You are on page 1of 2

Salam & Salam 1 Malaysia semua,

Sudah lebih empat minggu berlalu dan saya rasakan bahawa semua telah pun mahir dalam
pembinaan blog.
Minggu ini boleh digunakan untuk mengemaskini blog yang telah bina tempoh hari. Banyak
blog yang hebat yang telah saya lawati.
Masukkan muzik atau animasi/video untuk menjadikan blog anda lebih menarik. Tapi ....
pastikan blog anda tidak 'overloaded' dengan make-up yang tidak sesuai dengan kumpulan
sasaran.
Perlukan ada kartun atau bunga ataupun design yang agak mengangu pembancaan diblog
anda tu?
Fikir-fikirkan lah ...!
Bagi rakan yang gambarnya masih bayang-bayang di ruang follower maka sila gantikan
dengan foto anda sebenar.
Selamat mengemaskini blog !
Posted by Hasnan Hassan at 10:21 PM 1 comments

Manual Blog
Salam & Salam 1 Malaysia semua,
Sila ambil maklum bahawa manual membina blog perlu di hantar ke :
1. e.mel nanz1184@gmail.com.
Gunakan e.mel di atas sahaja.
Sila hantar SEMULA walaupun ada diantara anda telah menghantar tugasan ini.
2. Buat cover page untuk tugasan manual ini.
Pastikan ada nama dan no. matrik.
3. Insert header dan taipkan no. matrik dan nama. Insert sekali sahaja dan ia akan keluar di
setiap mukasurat kecuali cover page.
4. Bagi tujuan e.mel - di ruang subjek, taipkan NO. MATRIK dan NAMA
Tarikh akhir menghantar tugasan manual ini ialah sama seperti tugasan blog.
Posted by Hasnan Hassan at 10:10 PM 0 comments

Tarikh Akhir Tugasan BLOG


Salam dan Salam 1 Malaysia,
Sukacitanya dimaklumkan bahawa TARIKH AKHIR untuk menyiapkan tugasan blog ialah
pada 16 JULAI 2011.

Semua blog akan disemak dan diberi markah mulai 17 Julai 2011.
Dua kriteria kan digunakan untuk semakan blog anda.
1. Rekabentuk
(pastikan ia sesuai untuk kumpulan sasaran anda)
Jangan terlalu banyak animasi, kartun dan sebagainya.
2. Konten
Pertama ialah anda mesti ada artikel berkaitan dengan subjek yang anda ajar di sekolah.
Minima 1 artikel berserta dengan sinopsis.
Kedua, poskan bahan yang ada foto/grafik seperti aktiviti di sekolah anda.
Ketiga, tulisan yang anda fikirkan relevan dengan blog yang dibina seperti panduan, nasihat
atau hobi dan lain-lain.
Pos minima ialah lima.
Peringatan : Pastikan header blog anda di tulis no. matrik (dalam kurungan) seperti Blog
Teacher Rohani (1234567)
Posted by Hasnan Hassan at 9:58 PM

You might also like