You are on page 1of 17

KEHIDUPAN MALIK BENNABI

Malek Bennabi merupakan penulis Algeria dan ahli falsafah, khusu


menulis tentang masyarakat Islam dan meberikan tumpuan yang lebih
kepada sebab-sebab di sebalik berlakunya kejatuhan Tamadun Islam. Beliau
lahir pada tahun 1905 di Konstantin, Algeria dan meninggal dunia pada 31
Oktober 1973, sekitar umur 68 tahun. Antara nama lain bagi beliau ialah
Seddik Bennabi. Beliau merupakan penulis, penceramah, ahli pemikir,
pensyarah dan juga ahli teologi. Beliau terkenal dengan konsep yang
dikemukakan oleh beliau yang membincangkan kitaran peradaban, Masalah
budaya, empirical dan budaya peradaban, pergerakan dalam sejarah,
masalah

kepada

ketandusan

idea

dalam

tamadun,

syarat

kepada

kebangkitan tamadun dan juga globalisasi masyarakat.


Beliau mendapat pendidikan di Paris dan Algiers di dalam bidang
kejuruteraan. Kemudiannya beliau menghabiskan masa beliau menulis di
dalam bidan sejarah, falsafah dan juga sosiologi. Pada tahun 1963,
sekembalinya

beliau

ke

Algeria,

beliau

mengalami

kejutan

dengan

perubahan budaya yang berlaku di pengaruhi oleh sains moden dan


teknologi tamadun. Hal ini mendorong beliau memikirkan lebih tentang
budaya dan corak masyarakat di awal abad ke-19. Pendekatan yang beliau
gunakan adalah mudah, iaitu tidak mengulang semula apa yang telah dikaji

sebelum waktunya, tetapi sebaliknya beliau mencari apa yang menjadi


intipati kepada budaya dan kelahiran tamadun.

Kerjaya

Malek

Bennabi

bermula

dengan

bukunya

yang

sangat

berpengaruh, iaitu Fenomena al-Quran. Kemunculan buku ini merupakan


tindak balas kepada usaha halus para Orientalis yang cuba menjatuhkan
Islam melalui cara Ilmiah. Metod Bennabi di dalam Fenomena al-Quran
meletakkan asas

bagi epistemology , iaitu falsafah berkenaan ilmu

pengetahuan, merupakan langkah beliau di dalam menjawab persoalan


masyarakat manusia dan budaya.

MALEK BENNABI: SUATU WARISAN YANG MESTI DIAMBIL KIRA

Di dalam buku ini, Bennabi secara umunya mengembangkan hujah


beliau tentang tempat dan fungsi agama di dalam kehidupan manusia dan
bagaimana kewujudannya. Agama merupakan fenomena semesta yang
mengawal

pemikiran

mengawal

kitaran

dan

alam

peradaban
semesta.

Ini

manusia,
antara

sepertimana
hujah

beliau

gravity
dalam

menghuraikan dari segi analisa secara sosiologi konsep berkenaan manusia


dan agama.

Karya Bennabi pada mulanya amat sukar untuk diperolehi kerana tidak
terkenal dalam kalangan ahli akademik. Walaupun pada akhir 1950, karya
beliau mudah ditemui di dalam Bahasa Perancis dan Bahasa Arab, namun
dalam membincangkan hal ehwal sosiobudaya manusia, karya ini kurang
mendapat tempat dalam kalangan ahli pemikir. Bahkan ada juga berlaku
salah faham dalam makna karya beliau, dan sering diterjemahkan sebagai
konsep dari Sarjana Muslim yang bercanggahan dengan nilai dan Ideologi
Islam.

Seperti contoh, Ghazi Tawba merupakan Pakar Kajian Gerakan islam di


Jordan. Beliau juga merupakan penulis dan sumber budaya yang dihormati
dalam kalangan belia gerakan Islam. Dalam bukunya Pemikiran islam
Semasa, beliau mengkategorikan Bennabi ke dalam suatu aliran tajdid yang
berlainan dan bercanggahan dengan gerakan Mujaddid Islam. Menurut
Tawba, Bennabi bukannya mengadakan perubahan yang radikal di dalam
masyarakat, namun beliau cuba mencari status quo dalam masyakarat,
sebagaimana yang dilakukan oleh Muhammad Abduh. Bennabi juga
dikatakan merupakan ahli di dalam aliran yang tidak menarik diri daripada
kerjasama pemimpin yang zalim demi mencapai sebahagian daripada
matlamat mereka.
Contoh ini boleh merupakan bukti nyata bahawa sesuatu ideology baru
itu sukar untuk diterima dalam masyarakat kerana berlakunya sekatan

daripada Tokoh Pemikir dan Ahli Akademik yang mempunyai sudut pandang
yang telah dipengaruhi oleh anutan ideology masing-masing. Penilaian yang
dilakukan bukanlah bersifat neutral dan berat sebelah. Walaupun pada keitka
itu tidak dinafikan bahawa Ghazi Tawba memberikan sumbangan dari sudut
karya beliau di dalam masyarakat amatlah banyak. Namun rangka pemikiran
beliau juga menyekat kepada pemikiran baharu yang ada pada Bennabi.
Para penulis perserorangan yang memberi perspektif negate kepada
pemikiran baru bolh menjadi kepada permulaan ketandusan idea dalam
Masyarakat dan akhirnya melahirkan masyarakat yang mati.
Hanya pada akhir tahun 1970 dikatakan karya Malik Bennabi menjadi
bahan kajian dan sumber rujukan kepada pelajar. Bahkan karya beliau
mendapat pujian daripada ahli akademik dengan menyatakan bahawa Karya
Bennabi merupakan penyelidikan yang Unik dan Asli, walaupun ianya
ringkas. Fahmi Jadan seorang Profesor Falsafah Jordan, menyatakan bahawa
bennabi merupakan pemikir Arab yang hebat selepas zaman Ibn Khaldun,
yang menumpukan kepada persoalan peradaban.
AWALAN

Bennabi menyatakan bahawa bidang Sains Kemanusiaan belum lagi


mencapai tahap kematangan sepertimana telah dicapai di dalam bidang
sains tulen. Menurut Bennabi, istilah semasa yang digunakan masih lagi
mentah dan sering kali disalahfahamkan apabila bertemunya dua ideology

yang berlainan. Tiada satu istilah yang lebih universal yang boleh
digunapakai oleh semua. Kesan daripada kecelaruan ini akan membawa
kepasa suatu perdebatan yang bukan saintifik dari sudut bahasa dan
persuratan sahaja. Seperti contoh, perdebatan yang masih timbul dalam
kalangan intelektual Arab adalah berkenaan istilah kebudayaan dan juga
peradaban.
Dalam buku ini, Asal Usul Kelahiran Masyarakat Manuisia, perlu
dijalankan penelitian dari perspektif sejagat dan sejarah. Terdapat pelbagai
fenomena social dengan menggunakan istilah masyarakat. Namun, perlu
ditunjukkan perbezaan asas antara Masyarakat Primitif atau Masyarakat
Sejarah. Masyarakat Primititf atau sejarah adalah masyarakat yang tidak
mengalami perubahan yang jelas pada sifatnya sejak awal kewujudannya.
Masyarakat sejarah pula lahir dalam suasana seperti wujud di awal,
kemudiannya ia mengubah sifat yang asas mengikut peraturan yang
menentukan perkembangan. Masyarakat sejarah mewakili masyarakat yang
lebih dinamik. Ia mengubah ciri dan sifatnya secara radikal, bergantung
kepada undangundang perubahan.
Terdapat dua cara membolehkan masyarakat sejarah muncul:
1) Permulaannya terdiri daripada unsur yang baru, iaitu unsur yang tidak
mengalami apa-apa perubahan dalam sejarah.
2) Masyarkat sejarah yang terbentuk daripada unsur yang ditinggalkan
masyarakat terdahulu yang mengalami kepupusan akibat berlalu masa
yang melemahkan. Unsur ini seperti acuan sedia yang hanya perlu

digunapakai oleh masyarkat lain dalam proses pembentukan suatu


masyarakat yang baru.
Walaubagaimana pun, kemunculan masyarakat sejarah bukanlah suatu
proses secare kebetulan. Ia adalah suatu hasil daripada proses perubahan
yang

berterusan.

Berdasarkan

teori,

proses

yang

berlaku

ini

perlu

mengandungi factor berikut:


a) Sumber sejarah tentang proses yang berterusan
b) Unsur yang mengalami perubahan, daripada tahan Pra-Masyarakat
kepada tahap Masyarakat
c) Undang-undang dan norma yang mengawal proses perubahan.
Masyarakat sejarah tediri daripada dua jenis. Iaitu yang muncuk sebagai
tindak

balas

kepada

cabaran

yang

timbul

daripada

suasana

tabii

persekitaran mereka, sama ada ianya mendadak atau ia telah bersedia


menghadapi perubahan keadaan sekitar. Masyarakat ini ialah masyarakat
sejarah wujud berdasarkan geografi. Masyarakat sejarah yang kedua lahir
daripada

munculnya

suatu

idologi

yang

baru.

Ianya

wujud

sebagai

tindakbalas untuk memenuhi tuntutan ideologi.


Masyarakat

mempunyai

sifat

khusus

yang

membolehkan

manusia

menyimpan sifatnya dan memajukan p[eranannya dlaam sejarah. Bennabi


menyatakan factor ini merupakan intisari bagi kewujudan masyarakat kerana
mereka menentukan umur sesuatu masyarakat dan juga kestabilan dan
kesepaduan sepanjang zaman. Intisari ini akan menghubungkan ahli

masyarakat, dan ia akan memberikan bimbingan dan penyesuaian kepada


pelbagai aspek kegiatan seseorang menunaikan tugas sebagai masyarakat

SPESIES DAN MASYARAKAT


Apa itu masyarakat? Bennabi cuba memberikan takrif terhadap tajuk ini dari
aspek fungsinya. Istilah masyarkat merujuk kepada satu penyatuan antara
anggota yang mempunyai tabiat dan adat yang sama, hidup di bawah
kawalan system undang-undang yang sama dan berkongsi minat yang sama.
Namun, ini hanyalah makna bagi masyarakat secara lahiriah. Ia tidak
memberikan apa-apa impak yang membolehkannya menunaikan sesuatu
fungsi.
Oleh itu, Bennabi mentakrifkan makna masyarakat itu perlu merujuk
kepada factor Masa. Bennabi menyatakan tentang masa kerana bagi beliau
penyatuan manusia, urusan dalaman dan aktiviti mereka tidak berubah
mengikut perubahan masa tidak termasuk dalam kategori penyatuan khusus
yang dimaksudkan dengan istilah masyarakat. Oleh kerana teori beliau ini,
pendapat

beliau

disalahanggapkan

oleh

ahli

akademik

lain

dengan

menyatakan beliau bercanggahan dengan nilai-nilai Islam.


Teori ini disalahertikan bahawa setiap masyarakat perlu mengikut
perubahan semasa dan patuh kepada arus pemodenan. Namun Bennabi
menyatakan bahawa perlu kepada perubahan yang sesuai kepada kemajuan
semasa dan teknologi semasa yang ada. Ini bukanlah bermaskdu setiap
masyarakat perlu memandang kepada proses pembaratan. Bennabi tidak
menyatakan apa-apa tentang nilai pembaratan. Usaha mengikut kerangka
masa bukanlah suatu proses pembaratan, kerana pemodenan boleh wujud

dimana sahaja dengan institusi masyarakat yang hidup dan saling bekerja
antara satu sama lain.

Kumpulan manusia yang dikenali dengan masyarakat primitif adalah


masyarakat yang tidak berubah bentuknya. Contoh yang diberikan Bennabi
ibarat sekelompok semut yang tetap dan tidak berubah bentuknya beriburibu tahun. Maka ianya tidak sesuai untuk ditakrifkan sebagai satu
masyarakat. Kehidupan bagi kelompok ini masih lagi membayangkan tahap
yang telah dilalui oleh manusia zaman prasejarah. Mereka merupakan
masyarkaat yang beku dan susah untuk menerima atau berlakunya apa-apa
perubahan di dalam masyarkat setempat. Ini boleh dikaji dengan corak
kehidupan sesuatu masyarakat setelah beribu-ribu tahun. Jika corak yang
terdapat dalam masyarkat itu hamper sama sahaja, ia digolongkan dalam
masyarakat primitif atau prasejarah. Bennabi memberikan contoh iaitu
seperti sesetengah Negara Afrika di kawasan tropika sekarang.
Namun, patut diperhatikan bahawa kumpulan yang masih bergerakdan
berada di dalam tahap perkembangan bergerak kea rah integrasi dengan
masyarakat global. Pada zaman ini kita dipengaruhi oleh perkembangan
teknologi yang memperkenalkan kita kepada konsep globalisme dan
universalism ke dalam budaya masyarakat abad ke 20.masyarakat adalah
satu kelompok manusia yang mula mengalami perkembangan dari satu

noktah dalam perjalanan masa yang kita istilahkan sebagai kelahiran.


Kelahiran menurut Bennabi adalah perkara khusus dalam sosiobudaya
manusia, tentang berlakunya sesuatu peristiwa yang menandakan titik
permulaan berlakunya perubahan bentuk hidup secara kolektif dalam
kehidupan manusia. Namun bentuk kehidupan kolektif ini boleh bermula
dengan hanya seorang lelaki, dan tidak semestinya ianya dimulakan oleh
sekelompok mansuia atau masyarakat.

Konsep masyarakat manusia yang dibawa Bennabi bukan shaja perlu


dilihat daripada penyatuan setiap individu menjadi sekelompok kumpulan
manusia. Tetapi juga boleh dilihat sebagai satu organisma yang khusus
berdasarkan pola yang menunjukkan tabiat manusia. Terdapat 3 faktor yang
dibincangkan oleh Bennabi di dalam pola ini :
a) Pergerakan yang berterusan
b) Penciptaan sebab-sebabnya secara berterusan
c) Tujuannya

PENTAFSIRAN BERBEZA MENGENAI GERAKAN SEJARAH

Alam manusia melibatkan sifat pegun dengan kadar yang tertentu.


Pada peringkat individu, keadaan pegun biasanya dinyatakan dalam bentuk

yang berlainan iaitu seperti sifat kemalasa, kurang tenaga, kurang keazaman
dan lain-lain. Perkara ini juga boleh dirujuk dalam bentuk yang kolektif
seperti, kebekuan, kemorosotan dan kemunduran yang berlaku dalam
masyarakat.
Bennabi memetik semula toeri yang dikemukakan oleh Hegel George
Wilhelm Friedrich, yang menisbahkan sebab yang menentukan setiap
pergerakan dalam sejarah iaitu perubahan dalam masyarakat. Teori yang
dikemukakan adalah masyarakat thesis, anti-Thesis dan juga synthesis.
Menurut Hegel tiga tahap ini mengawal pergerakan sejarah yang akhirnya
merubah masyarakat. Dengan itu keadaan satu kelompok manusia yang
berada pada satu masa dalam sejarah adalah tesis pada pendapatnya.
Namun, kerana berlakunya tekanan ekonomi, tekanan moral atau berlaku
perubahan iklim yang mungkin mengganggu aliran pergarakan dalam
sejarah

dan

memberikan

tekanan

kepada

masyarakat

tamadun,

menyebabkan mereka akan memberikan tindak balas yang sepatutnya


kepada tekanan yang dikenakan ke atas mereka. Aliran masyarakat yang
pada fasa tesis iaitu masyarakat yang beku, akan beransur-ansur berubah
menjadi aliran yang lebih dinamik, dan ia akan melahirkan satu keadaan
yang bertentangan kepada fasa tesis, iaitu anti-thesis.
Sintesis pula merupakan gerakan yang kemuncak bagi titik pertemuan
antara thesis dan anti-thesis. Ia memperbaharui pusingan kedua-dua tori ini

dan apabila munculnya suatu konflik yang baru, ia akan memberikan


keseimbangan kepada penyelesaian masalah.

SEJARAH DAN HUBUNGAN SOSIAL


Konsep gerakan sejarah ditafsrikan berbeza-beza mengikut sudut
pandang seseorang ahli pemikir. Seorang pakar sejarah sperti Arnold
Toynbee memberikan penekanan kepada pengaruh alam sekitar sebagai
faktor utama yang menerangkan kepada perubahan

yang berlaku dalam

masyarakat.

analisis

Namun

Bennabi

mendapati

bahawa

yang

lalu,

perjalanan dan gerakan sejarah bersumberkan daripada factor psikologi yang


berasal daripada tekanan rohani pada tahap tertentu. Maka tenaga rohani
inilah yang menjadikan jiwa itu tenaga pemacu dalam sejarah umat
manusia.

Walaubagaimanapun, sejarah adalah perubahan yang mendatangkan kesan


ke atas diri manusia, dan juga persekitaran. Kejadiran sejarh boleh dikatakan
berlaku hasil daripada interaksi tiga elemen masyarakat:
a) Unsur pribadi manusia
b) Unsur idea
c) Unsur objek kehendak
Unsur ini tidak bertidak secara berasingan. Semuanya bergerak secara
gabungan dalam satu tindakan yang bersama susunannya, ditetapkan oleh
corak ideologi hasil daripada unsur idea yang diterapkam melalui unsur
objek kehendak dan bagi mencapai tujuan yang telah ditentukan oleh Unsur
pribadi Manusia.

PENYAKIT SOSIAL

Apabila sesuatu masyarakat itu mulai mencapai tahap kemajuan, catatan


sejarah

terhadap

masyarakat

tersebut

kebiasaannya

akan

dicatatkan

sebagai berada di tahap yang baik.


Apabila pertalian yang kemas pada jalinan hubungan itu menjadi longgar, ia
merupakan petanda

awal berlakunya

penyakit

di dalam masyarakat

tersebut. Jika jaringan itu terungkai, ia akan membawa kepada kehancuran


mutlak kepada masyakarat tersebut.

Bennabi menyatakan bahawa kehancuran itu boleh terjadi tidak


mengira bagaimanapun tahap kemajuan yang dicapai oleh masyarakat.
Seperti contoh yang diberikan, iaitu Akhir zaman Abbasiah dan juga di barat
pada akhir zaman kerajaan Muwahhidin. Kedua-dua kerajaan ini diserang
oleh kehancuran walaupun masyarakat pada ketika itu sedang menikmati
penduduk

yang

ramai,

limpahan

ideology,

dan

berlaku

pelbagai

pembangunan fizikal dalam masyarakat tersebut.


Bennabi mengemukakan pendapat bahawa kehancuran tamadun tidak
boleh dilihat dari sudut berlakunya peperangan sahaja. Ia juga harus dilihat
dari keadaan masyarakat semasa taamadun itu mengalami kehancuran.
Sebelum sesuatu masyarakat itu menjadi musnah sama sekali, penyakit
social akan mula masuk dan menghancurkan sesuatu masyarakat itu dari
dalam. Proses kehancuran yang berlaku adlah secara beransur-ansur.
Sebab-sebab kehancuran secara khususnya adalah terletak kepada
situasi keadaan rangkaian hubungan social pada masa itu. Masyarakat itu
mungkin kelihatan pada lahirnya kaya rana dan berkembang, tetapi
rangkaian hubungan antara masyarakat berada dalam keadaan tenat dan
perasaan individualistic mula menonjol dalam diri manusia. Mula muncul
perasaan takbur dan sikap ingin memuaskan keinginan nafsu yang berlaku
ke atas diri manusia. Pada tahap ini, tidak ada orang yang peudli tentang
bagaimana untuk menghadapi masalah ini sebenarnya. Bagaimana ahli fikah
ingin

menyelesaikan

masalah

yang

dialami

oleh

masyarakat.

Tetapi

sebaliknya, ahli fikah sendiri sudah terseret jauh ke dalam penyelesaian

masalah yang tidak penting dalam membina semula rangkaian social dalam
masyarakat.

PENILAIAN TERHADAP KARYA MALIK BENNABI


Pertamanya, ia merupakan karya yang sangat sofistikat yang
membincangkan dengan khusus keadaan masyarakat dan apa yang sering
berlaku di dalam masyakarat merujuk lebih kepada masyarkat abad 19 dan
20. Bennabi merupakan seorang penulis yang sangat komited di dalam
menyelesaikan masalah masyarakat kerana keadaan persekitaran tabii yang
dihadapi oleh Bennabi semasa perang dunia ke-2 di mana berlakunya
penekanan oleh pihak Perancis kepada masyarakat Negara beliau, iaitu
Algeria.
Buku ini jelas membincangkan asal usul masyarakat manusia. Bennabi
sering menekankan bahawa masalah umat manusia mempunyai sifatnya
yang tersendiri. Ia sangat berlainan daripada peraturan kebendaan yang
tidak bernyawa. Oleh itu, penyelesaian yang tidak dibincangkan bersama
manusia, tidak boleh diaplikasikan kepada manusia. Oleh itu, ilmu tentang
masyarakat manusia mempunyai kaedah yang berlainan dan tersendiri.
Sedikit

kepincangan

akan

membawa

kepada

kehancuran

institusi

masyarakat.
Buku ini membincangkan input-inputnya secara mendalam. Namun
terdapat bahasa-bahasa yang digunakan bercampur aduk dengan penulisan
yang berbaur falsafah, dengan penulisan yang berbaur formula sains. Di
dalam penulisannya, beliau ada mengemukakan beberapa formula tentang
masyarakat dengan meng-interpretasikan formula tesebut di dalam bentuk

equation. Ini kemungkinan kerana pembawaan beliau semasa pengajian


peringkat Diploma, iaitu di dalam bidang Kejuruteraan.

Buku ini, tidak memberikan penyelesaian yang sempurna kepada apa


masalah yang berlaku di dalam masyarakat. Namun, ianya lebih kepada
konsep bagaimana sesuatu masalah itu hendak diselesaikan. Ia hanyalah
satu langkah atau padnuan masa hadapan kepada corak pergerakan
tamadun Islam seterusnya di dalam sejarah.
Bennabi menekankan bahawa masyarakat Islam mempunyai ciricirinya yang unik dan tersendiri. Ciri ini akan memelihara ketahanan
rangkaian social dalam masyarakat Islam. Masyarakat islam perlulah
mengekalkan cirinya yang tersendiri. Jika tidak , ia akan mengundang
kepada masalah sesame muslim, dan akhirnya ia membuka ruang kepada
fahaman daripada masyarkat lain untuk diterapkan ke dalan masyarkat isla,
dan akhirnya akan bercampur baur dan berlakunya kekeliruan antara nilainilai masyarakat Islam dan nilai-nilai masyarakat bukan Islam.

You might also like