You are on page 1of 2

Soalan: Nyatakan andaian-andaian yang perlu dipenuhi untuk

menjalan analisis korelasi Pearson dan ujian Khi Kuasa Dua.

(a) Analisis Korelasi Pearson


Untuk menganalisis data dengan menggunakan korelasi Pearson ini,
sebahagian daripada prosesnya melibatkan memeriksa untuk memastikan bahawa
data yang hendak dianalisis sebenarnya boleh dianalisis dengan menggunakan
korelasi Pearson ini. Tindakan tersebut perlu dilakukan kerana ia hanya sesuai
menggunakan korelasi Pearson jika data yang dikumpul memenuhi empat andaian
yang diperlukan untuk memberi hasil yang sah. Berikut adalah andaian-anadaian
yang perlu dipenuhi untuk menjalankan analisis korelasi Pearson.

Andaian pertama : Perlu menyatakan perhubungan antara variabel-variabel


dengan menggunakan skala selang dan nisbah. Contoh variabel yang
memenuhi kriteria ini termasuk kebijaksanaan yang diukur dengan
menggunakan skor IQ, prestasi peperiksaan yang diukur dari 0 hingga 100
dan sebagainya.

Andaian kedua : Perlu adanya hubungan yang linear antara dua variabel.
Untuk menyemak perhubungan antara variabel, boleh dikaji dengan
menggunakan SPSS.
Andaian ketiga: Variabel perlulah bertaburan normal. Untuk menilai
kepentingan statistik korelasi Pearson, data itu perlulah mempunyai normal
bivariat. Tetapi andaian ini sukar untuk dinilai. Kaedah yang lebih mudah
adalah lebih biasa digunakan. Ia dikenali sebagai ujian Shapiro Wilk bagi
menguji normaliti. Ia mudah diuji untuk menggunakan SPSS.

Andaian keempat : Kes-kes yang mewakili suatu sampel rawak daripada


populasi dan nilai bagi variabel untuk suatu kes adalah bebas daripada nilai
bagi variabel bagi kes-kes lain.

Kita boleh memeriksa andaian kedua, ketiga dan keempat dengan


menggunakan SPSS dalam turutan yang betul. Jika gagal berbuat demikian maka
hasil bagi Korelasi Pearson mungkin tidak sah.

(b) Ujian Khi Kuasa Dua

Ujian Khi Kuasa Dua untuk kebagusan diaplikasi untuk menganalisis


perbezaan kategori-kategori bebas dalam suatu variabel, manakala ujian Khi Kuasa
Dua untuk kebebasan digunakan untuk menganalisis perhubungan antara dua atau
lebih kategori dalam dua variabel. Ujian khi Kuasa Dua perlu memenuhi empat
andaian yang diperlukan dimana ia perlu diperiksa melalui SPSS untuk memberikan
hasil yang tepat. Berikut adalah empat andaian yang perlu dikenalpasti:

Andaian pertama : Mesti ada sekurang-kurangnya 5 frekuensi diharapkan


dalam setiap kumpulan variabel.

Andaian kedua : harus mempunyai kebebasan pemerhatian, dimana ia


bermaksud tidak ada hubungan antara salah satu kes. Setiap pemerhatian
perlu dibuat ke atas subjek yang berasingan, iaitu tiada subjek yang dikira
lebih daripada sekali.

Andaian ketiga: skala pengukuran nominal atau ordinal. Data yang dikumpul
daripada sampel mengandungi kategori-kategir berasingan seperti kategori
lelaki dan kategori perempuan yang dikira dalam bilangan atau frekuensi.

Andaian keempat: Persampelan secara rawak dibuat. Setiap subjek dalam


sampel dipilih daripada populasi secara rawak.

You might also like