You are on page 1of 1

 

TEMA
Tema bagi novel ini ialah perjuangan seorang gadis remaja dan rakan-rakannya dengan
memberi kerjasama kepada Paduka Mat Salleh dalam perjuangan membebaskan bangsa dan
tanah air daripada penjajah Inggeris.
Dalam novel ini, watak utama Andayu dan beberapa orang rakannya telah berjuang
membebaskan bangsa dan tanahairnya daripada cengkaman penjajah Inggeris semasa
campurtangan Inggeris di negeri Sabah. Penjajah Inggeris yang bernaung di bawah
pertubuhan Syarikat British Borneo Utara mula berkuasa di daerah Inanam sekitar tahun 1894
sehingga tahun 1990. Andayu menerima tentangan hebat daripada bapanya yang tidak
menyokong perjuangannya itu. Walaubagaimanapun, Andayu dan rakan-rakannya telah
berjaya menentang penjajah Inggeris hasil daripada semangat keberanian, kegigihan dan
semangat patriotik yang padu dalam diri mereka beserta bantuan Paduka Mat Salleh dan
orang-orangnya.

You might also like