You are on page 1of 1

Kajian Kes

: Murid Tahun 3

Jantina

: Perempuan

Cara Datang

: Motosikal

Kes

: Mengganggu rakan

Latar Belakang

: Berbangsa Melayu. Murid ini berasal daripada keluarga yang

sederhana. Murid merupakan anak kedua daripada 3 orang adik beradik. Bapanya
seorang penoreh getah dan ibunya suri rumah tangga. Klien dikenali oleh ramai
murid kerana perangainya yang ganjil iaitu suka berjalan dan melawat tempattempat yang sunyi dalam sekolah.

Masalah :
Masalah yang dihadapi oleh murid ini ialah dia suka mengganggu rakan
sekelas yang duduk di tepinya. Perkara yang seringkali dilakukannya ialah menyorok
kotak pensel atau mengambil barang rakannya sehingga rakannya itu menangis.
Kebanyakan rakan-rakan sekelasnya tidak suka berkawan dengan murid ini kerana
perangainya yang sedemikian. Hasil temubual saya bersama guru kelasnya, saya
mendapati murid ini merupakan murid yang hiperaktif. Oleh sebab itu, dia suka
bergerak sesuka hati seperti suka keluar masuk kelas tanpa kebenaran guru, berjalanjalan di dalam kelas semasa sesi pembelajaran berlaku dan melakukan aktiviti yang
disukainya pada bila-bila masa. Disebabkan ramai rakan-rakan yang tidak suka
berkawan dengannya dia seringkali bersendirian pada waktu rehat atau waktu-waktu
tertentu. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, rakan-rakannya juga
tidak mahu berbincang dengannya untuk mendapatkan sesuatu jawapan kerana murid
ini juga suka meniru jawapan rakannya.

You might also like