You are on page 1of 12

LAPORAN PROJEK STATISTIK

1.0

PENGENALAN
Pengajaran dan pembelajaran Matematik perlu memberi peluang kepada semua

murid untuk mengalami pembelajaran yang seronok, bermakna, berguna dan mencabar.
Bagi tujuan ini, penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran dan latihan perlu
berperingkat, bermakna dan sesuai dengan kebolehan, pengalaman serta minat murid.
Pertimbangan juga perlu diberi kepada gaya pembelajaran yang berbeza di kalangan murid.
Pembelajaran berpusatkan murid digunakan secara meluas untuk menjadikan pengalaman
matematik yang menyeronokkan, bermakna, berguna dan mencabar.
Sehubungan itu, pengajaran dan pembelajaran matematik KBSR perlu dirancang
dan dikendalikan dengan lebih efektif bagi mewujudkan pengalaman, keseronokan dan
cabaran kepada murid. Pengalaman, kebolehan, minat, daya dan gaya murid yang berbeza
perlu diambilkira dan diberi perhatian kerana ia akan menyumbang kepada kecenderungan
murid terhadap subjek matematik. Di samping itu guru juga perlu mewujudkan suatu
suasana persekitaran bilik darjah yang kondusif supaya ini akan menarik minat murid dan
seterusnya menyumbang kepada pencapaian yang lebih baik dalam mata pelajaran
matematik. Ramai yang tidak sedar bahawa terdapat hubungan langsung di antara
pemikiran matematik dengan kehidupan seharian. Setiap pemikiran akan melibatkan proses
memberi sebab dan alasan terhadap sesuatu keputusan atau tindakan. Begitu juga dengan
matematik, setiap pemikiran memerlukan pentafsiran secara logik dan perlu disokong oleh
sebab dan alasan yang munasabah.
Situasi permasalahan harian tidak hanya melibatkan angka-angka bulat malahan
situasi dalam kehidupan seharian ada yang melibatkan data. Di sinilah titik permulaan kajian
ini yang berlatar belakang kepada penerokaan pemikiran konsep perwakilan data di
kalangan murid-murid sekolah rendah. Dalam konsep perwakilan data ianya memerlukan
murid mempunyai daya kefahaman yang tinggi terhadap sesuatu maklumat yang diberi.
Kefahaman ini hanya boleh dibina oleh murid melalui aktiviti manipulatif yang memberikan
peluang kepada mereka

untuk meneroka pemahaman tentang konsep data. Ramai di

kalangan murid tidak dapat membuat pentafsiran yang betul terhadap konsep pemahaman
tentang data kerana mereka kurang didedahkan dengan latihan manipulatif. Terdapat
beberapa alat bantuan mengajar yang boleh digunakan oleh guru untuk menyampaikan
konsep

perwakilan data

seperti

contoh

lukisan, jadual, carta bar dan carta palang.

Sehubungan dengan itu, kajian ini ingin menerokai pemikiran murid terhadap konsep data
dan

cara

mereka

mengumpul

data

mentah

dan

mempersembahkannya

dengan

12

menggunakan

daya

kreativiti

murid

itu

sendiri

serta

melihat

bagaimana

murid

mempersembahkan data tersebut kepada bentuk yang paling mudah untuk difahami dan
bentuk paling mudah untuk ditafsirkan.
Secara umumnya, tujuan kajian ini adalah untuk memberi kepentingan kepada guru
untuk melihat bagaimana murid menerokai pemahaman konsep tentang data, dan
bagaimana cara mereka mengumpul maklumat atau data. Kajian ini juga dapat melihat
bagaimana murid menggunakan kreativiti mereka untuk mempersembahkan data daripada
maklumat yang mereka telah perolehi dengan menggunakan bahan-bahan yang diberikan.
Kajian ini juga memberi pendedahan kepada murid untuk menerokai konsep pemahaman
tentang data dengan aktiviti disediakan yang diharapkan boleh dikuasai oleh murid secara
menyeluruh semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Secara amnya, objektif kajian yang akan dijalankan adalah seperti berikut :
i.

Untuk mengkaji sejauh mana murid dapat memahami konsep data.

ii.

Untuk memberi peluang serta melihat sejauh mana murid boleh mengumpul data dan
mempamerkan data yang dikumpul dalam bentuk yang mudah difahami.

iii.

Untuk melihat kreativiti murid apabila mereka diberi peluang untuk mempersembahkan
data.

iv.

Untuk membolehkan guru membuat penambahbaikan terhadap pendekatan yang


digunakan bagi mengajar tajuk perwakilan data.

Secara khususnya, kajian ini akan cuba menjawab soalan-soalan yang berikut iaitu :
i.
ii.

Sejauh manakah murid-murid faham dengan apa itu data?


Bagaimana murid mengumpul data atau maklumat berdasarkan kepada tajuk kecil

iii.

yang dipilih?
Bagaimana murid mempersembahkan data daripada maklumat yang mereka perolehi?

2.0

TINJAUAN LITERATUR
Terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan berhubung dengan pembelajaran

Statistik bagi kanak-kanak di peringkat sekolah rendah. Maka dengan demikian, bab ini akan
membincangkan kajian terhadap pemikiran murid yang telah dilakukan oleh hasil kajian
tempatan dan luar negeri. Pengetahuan terhadap konsep perwakilan data adalah
kesinambungan daripada perkembangan pengetahuan konsep nombor terutama nombor
bulat. Komponen ini sangat penting kerana murid perlu menjelajah semua idea asas tentang
statistik dengan mengumpul data yang berbentuk nombor (Albert B. Bennett, Jr. L. Ted

12

Nelson).
Menurut NCTM Standard 10 (2000), standard pembelajaran statistik bagi gred 5-8
adalah semua murid sepatutnya memahami bagaimana cara untuk menyusun data daripada
carta atau graf dan membaca maklumat daripada data yang dipersembahkan. Konsep ini
seharusnya diketengahkan ke gred pertengahan di mana data dikumpul dan disusun supaya
pembelajaran menjadi lebih menarik. Fokus terhadap kajian ini adalah untuk menerokai
pemikiran murid terhadap konsep data dan sejauh mana murid dapat mengumpul maklumat
atau data berdasarkan kepada tajuk-tajuk kecil yang diberikan kepada mereka. Dan juga
bagaimana murid dapat mempersembahkan data atau maklumat yang mereka telah
perolehi menggunakan kreativiti mereka sendiri.
Dalam sebuah kajian tentang kreativiti dalam matematik (Haylock, 1997), kanakkanak yang berumur 11-12 tahun dinilai tentang kemampuan mereka untuk mengatasi
keseronokan dan untuk menghasilkan tanggapan yang tepat tapi berbeza dalam pelbagai
tugasan matematik. Ia menunjukkan bahawa kanak-kanak dengan tahap yang sama dalam
hal pencapaian matematik konvensional dapat menunjukkan secara signifikan tahap
kreativiti matematik mereka. Didapati bahawa semakin tinggi tahap pencapaian, semakin
mungkin bahawa

itu adalah sebagai petunjuk untuk membezakan tahap kreativiti

matematik. Kanak-kanak tinggi pencapaian dengan kreativiti matematik yang tinggi


dibezakan dari kanak-kanak tinggi pencapaian dengan kreativiti rendah oleh beberapa ciriciri : mereka mempunyai tahap kebimbangan yang jauh lebih rendah dan mempunyai
konsep diri yang lebih tinggi, mereka mempunyai kecenderungan dalam memproses
maklumat dan mereka lebih berani mengambil risiko dalam menyelesaikan kerja matematik.
Satu Implikasinya adalah kanak-kanak mungkin akan lebih cenderung berfikir secara lebih
kreatif jika mereka belajar matematik dalam konteks di mana mereka digalakkan untuk
mengambil risiko.
Haylock (2010) menyatakan bahawa terdapat banyak faedah yang diperolehi oleh
kanak-kanak di sekolah rendah dalam menyediakan mereka dengan pengalaman jelas
proses pemodelan matematik. Hal ini juga telah dibuktikan dalam kajian English (2004) dan
English dan Watters (2005). English membuat pemerhatian terhadap kanak-kanak sekolah
rendah yang bekerjasama dalam masalah autentik yang boleh dimodelkan dengan
matematik. Dia mengenalpasti sejumlah aspek penting dalam proses pembelajaran yang
berlangsung, baik matematik mahupun sosial. Ini termasuk : menafsirkan dan menafsirkan
semula maklumat yang diberikan; membuat keputusan yang sesuai; yang mengesahkan
alasan, membuat hipotesis, dan menyatakan hujah. English dan Watter (2005:59)
menggariskan penemuan yang sama dengan pelajar yang lebih muda dan membuat
kesimpulan dari bukti-bukti kajian dalam bidang ini bahawa 'sekolah rendah adalah
persekitaran pendidikan di mana semua kanak-kanak harus memulakan perkembangan

12

yang bermakna dari pemodelan matematik'.


Kajian mengenai penerokaan murid terhadap konsep perwakilan data dapat
meningkatkan kefahaman mereka bagaimana sesuatu data yang lengkap itu terhasil.
Berdasarkan kajian dan pengalaman dengan kanak-kanak sekolah rendah selama setahun,
Jones et al. (2000) telah membangunkan rangka kerja yang berguna untuk menggambarkan
pemikiran

statistik kanak-kanak. Rangka ini

menggambarkan

empat

proses iaitu :

(1)mendeskripsikan data, yang melibatkan pemerolehan maklumat dari satu set data atau
grafik dan membuat hubungan antara data dan konteks dari mana ia datang; (2)
menetapkan dan mengurangkan data, yang meliputi tempahan, pengelompokan dan
meringkaskan data, (3) merupakan data, yang merujuk kepada membina pelbagai bentuk
perwakilan data secara visual, dan (4) menganalisis dan mentafsir data, yang melibatkan
mengenali pola-pola dan membuat kesimpulan dan ramalan. Untuk setiap dari keempatempat aspek, para penyelidik mampu mengenalpasti empat tahap pemikiran : Tahap 1, di
mana hujah yang istimewa, sering berkaitan dengan data yang diberikan dan cenderung
untuk menarik lebih banyak pengalaman dan pendapat individu itu sendiri; Tahap 2, di mana
kanak-kanak mulai menggunakan hujah kuantitatif untuk mengulas data, Tahap 3, di mana
hujah kuantitatif digunakan secara konsisten untuk merumuskan penilaian, dan Tahap 4,
yang menggunakan pendekatan yang lebih analitis dalam menjelajah data dan dalam
membuat hubungan antara data dan konteksnya. Rangka kerja ini adalah alat yang berguna
baik bagi penilaian pemahaman kanak-kanak dan untuk menyediakan rancangan
pengajaran.

3.0

METODOLOGI KAJIAN
Bahagian ini akan membincangkan metodologi kajian yang digunakan semasa

penyelidikan. Perbincangan dalam bab ini meliputi rekabentuk kajian, populasi dan sampel
kajian,

instrumen

kajian

dan

prosedur

pengumpulan

maklumat.

Kajian

ini

menggunakan rekabentuk kualitatif bagi mencapai objektif kajian. Kajian dilakukan ke atas
pelajar-pelajar Tahun 6 di sebuah sekolah di daerah Kuala Kangsar. Bilangan populasi bagi
kajian ini adalah seramai 88 orang pelajar. Manakala jumlah sampel yang digunakan oleh
pengkaji dalam kajian ini adalah seramai 25 orang pelajar dan mereka terdiri daripada
pelajar-pelajar

Tahun 6. Sampel

ini adalah murid yang berada di bawah pengajaran

pengkaji dan ini memudahkan interaksi serta pentadbiran pengkaji dengan sampel kajian
semasa kajian ini dilaksanakan.
Bagi menjawab persoalan kajian, instrumen yang digunakan ialah soal selidik

12

(menemubual murid), aktiviti yang melibatkan murid dan melalui lukisan murid (pemahaman
mereka tentang perwakilan data) untuk tajuk perwakilan data ini. Soal selidik digunakan
untuk menentukan sejauh manakah murid dapat menggunakan idea dan kreativiti mereka
untuk membina jadual, graf atau rajah bagi mewakilkan data mentah yang diperolehi. Data
kajian dipersembahkan dalam temubual serta interaksi secara langsung yang dirakam
menggunakan temubual. Temubual secara langsung ini akan diteliti dan pengkaji akan
membuat kesimpulan tentang sejauh mana murid dapat menyampaikan justifikasi mereka
terhadap konsep perwakilan data dengan menggunakan kreativiti mereka sendiri. Melalui
aktiviti pula, ia dijalankan dengan melibatkan murid sama ada berbentuk permainan ataupun
aktiviti dalam kumpulan. Murid dikehendaki mencari maklumat mengikut tajuk yang dipilih
oleh mereka sendiri dan mereka perlu melukis di atas kertas yang disediakan cara
maklumat itu dipersembahkan. Instrumen yang terakhir iaitu melalui lukisan pula, pengkaji
dapat melihat bagaimana murid mempersembahkan data mentah mengikut kreativiti mereka
kepada bentuk yang lebih mudah difahami sama ada bentuk graf, jadual atau sebagainya.
Bagi melancarkan kajian ini, beberapa langkah yang perlu diikuti oleh penyelidik iaitu
menyediakan kertas cadangan sebagai langkah pertama. Seterusnya langkah yang kedua
penyelidik akan membuat pembacaan yang meluas mengenai tajuk kajian yang dibuat.
Langkah seterusnya ialah penyelidik akan menjalankan kajian sebenar di Sekolah
Kebangsaan Raja Muda Musa, Kuala Kangsar. Langkah terakhir ialah menulis laporan hasil
kajian yang telah dibuat.

4.0

DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini membincangkan tentang dapatan yang telah diperolehi hasil daripada

kajian yang telah dijalankan bagi menjawab persoalan kajian. Dalam kajian yang telah
dijalankan terhadap 25 orang sampel, didapati bahawa terdapat persamaan dan perbezaan
idea di antara pendapat dan hasil kerja responden. Berikut adalah dapatan kajian yang telah
dijalankan terhadap responden tersebut :

4.1

Sejauh manakah murid-murid faham dengan apa itu data?

12

Untuk menjawab persoalan ini, pengkaji mendapati setiap pelajar mempunyai


pandangan dan pendapat yang tersendiri mengikut pemahaman mereka tentang data.
Berikut adalah pendapat dan pandangan yang telah dihuraikan oleh pelajar tentang apa
yang mereka faham mengenai apa yang dimaksudkan dengan data.
Kumpulan 1 :
Kumpulan ini menyatakan bahawa data ialah :

Maklumat yang dikumpul


Maklumat yang dipersembahkan
Memudahkan untuk dibaca dan,
Boleh dijadikan dalam bentuk peratus dan purata.

Kumpulan 2 :
Kumpulan ini pula menyatakan bahawa data ialah :

Maklumat untuk mencari


Maklumat yang dinyatakan
Maklumat yang memudahkan kerja penyelesaian dan,
Maklumat yang memberi jalan pengiraan

Kumpulan 3 :
Kumpulan ini pula menyatakan bahawa data ialah :

Maklumat yang telah dikumpul


Maklumat yang diberikan untuk dijadikan purata atau untuk dijadikan jumlah
Untuk memudahkan orang untuk membaca dan,
Menyampaikan maklumat dengan lebih mudah.

Kumpulan 4 :
Pelajar ini pula menyatakan bahawa data ialah :

Memudahkan kerja dan,


Carta pai dan carta bar

Kumpulan 5 :
Pelajar ini pula menyatakan bahawa data ialah :

Maklumat dalam bentuk gambar, perkataan. Kegunaan data adalah untuk


memudahkan kita membaca data yang berbentuk perkataan dan,

12

Contoh data :
Carta pai
Carta bar

Kumpulan 6 :
Pelajar ini pula menyatakan bahawa data ialah :

Tentang maklumat
Maklumat pula dipersembahkan dalam pelbagai bentuk antaranya ialah carta pai dan
carta palang.

4.2

Bagaimana murid mengumpul data atau maklumat berdasarkan kepada tajuk


kecil yang dipilih?
Untuk menjawab persoalan kajian yang kedua ini, pelajar memilih sendiri tajuk

dengan dipersetujui oleh pengkaji. Mereka menjalankan aktiviti secara berkumpulan dan
mereka diberi peluang membuat perbincangan mencari data tetapi cara mengumpul data
dan persembahan data adalah berbeza. Pengkaji mendapati hasil dapatan daripada kajian
adalah seperti berikut :
Kumpulan 1 :
Kumpulan ini memilih tajuk kecil kajian iaitu Bilangan murid yang datang lewat ke sekolah.
Kumpulan ini mengumpul data dengan menyenaraikan nama pelajar yang datang lewat dari
hari Isnin hingga Jumaat. Kemudian data ini dijumlahkan mengikut hari persekolahan.
Kumpulan 2 :
Dalam sampel kumpulan ini pula, tajuk kecil kajian yang diperolehi ialah data tentang Cara
murid Tahun 6 Hikmah datang ke sekolah. Kumpulan ini mengumpul data dengan
menyenaraikan cara murid yang berkenaan datang ke sekolah kepada beberapa kategori
iaitu berjalan kaki, menunggang basikal, menunggang motosikal, menaiki kereta/van dan.
menaiki bas. Berdasarkan senarai yang telah ditetapkan itu, kumpulan ini mencari bilangan
murid mengikut kategori tersebut.
Kumpulan 3 :
Kumpulan ini memilih tajuk kecil kajian iaitu Bilangan murid dalam setiap kelas Tahun 6.
Mereka menyenaraikan nama-nama kelas dan setiap kelas dikategorikan mengikut jantina.
Akhirnya mereka menyenaraikan bilangan murid bagi setiap kelas berdasarkan kategori
lelaki dan perempuan.

12

Kumpulan 4 :
Bagi kumpulan ini, tajuk kecil yang mereka pilih ialah Jenis kenderaan yang digunakan oleh
guru untuk datang ke sekolah. Data dikumpul melalui pemerhatian dan juga melalui
temubual dengan menyenaraikan jenis kenderaan yang digunakan oleh guru untuk datang
ke sekolah. Kemudian mereka mengkategorikan jenis kenderaan kepada beberapa
bahagian iaitu jenis Perodua, Proton, Toyota, Nissan, Kia/Naza dan Honda. Berdasarkan
kategori tersebut, mereka mendapatkan jumlah kenderaan mengikut kategori yang telah
ditetapkan.
Kumpulan 5 :
Kumpulan ini pula memilih tajuk kecil kajian iaitu Taburan umur guru di sekolah. Kumpulan
ini mengumpul data dengan menyenaraikan semua nama guru di sekolah dan mendapatkan
umur mereka melalui temubual. Kemudian, kumpulan ini mengelaskan umur guru dengan
bilangannya sekali kepada kategori tertentu iaitu :

Umur 21 25 tahun = 1 orang


Umur 26 30 tahun = 6 orang
Umur 31 35 tahun = 10 orang
Umur 36 40 tahun = 11 orang
Umur 41 45 tahun = 9 orang
Umur 46 50 tahun = 12 orang
Umur 51 55 tahun = 5 orang

Berdasarkan kepada kategori umur ini pelajar mendapatkan bilangan guru yang terlibat bagi
setiap kategori.

Kumpulan 6 :
Bagi kumpulan ini pula, tajuk kecil kajian yang dipilih ialah Bilangan adik beradik bagi
setiap murid dalam kelas Tahun 6 Hikmah. Kumpulan ini mengumpul data dengan
menyenaraikan nama semua murid dalam kelas tersebut dan mendapatkan maklumat
tentang bilangan adik-beradik mereka. Kemudian, kumpulan ini mengelaskan umur kepada
beberapa kategori umur dengan bilangan sekali iaitu :

12

Adik beradik 1-3 orang = 7 orang


Adik beradik 4-6 orang = 23 orang
Adik beradik 7-9 orang = 2 orang
Adik beradik 10-12 orang = tiada

Pelajar ini juga menyenaraikan nama pelajar dalam kelas tersebut mengikut kategori umur
yang telah ditetapkan.

4.3

Bagaimana murid mempersembahkan data daripada maklumat yang mereka


perolehi?
Untuk menjawab persoalan kajian yang ketiga ini, pengkaji telah meneliti hasil kerja

setiap kumpulan yang dipamerkan melalui lukisan. Hasil dapatan daripada kajian mendapati
bahawa pelajar telah mempamerkan dan mempersembahkan data dengan cara mereka
mengikut kreativiti dan idea mereka tersendiri seperti dalam lampiran. Di sini, pengkaji
hanya menghuraikan secara ringkas apa yang telah pelajar pamerkan. Di antaranya ialah :
Kumpulan 1 :
Kumpulan ini mempersembahkan data yang telah diperolehi dengan menggunakan Carta
Palang Menegak.
Kumpulan 2 :
Kumpulan ini pula mempamerkan data dengan menggunakan Carta Pai. Walaupun
ukurannya nampak agak tidak seimbang, tetapi kumpulan dapat berfikir dengan cara yang
agak kreatif untuk menampakkan kelainan berbanding dengan sampel yang lain.

Kumpulan 3 :
Kumpulan ini mempamerkan data dengan menggunakan Carta Palang Berkembar kerana ia
melibatkan jantina bagi setiap kelas.
Kumpulan 4 :
Kumpulan ini pula memaparkan data yang mereka perolehi dengan menggunakan Piktograf.
Kumpulan 5 :

12

Kumpulan yang terakhir juga menggunakan Carta Palang dalam mempamerkan data
mereka.
Kumpulan 6 :
Pelajar ini mempamerkan data dalam bentuk Carta Palang Menegak seperti kumpulan yang
pertama.

5.0

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN


Mata pelajaran statistik dimasukkan ke dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah

Rendah (KBSR) kerana pakar pendidikan merasakan ilmu statistik ini perlu diajar di
peringkat kanak-kanak lagi supaya pada peringkat ini mereka akan mendapat pendedahan
awal bagaimana untuk mengumpul, memproses dan menganalisis data. Di Malaysia, ilmu
statistik telah mula diajar sejak sekolah rendah bermula pada Tahun 3 melalui topik
Pengumpulan data. Ini kerana telah menjadi Dasar Pendidikan Negara yang berobjektifkan
untuk menyediakan modal insan yang mampu berdaya saing dan berdikari serta menepati
keperluan dan kehendak pasaran di masa hadapan. Ini dapat memperbetulkan salah
tanggapan di kalangan umum yang menyatakan bahawa statistik hanya perlu dipelajarai
oleh individu yang menjurus kepada bidang sains tulen sahaja. Sedangkan statistik itu
merangkumi seluruh aspek kehidupan kita sama seperti ilmu matematik yang tidak boleh
dipisahkan dari sistem kehidupan. Bahkan ada ahli falsafah yang menyatakan bahawa
matematik adalah statistik dan statistik adalah matematik. Walau bagaimanapun, kerangka
statistik yang hendak dibangunkan perlu menekan kaedah pembelajaran. Pertamanya,
konsep pembelajaran tersebut tidak perlu obses dengan nombor dan simbol seperti . x , s
, , s2 Bahkan murid ini tidak perlu tahu yang mereka sedang mempelajari statistik,
mereka hanya tahu bahawa mereka sedang mengumpulkan dan mengelaskan data dalam
situasi yang sangat menyeronokkan dan kemudian pembangunan statistik dalam diri
mereka boleh dipanjangkan kepada proses membuat perwakilan dan menganalisis pula.
Selain itu konsep pembelajaran sambil bermain juga sangat efektif dalam mendalami ilmu
statistik ini. Contohnya, murid diberi 3 jenis kertas yang berlainan kualiti dan berat.
Kemudiannya, kertas ini akan dilipat menjadi kapal terbang kertas dan diterbangkan. Murid
akan mengambil data mengenai tahap kelajuan dan jauh kertas tersebut terbang. Cara
pembelajaran sambil bermain ini pastinya akan menarik minat murid dan seterusnya minat
ini boleh kita kembangkan sebagai landasan di masa hadapan. Selain itu, dewasa ini
terdapat pelbagai web, perisian dan klip video seperti di you tube yang boleh digunakan

12

sebagai medium pengembangan pemikiran statistik kanak-kanak.


Dalam kajian ini, pengkaji mendapati bahawa murid mempunyai pemahaman yang
tersendiri tentang data. Ada yang berpendapat bahawa data itu ada satu gambar rajah dan
ada juga yang menyatakan bahawa data itu ialah maklumat yang diwakili dengan carta atau
jadual. Ini menunjukkan bahawa murid ini cuba mentafsirkan makna data itu sendiri dengan
memberi pelbagai andaian. Ada juga menyatakan data itu sendiri boleh dipersembahkan
dalam bentuk pokok, kotak, bunga dan macam-macam lagi. Melalui lukisan guru dapat
menilai sejauh mana murid- murid ini faham tentang data.
Namun data ialah maklumat berangka yang memberikan gambaran tentang sesuatu
peristiwa yang telah berlaku serta dapat memberi ramalan tentang peristiwa akan datang.
Data juga membantu manusia membuat keputusan yang melibatkan masalah harian. Guru
dapat melihat bagaimana murid-murid ini memberi reaksi yang sebenar apabila mereka
diberi peluang untuk mengumpul, mengendali dan mempersembahkan data berdasarkan
pengalaman mereka sama ada dalam kelas atau pengetahuan am mereka tentang statistik.
Berdasarkan kepada hasil kajian dan dapatan oleh guru mendapati bahawa murid ini
mempunyai idea yang agak sama dengan murid lain, cuma beberapa orang murid yang
mempunyai idea yang agak kreatif dan bernas.
Murid-murid ini diberikan peluang untuk membuat aktiviti secara berkumpulan
dengan setiap kumpulan memilih tajuk kecil tentang pengumpulan data. Aktiviti ini dijalankan
adalah untuk membantu mereka belajar bagaimana untuk mengumpul data dan maklumat
serta melihat kreativiti mereka dalam mempersembahkan data yang dikumpul ke dalam
bentuk yang lebih difahami. Aktiviti ini juga dilakukan untuk melihat bagaimana murid ini
dapat berinteraksi dengan ahli kumpulan masing-masing semasa proses pengumpulan dan
mempamerkan data. Ini dapat meningkatkan lagi kefahaman mereka tentang statistik
dengan idea yang berbeza. Dalam mempersembahkan data pula, murid diberi kebebasan
untuk mengikut idea mereka sendiri dan bagaimana cara untuk data itu dipersembahkan.
Dalam sesi temubual dengan murid, guru dapat melihat bagaimana murid membuat
rumusan terhadap maklumat yang diperolehi, bagaiman mereka menerangkan secara
terperinci tentang data yang dikumpul dan mengapa mereka mempersembahkan data
dengan cara tersebut. Dengan penuh keyakinan murid-murid ini memberi alasan bahawa
data yang mereka persembahakan adalah untuk memudahkan sesiapa sahaja yang
membacanya. Ini menunjukkan bahawa murid boleh membuat rumusan daripada aktiviti
yang telah dijalankan. Melalui aktiviti ini juga didapati bahawa murid ini dapat
mengaplikasikan penggunaan data dalam kehidupan seharian mereka, kerana semua data
yang mereka perolehi adalah berada di sekeliling mereka dan mereka hanya perlu
mengumpul dan mengelaskan data-data tersebut. Kesimpulannya, kajian ini medapati murid

12

mempunyai idea tersendiri dalam proses pengumpulan data, mengelaskannya dan cara
mereka persembahkannya. Pendedahan awal kepada mereka tentang statistik dapat
membantu murid-murid ini untuk menerokai kehidupan mereka dan menghadapi segala
kemungkinan yang akan berlaku pada masa hadapan.

6.0

CADANGAN
Dalam menyiapkan kerja projek ini, murid telah diagihkan kepada beberapa

kumpulan yang terdiri daripada 4 atau 5 orang. Dengan kumpulan-kumpulan kecil ini adalah
diharapkan mereka dapat bekerjasama sebagai satu pasukan. Walau bagaimanamapun,
pengkaji mendapati terdapat ahli di dalam kumpulan yang tidak mahu bekerjasama dengan
ahli kumpulan tersebut. Ini menunjukkan bahawa terdapat ketidakserasian di antara ahli-ahli
dalam kumpulan tersebut. Ini menjadikan aktiviti yang dijalankan tidak begitu bermakna.
Pada pendapat pengkaji, di masa akan datang pengkaji harus bijak menentukan ahli dalam
setiap kumpulan supaya terdapat keserasian yang mana ia menyumbang kepada aktiviti
yang lebih bermakna.
Selain

daripada

itu,

semasa

membuat

pengumpulan,

pengelasan

dan

mempersembahkan data, terdapat juga murid yang melakukan kesilapan kerana data yang
mereka kumpul tidak menjawab persoalan yang timbul. Oleh itu, pengkaji mengesyorkan
supaya penambahbaikan dapat dibuat di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam
tajuk statistik terutama yang melibatkan kehidupan seharian murid. Untuk itu, guru
disarankan suapaya menggunakan alat bantu mengajar yang lebih menarik seperti carta,
jadual, gambar rajah atau melukis. Penerangan melalui video juga boleh membantu murid
untuk melihat bagaimana proses dalam pembelajaran statistik di samping aktiviti yang
melibatkan murid itu sendiri. Ini akan memberi lebih kefahaman kepada murid-murid tentang
konsep statistik.

12

You might also like