chinyong Liow & Nadirsyah Hosen. (2010). Islam in Southeast Asia (ed. 1). New
York: Routledge.
Kamaruzaman Askandar. (2001). Menyelesaikan Konflik di Selatan Thailand. Edisi AprilJun. Bil. 48. Kuala Lumpur: Pemikir Utusan Melayu Bhd.
Mahayudin Hj. Yahaya dan Ahmad Jelani Halimi. (1993). Sejarah Islam. Shah Alam: Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Mohd. Noor Yazid. (2000). Pergolakan di Selatan Filipina. Edisi Oktober-Disember. Bil. 22.
Kuala Lumpur: Pemikir Utusan Melayu Bhd.
Muhammad Fadhlullah. (2009). Suara Anak Muda: Sejarah Perjuangan Umat Islam di Pattani
(Vol. 2). Diperoleh pada September 30, 2010 daripada
http://arruhuljadid86.blogspot.com/2009/06/perjuangan-umat-islam-selatanthailand.html
Nidzam Sulaiman. (2004). Kemelut Politik Selatan Filipina di Bawah Arroyo. Diperoleh pada
Spetember 26, 2010 daripada http://www.google.com.my/search?q=Kemelut Politik
Selatan Filipina di Bawah Arroyo.
Saifullah Mohd. Sawi dan Samsu Adabi Mamat. (2009). Sejarah dan Tamadun Islam di Asia
Tenggara. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.
Sidel, J. T. (2007). The Islamic Threat in Southeast Asia: A Reassessment. Singapore:
Institute of Southeast Asian.
Wan Ahmad D.S. (2002). Minoriti Muslim di Filipina dalam Minoriti Muslim: Cabaran dan
Harapan Menjelang Abad Ke-21 oleh Wan Kamal Mujani. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Wan Kamal Mujani. (2002). Minoriti Muslim: Cabaran dan Harapan Menjelang Abad Ke21. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia

15

You might also like