You are on page 1of 5

BAHAGIAN A

Jawab 3 soalan sahaja.

1. (a) Nyatakan tiga perbezaan antara keperluan dan kehendak.


(6 markah)
(b) Rajah 1 menunjukkan cabang pengeluaran

Nyatakan dan huraikan cabang pengeluaran berikut:


i) P

(3 markah)

ii) Q

(3 markah)

(c) Apakah perbezaan antara usahawan dan peniaga

(6 markah)

(d) Berikut adalah perbualan tiga sahabat berkaitan system barter


Tuah: Siapa nak tukar ikan dengan seekor ayam saya?
Lekir: Saya tidak mahu ayam,Saya mahukan beras.
Jebat: Kalau saya nak peha ayam sahaja, berapa banyakkan ikan yang
perlu saya beri kepada awak
Pada pendapat anda, adakah Tuah dapat menukarkan ayamnya dengan ikan.
(7 Markah)
2. (a) Bagaimanakah aktiviti perniagaan dalam negeri boleh dibantu oleh bantuan
perniagaan berikut:
i.
Perbankan
(5 markah)
ii.
Promosi
(5 markah)
(b) Terangkan kesan kepada sesebuah perniagaan sekiranya bantuan perniagaan
seperti perbankan dan promosi tidak digunakan.
(10 markah)

(c) Bagi situasi berikut, nyatakan jenis bantuan perniagaan yang sesuai:
i. Perniagaan maju ingin membuat pinjaman kewangan.
(1 markah)
ii. Puan Syazana ingin memperkenalkan produk barunya
(1 markah)
iii. Encik Mokhtar ingin berhubung dengan pelangganya
(1 markah)
iv. Pemborong beras ingin menghantar hasil keluarannya ke kedai runcit
(1 markah)
v. Pengeluar gula ingin menyimpan hasil pengeluaran yang berlebihan
(1 markah)

3.

a ) Pada pendapat anda apakah empat fungsi peruncit .


(8 markah)
b) Gambar berikut berkaitan sejenis peruncit besar-besaran.

i) Nyatakan jenis peruncit besar-besaran di atas.


(1 markah)
ii ) Jelaskan empat ciri peruncit besar-besaran tersebut.
(8 markah)

c)

Gambar dibawah menunjukkan satu bentuk peruncitan.

Terangkan kelebihan dan kekurangan bentuk peruncitan di atas.


( 8 markah)
4. (a)

Pemborong dan peruncit memainkan peranan penting dalam saluran


agihan. Perkhidmatan yang mereka sediakan dapat mempercepatkan
pengagihan barang dan maklumat daripada pengeluar kepada pengguna
akhir.
Berdasarkan pernyataan di atas, terangkan perbezaan antara perniagaan borong
dengan perniagaan runcit.
(8 markah)

(b) Apakah fungsi pemborong dalam saluran agihan


(10 markah)
(c) Rajah menunjukkan jenis-jenis pemborong.

Letak CARTA PEMBORONG

i. Nyatakan jenis pemborong X dan pemborong Y


(2 markah)
ii. Jelaskan perbezaan antara pemborong X dan pemborong Y
(5 markah)

BAHAGIAN B: SOALAN INI WAJIB DIJAWAB


5.
Hafiz merupakan graduan dalam bidang pertanian dari Universiti Putra Malaysia.
Apabila tamat pengajian beliau telah membuka sebuah gerai minuman berasaskan buahbuahan tempatan yang segar dan berkhasiat. Gerai beliau telah menarik ramai pelanggan
kerana beliau menggunakan buah-buahan yang segar dari ladang dan diproses tanpa
campuran gula. Selain dari itu, beliau mengutamakan kebersihan gerai dan memastikan para
pelanggan berpuas hati dengan hidangan minuman yang disediakan.
Setelah lebih kurang dua tahun menjalankan perniagaan beliau telah menaik taraf
gerainya kepada sebuah kafe yang dikenali sebagai Kafe Heliconia. Penubuhan Kafe
Heliconia memerlukan modal RM120 000 dan beliau telah mendapat bantuan kewangan
melalui Tabung Usahawan Siswazah oleh SME Bank. Kafe Heliconia bukan sahaja menjual
minuman buah-buahan segar tetapi turut menyediakan lebih 30 hidangan tempatan dan barat.
Bagi memudahkan mendapat bekalan buah-buahan secara berterusan, Hafiz telah
membuat keputusan bijak dengan memajak ladang buah-buahan seperti nenas, buah naga,
pisang dan mangga. Selain itu, beliau mengimport beberapa jenis buah-buahan dari Indonesia
dan Thailand. Hafiz sering berhubung dengan pengurus ladang bagi memastikan bekalan
dihantar ke kafenya tiga kali seminggu.
Perniagaaan Kafe Heliconia semakin berkembang maju dan terdapat permintaan
daripada usahawan-usahawan baru untuk membuat perkongsian bijak dengan Hafiz.
Memandangkan permintaan untuk berkongsi perniagaan merupakan satu cara perniagaan
masa kini yang semakin popular dan menguntungkan, Hafiz mengambil keputusan untuk
membenarkan usahawan-usahawan baru membuka cawangan kafe Heliconia dengan syarat
perlu membayar royalti kepadanya dan mengikut syarat yang ditetapkan oleh beliau.

I)

Apakah ciri-ciri usahawan yang dimiliki oleh Hafiz?

II)

Jelaskan TIGA bantuan perniagaan yang digunakan oleh Hafiz untuk melancarkan
urusan perniagaannya?
[6 markah]

III)

Jelaskan faktor pengeluaran yang terlibat dalam perniagaan Kafe Heliconia?


[8 markah]

IV)

Apakah jenis perniagaan yang merujuk kepada perkongsian bijak dalam petikan di
atas?
[1 markah]

V)

Huraikan kelebihan dan kekuranganyang akan diperoleh oleh usahawan baru


apabila membuat perkongsian bijak dengan Hafiz.
[6 markah]

Disediakan

Disemak

[4 markah]

Disahkan

-----------------------( Zunainah bt Hussain)

--------------------

---------------------

You might also like