You are on page 1of 23

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGHARGAAN
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.0 KAEDAH KAJIAN
4.0 LIPUTAN KAJIAN
4.1 SALASILAH KELUARGA
4.1.1 SALASILAH KELUARGA ABAH SAYA
4.1.2 SALASILAH KELUARGA IBU SAYA
4.1.3 SALASILAH KELUARGA SAYA
4.2 PERKEMBANGAN DIRI DAN KELUARGA
4.3 TOKOH DALAM KELUARGA
5.0 RUMUSAN
RUJUKAN
LAMPIRAN

1.0 PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu dan abah saya
yang banyak memberi sokongan dan semangat yang kukuh kepada saya untuk
menyiapkan folio Sejarah saya ini. Mereka juga merupakan orang sumber bagi kajian
salasilah keluarga saya ini.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Cikgu Harison iaitu
guru mata pelajaran Sejarah saya atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberi
olehnya semasa saya membuat folio ini.

Kepada rakan-rakan seperjuangan saya, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana
mereka secara tidak langsung telah memberi sedikit sebanyak idea bagi memperbaiki lagi
mutu folio saya ini.
Sekian, terima kasih.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN


Kajian yang dibuat oleh saya untuk menyediakan folio Sejarah ini mempunyai beberapa
objektif seperti yang berikut:
1.

Saya dapat mengenali dan memahami asal-usul keluarga saya.

2.

Saya boleh menghubung kait dan membentuk salasilah keluarga saya bermula dari
datuk dan nenek saya sehinggalah kepada generasi saya.

3.

Saya dapat mengenali dan memahami dengan lebih dekat setiap anggota keluarga
saya.

4.

Saya boleh berasa bangga dan sayang kepada keluarga saya atas segala kemajuan
yang dicapai oleh keluarga saya.

5.

Mencapai sesuatu kejayaan sebagai panduan dan pedoman untuk meneruskan


kesinambungan kemajuan dan kejayaan yang dikecapi oleh mereka agar tidak
tergugat dan hilang begitu sahaja.

6.

Saya boleh menyatakan rasa berterima kasih dan bersyukur kerana memiliki Sebuah
Keluarga yang Harmoni dan Ceria.

7.

Saya dapat menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan menganalisis


maklumat tentang keluarga saya.

3.0 KAEDAH KAJIAN


Kaedah-kaedah kajian salasilah keluarga yang saya gunakan adalah seperti berikut;
i.

Kedah lisan iaitu saya menemuramah orang sumber yang merupakan ibu bapa saya
bagi mengetahui dengan lebih lanjut beberapa peristiwa sama ada melalui
penglibatan mereka secara langsung dalam peristiwa itu atau sekadar
menyaksikannya.

ii. Kaedah pemerhatian iaitu saya melihat dan mengkaji perkembangan orang sumber
iaitu ibu bapa saya dari segi aktiviti yang mereka lakukan, hobi dan tingkah laku
mereka.
iii. Kaedah rujukan iaitu saya melihat dan mengambil maklumat daripada buku catatan
harian ibu bapa saya dan mengumpul beberapa gambar dari album keluarga.

4.0 LIPUTAN KAJIAN


Liputan kajian saya merangkumi;
4.1 Salasilah Keluarga
4.2 Perkembangan diri dan keluarga
4.3 Tokoh dalam keluarga

4.1 SALASILAH KELUARGA


4.1.1 CARTA SALASILAH KELUARGA ABAH SAYA

MAHYUDDIN

ZAHID

SALIM
SALLEH
SHAFI

CHE SU

RAFIDAH

ABDUL RAHIM

YUSRI

RAHIMAH

4.1.2 CARTA SALASILAH KELUARGA IBU SAYA


M. FITRI, MURNI,
M SHAHIR

ASMAH
MOHAMMAD
HAYATI
ABDUL NASER
OMAR

M. HATTA

NORAZAH

NURUL, ASHRAF,
HAKIMI,
SHAUQI,AFIF,
HAFIZI
HARITH, ADLIANA,
ADLINA,ALBIRAH,
ALMIERA

SITI ZALEHA
M. HANIF

M. IRFAN
NORZIANA

RAFIDAH
M. SHAFI

NUR SHAFIQAH,
NUR SHAFIYAH
(SAYA)

M. HASSAN
NUR IZZATY
M.ANNAS
SITI HAJAR MUNERAH

M. YASSER

NUR AMELIA

4.1.3 CARTA SALASILAH KELUARGA SAYA

MUHAMMAD SHAFI

NUR SHAFIQAH

RAFIDAH

NUR SHAFIYAH (SAYA)

4.2 PERKEMBANGAN DIRI DAN KELUARGA


4.2.1 BIODATA ABAH SAYA

NAMA PENUH:MUHAMMAD SHAFI BIN SALLEH


NAMA MANJA: SHAFF
UMUR:38 TAHUN

HOBI:MEMBINA PERABOT
PEKERJAAN:PEGAWAI AKAUN
MAKANAN KEGEMARAN:MEE GORENG
MINUMAN KEGEMARAN:BARLI PANAS
WARNA KEGEMARAN:BIRU
4.2.2 BIODATA IBU SAYA

NAMA PENUH:RAFIDAH BINTI OMAR


NAMA MANJA:ODAH
UMUR:36 TAHUN
HOBI:MEMASAK
PEKERJAAN:GURU
MAKANAN KEGEMARAN:LAKSA
MINUMAN KEGEMARAN:JUS OREN
WARNA KEGEMARAN:PUTIH

4.2.3 BIODATA KAKAK SAYA

NAMA PENUH:NUR SHAFIQAH BINTI MUHAMMAD


SHAFI
NAMA MANJA: KAKAK / EQA
UMUR:12 TAHUN
HOBI:MELUKIS DAN MENULIS
CITA-CITA:DOKTOR PAKAR GIGI
MAKANAN KEGEMARAN:NASI AYAM
MINUMAN KEGEMARAN:SIRAP
WARNA KEGEMARAN:BIRU
SEKOLAH:SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI DUA

4.2.4 BIODATA SAYA

NAMA PENUH:NUR SHAFIYAH BINTI MUHAMMAD


SHAFI
NAMA MANJA: ADIK / FIYYA
UMUR:10 TAHUN
TEMPAT
TINGGAL:NO.27,LORONG
9,BERTAM PERDANA 2,KEPALA BATAS

BENDAHARA

HOBI:MELUKIS , BERENANG DAN MEMBACA


CITA-CITA:JURUTERBANG
MAKANAN KEGEMARAN:LAKSA
MINUMAN KEGEMARAN:BANDUNG
WARNA KEGEMARAN:KUNING
SEKOLAH:SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI DUA
4.3 TOKOH DALAM KELUARGA

BIOGRAFI SITI
ZALEHA BINTI
OTHMAN
(MAK TOK)
Pn Hajjah Siti Zaleha binti
Othman atau lebih mesra
disapa sebagai Kak Teh
atau Mak Cik Teh ataupun
Teh Omar.
Beliau dilahirkan pada
31 Dis 1945 di Kampung
Baru, Pulau Pangkor Perak.
Semasa kecilnya, beliau
tidak pernah mendapat
sebarang pendidikan
formal. Beliau telah
mendirikan rumah tangga
bersama Haji Omar bin Hassan pada 9 Dis 1965.
Hasil perkongsian hidup ini, beliau telah dianugerahkan dengan 7 orang anak yang
mana 3 orang anak perempuan dan 4 orang anak lelaki.
Sebagai seorang ibu yang buta huruf dan hidup dalam kedaifan, beliau tidak pernah
culas dalam mendidik anak-anak beliau sehingga berjaya ke menara gading. Walaupun
beliau tidak pandai membaca dan menulis, beliau akan sentiasa mendampingi anakanaknya sewaktu anak-anaknya membuat kerja sekolah. Beliau sentiasa memastikan
kerja-kerja sekolah yang diberikan oleh guru kepada anak-anaknya disiapkan dan sering
ke sekolah untuk bertanya berkaitan prestasi dan permasalahan yang dihadapi oleh anakanaknya. Tidak hairanlah, jika boleh dikatakan hampir semua guru SK Permatang Bertam
pada era 70 hingga 90-an amat mengenali beliau.
Hasil penat lelah dan usaha bersungguh-sungguh beliau mendidik anak-anak, maka
Alhamdulillah setakat ini anak-anaknya berjaya di dalam kehidupan. Ini kerana, beliau
memegang prinsip biar aku susah, asal anak berjaya kini telah menampakkan hasil.
6 daripada 7 orang anak beliau telah melanjutkan pelajaran ke universiti. Anak
sulung beliau diberi nama Asmah binti Omar dilahirkan pada 6 Dis 1966. Anak sulung
beliau kini merupakan Pegawai SISC+ Matematik Menengah di Pejabat Pendidikan
Daerah Tengah yang terletak di Permatang Pasir. Anak sulung beliau merupakan lulusan
Sarjana dalam Pendidikan Teknologi Maklumat dari Universiti Sains Malaysia.
Bukan senang untuk menjadi senang. Bukan mudah bagi anak sulung pasangan Teh

Omar ini untuk menggenggan segulung ijazah. Beliau juga terpaksa memendamkan
keinginannya menyambungkan pelajaran ke universiti selepas SPM disebabkan masalah
kewangan. Ini kerana, keluarga ini bukanlah berasal dari kalangan orang yang senangsenang. Anak sulung beliau terpaksa mengorbankan universiti dan terpaksa memasuki
maktab perguruan bagi memberi peluang kepada adik-adik yang lain untuk bersekolah.
Pengorbanan beliau sekarang terhadap adik-adiknya nampaknya sudah terbalas sehingga
beliau berjaya menggenggan segulung ijazah sarjana.
Anak kedua bagi tokoh ibu cemerlang ini pula diberi nama Hayati binti Omar. Beliau
telah dilahirkan pada 7 Jun 1969. Anak kedua ini juga tidak banyak menghabiskan masa
remaja di kampung ini. Ini kerana, beliau telah menjejakkan kaki ke SMK St George
sewaktu tingkatan 1. Anak kedua bagi pasangan Teh Omar ini kini merupakan seorang
guru di SMK Badawi dan merupakan lulusan Ijazah Sarjanamuda Sastera dengan
Pendidikan dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Anak ketiga bagi tokoh ibu cemerlang ini merupakan tulang belakang kepada
keluarga. Beliau bernama Muhammad Hatta bin Omar. Beliau terpaksa berhenti belajar
sehingga ke tingkatan 5 sahaja kerana terpaksa memikul beban membantu keluarga
disebabkan beliau merupakan anak lelaki sulung dalam keluarga. Beliau tidak pernah
berasa cemburu atau iri hati terhadap kakak dan adik-adiknya yang berjaya melanjutkan
pelajaran sehingga ke menara gading. Disebabkan keikhlasan dan kebertanggungjawaban
yang ditunjukkan beliau kepada ibu, ayah dan keluarga, kini Alhamdulillah beliau telah
mempunyai syarikat sendiri iaitu Artcon Ent dan beliau merupakan seorang kontraktor
yang berjaya.
Seterusnya, anak keempat bagi tokoh ibu cemerlang ini merupakan seorang anak
yang telah berjanji untuk menjaga ibu atau ayah jika salah seorang daripada ibu atau ayah
telah tiada nanti. Beliau sanggup berhenti kerja sebagai Pengurus di sebuah kilang yang
terkemuka di Johor Bahru untuk mengambil alih tugas menjaga ibu dan ayah. Beliau
telah diberi nama Mohammad Hanif bin Omar yang berkelulusan Ijazah Sarjanamuda
Seni Reka Industri dari Universiti Teknologi Mara, Manjug Perak. Kini, Mohd Hanif
telah bekerja bersama-sama Mohd Hatta di Artcon Ent sebagai Pengurus Projek.
Anak kelima bagi tokoh ibu cemerlang ini merupakan anak perempuan bongsu di
dalam keluarga. Beliau kini mengajar di SK Sungai Dua, Butterworth. Beliau
berkelulusan Ijazah Sarjanamuda Sastera Dalam Pengajian Bahasa Melayu dari Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Anak keenam pula bernama Mohammad Hassan bin Omar merupakan seorang
pensyarah di Kolej Vokasional, Kulim. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjanamuda
Pendidikan Kejuruteraan Awam.
Anak bongsu dan anak yang paling manja bagi tokoh ibu cemerlang ini ialah
Muhammad Annas bin Omar. Muhammad Annas berkelulusan Ijazah Sarjana Muda
Kejuruteraan Petrolium. Kini, beliau bekerja di Petronas Carigali sebagai Jurutera
Carigali yang beribu pejabat di Menara Bekembar KLCC.

Walaupun kesemua anak-anak ibu contoh ini telah berjaya, beliau masih tidak putusputus memberi nasihat kepada cucu-cucunya supaya terus berjaya.
Di sini dapat disimpulkan bahawa kemiskinan bukanlah penghalang bagi sesebuah
keluarga untuk bertukar menjadi berjaya. Janganlah kita wariskan kemiskinan kita kepada
anak-anak kita. Ini kerana, ilmu dapat merubah dari kemiskinan kepada kekayaan.
Ini kerana, pada suatu masa dahulu keluarga ini pernah dihina dan dicerca serta tidak
disenangi oleh orang kampung dan sanak keluarga disebabkan kemiskinan. Anak-anak
tokoh ibu contoh ini begitu susah untuk berpakaian baru atau berkasut baru ke sekolah.
Mereka semua memakai baju dan kasut yang didermakan oleh orang untuk ke sekolah.
Tapi, mereka tidak pernah malu, tetapi semakin berazam untuk berjaya bagi mengubah
hidup keluarga
Mungkin ramai yang tidak tahu, dimasa anak-anak tokoh ibu contoh ini masih kecil,
makanan juga terpaksa dicatu. Hanya sesenduk nasi sekali makan dan seekor ikan yang
dikongsi beramai-ramai. Tetapi, segala peralatan dan yuran-yuran sekolah tidak pernah
yang tidak cukup dan tidak dibayar. Tokoh ibu contoh ini sanggup berikat perut asalkan
pearalatan dan yuran sekolah cukup untuk anak-anaknya.
Ini membuktikan Tokoh ibu contoh ini memang layak untuk mendapat atau
merangkul anugerah ini disebabkan sikap dan sifat beliau yang amat mementingkan
pendidikan anak-anak. Ini kerana, beliau tidak mahu anak-anaknya menjadi buta huruf
sepertinya.

LAMPIRAN

6.0 RUMUSAN
Secara kesimpulannya, daripada yang talah sepanjang melaksanakan projek sejarah ini,
saya banyak mendapat pengajaran yang berguna iaitu dapat mengetahui asal usul diri dan
keluarga dengan lebih mendalam serta saya berbangga menjadi waris keluarga ini. Saya
berazam untuk belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi anak yang berjaya supaya
dapat membanggakan seluruh keluarga saya.

You might also like