You are on page 1of 1

Pernyataan Profesional

15 Januari 2015 bersamaan dengan hari Khamis bertempat di Dewan Asajaya, Encik
Sawal bin Achong telah mengadakan satu taklimat tentang Praktikum Fasa III kepada
semua guru pelatih PISMP ambilan Januari 2012. Ambilan ini terdiri daripada empat buah
kumpulan iaitu PISMP Pemulihan, PISMP Matematik, PISMP TESL I dan PISMP TESL II.
Sesi taklimat bermula pada jam 2.30 petang sehingga 4.00 petang. Praktikum Fasa III ini
akan berlangsung selama tiga bulan bermula pada 02 Februari 2015 sehingga 01 Mei 2015.
Dalam Praktikum Fasa III ini, saya telah ditempatkan di sebuah sekolah yang agak
jauh daripada rakan yang lain iaitu di Sekolah Kebangsaan Lebor Remun, Gedong. Rakan
praktikum saya ialah saudara Kohlberg Favine anak Achong, saudari Dzelezanchez binti
Joseph dan saudari Siti Nuramirah binti Rozi. Walaupun jauh daripada rakan yang lain, saya
berharap agar keberadaan kami di sana disambut baik oleh warga SK Lebor Remun. Inilah
pertama kalinya saya mendapat saiz sekolah yang agak kecil berbanding dua buah sekolah
dalam praktikum yang lepas. Sememangnya pengalaman dan kelainan itu sangat saya
nantikan.
Dalam praktikum kali ini, saya lebih berfokuskan kepada kelas Pemulihan seperti
membersihkan, menyusun atur dan menghias kelas Pemulihan di sekolah ini. Berdasarkan
pemantauan awal ke sekolah berkenaan baru-baru ini, saya mendapati kelas Pemulihan di
sekolah berkenaan amat kecil. Saya juga pasti di dalam kelas berkenaan mempunyai ruang
yang sangat terhad. Jadi, saya berfikir saya akan membantu guru Pemulihan di sekolah ini
dalam membuat penyusunan semula atau lebih dikenali sebagai 5S.
Saya harap guru Pemulihan memberikan kerjasama kepada saya sepanjang saya
berada di sekolah berkenaan. Bukan kepada saya sahaja tetapi kepada semua rakan yang
berpraktikum di sekolah sekitar Serian. Semoga Praktikum Fasa III ini memberikan lebih
manfaat dan pengalaman yang menarik kepada kami di samping menyediakan diri kami
dengan suasana sekolah dalam tempoh yang agak lama iaitu selama tiga bulan.

You might also like