You are on page 1of 5

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN KOPOK


JALAN HIJRAH UTAMA, KAMPUNG KOPOK BARU
81700 PASIR GUDANG, JOHOR.

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MUZIK BIL 1 / TAHUN 2013


Tarikh
: 22 Januari 2013
Masa
: 1.15 2.15 petang
Tempat
: Makmal Komputer SK Kopok
Pengerusi
: En William Wong
Kehadiran(Bilangan) : 7 orang

1.0

PERUTUSAN PENGERUSI
Pengerusi mengucapkan selamat sejahtera kepada semua guru yang hadir.
Makluman

2.0

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh Pn Jamilah binti Hussin .
Disokong untuk pengesahan oleh Pn Normah binti Sulaiman

3.0

PROGRAM PANITIA TAHUN 2013


3.1. Ketua Panitia membentangkan program yang akan dijalankan sepanjang tahun
2013. ( Rujuk lampiran )
Makluman

4.0

PELANTIKAN AJK 2013


4.1. Ketua Panitia telah melantik AJK Panitia Muzik tahun 2013
Setiausaha
: Normah binti Sulaiman
Jurulatih koir
: Jamilah binti Hussin
Jurulatih angklung
: Normah binti Sulaiman
Jurulatih Mini Band
: William Wong
Penyediaan kostum murid : 1. Sylviati binti Sopirou
2. Nuzaihan binti Md Yunos
3. Rahmawati binti Waris
4. Sadiah binti Robani
4.2. Ketua Panitia meminta agar semua guru Pendidikan Muzik tahun 2013 dapat
memberi kerjasama dan melaksanakan tugas yang diberi dengan baik.
Makluman

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

5.0

HAL-HAL LAIN
5.1. Ketua Panitia meminta supaya semua guru muzik dapat mencari aktiviti tambahan
yang boleh digunakan semasa pembelajaran di dalam kelas untuk meningkatkan
minat murid belajar muzik dengan lebih seronok.
5.2 Ketua Panitia juga mengingatkan agar semua guru muzik mengenal pasti murid
yang boleh memimpin nyanyian lagu semasa perhimpunan mingguan yang
diadakan pada hari Isnin. Murid yang telah dikenal pasti akan diberikan latihan yang
berterusan.
Makluman

6.0
6.1

PENUTUP
Ketua Panitia mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru yang hadir dan mengharapkan
semua guru muzik tahun 2013 dapat memberikan kerjasama yang baik untuk menjalankan
setiap program yang telah dirancang.

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.15 petang.

Disediakan oleh,

Disemak Oleh,

..........................................
( Normah binti Sulaiman
)
Setiausaha

................................
(
WILLIAM WONG
)
Ketua Panitia Pendidikan Muzik

Tarikh : 25 Januari 2013


Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

Tarikh : 25 Januari 2013

PK07 Pengurusan Mesyuarat

SEKOLAH KEBANGSAAN KOPOK


JALAN HIJRAH UTAMA, KAMPUNG KOPOK BARU
81700 PASIR GUDANG, JOHOR.

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MUZIK BIL 2 / TAHUN 2013


Tarikh
: 24 Julai 2013
Masa
: 1.00 2.00 petang
Tempat
: Makmak Komputer SK Kopok
Pengerusi
: En William Wong
Kehadiran(Bilangan) : 8 orang
1.0

PERUTUSAN PENGERUSI
Pengerusi mengucapkan selamat sejahtera kepada semua guru yang hadir.
Makluman

2.0

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh Pn Jamilah binti Hussin .
Disokong untuk pengesahan oleh Pn Nuzaihan binti Mohd Yunos

3.0

PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN 2013


3.1. Ketua Panitia membentangkan program yang akan dijalankan pada bulan Ogos
sempena dengan sambutan kemerdekaan peringkat sekolah.
3.2 Hanya dua program yang akan dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan iaitu
pertandingan nyanyian solo bagi murid tahap 2 sementara pertandingan nyanyian
secara berkumpulan bagi murid tahap 1.
3.2 Pengerusi juga memaklumkan bahawa program bulan kemerdekaan ini adalah
anjuran bersama Panitia Kajian Tempatan, Panitia Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan, Panitia Kemahiran Hidup, Panitia Pendidikan Seni dan Visual
dan Panitia Pendidikan Moral.
Makluman

4.0

PELANTIKAN AJK PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO DAN


BERKUMPULAN
4.1. Juri nyanyian solo : Jamilah binti Husin
Nuzaihan binti Md Yunos
William Wong
4.2 Juri nyanyian berkumpulan : Normah binti Sulaiman
Sofeka Ika binti Abas
Rahmawati binti Waris

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

4.3 Penyediaan borang hakim : Sylviati binti Sopirou


4.4 Juru gambar : Sadiah binti Robani
4.5. Guru-guru yang terlibat dengan program ini diharap dapat memberikan kerjasama
dan melaksanakan tugas masing-masing dengan bersungguh-sungguh.
Makluman
5.0

HAL-HAL LAIN
5.1. Guru yang mengajar muzik bagi setiap kelas boleh bekerjasama dengan guru
kelas untuk melatih murid yang terpilih untuk pertandingan nyanyian.
5.2 Murid-murid boleh memakai kostum selain daripada pakaian seragam sekolah
semasa pertandingan dijalankan.
Makluman

6. 0

PENUTUP
6.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru yang hadir.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

Disediakan oleh,

Disemak Oleh,

..........................................
( Normah binti Sulaiman
)
Setiausaha

................................
(
WILLIAM WONG
)
Ketua Panitia Pendidikan Muzik

Tarikh : 26 Julai 2013


Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

Tarikh : 26 Julai 2013

PK07 Pengurusan Mesyuarat

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

You might also like