You are on page 1of 3

PRATIKUM FASA III

HASIL PEMBACAAN

Rumusan Hasil Pembacaan


Sepanjang menjalankan Pratikum Fasa Pertama ini, saya telah membuat beberapa
pembacaan berkaitan dengan persediaan sebelum, semasa dan selepas menjalankan
pratikum ini. Hasil pembacaan ini telah membantu saya menyelesaikan beberapa masalah
yang timbul di samping sebagai rujukan kepada saya dalam mengendalikan masalah yang
berlaku di dalam bilik darjah.
Memandangkan ini merupakan pengalaman pratikum saya yang pertama, saya telah
membaca Buku Panduan Pratikum yang telah diedarkan oleh Unit Pratikum IPGKTAR
semasa saya menghadiri taklimat pratikum yang telah diadakan di Dewan Asajaya. Saya
perlu memahami perkara yang perlu dilaksanakan semasa pratikum kelak selain
memberikan ruang kepada diri sendiri agar lebih bersedia dalam menjalankan pratikum fasa
I ini.
Semasa pratikum dilaksanakan, saya telah mengalami isu-isu seperti di bawah :
a w
K
aK lan kelasn las
be m
irM naturid untkid ak
ber m
inaljbe tunrja tuk

seM m
asgurid urna kal
se engm
m
as ajrg diur
de pand epan

Rajah 1 Isu-isu yang timbul semasa Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) sedang
berlangsung.
Berdasarkan pembacaan saya berkenaan dengan isu-isu yang saya hadapi semasa
mengajar murid, saya mendapati bahawa terdapat beberapa aspek yang perlu saya perbaiki
untuk memastikan kelancaran semasa sesi PdP dilaksanakan di dalam bilik darjah. Berikut

PRATIKUM FASA III


HASIL PEMBACAAN

merupakan hasil dapatan yang saya perolehi untuk mengatasi masalah-masalah di dalam
bilik darjah :

Jenis-jenis masalah
pembelajaran

Peranan Guru

Intervensi dalam
menangani masalah
disiplin
Rajah 2 Hasil dapatan yang saya perolehi melalui pembacaan.
Sebagai bakal guru pemulihan, perkara utama yang perlu saya kenalpasti ialah saya
perlu mengenal pasti jenis-jenis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh anak murid saya.
Menurut Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2009) dalam Pengurusan Bilik Darjah
dan Tingkah Laku menyatakan bahawa masalah pembelajaran dikaitkan dengan masalah
akademik yang melibatkan membaca, menulis dan mengira serta masalah komunikasi.
Masalah-masalah pembelajaran seperti ini yang menjadi penghalang dalam bilik darjah
semasa PdP. Masalah-masalah seperti ini saya sudah sedia maklum kerana sasaran murid
yang bakal saya ajar ialah murid Pemulihan. Murid yang telah ditempatkan di kelas
pemulihan merupakan murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran tidak kira
lemah dalam bertutur, membaca dan menulis. Oleh yang demikian, saya berusaha untuk
mencari jalan penyelesaian dengan mengadakan aktiviti yang menarik kepada murid-murid
Pemulihan.
Di samping itu, peranan guru pemulihan juga penting dalam menyediakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran kepada murid pemulihan. Walaupun saya tidak dapat
membantu menyelesaikan masalah mereka sekurang-kurangnya saya sedaya upaya saya
merancang aktiviti yang menarik buat mereka. Sebagai bakal guru juga, saya perlu
memahami bahawa peranan guru bukan memfokuskan kepada satu aspek sahaja tetapi

PRATIKUM FASA III


HASIL PEMBACAAN

menjurus kepada aspek seperti penyediaan bilik darjah yang kondusif kepada murid-murid,
menyediakan persekitaran psikososial yang mesra serta menyediakan dan menjelaskan
peraturan dan rutin di dalam bilik darjah supaya murid dapat dilatih dengan baik aspek
disiplin mereka di dalam bilik darjah. Tambahan, saya berpendapat penyediaan peraturan
dan rutin di dalam bilik darjah ini sebagai tanda perjanjian antara guru dan murid.
Seterusnya, program intervensi yang sesuai dilakukan oleh guru ialah semasa sesi
PdP di dalam bilik darjah. Guru haruslah merancang terlebih dahulu tentang aktiviti yang
sesuai dirancang kepada murid selaras dengan masalah yang dihadapi oleh murid
Pemulihan.

You might also like