You are on page 1of 4

Tok Gajah

Tok Gajah adalah ayah kepada Pahlawan Melayu Pahang iaitu Mat Kilau. Pada tahun
1891 hingga tahun 1895 telah berlaku pemberontakan Pahang terhadap pemerintah
negerinya. Tok Gajah merupakan tokoh yang terlibat bersama dengan Datuk
Bahaman, Mat Kilau dan Datuk Lela menentang penjajah Inggeris. Beliau bertindak
menghalau penjajah Inggeris dengan segala tipu helahnya yang hendak merampas
pemerintahan negeri Pahang. Beliau mempunyai semangat perjuangan yang gigih
serta sanggup berdepan dengan askar-askar Inggeris yang lengkap bersenjata.
Beliau juga bersama dengan Wan Lingga telah diarahkan oleh Bendahara Wan
Ahmad untuk menyerang Maharaja Perba dan Orang Kaya Setia Lela. Ini adalah
disebabkan perselisahan faham antara Maharaja Perba dengan Bendahara. Beliau
pernah diutuskan ke Singapura bagi mendapatkan khidmat peguam sebagai
penasihat Sultan Ahmad. Beliau juga menjadi ketua pasukan perang Sultan Ahmad
dalam menentang penjajah Inggeris.
Golongan ketiga di negeri Pahang yang menjadi pemilik tanah yang penting dan
berkuasa di kawasan-kawasan tertentu dikenali sebagai Orang Besar Raja.
Golongan ini juga merupakan orang kesayangan istana tetapi bukan berketurunan
bangsawan dan dinaikkan pangkat berdasarkan kepada kecekapan serta
kemahirannya dalam bidang ketenteraan. Tok Gajah dan Tuan Sheikh Kechil
merupakan dua orang tokoh yang terpilih mengikut kategori tersebut. Tok Gajah
mempunyai pengaruh yang luas dan sangat dihormati serta ditakuti oleh orangorang Inggeris. Beliau merupakan penasihat utama Sultan dalam segala yang
berkaitan dengan Hulu Pahang, iaitu hal-hal yang berhubung dengan kawasankawasan di hilir sungai dari Pulau Tawar.

Mat Kilau

Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah. Ibu beliau
adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Mat Kilau dipercayai lahir dalam
tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar. Mat Kilau pandai mengaji,
berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai
Dikir Pahang.Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras
sehingga sentiasa menjadi juara di kampung beliau. Apabila berusia lebih kurang
20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti
Imam Daud, Kampung Kedondong. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah
dikurniakan tiga orang anak. Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat
dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana
sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan
senjata seperti keris dan parang. Mat Kilau banyak menuntut ilmu batin dan
kepahlawanan hinggakan boleh menghilangkan diri. Mat Kilau juga banyak
menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara
agama banyak dituntutnya daripada Haji Osman yang dikenali juga sebagai Haji
Muntuk sebelum dia berpindah ke Pekan sebagai Mufti Negeri Pahang.
Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah
menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Mat Kilau
mempunyai cara pemikiran yang matang. Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok
Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding
dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau
suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi
seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat.
Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan
amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang

diketahui namanya ialah Awang Nong,Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali(khatib),
Awang(Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.
Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris
yang diterbitkan di Singapura. The Straits Times dan The Free Press menyatakan
Ketua Pendehaka, iaitu Dato Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam
pada bulan Oktober,1895. The Free Press pula memberitahu bahawa Mat Kilau
telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan
di kepalanya. Luka-luka itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke
hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah. Dengan tersiarnya berita
kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka
pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau.akan tetapi apa yang
sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti
Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali ,Raja Ibrahim(Pak
Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain. Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai
penderhaka oleh Inggeris,maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan
berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu
5,Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar
namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.
Dalam bulan Disember 1969,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada
itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin
Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.Untukmengelakkan dirinya dari
menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di
kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa
ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid,Pulau Tawar. Pada hari Jumaat 26
Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk
bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah mebaca Quran dan
kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau. Pengistiharan ini telah
mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah
jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970.
Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah
Mat Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis,6 Ogos 1970,
Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang. Setelah
empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kialu
meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun.
Beliau tidak sempat menceritakan kisah-kisah perjuangannya kepada kita dengan
lebih lanjut.

You might also like