You are on page 1of 14

BAHAGIAN KEWANGAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN
BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA
MURID DI SEKOLAH KERAJAAN
SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN
2014

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid

KEPADA
DAN
TAHUN

GARIS PANDUAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN


1MALAYSIA KEPADA MURID DI SEKOLAH KERAJAAN
DAN
SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN
TAHUN 2014

1.

PENDAHULUAN
Pada 25 Oktober 2013, YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap
Menteri Kewangan semasa membentangkan Bajet Tahun 2014 telah
meluluskan peruntukan sejumlah RM540 juta untuk pemberian
Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada murid Tahun 1
hingga Tingkatan 5 bagi sesi persekolahan tahun 2014.

2.

OBJEKTIF
Pemberian bantuan ini bertujuan meringankan beban perbelanjaan
persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau
penjaga murid.

3.

KRITERIA KELAYAKAN
3.1

Murid warganegara Malaysia;

3.2

Bagi

murid

bukan

warganegara

salah

seorang

ibu/bapa/penjaga mestilah warganegara Malaysia;


3.3

Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau setaraf dengannya bagi


sesi persekolahan tahun 2014; dan

3.4
4.

Bersekolah di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan

Kerajaan.
TEMPOH PELAKSANAAN

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid

Pelaksanaan bantuan ini adalah bagi sesi persekolahan tahun 2014


sahaja.
5.

KADAR
Kadar bantuan sebanyak RM100.00 bagi setiap murid.

6.

AGIHAN BANTUAN
Agihan bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) terus ke Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK)
atau ke Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah
yang tidak mempunyai Akaun KWK secara berperingkat mulai 15
Januari 2014.

7.

TANGGUNGJAWAB KEMENTERIAN / JABATAN


7.1

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)


a)

Mengeluarkan
Pelaksanaan

Surat

Siaran

Bantuan

Khas

dan

Garis

Awal

Panduan

Persekolahan

1Malaysia;
b)

Menyalurkan

bantuan

ke

akaun

Kumpulan

Wang

Kerajaan (KWK);
c)

Bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun KWK,


bantuan akan disalurkan ke Akaun Khas PPD; dan

d)

Membuat pemantauan bagi memastikan pelaksanaan


pembayaran bantuan mengikut prosedur dan peraturan
kewangan yang ditetapkan.

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid

7.2

Jabatan

Pendidikan

Negeri

(JPN)/Pejabat

Pendidikan

Daerah (PPD)
a)

Memaklumkan

kepada

semua

sekolah

mengenai

pelaksanaan bantuan ini termasuk mengedarkan Surat


Siaran dan Garis Panduan;
b)

Membuat pemantauan bagi memastikan pelaksanaan


pembayaran bantuan mengikut prosedur dan peraturan
kewangan yang ditetapkan;

c)

Melaporkan

rumusan

agihan

Bantuan

Khas

Awal

Persekolahan 1Malaysia kepada KPM selewat-lewatnya


pada 31 Mac 2014 seperti format di Lampiran A;
d)

Memaklum dan memohon secara rasmi perkhidmatan


eskot polis kepada Ketua Polis Negeri dalam urusan
pengeluaran wang melebihi RM10,000.00; dan

e)

Merekod dan mengagihkan peruntukan yang diterima ke


sekolah-sekolah yang tidak mempunyai akaun KWK.

7.3

Sekolah
a)

Mengenalpasti murid yang layak menerima bantuan;

b)

Menyemak dan merekod peruntukan yang diterima ke


dalam Buku Tunai KWK di bawah lajur bantuan

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid

persekolahan yang lain dengan menyelenggara Akaun


Subsidiari;
c)

Mengeluarkan Resit Rasmi Pejabat (RP.01) apabila


peruntukan telah sah dimasukkan ke akaun KWK. Resit
hendaklah dikeluarkan atas nama Setiausaha Bahagian
Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan
dikemukakan ke Bahagian Kewangan KPM;

d)

Mengeluarkan

wang

mengagihkan

secara

bantuan
tunai

daripada

bank

kepada

ibu

dan
bapa/

penjaga/murid dalam tempoh empat belas (14) hari


daripada tarikh bantuan diterima;
e)

Bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun KWK,


peruntukan akan disalurkan ke sekolah melalui Akaun
Khas PPD;

f)

Pengagihan bantuan selain daripada wang tunai adalah


TIDAK DIBENARKAN;

g)

Sekolah hendaklah mengagih bantuan secara tunai


RM100.00 sepenuhnya. Sebarang pemotongan TIDAK
DIBENARKAN SAMA SEKALI;

h)

Memastikan ibu bapa/penjaga/murid menandatangani


Senarai Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan dengan
disaksikan oleh dua (2) orang guru sebagai saksi seperti
di Lampiran B; dan

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid

i)

Menghantar

Senarai

Akuan

Penerimaan/Penolakan

Bantuan kepada JPN/PPD selewat-lewatnya 16 Mac


2014.

8.

TATACARA PENGELUARAN WANG


Tatacara pengeluaran wang tunai daripada bank oleh pihak sekolah
mestilah selamat dan mematuhi peraturan kewangan semasa.
Pihak sekolah hendaklah mematuhi kaedah pengeluaran wang tunai
seperti berikut :
8.1

Pengeluaran wang sehingga RM10,000.00

oleh Pengetua/

Guru Besar hendaklah diiringi dua (2) orang guru; atau


8.2

Pengeluaran wang melebihi RM10,000.00, Pengetua/Guru


Besar adalah dinasihatkan supaya mengambil langkah-langkah
keselamatan tambahan
eskot

polis

jika

seperti mendapatkan perkhidmatan

difikirkan

perlu

berdasarkan

Arahan

Perbendaharaan (AP 137) iaitu mengenai Tanggungjawab Bagi


Wang Tunai Dalam Perjalanan.

9.

MURID BERPINDAH SEKOLAH


9.1

Sekolah yang telah membuat agihan bantuan ini kepada murid


yang akan berpindah sekolah, perlu mengecop TELAH BAYAR
BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA
pada borang perpindahan sekolah murid berkenaan. Ini bagi

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid

mengelakkan berlakunya pertindihan agihan bantuan ini di


sekolah baharu nanti; atau
9.2

Murid yang telah berpindah sekolah dan belum menerima


bantuan ini, hendaklah menuntutnya di sekolah baharu.

10.

KEKURANGAN DAN LEBIHAN PERUNTUKAN


10.1 Kekurangan Peruntukan
a)

Bagi memastikan tidak ada murid yang tercicir daripada


menerima

bantuan

ini,

pihak

sekolah

diminta

mendahulukan peruntukan sedia ada sekolah seperti


wang SUWA dan lain-lain peruntukan sekiranya
peruntukan asal tidak mencukupi; dan
b)

Pihak sekolah hendaklah mengemukakan permohonan


peruntukan tambahan kepada Bahagian Kewangan KPM
melalui

JPN/PPD

bersama

Senarai

Akuan

Penerimaan/Penolakan Bantuan. Tarikh akhir untuk JPN


kemukakan kepada KPM adalah pada 31 Mac 2014.

10.2 Lebihan Peruntukan


Sekiranya berlaku lebihan peruntukan, Pengetua/Guru Besar
hendaklah mengembalikan lebihan tersebut kepada Bahagian
Kewangan, KPM melalui cek atas nama Ketua Akauntan,
Kementerian Pendidikan Malaysia selewat-lewatnya pada
31 Mac 2014.
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid

11.

PENUTUP
11.1 Sekolah hendaklah mematuhi Tatacara Pengurusan Kewangan
dan Perakaunan Sekolah yang sedang berkuatkuasa pada
masa ini.
11.2 Semua dokumen bagi urusan terimaan dan bayaran Bantuan
Khas Awal Persekolahan 1Malaysia hendaklah dikemaskini dan
disimpan

dengan

teratur

bagi

tujuan

pemantauan

dan

pengauditan.
11.3 Sekiranya

terdapat

pelaksanaan

program

sebarang

pertanyaan

mengenai

ini,

JPN/PPD/Sekolah

boleh

menghubungi pegawai Bahagian Kewangan, KPM seperti


berikut:i)

Puan Ramlah binti Mohamad Amin


No. Telefon : 03-88847642
No. emel: ramlah.amin@moe.gov.my

ii)

Encik Mohd. Adyirwan bin Arshad


No. Telefon : 03-88847091
No. emel: adyirwan.arshad@moe.gov.my

Kementerian Pendidikan Malaysia


Bahagian Kewangan,
Aras 6 & 7, Blok E12,
Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA.

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid

LAMPIRAN
A
RUMUSAN AKUAN PENERIMAAN/PENOLAKAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA TAHUN 2014
(DISEDIAKAN OLEH PIHAK JPN DAN DIKEMUKAKAN KEPADA KPM SELEWAT-LEWATNYA PADA 31 MAC 2014)
NEGERI:
JABATAN:
ALAMAT JABATAN:
NO. TELEFON / FAKS:
JUMLAH KESELURUHAN LEBIHAN PERUNTUKAN: RM
JUMLAH KESELURUHAN KEKURANGAN PERUNTUKAN: RM

BI
L.

KOD
SEKOLAH

NAMA SEKOLAH

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid

NO. AKAUN BANK


SEKOLAH

NAMA BANK

10

JUMLAH
LEBIHAN
PERUNTUK
AN
(RM)

JUMLAH
KEKURAN
GAN
PERUNTU
KAN
(RM)

BI
L.

KOD
SEKOLAH

NAMA SEKOLAH

NO. AKAUN BANK


SEKOLAH

NAMA BANK

JUMLAH KESELURUHAN
Disediakan oleh:

(Tandatangan)

Disahkan oleh:

(Tandatangan)

Nama:
No. K/P:

Nama:
No. K/P:

Jawatan:

Jawatan:

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid

11

JUMLAH
LEBIHAN
PERUNTUK
AN
(RM)

JUMLAH
KEKURAN
GAN
PERUNTU
KAN
(RM)

Tarikh:

Tarikh:
LAMPIRAN

B
SENARAI AKUAN PENERIMAAN/PENOLAKAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA TAHUN 2014
(DISEDIAKAN OLEH PIHAK SEKOLAH DAN DIKEMUKAKAN KEPADA JPN/PPD SELEWAT-LEWATNYA PADA 16 MAC 2014 )
KOD SEKOLAH:
NAMA SEKOLAH:
ALAMAT SEKOLAH:
NO. TELEFON / FAKS:
NO.AKAUN BANK SEKOLAH:
NAMA BANK:
PERUNTUKAN DITERIMA: RM
PERUNTUKAN DIAGIH: RM
LEBIHAN/ KURANGAN: RM

BIL
.

NAMA MURID

MENERIMA
(/)
/ MENOLAK
(X)

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid

NO. KAD
PENGENALAN
PENERIMA

NAMA PENERIMA

12

TARIKH

TANDATANG
AN
PENERIMA

BIL
.

NAMA MURID

Guru Pembayar:

(Tandatangan)
Nama:
No. K/P:
Jawatan:
Tarikh:

MENERIMA
(/)
/ MENOLAK
(X)

Guru Saksi:

NO. KAD
PENGENALAN
PENERIMA

NAMA PENERIMA

Disahkan Oleh Pengetua/Guru Besar

(Tandatangan)
Nama:
No. K/P:
Jawatan:
Tarikh:

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid

TARIKH

(Tandatangan)
Nama:
No. K/P:
Jawatan:
Tarikh:

13

TANDATANG
AN
PENERIMA

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid

14

You might also like