You are on page 1of 3

Hierarki Idea Kreatif

Tidak boleh dinafikan bahawa semua orang memiliki kreativiti. Kajian sesetengah tokoh
psikologi menunjukkan bahawa tahap umur 5 hingga 10 tahun dikategorikan sebagai tahap
yang paling subur kreativitinya. Sebagai bukti, semua orang pasti sering kali berkreativiti
semasa bermain-main pada zaman kanak-kanak. Hal ini demikian kerana pada tahap umur
seperti inilah, perasaan dan emosi ingin tahu serta ingin mencuba adalah sangat kuat.
Tambahan pula, dorongan dan motivasi untuk melakukan sesuatu dating daripada diri
sendiri dan bukannya orang lain.
Pada zaman kanak-kanak, manusia dikatakan mempunyai daya fikir yang lebih bersifat
imaginatif dan visualisasi. Tetapi selepas manusia memasuki zaman persekolahan dan
semakin tinggi tahap persekolahannya, semakin kurang daya kreativitinya. Tokoh seperti
Lytton pernah mengatakan hal tersebut.
Tidak boleh disangkal bahawa masih ada ramai orang yang keliru dengan makna Idea
Kreatif dan banyak persoalan yang boleh dikemuka terhadapnya. Bagaimanapun, kajiankajian ilmiah yang telah dibuat sehingga kini jelas menunjukkan bahawa idea-idea kreatif
dapat dibahagikan kepada lima tahap.
Idea Kreatif Tinggi
Idea ini terjelma daripada satu konsep abstrak. Idea ini juga dapat diterjemahkan secara
praktikal dalam bentuk produk konkrit seperti kereta daripada konsep abstrak. Sifat idea
kreatif tinggi ialah asli, khusus mengikut bidang,penemuan, penyelesaian dan produk baru,
diiktiraf, praktikal, nilai paten serta peribadi dan jangka masa panjang. Produk kreatif asli
merupakan hasil ciptaan pencipta yang m,emiliki pengetahuan yang mendalam dalam
sesuatu bidang menerusi kajian yang dibuatnya.

Idea Kreatif Sederhana Tinggi


Idea tersebut ialah idea kreatif asli yang telah mengalami proses ubah suai sama ada dari
segi struktur dalaman atau luaran suatu produk asli.Idea ini tercipta dengan cara mencari
kelemahan produk tersebut dan memperbaikinya.

Idea Kreatif Sederhana


Idea yang daripadanya tercipta reka bentuk baru yang bernilai tambah. Daripada idea asal,
pemikir mencari idea tambahan untuk memodifikasikan idea asal menjadi lebih canggih dan
efisien. Reka bentuk bernilai tambah ini adalah modifikasi daripada idea asal atau asli
pencipta yang pertama. Lazimnya dicipta oleh kumpulan penyelidik yang bekerja untuk
sebuah syarikat yang berusaha menguasai pasaran dengan produk baru. Ciri-ciri idea kreatif
sederhana ialah ubah tambah produk asli, nilai komersial, untuk tujuan pasaran dan produk
pengguna.

Idea Kreatif Sederhana Rendah


Idea ini ialah idea yang diterbitkan oleh individu dengan cara lakaran-lakaran grafik dan
korpus ayat. Idea ini memiliki sifat seperti idea asli, lakaran grafik atau korpus ayat,
penyelesaian masalah, berpotensi untuk dikembangkan serta realiti dan fantasi.

Idea Kreatif Rendah


Idea tersebut adalah hasil usaha menerbitkan idea secara imaginatif semata-mata dan tidak
mampu untuk menghasilkan produk. Idea ini menggunakan teknik berfikir secara kreatif
seperti teknik CoRT dan teknik sintetik. Antara sifat idea ialah idea kreatif paling

asas,dipandu oleh seseorang pembimbing, menerbitkan idea secara bebas, jangkaan masa
terhad dan isu umum.

Tokoh Kreatif
Terdapat ramai tokoh kreatif sepanjang tamadun manusia tidak kira sama ada di barat
ataupun di timur. Tokoh- tokoh tersebut merupakan ikon pemikir dan pereka cipta yang amat
kreatif di dunia dalam berbagai-bagai bidang dan disiplin. Tokoh-tokoh ini juga terkenal
dalam pelbagai lapangan seperti falsafah, agama, sastera,sains teoritis, teknologi, seni bina,
perubatan, geologi, geometri dan sukan. Idea, pendapat dan tindakan kreatif golongan ini
banyak memberi sumbangan yang penting untuk kesejahteraan hidup manusia. Tokohtokoh ini tidak melalui jalan yang mudah. Pengalaman dan pengorbanan sebahagian besar
daripada hidup mereka ialah kos yang terpaksa ditanggung oleh mereka untuk
kesejahteraan bersama.
Tahap Kreatif
Kreatif Tinggi

Kreatif Sederhana
Tinggi
Kreatif Sederhana
Kreatif Sederhana

Tokoh Kreatif

Produk Kreatif

Leonardo Da Vincci
Alexander Graham Bell
Ibnu Khaldun
Shih Huang Thi
John Mac Adam
Henry Ford

Omithopller
Telefon
Teori Tamadun
Great Wall
Jalan Bertar
Kereta

Bill Gates
Steve Jobs
Zulkifili Harun

Microsoft
Apple
Produk Nilai

Tambah
Permainan bebas

Rendah
Kreatif Rendah

Semua orang

You might also like