You are on page 1of 13

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM


08000, SUNGAI PETANI, KEDAH.

(PISMP-PENDIDIKAN SENI
VISUAL)
AMBILAN JAN 2013

NAMA PELAJAR
TAJUK

: NG HUI YU 931018-14-5298

: HOWARD GARDNER

KOD KURSUS : PSV 3103


KUMPULAN UNIT : PISMP PSV AMBILAN JAN 2013
NAMA PENSYARAH: ENCIK JAAFAR

BIODATA
Dilahirkan pada 11 Julai 1943 di Scranton, Pennsylvania.
Beliau mempelajari falsafah dan sosiologi di London School of Economics dan
menjadi Profesor Kognisi dan Pendidikan di Harvard Graduate School
Pendidikan pada tahun 1986 . Beliau memulakan projek Zero yang merupakan
kajian proses kognitif yang lebih tinggi, khususnya yang berkaitan dengan
kreativiti dan mengajar seni.
Beliau telah menerima 20 darjah kebesaran dari universiti di seluruh dunia.
Beliau berkahwin dengan Profesor Psikologi Ellen Winner, dan mereka
mempunyai empat orang anak.

Frames of Mind: The Theory of


Multiple Intelligences
Diterbitkan pada 1983.
Menjelaskan bahawa manusia mempunyai bakat semulajadi tersendiri yang hebat.
Beliau berpendapat terdapat sekurang-kurangnya tujuh jenis kecerdasan yang dimiliki
oleh manusia.
Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanakkanak biasa dan istimewa dan kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang
istimewa (special population).
Gardner juga mengatakan bahawa kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi.
Hampir semua orang boleh diperkembangkan dalam kelapan-lapan kecerdasan yang
disenaraikan ke tahap yang tinggi, jika keadaan-keadaan seperti penggalakan,
pengkayaan dan pengajaran adalah sesuai.

Kemahiran Linguistik
Merujuk kepada kemahiran individu dalam bidang bahasa.
Individu yang mahir dalam bidang linguistik ini akan dapat mengeksploitasikan bahasa

secara kreatif dan berkesan.


kemahiran mendengar dan berfikir dalam bentuk perkataan. Kemahirannya meliputi

pendengaran, bercakap, menulis, bercerita, menerangkan, mengingat maklumat dan


memahami perkataan.
Bahasa juga boleh dijadikan sebagai satu instrumen untuk berhibur, berkomunikasi,

permainan dan sebagainya. Apabila tahap kemampuan kreatif mereka mencecah tahap
yang tinggi maka individu itu boleh berjaya dalam bidang yang berkaitan dengan
bahasa(sasterawan, penulis, pengkritik, penyajak dan sebagainya.

Kemahiran Kinestatik
Kemahiran yang melibatkan pergerakan bahagian-bahagian anggota
fizikal badan.
Kemahiran Kinestatik boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja.
Cekap mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh.
Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat
mengimbangi antara pergerakan fizikal dengan mental.
Mereka yang mempunyai kemahiran ini boleh menjadi seorang ahli
gimnastik, ahli sukan dan sebagainya.

Kemahiran Muzik
Kemahiran dalam penguasaan irama, rentak dan alunan
bunyi-bunyian serta peralatan muzik.
Individu yang mempunyai kemahiran ini berupaya untuk
mengubah dan mencipta lagu dalam pelbagai tema dan
rentak.
Gabungan di antara dua kemahiran ini akan
membolehkan individu diiktiraf sebagai pakar di dalam
bidang ini.

Kemahiran Visual / Spatial


Kemahiran yang berkaitan dengan menguasai ruang dalaman pemikiran
individu.
Kebolehan untuk membentuk model secara visual dan mengaplikasi model
itu kepada dunia fizikal.
Kebolehan individu ini termasuk membaca, menulis, memahami carta dan
graf. melakar, melukis dan menterjemah imej secara visual.
Kemahiran ini lazimnya melibatkan dengan bidang seni dan sains.
Individu yang terlibat dengan kemahiran ini biasanya akan mempunyai sikap
yang berani dan sanggup menghadapi sebarang risiko.

Kemahiran Interpersonal
Kemahiran yang melibatkan kemahiran personal individu dalam proses
berinteraksi dengan individu lain.
membolehkan seseorang memahami perasaan, motivasi, tabiat serta
hasrat orang lain
Mempunyai kemahiran berunding, berkomunikasi dan dapat
menyakinkan individu lain.
Melibatkan dua pihak iaitu individu dan masyarakat. Individu yang
mempunyai kemahiran ini sangat berkarisma, popular dan dihormati

Kemahiran Logik-Matematik
Kemahiran yang melibatkan membuat tafsiran berdasarkan logik pemikiran.
Biasanya akan menggunakan kemahiran berfikir dengan Otak Kiri (Left
Brain). Membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif
serta berfikir secara konseptual dan abstrak.
membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan
menggunakan komputer dengan cekap
Kaya dengan teori-teori, prinsip-prinsip dan hukum-hukum saintifik kerana
mereka mempunyai daya pemikiran kritikal yang sangat tinggi.

Kemahiran Intrapersonal
Kemahiran berkaitan dengan mengawal dan menguruskan perasaan.
Melibatkan sikap, emosi, sabar, boleh menghadapi tekanan dan tidak
mudah terburu-buru.
Mengenalpasti kelemahan dan kekuatan sendiri, menganalisis diri sendiri
dan menilai cara berfikir.
Kemahiran ini selalunya dikaitkan dengan kebijaksanaan emosi (EQ).
Individu yang memiliki kemahiran ini mempunyai konsep diri sendiri yang
positif dan mempunyai sikap enstim diri yang tinggi.

Rumusan..
Setiap kemahiran kreatif dimulakan oleh manusia sendiri.
Cara berfikir secara kreatif pada dasarnya tidak memerlukan tahap kecerdasan
yang tinggi.
Daripada 7 kecerdasan dan kepintaran yang dinyatakan oleh Gardner 4
daripadanya adalah berdasarkan kepada kreativiti. Cuma terdapat 1sahaja teori
kecerdasan ini yang melibatkan kemahiran kritis dan logik.
Kepelbagaian kecerdasan oleh Gardner ini secara tidak langsung telah menolak
tanggapan bahawa kebijksanaan matematik dan sains mengatasi segala
kebijaksanaan.

Tambahan..
Howard Gardner di dalam temubualnya dengan
NEAtoday Online ( 1999 ) berpendapat bahawa
taraf kecerdasan seseorang itu tidak akan
mempunyai nilai sekiranya ia tidak membawa
kepada sumbangan terhadap masyarakat dan
budayanya.

Rujukan..
Mustapai, W. M. (2013, Jun 5). sesejuk mata memandang,
semanis bahasa berbicara. Retrieved from
sabtuyangindah.blogspot:
http://sabtuyangindah.blogspot.com/
Ramli, S. N. (2009, Julai 24). Sarang Pendidikan-Kreativiti.
Didapatkan dari flow-sharul.blogspot.com: http://flowsharul.blogspot.com/2009_07_01_archieve.html
Terapi Seni. (2009, April 8). Retrieved from
sabtuyangindah.blogspot.com:
http://sabtuyangindah.blogspot.com/

You might also like