You are on page 1of 17

PANDUAN

PERATURAN SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN
TEMENGGONG ABDUL RAHMAN 2
JALAN ABD RAHMAN ANDAK
80100 JOHOR BAHRU
JBB 1002
TEL : 07-2233127 FAX : 07-2241431

NAMA : _________________________________
TAHUN : _________________________________

KANDUNGAN

MOTTO SEKOLAH
BELAJAR BERKHIDMAT BERBAKTI
STUDY SERVE SACRIFICE

1. Mesej Guru Besar


2. Lagu Sekolah
3. Visi Sekolah
4. Misi Sekolah

TRIVE HARD

5. Ikrar Murid
6. Falsafah sekolah

EAM UP

IM HIGH

ESPECT ALL

7. Matlamat Sekolah
8. Objektif Sekolah
9. Tanggungjawab Murid
10. Peraturan-peraturan Sekolah
11. Kesalahan Disiplin dan Tindakan

DISEDIAKAN OLEH :
GURU PENOLONG KANAN ( HEM )
SK TEMENGGONG ABD RAHMAN 2
CETAKAN KEDUA 2002

12. Panduan Ibu bapa


13. Perakuan

MESEJ GURU BESAR


Buku Panduan Peraturan Sekolah merupakan sumber rujukan
dan bahan panduan yang penting. Ibu bapa/penjaga dan muridmurid perlu memahaminya dengan jelas segala peraturan dan
tindakan yang perlu diambil bagi perkara-perkara yang
berkaitan dan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang
dihadapi .
Adalah diharapkan dengan adanya buku panduan peraturan
sekolah membolehkan Sekolah Kebangsaan Temenggong Abd
Rahman 2 sentiasa terus berjaya dalam semua bidang.
Sekian.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Guru Besar

SK Temenggong Abd Rahman 2


80100 Johor Bahru.

LAGU SEKOLAH
BELAJAR BERKHIDMAT BERBAKTI
Belajar Berkhidmat Berbakti,
Cogan Kata Sekolah Kami,
Itu Ikrar dan Janji,
Untuk Ibu Pertiwi,
Sekolah Yang Ku Cinta,
Temenggong Abdul Rahman (Dua),
Satu Tekad dan Cita
Hasrat Kami Semua,
Taatlah kepada Raja,
Serta Negara Tercinta,
Perinsip Rukun Negara,
Mesti Amalkan Bersama,
Dalam Bidang Pelajaran,
Minat Mesti Ditumpukan,
Agar Dapat Menghasilkan,
Cita-Cita Hidup Berjaya,
Belajar Berkhidmat Berbakti,
Cogan kata Sekolah Kami,
Itu Ikrar Dan Janji,
Untuk Ibu Pertiwi.
Lagu & Senikata oleh:Encik Ahmad Hashim

VISI SEKOLAH
STAR(2) akan menjadi Sekolah Berkesan dengan melahirkan
murid yang berilmu, bersatu padu, bertanggungjawab,
berakhlak mulia, rasional dan dapat menyumbangkan bakti
kepada masyarakat selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

MISI STAR(2)
Kami akan sentiasa berusaha mempertingkatkan pengajaran dan
pembelajaran kami dalam suasana yang selamat, selesa dan
penyayang, agar murid kami yang terdiri daripada berbagai
tahap pencapaian dan latar belakang, dapat menyesuaikan diri
kepada alam persekitaran yang sentiasa berubah dengan
menekankan kemahiran berfikir, komunikasi dan penyelesaian
masalah agar berjaya dalam proses pembelajaran seumur hidup.

IKRAR MURID
Kami, murid-murid STAR(2) dengan penuh tekad berikrar
bahawa kami :
Akan taat kepada Rukun Negara;
Akan memanfaatkan masa dengan sebaik-baiknya;
Belajar bersungguh-sungguh;
Taat kepada ibu dan bapa;
Aktif dalam kegiatan sekolah;
Menghormati pemimpin, ketua dan guru-guru;
Sentiasa mematuhi peraturan sekolah,
Dan menjaga nama baik keluarga, sekolah dan negara.
FALSAFAH SEKOLAH
Pendidikan ialah untuk memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan
yang sempurna serta seimbang dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri,
agama, bangsa dan negara.

MATLAMAT SEKOLAH
1. Melahirkan pelajar yang sempurna dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek.
2. Menyemai sikap positif dengan pendekatan progresif dan
usaha yang positif.
3. Melahirkan pelajar yang berkeinginan dan berkebolehan
untuk memberi sumbangan kepada sekolah, masyarakat
dan negara.
4. Menggalakkan penggunaan pusat sumber sekolah sebagai
satu sistem bagi mencapai matlamat dan objektif kurikulum
dalam era teknologi bermaklumat dan untuk menghadapi
cabaran hidup dalam era globalisasi.
OBJEKTIF SEKOLAH
1. Menambah serta memupuk minat belajar yang tinggi dan
berkekalan di kalangan murid-murid.
2. Menimbulkan kesedaran bahawa murid adalah aset yang
besar bagi negara dan merupakan harta yang tidak ternilai
untuk masa akan datang.
3. Mewujudkan golongan murid yang peka terhadap
perubahan.
4. Menyemai nilai murni yang tinggi terhadap kejayaan dan
kecemerlangan.
5.Meningkatkan kecekapan dalam bidang kemahiran belajar di
kalangan murid-murid.

6. Meningkatkan pencapaian di dalam bidang kurikulum dan


ko-kurikulum.
7. Meningkatkan keyakinan diri, sikap yakin boleh dan
kemahiran menerima ilmu di kalangan murid-murid supaya
menjadi individu yang berilmu dan tahu menggunakan
ilmunya.
8. Memupuk dan menyuburkan minat murid-murid dalam
bidang seni dan kebudayaan.
9. Mengekalkan dan memelihara minat masyarakat yang
harmonis, rasional, bersatu padu dan taat setia seperti yang
termaktub dalam prinsip rukun negara.
10. Menambah bilangan murid yang mencapai keputusan
cemerlang dalam ujian / peperiksaan sama ada yang
dikendalikan oleh pihak sekolah / Kementerian Pendidikan.
11. Menjadikan sekolah ini sebuah sekolah yang mempunyai
kejayaan yang cemerlang dan dapat dibanggakan dalam
segala bidang kegiatan kurikulum dan ko-kurikulum.
12. Menjadikan sekolah ini sebuah sekolah yang mempunyai
perpustakaan dan media yang lengkap sesuai untuk
pengajaran dan pembelajaran.
13. Mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang menarik,
segar dan sihat.
14. Mewujudkan suasana kekeluargaan dan permuafakatan di
kalangan guru-guru, murid-murid dan kakitangan sekolah.

A. TANGGUNGJAWAB MURID
15. Mewujudkan sikap kerjasama dan perhubungan yang erat
dengan ibu bapa dan masyarakat setempat sesuai dengan
dasar bahawa SEKOLAH ADALAH SEBAGAI
INSTITUSI MASYARAKAT .
16. Menyemaikan semangat yakin diri yang tinggi,
bertanggungjawab, rasional dan tidak ekstrim.

PIAGAM PELANGGAN
Kami warga STAR(2), Johor Bahru berikrar dan berjanji akan
menumpukan seluruh tenaga kami untuk:Memastikan sistem pendidikan berjalan dengan baik di
sekolah ini.
Memastikan kami sentiasa peka dan responsif kepada
kehendak dan keperluan pelanggan.
Memberi layanan mesra, perkhidmatan terbaik dan adil.
Berusaha memastikan murid- murid memperoleh pendidikan
yang baik.
Memastikan guru-guru sentiasa berdedikasi, berdisplin,
bertanggungjawab dan produktif.
Sentiasa bersedia memberi tunjuk ajar dan bimbingan
kepada murid-murid yang yang memerlukannya.
Sentiasa bersedia menerima pendapat, cadangan dan teguran
yang membina daripada semua pihak demi
mempertingkatkan lagi prestasi perkhidmatan dan
kecemerlangan akademik dan ko-kurikulum.

Murid-murid STAR(2) akan:1. Melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran.
2. Berkeyakinan, berhemah tinggi dan menghargai rakan sebaya
3. Membentuk pengetahuan dengan menghayati budaya
membaca dan mengaplikasikan pengetahuan untuk masa
hadapan.

B. PERATURAN SEKOLAH
Setiap murid STAR(2) berhak untuk mendapat pendidikan
dalam suasana yang selamat dan positif. Sehubungan itu setiap
murid dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan sekolah
sepanjang masa seperti yang terkandung di bawah.
1. Waktu Persekolahan
1.1 Tahap Satu (Tahun Satu hingga Tiga)
Hari Isnin
Hari Selasa Khamis
Hari Jumaat

: 7.30 pagi - 1.00 tengah hari


: 7.30 pagi - 12.30 tengah hari
: 7.30 pagi - 12.00 tengah hari

1.2 Tahap Dua (Tahun Empat hingga Enam)


Hari Isnin Khamis
Hari Jumaat

: 7.30 pagi - 1.00 tengah hari


: 7.30 pagi - 12.00 tengah hari

1.3 Murid-murid mesti berada di sekolah lebih awal dan


sebelum pukul 7.20 pagi.

2.3 Baju sukan sekolah dan seluar pendek atau panjang warna
biru tua atau hitam untuk Pendidikan Jasmani.

1.4 Setiap hari Isnin murid-murid mesti beratur berdua-dua


dengan senyap untuk perhimpunan mingguan di dataran
STAR(2). Pada hari-hari yang lain, murid-murid mesti
bersiap sedia di dataran STAR(2) untuk pesanan harian.

2.4 Kasut getah kanvas dengan stoking putih.

1.5 Murid-murid dilarang keluar dari kawasan sekolah pada


waktu persekolahan ataupun pada waktu rehat kecuali telah
mendapat kebenaran bertulis Guru Besar/Guru Penolong
kanan ataupun guru bertugas. Ibu bapa yang ingin
membawa anak pulang mesti mendapat kebenaran
terlebih dahulu dan kemudiannya merekodkan nama di
di dalam Buku Rekod Murid Keluar di pejabat.
1.6 Murid-murid yang ingin pulang awal kerana menduduki
peperiksaan Sekolah Agama, mesti mendapatkan
KEBENARAN daripada Guru Besar/Guru Penolong Kanan
dengan mengemukakan surat permohonan pulang awal
daripada Guru Besar Sekolah Agama berkenaan dengan
butiran jadual peperiksaan bersama senarai nama muridmurid yang terlibat.
2. Pakaian Murid Lelaki
2.1 Baju kemeja putih lengan pendek.
2.2 Seluar pendek/panjang warna biru tua.
Bertali leher warna merah maroon.

2.5 Tanda nama murid dan lencana sekolah.


2.6 Pengawas-pengawas dikehendaki memakai baju biru muda
lengan panjang dan seluar panjang berwarna biru tua serta
kasut kanvas hitam.
3. Penampilan Murid
3.1 Murid-murid mesti sentiasa berpakaian seragam sekolah
lengkap dengan kemas dan bersih. Baju mesti sentiasa
dimasukkan, berambut pendek, berminyak dan disikat
kemas serta berkuku pendek dan bersih.
3.2 Potongan Rambut Lelaki

4. Tatatertib
4.1 Murid-murid mesti mengamalkan dan menghayati nilainilai murni supaya bersopan-santun dan menghormati guruguru serta sesama rakan sebaya.
4.2 Sentiasa memberi salam kepada guru-guru, pelawat-pelawat
ataupun orang dewasa lain.
4.3 Sentiasa bertutur dan bercakap menggunakan bahasa yang
elok dan sesama sekali tidak menggunakan bahasa kesat
ataupun bahasa yang boleh menyinggung orang lain.
4.4 Tidak berlari, menjerit-jerit atau membuat bising sehingga
menganggu ketenteraman sekolah.
4.5 Ketuk pintu dan dapatkan kebenaran cikgu terlebih dahulu
sebelum masuk atau berjumpa murid lain di kelas.
4.6 Sentiasa membuat sesuatu yang berfaedah seperti membaca
atau membuat latihan semasa menunggu guru masuk atau
jika tiada guru di kelas.
4.7 Tidak boleh keluar masuk kelas sesuka hati atau tanpa
kebenaran. Setiap murid mesti memakai Pas Keluar jika
hendak keluar dari kelas untuk ke tandas ataupun urusan
berkaitan.
4.8 Sentiasa hormat pengawas, pustakawan serta ketua dan
penolong ketua darjah.
4.9 Pengawas, pustakawan serta ketua dan penolong ketua
darjah mesti menunjukkan teladan yang baik.

4.10 Menggunakan perpustakaan mengikut peraturan-peraturan


yang telah ditetapkan.
4.11 Menghormati lagu sekolah, lagu kebangsaan, lagu Bangsa
Johor dan lain-lain lagu patriotik.
5. Suasana Pembelajaran
Murid-murid mesti sentiasa bersedia menghulurkan kerjasama
dan membantu pihak sekolah untuk mewujudkan suasana
pembelajaran yang terbaik dengan:5.1 Mematuhi segala peraturan sekolah.
5.2 Mengambil peluang dan menggunakan kemudahan sekolah
dengan baik
6. Semasa Pembelajaran dan Pengajaran
6.1. Sentiasa menumpukan perhatian kepada pengajaran guru.
6.2. Sentiasa mematuhi arahan guru terutama sekali waktu
pelajaran PJK, KH dan Sains.
6.3. Tidak membuat bising atau ponteng kelas walau dengan
apa alasan pun.
7. Kawasan Sekolah
7.1 Tidak berlari-lari, menjerit-jerit atau membuat bising di
dalam kawasan sekolah.

7.2 Hanya membuang sampah di tempat-tempat yang


disediakan, bukan di merata-rata tempat. Amalkan Sifar
Sampah .
7.3 Mempastikan kawasan sekolah sentiasa bersih, cantik dan
ceria.
7.4 Tidak merosakkan tumbuh-tumbuhan di kawasan sekolah,
malah membantu menjaganya dengan baik.
7.5 Tidak boleh bermain bola di kawasan sekolah kecuali di
padang sahaja.
7.6 Dinding-dinding bangunan tidak boleh dikotorkan.
8. Keselamatan Di Sekitar Dalam Dan Luar Kawasan
Sekolah
Murid-murid mesti sentiasa menjaga keselamatan diri di
kawasan sekolah dengan:8.1 Tidak keluar atau masuk kawasan sekolah dengan sesuka
hati atau tanpa kebenaran.
8.2 Mengikut atau mempercayai kata-kata orang yang tidak
dikenali untuk dibawa keluar atau pulang ke rumah. Jika
berlaku keadaan ini segera rujuk dan laporkan kepada guru
atau ke pejabat.
8.3 Tidak memanjat pemegang tangga atau tembok kaki lima
atau pun apa sahaja yang boleh membahayakan.
8.4 Bermain di tepi jalan semasa menunggu kenderaan.

8.5 Mengikut latihan kebakaran dengan serius.


8.6 Tidak berlari ataupun kejar mengejar apabila loceng
dibunyikan sama ada waktu pagi, rehat, selepas rehat atau
waktu balik.
8.7 Semasa menaiki kenderaan murid-murid ditegah berebutrebut atau pun berkejar-kejar untuk menaiki atau menuruni
bas ataupun kenderaan persendirian.
8.8 Murid-murid tidak boleh melintasi jalanraya sesuka hati.
8.9 Apabila diadakan sesuatu majlis atau sambutan, muridmurid tidak dibenarkan pulang awal atau sebelum waktu
yang ditetapkan.
9. Bilik Darjah/Tandas/Kantin
9.1 Bilik Darjah
9.1.1 Bilik darjah mesti disapu tiap-tiap hari, cermin tingkap
dilap dan kerusi meja disusun kemas.
9.1.2 Kerusi dan meja mesti dijaga dengan baik dan bersih.
Segala kerosakan mesti dilaporkan kepada guru kelas
dengan serta merta. Segala kerosakan yang disengajakan
mesti dibayar ganti rugi mengikut harga pasaran semasa.
9.1.3 Pintu, tingkap, lampu dan kipas mesti ditutup apabila
meninggalkan kelas atau sebelum pulang selepas waktu
sekolah.
9.1.4 Apabila meninggalkan kelas untuk Pendidikan Jasmani
pintu kelas mesti ditutup ataupun dikunci.

9.2 Tandas
9.2.1 Mesti sentiasa dijaga dengan bersih dan dinding tidak
diconteng.

11.2 Laporkan kes-kes kecederaan ringan dan dapatkan rawatan


daripada guru bertugas atau minta bantuan dari pejabat
sekolah.

9.2.2 Tandas mesti dipam selepas membuang air, tidak


membuang sampah ke dalam lubang tandas atau menarik
pam terlalu kuat sehingga patah atau rosak.

11.3 Surat akuan untuk rawatan doktor boleh didapati di


pejabat.

9.2.4 Tidak membuang sampah dalam sinki.

11.4 Kemalangan yang dialami yang mana telah diwadkan dan


dilaporkan kepada polis perlu diberitahu kepada pejabat
sekolah untuk urusan insuran Takaful.

9.3 Kantin

12. Barangan Milik Persendirian

9.2.3 Paip air mesti sentiasa ditutup dan tidak membazir air.

9.3.1 Mesti makan di kantin. Kebersihan sentiasa diutamakan.


Selepas makan pinggan mangkuk diletakkan di tempattempat yang disediakan.
9.3.2 Berbaris dengan senyap ketika membeli makanan.
9.3.3 Basuh tangan sebelum dan selepas makan.

12.1 Pihak sekolah tidak membenarkan murid-murid membawa


apa sahaja barangan yang tidak diperlukan dalam
pembelajaran di sekolah termasuk membawa wang yang
berlebihan.

10. Yuran Sekolah

12.2 Pihak sekolah tidak bertanggungjawab ke atas sebarang


kehilangan harta benda milik persendirian di kawasan
sekolah.

10.1 Segala yuran sekolah mesti dijelaskan dalam bulan Januari


kepada guru kelas.

12.3 Semua barangan yang dijumpai di sekitar kawasan sekolah


hendaklah diserahkan kepada pihak sekolah di pejabat.

10.2 Resit-resit pembayaran mesti disimpan dengan baik.


10.3 Apa sahaja pembayaran mesti dibuat dengan segera.
11. Kemalangan Dan Kecemasan
11.1 Semua jenis kemalangan dan kes-kes kecemasan
hendaklah segera dilaporkan kepada guru bertugas atau
pejabat sekolah.

12.4 Sesiapa yang kehilangan sesuatu barangan hendaklah


membuat pertanyaan di pejabat sekolah dengan segera.

15. Harta Benda Dan Kemudahan Sekolah


13. Alatan Tulis
13.1 Murid-murid hanya dibenarkan membawa alatan
seperti berikut:a. 3 batang pensel kayu
b. satu pengorek pensel, pemadam dan pembaris
kayu/plastik.
c. dua batang pen mata bulat biru/hitam dan merah
d. sekotak pensel warna/crayon dan sebotol gum
13.2 Gunting/pisau blade hanya boleh dibawa jika diarahkan
oleh guru-guru pendidikan seni.
13.3 Lain-lain alatan tulis/berlebihan akan dirampas dan
dilupuskan.
14. Barangan Larangan
Berikut adalah antara barangan yang dilarang dibawa ke
sekolah:01. radio/walkman
07. video/computer games
02. chewing gum
08. mercun/bunga api
03. pisau/blade
09. kereta mainan
04. correction liquid
10. rollerskate
05. gasing
11. daun terup
06. rokok/mancis/lighter
12. buku/kad gambar lucah
13. apa sahaja barangan yang tidak diperlukan dalam
pembelajaran ataupun bertentangan dengan nilai-nilai
atau ajaran agama.

15.1 Semua hartabenda sekolah mesti dijaga dan digunakan


dengan baik. Segala kerosakan yang disengajakan atau
disebabkan kecuaian mesti digantikan mengikut harga
pasaran semasa disamping tindakan disiplin. Ini termasuk
menconteng dan mengotorkan dinding-dinding.
15.2 Telefon awam mesti digunakan dengan baik. Telefon
pejabat hanya boleh digunakan untuk panggilan
kecemasan sahaja jika telefon awam tidak boleh
digunakan.
16. Kedatangan
16.1 Murid-murid wajib hadir pada setiap hari persekolahan
termasuk aktiviti ko-kurikulum dan kelas tambahan pada
hari Sabtu/waktu petang.
16.2 Surat akuan rawatan/ cuti sakit doktor atau ibubapa mesti
diserahkan kepada guru kelas pada keesokan hari jika
tidak hadir.
17. Peperiksaan
17.1 Murid-murid mesti hadir dan menjawab semua soalan
ujian/peperiksaan dengan serius.
17.2 Segala unsur penipuan adalah dilarang.
17.3 Pemalsuan tandatangan/mengubah markah/gred dalam
kertas ujian/kad/buku pelaporan kemajuan adalah
kesalahan yang serius dan tindakan disiplin akan diambil.
17.4 Semua kertas ujian mesti ditandatangani ibu bapa dan
dikembalikan kepada guru mata pelajaran berkenaan.

18. Buku SPBT

C. AM

18.1 Semua murid mesti mengisi Borang Permohonan


Pinjaman Buku SPBT (Borang 1A)

1. Jika murid-murid mendapati ada orang-orang yang


mencurigakan di kawasan sekolah, segera laporkan kepada
Guru Besar, guru-guru atau pekerja-pekerja sekolah.

18.2 Semua buku SPBT hendaklah disampul dengan plastik dan


dijaga dengan baik.
18.3 Buku-buku yang rosak atau hilang mesti digantikan
dengan buku yang sama. Bayaran gantian berbentuk tunai
tidak boleh diterima.
18.4 Murid-murid dilarang menconteng atau mengotorkan
buku-buku pinjaman.

2. Jika murid-murid ada maklumat tentang kesalahan-kesalahan


yang dilakukan oleh murid-murid STAR(2) ataupun orang
luar ke atas murid-murid STAR(2), segera laporkan kepada
Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru atau
pejabat sekolah. Kesalahn-kesalahan ini adalah seperti peras
ugut, mencuri, mendera ataupun lain-lain kegiatan jenayah.
3. Murid-murid dilarang sama sekali menganggotai sebarang
kumpulan haram.

18.5 Buku-buku tidak boleh disimpan di dalam laci meja di


sekolah. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke
atas sebarang kerosakan atau kehilangan.

4. Murid-murid mesti sayang kepada sekolah dan tidak boleh


membazir elektrik, air atau lain-lain kemudahan yang
disediakan.

19. Kerja Rumah

5. Murid-murid ditegah membeli makanan dan minuman di luar


kawasan sekolah.

19.1 Murid-murid mesti mengulangkaji pelajaran di rumah


setiap hari.
19.2 Semua kerja rumah yang diberi oleh guru wajib disiapkan
dengan sempurna dan dihantar kepada guru-guru berkenaan
dalam tempoh masa yang ditetapkan.
19.3 Semua kerja latihan setelah disemak oleh guru perlu dibuat
pembetulan jika ada kesalahan.

6. Murid-murid mesti sentiasa jujur dan ikhlas. Murid-murid


tidak boleh berbohong kepada ibu bapa kerana perbuatan ini
boleh menimbulkan salah faham antara guru-guru/pihak
sekolah dengan ibu bapa.
7. Murid-murid mesti mempunyai Sense of Urgency.
8. Laporkan kepada pihak sekolah jika terlihat apa-apa
kerosakan atau keadaan yang boleh membahayakan untuk
tindakan susulan segera.

D. KESALAHAN DISIPLIN DAN TINDAKAN


Berikut adalah jenis-jenis kesalahan disiplin dan tindakantindakan yang boleh diambil:Bil

Jenis Kesalahan

01.
02.
03.
04.
05.
06.
07.
08.
09.
10.

Mencuri
Menipu
Memeras Ugut
Membuli
Melawan/mengecam/memukul
Bergaduh/bertumbuk
Menganggotai kumpulan haram
Menyalahgunakan dadah
Menceroboh
Memiliki/melukis/menulis bahan
lucah
Mengeluarkan kata-kata
kesat/lucah
Merokok
Bersikap kasar
Mengganggu pengajaran &
pembelajaran
Menganggu ketenteraman sekolah
Mengotorkan kelas/bilikbilik/kawasan sekolah
Membeli makanan/minuman luar
Ponteng/ keluar kelas
Tidak menyiapkan kerja sekolah
Lewat ke sekolah

11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.

1
A
N
A
A
N
N
N
B
A
N

21.

Tindakan
2 3 Lebih
R B
B
A R
B
B B
B
B B
B
A R
B
A R
B
B B
B
B B
B
B B
B
A R
B

N A R

N A R
N A R
N A R

B
B
B

N A R
N A R

B
B

N
L
N
N

B
B
B
B

A
R
A
L

R
B
R
L

22.
23.

24.

Merosakkan harta benda


sekolah/guru/individu/kerajaan
Berkuku panjang
Membawa sebarang bentuk
permainan yang tidak
diperlukan dalam pengajaran &
pembelajaran
Apa sahaja bentuk kesalahan
selain daripada yang telah
dinyatakan

R R

N
N

G L
A B

B
B

B B

Kombinasi tindakan boleh diambil ke atas semua jenis


kesalahan selain daripada yang dinyatakan jika didapati perlu.
Nota:
N Nasihat/Kaunseling
A - Amaran
R - Rotan
L Lapor kepada ibubapa
G Gunting/Ketip
B Budibicara Guru Besar
R - Rampas

PANDUAN IBU BAPA/ PENJAGA


Pihak pentadbiran sekolah berharap ibu bapa/penjaga dapat
menghulurkan kerjasama sepenuh kepada guru-guru dan
pentadbiran sekolah.
01. Ibu bapa diminta melapangkan masa untuk membantu
anak-anak mengulangkaji pelajaran.
02. Memastikan anak-anak hadir ke sekolah pada hari-hari
persekolahan dan menyiapkan segala latihan/kerja sekolah.
03. Tidak mengambil tindakan terburu-buru terhadap guruguru/pihak sekolah. Ibu bapa diminta bersabar dan
menyiasat terlebih dahulu jika berlaku apa-apa kejadian
atau salah faham. Ibu bapa/penjaga digalakkan berbincang
dengan pihak sekolah ataupun PIBG jika berlaku salah
faham atau rasa tidak puas hati dengan pihak sekolah.

07. Pihak pentadbiran sekolah memberi jaminan segala maklum


balas daripada ibu bapa diterima dengan hati terbuka dan
professional.
08. Ibu bapa tidak dibenarkan memandu kenderaan masuk ke
dalam kawasan sekolah terutamanya waktu menghantar
anak ke sekolah dan selepas waktu sekolah (balik).
09. Adalah diharapkan ibu bapa berpakaian kemas dan sopan
sewaktu berurusan dengan sekolah.
10. Ibu bapa diminta menghantar anak ke sekolah lebih awal,
sebelum 7.20 pagi bagi mengelakkan pelajaran anak-anak
terganggu. Waktu mata pelajaran pertama bermula pada
pukul 7.30 pagi.

04. Ibu bapa diminta bersikap lebih terbuka dan sentiasa


menyokong usaha pentadbiran sekolah dalam mendidik
anak-anak.

11. Ibu bapa tidak dibenarkan menunggu anak di luar kelas


terutamanya Tahun Satu agar tidak mengganggu pengajaran
dan pembelajaran di kelas.

05. Ibu bapa/penjaga diminta mendapat kebenaran terlebih


dahulu daripada pejabat sekolah sebelum berurusan dengan
guru-guru atau anak di kelas.

12. Ibu bapa tidak dibenarkan berurusan terus dengan murid


lain untuk menyelesaikan masalah sesama murid agar tidak
berlaku salah faham.

06. Apa sahaja tindakan/tuduhan tanpa siasatan rapi/tidak


rasional/tidak berasas terhadap guru-guru/pentadbiran
sekolah boleh melunturkan semangat guru-guru.

13. Untuk sebarang aduan, sila dapatkan borang aduan di


pejabat

Perakuan

Perakuan

Saya ______________________________________________

Saya ______________________________________________

K/P__________________________ ibu/bapa/penjaga kepada:-

K/P__________________________ ibu/bapa/penjaga kepada:-

I )____________________________Tahun______________

I )____________________________Tahun______________

II )____________________________Tahun______________

II )____________________________Tahun______________

III )____________________________Tahun______________

III )____________________________Tahun______________

IV )____________________________Tahun______________

IV )____________________________Tahun______________

telah membaca dan meneliti akan kandungan buku panduan murid ini
khasnya tentang peraturan-peraturan sekolah dan telah memahaminya.

telah membaca dan meneliti akan kandungan buku panduan murid ini
khasnya tentang peraturan-peraturan sekolah dan telah memahaminya.

Saya faham dan jelas bahawa peraturan-peraturan yang digariskan


adalah demi keselamatan dan kebaikan anak/jagaan saya sepanjang
masa anak/jagaan saya bersekolah di STAR(2).

Saya faham dan jelas bahawa peraturan-peraturan yang digariskan


adalah demi keselamatan dan kebaikan anak/jagaan saya sepanjang
masa anak/jagaan saya bersekolah di STAR(2).

Saya juga faham dan jelas bahawa sekiranya anak/jagaan saya


melanggar peraturan-peraturan yang ditetapkan, tindakan disiplin
akan diambil berlandaskan garis panduan yang ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan dari semasa ke semasa.

Saya juga faham dan jelas bahawa sekiranya anak/jagaan saya


melanggar peraturan-peraturan yang ditetapkan, tindakan disiplin akan
diambil berlandaskan garis panduan yang ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan dari semasa ke semasa.

Saya juga berjanji akan menghulurkan kerjasama yang sepenuh


kepada pihak sekolah demi kebaikan dan masa hadapan anak/ jagaan
saya.

Saya juga berjanji akan menghulurkan kerjasama yang sepenuh


kepada pihak sekolah demi kebaikan dan masa hadapan anak/ jagaan
saya.

Tandatangan Ibu/Bapa/Penjaga

Tandatangan Guru Besar/ Guru


Kelas

Tandatangan Ibu/Bapa/Penjaga

Tandatangan Guru Besar/ Guru


Kelas

..
(Nama:
)
Tarikh:

(Nama:
)
Tarikh:

..
(Nama:
)
Tarikh:

(Nama:
)
Tarikh:

You might also like