You are on page 1of 5

LAPORAN FULLY RESIDENTIAL

SCHOOLS INTERNATIONAL
SYMPOSIUM (FRSIS) 2014
ANJURAN: BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH
BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN
(BPSBPSK)
PENGELOLA : SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU
MUHAMMAD FARIS PETRA

TUJUAN LAPORAN
Laporan ini bertujuan untuk memberi maklumat berkenaan penyertaan para pelajar Sekolah
Menengah Sains Tapah (SESTA) dalam program Fully Residential Schools International
Symposium (FRSIS) 2014 bertempat di Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris
Petra, Kelantan pada 6 hingga 9 Ogos 2014. Sebanyak 66 buah pasukan yang terdiri daripada
sekolah- sekolah berasrama penuh seluruh Malaysia dan 5 buah pasukan dari pelusuk Asia
Tenggara menyertai program ini. Sekolah Menengah Sains Tapah telah turut serta menghantar
penyertaan dengan dianggotai oleh 4 orang pelajar dalam satu pasukan.
Simposium ini telah menetapkan tema utama iaitu Tourism: Education Getaway
yang kemudiannya dibahagikan kepada ENAM sub- tema. Pasukan simposium Sekolah
Menengah Sains Tapah telah diundi untuk membentangkan sub- tema Initiatives in Medical
Tourism dengan membawa usul pembentangan bertajuk Medic- Add- IT
Setiap pasukan ditetapkan untuk membuat pembentangan melalui Parallel Session.
Yang dinilai oleh panel penilai mengikut bidang kepakaran masing. Pasukan pembentangan
dinilai dan dikategori mengikut TIGA tahap iaitu Gold, Silver dan Bronze. Pada malam
penutupan, setiap pasukan dianugerahkan tahap tersebut berdasarkan penilaian semasa
Parallel Session.
LAPORAN PERTANDINGAN DAN PENCAPAIAN SESTA
a. Parallel Session untuk sub- tema
- Initiatives in Medical Tourism (Medic- Add- IT)
b. Peserta
i. Penyertaan dari Sekolah Menengah Sains Tapah diwakili oleh (Lihat Jadual)
BIL NAMA

NO K/P

JANTINA

BANGSA

1.

MUHAMMAD SYAFIQ BIN NOR


AZMI

980112-38-5125

LELAKI

MELAYU

2.

MUHAMMAD SHAZWI ALIF BIN


MOHAMAD KARIM

980109-38-5407

LELAKI

MELAYU

3.

EWANA AYESHA BINTI REDZUAN

981110-43-5058

PEREMPUAN

MELAYU

4.

FARAH HUSNA BINTI ZULKIFLE

980429-08-5876

PEREMPUAN

MELAYU

c. Pencapaian
Keputusan pertandingan menyaksikan pasukan simposium sekolah mencatat
keputusan yang cemerlang dengan merangkul Anugerah Emas. Pencapaian ini
menyamai dan mengekalkan pencapaian pada tahun lepas. Ini adalah pencapaian yang
amat membanggakan kerana pasukan sekolah telah berjaya memenanginya dua tahun
berturut- turut dan terus melakar nama dalam aktiviti Bahasa Inggeris.
RUMUSAN DAN CADANGAN
Berdasarkan kepada pencapaian yang ditunjukkan melalui penglibatan pasukan
simposium antarabangsa Sekolah Menengah Sains Tapah khususnya dari pasukan
simposium Bahasa Inggeris, dirumuskan bahawa pencapaian tersebut sangat
membanggakan. Bagi meningkatkan lagi prestasi dan persembahan pelajar khusunya
melalui pembentangan bertaraf tinggi, cadangan berikut perlu diberikan perhatian:
i)
ii)

Mempergiat aktiviti pembentangan di peringkat sekolah.


Mencari lebih banyak peluang penyerrtaan di peringkat kebangssaan dan

iii)
iv)

antarabangsa.
Mencungkil bakat dalam kalangan pelajar
Sokongan moral dan material yang tak berbelah bahagi daripada pihak

v)

sekolah.
Penglibatan bekas pelajar yang pernah mewakili sekolah dalam program
seumpama, para guru dan ibu bapa secara langsung atau tidak langsung dalam
usaha membentuk pasukan pembentangan yang berkualiti.

LAMPIRAN

SEKITAR SESI PEMBENTANGAN PARALLEL SESSION

MAJLIS PENUTUPAN DAN UPACARA PENYAMPAIAN


ANUGERAH

PASUKAN SIMPOSIUM SEKOLAH BERSAMA ANUGERAH EMAS YANG


DIMENANGI

You might also like