You are on page 1of 1

Kini, gejala merokok seolah-olah sudah menjadi budaya golongan remaja di negara

ini tanpa mengira jantina.


Senario ini menimbulkan tanda tanya, mengapakah golongan remaja , terutamanya go
longan murid sekolah yang mudah
terjebak dalam perbuatan tersebut.
Satu daripada faktor utama yang dikenal pasti ialah diri sendiri.Hal ini didoron
g oleh keinginan murid itu untuk memcuba
menghisap rokok. Tambahan pula , mereka melihat contoh di hadapan mereka seperti
ayah , abang , jiran dan sebagainya .
Percubaan itulah yang menyebabkan ketagihan untuk terus merokok.
Antara faktor lain ialah rakan sebaya . Hal ini berpunca daripada hubungan murid
yang amat rapat dengan rakan-rakan mereka
berbanding dengan keluarga sendiri , terutamanya ibu bapa.Mereka mudah terpengar
uh oleh pujukan rakan-rakan untuk mencuba apa-apa aktiviti jua,
termasuklah merokok.Terdapat pula kumpulan yang mensyaratkan rakan mereka supaya
merokok jika ingin menyertai
kumpulan mereka. Jika rakan mereka itu enggan, mereka mengejek-ejeknya sehingga
menimbulkan cabaran untuk merokok.
Pengaruh media elektronik seperti filem , iklan dan drama turut mempengaruhi gol
ongan murid untuk merokok.
Wujud tanggapan dalam fikiran murid bahawa jika mereka merokok , mereka kelihata
n matang dan bergaya seperti
watak-watak yang ditonjolkan dalam filem , iklan atau drama yang ditonton.
Kesimpulannya, semua pihak haruslah berganding bahu dalam usaha menangani gejala
merokok dalam kalangan murid.

You might also like