You are on page 1of 4

PROTON SDN BHD

PROTON (singkatan untuk Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) yang ditubuhkan pada 7
Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit, merupakan pengeluar kereta
pertama Malaysia.
Penubuhannya merupakan gagasan Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri
ketika itu, untuk mencapai aspirasi negara menuju ke arah perindustrian. Tugas berat ini
disokong oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM), serta rakan-rakan usaha
sama dari seberang laut.

Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd ditubuhkan oleh Tun Dr. Mahathir bin
Mohamad berasaskan idea beliau kepada presiden Mitsubishi semasa lawatan beliau ke
Malaysia pada tahun 1981. Kemudian pada bulan Februari 1982, satu pasukan projek
ditubuhkan di Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM) bagi membuat
penyelidikan dan menandatangani perjanjian dengan Mitsubishi.

Krisis dalam Syarikat Proton Pula apabila Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku
Ariff telah ditamatkan kontraknya pada 25 Julai 2005, tidak lama selepas beliau
menimbulkan isu AP yang dikeluarkan sehingga menjejaskan pasaran kereta tempatan. Di
bawah pengurusan Tengku Mahaleel selama tujuh tahun, Proton telah mampu menambah
kapasiti pengeluaran, mengeluar kereta sendiri dan mengumpul keuntungan tunai berjumlah
lebih RM4 bilion. Sebanyak RM1.7 bilion daripada jumlah tersebut digunakan untuk
membina kilang Proton di Tanjung Malim.

Dalam tempoh empat bulan sahaja selepas penamatan kontrak Tengku Mahaleel,
kedengaran ura-ura penutupan Proton. Ini adalah sesuatu yang memeranjatkan kerana aset
Proton termasuk harta tanah di Batu 3, Shah Alam bernilai berbilion, tidak termasuk aliran
tunai RM4 bilion pastinya lebih daripada mencukupi bagi menampung kos operasi.

Pada 2006, Proton Holding telah mengumumkan subsidarinya Proton Capital Sdn Bhd
telah menandatangani penjualan saham 57.75% dalam MV Agusta yang telah dibeli pada
2004 dengan harga 1 (RM4.50). Pembelian MV Agusta dilakukan dengan mengetahui
bahawa ia mempunyai hutang sebanyak 230 juta yang ditangguh selama 3 tahun.
Penjualan itu menimbulkan reaksi balas daripada Tun Dr Mahathir Mohammad dan
bekas pengarah urusan Proton, Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Ariff yang mempersoalkan
samada ia dijual secara terbuka yang memungkinkan harga yang lebih mahal didapati.
Selain itu Proton turut dilaporkan mengalami kerugian akibat menjual kereta pada
harga potongan yang dianggarkan sekitar RM108 juta. (Berdasarkan 54,000 buah kereta
selama 3 bulan X potongan RM2,000 sebuah), yang disifatkan oleh Tengku Mahaleel sebagai
kesilapan strategi Proton.

GARIS MASA PENUBUHAN PROTON

7 Mei 1983: Penubuhan PROTON.

23 Mei 1983: Upacara menandatangani:

Perjanjian usahasama

Perjanjian bantuan teknikal

Perjanjian pinjaman

Kontrak untuk bekalan dan pembinaan loji pembuatan kereta

Kontrak untuk bekalan bungkusan KD dan alatganti

25 Jun 1984: Menandatangai perjanjian kakitangan.

27 Jun 1984: Pengumumam nama model bagi kereta nasional (Proton Saga).

1 Ogos 1984: Pemasangan peralatan/jentera bermula.

29 Oktober 1984: Penilaian bersama prototaip pengeluaran untuk mendapat


pengesahan dan persetujuan.

1 Disember 1984: Berpindah ke pejabat baru di Loji, Shah Alam.

26 Januari 1985: Pemasangan mesin pembentuk dirasmikan oleh YBM Tengku


Razaleigh Hamzah, Menteri Perdagangan dan Perindustrian.

18 April 1985: Percubaan pengeluaran kereta pertama selesai.

1 Julai 1985: Permulaan pengeluaran komersial Proton Saga.

9 Julai 1985: Pembukaan rasmi kilang kereta nasional dan pelancaran Proton
Saga oleh YAB Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia.

1 September 1985: Pelancaran pasaran oleh Edaran Otomobil Nasional Sdn


Bhd (EON).

15 Januari 1986: Pengeluaran 10,000 unit Proton Saga.

26 Februari 2005: Perasmian kilang Proton kedua di Tanjung Malim oleh


Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

25 Julai 2005: Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff ditamatkan kontrak
sebagai Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

29 November 2005: Proton Holdings Bhd. hari ini mengumumkan pelantikan


Syed Zainal Abidin Syed Mohd. Tahir sebagai Pengarah Urusan baru syarikat kereta
nasional itu, berkuat kuasa 1 Januari 2006.

2 Ogos 2008: Pengeluaran kereta Proton yang ke 3 juta.

You might also like