You are on page 1of 4

WAJ 3062

PERKEMBANGAN MODENISASI DAN PEMBANGUNAN EKONOMI DI MALAYSIA


DAN LUAR NEGARA
KONSEP MODENISASI
Proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat.
Perubahan dapat berlangsung scara berencana atau secara tidak berencana.
Perubahan berencana ialah suatu proses yang mempunyai matlamat, kaedah
dan penetapan ukuran pencapaian sebelum sesuatu perubahan dilaksanakan.
MODENISASI EROPAH
Konsep dan proses modenisasi yang kita kenal memang bermula di Eropah Barat akibat
daripada dua revolusi besar, iaitu:
a) Revolusi Perancis (mengubah sistem politik feudal Eropah Barat)
b) Revolusi Perindustrian (mengubah sistem ekonomi Eropah Barat)
Persoalan modenisasi dapat ditinjau daripada dua sudut:
a) Sudut falsafah pemahaman tentang kemajuan atau evolusi.
b) Sudut praktikal kemajuan sains dan teknologi

SUDUT FALSAFAH
TEORI EVOLUSI

Terdapat semacam ketentuan atau arah yang bersifat sehala dalam


perkembangan kebudayaan manusia, yang berjalan melalui tahap-tahap
tertentu.
Masyarakat dikenali diberi tempat dalam suatu skala tahap perkembangan, tidak
bertamadun sehingga kepada yang moden.

SUDUT PRAKTIKAL

Kemajuan sains dan teknologi yang mencorakkan semula hubungan antara


manusia dengan alam sekitar.
Masyarakat di Eropah Barat mencari cara untuk menguasai alam sekitar dan
berusaha mengumpul kekayaan.
Penggantian teknik produksi daripada cara-cara tradisional yang menggunakan
tenaga haiwan kepada cara-cara moden yang menggunakan jentera.

MATLAMAT MODENISASI EROPAH BARAT


Mengejar kehidupan yang lebih maju dan moden.
Dicapai dengan cara meningkatkan sains dan teknologi sehingga dapat
melaksanakan industrialisasi.

WAJ 3062
MODENISASI LUAR EROPAH
Dua proses dijalankan untuk mencontohi pembangunan ekonomi dan politik di Eropah
Barat, iaitu:
a) Pemodenan
b) Pembaratan

Pemodenan
Proses perubahan dalam semua aspek kehidupan melalui proses perencanaan,
pelaksanaan dan penilaian.
Pembaratan
Proses peniruan gaya hidup Eropah Barat yang tidak disertai oleh suatu usaha
perubahan secara berencana.
Negara Eropah Barat menjadi model pilihan utama sebagai contoh bagi
pembentukan negara.
Aspek ekonomi dan aspek politik ditirui oleh negara-negara yang menjalankan
proses kemerdekaan.
Dalam aspek politik, model negara bangsa dan demokrasi politik dipilih.
Dalam aspek ekonomi, sistem ekonomi yang berasakan kapitalisme, industri dan
teknologi dipilih.

MODENISASI DI MALAYSIA
Malaysia mencontohi jejak langkah pengalaman modenisasi di Eropah Barat.
Bagi mencapai matlamat pembangunan ekonomi dengan mewujudkan sebuah
masyarakat perindustrian, Malaysia telah menumpukan kepada peningkatan
prasarana ekonomi, pembangunan pertanian dan industri gantian-import.
Pembangunan ekonomi diasaskan kepada pembangunan teknologi dan
peralihan daripada industri gantian-import kepada industri berorientasikan
eksport.
Selain itu, pembangunan ekonomi berteraskan k-ekonomi diberi perhatian oleh
Malaysia.
Malaysia berusaha membinan satu negara dan satu bangsa yang aman dan
makmur supaya politik dijaga.
Perkembangan modenisasi dari segi pembangunan ekonomi di luar negara dan
Malaysia.

WAJ 3062
MODENISASI EROPAH
I.

Revolusi Perancis
Revolusi Perancis merupakan satu tempoh peralihan politik dan sosial dalam
sejarah Perancis, daripada struktur kerajaan Perancis yang bermonarki mutlak
dengan sistem feudal yang memberikan keistimawaan bagi golongan autokrat
dan paderi Katolik, menjadi bentuk yang berasaskan prinsip Kesedaran terhadap
nasionalisme, kewarganegaraan dan hak rakyat.

II.

Revolusi Perindustrian
Revolusi Industri ialah perubahan yang cepat di bidang ekonomi iaitu dari
kegiatan ekonomi agraria ke ekonomi industri yang menggunakan mesin dalam
mengolah bahan mentah menjadi bahan siap pakai. Revolusi Industri telah
mengubah cara kerja manusia dari penggunaan tangan menjadi menggunakan
mesin.

MATLAMAT
Mengejar kehidupan yang maju dan moden dengan cara meningkat sains dan teknologi
sehingga dapat melaksanakan industrialisasi.
Penjajahan dilaksanakan untuk memastikan perlanjutan,
Bahan mentah
Tenaga buruh
Pasaran
Pedagang dan penjajah Eropah barat membawa barang seperti pakaian dan peralatan
pertanian untuk ditukar dengan komoditi seperti emas,rempah,timah dan hamba abdi
dari Afrika.
Eropah berperanan memproses bahan mentah menjadi barangan industri,bahan
makanan dan pakaian dan dijual kepada masyarakat Eropah dan negara lain.

PERKEMBANGAN MODENISASI DI MALAYSIA


Matlamat
1. Mewujudkan masyarakat perindustrian.
2. Proses modenisasi diasaskan sejak pemerintahan kolonial Bristish.
3. Peringkat awal pembangunan ekonomi ditumpukan kepada:
Peningkatan infrastruktur ekonomi.
Pembangunan pertanian & industri gantian- import.

Akhir 1960-1970

WAJ 3062
Pembangunan teknologi - 1980-1990
Menitikberatkan industri berasaskan teknologi yang lebih maju dan dasar penswastaan.
Pembangunan ekonomi

Urbanisasi
Teknologi
Pertanian
Industrialisasi

EKONOMI MALAYSIA
Dari ekonomi sara diri kepada ekonomi komersial.
Modal tempatan dari saudagar Negeri Selat dan modal asing dibawa masuk oleh
Bristish.
Perkembangan ekonomi dunia memerlukan bahan mentah.
kedudukan Tanah Melayu yang kaya dengan bahan mentah dan menyebabkan
pembukaan lombong bijih timah dan ladang getah.
Buruh dibawa masuk.
Kemajuan pengangkutan dan perhubungan serta kemudahan bekalan air dan
eletrik
Hubungan Etnik dalam Konteks
Modenisasi Malaysia.

Pembangunan ekonomi sangat penting dalam konteks modenisasi Malaysia.

Pembangunan menjadi landasan pembinaan negara bangsa.

You might also like