You are on page 1of 18

KOMSAS TINGKATAN

1
CERPEN OREN

SINOPSIS CERPEN OREN

Cerpen ini mengisahkan mengenai seekor kucing yang


diberi nama Oren. Ayah yang pada mulanya enggan
membenarkan anak-anaknya memelihara kucing telah
membawa Oren pulang dan dijadikan sebahagian
daripada ahli keluarga mereka. Pertanyaan ibu
mengenai Oren terjawab juga apabila ayah
memberitahu bahawa dia telah melanggar ibu Oren.
Tidak beberapa lama kemudian, seekor kucing lain
juga telah dibawa pulang, iaitu Kelabu yang akhirnya
telah menimbulkan konflik kepada Oren. Kehilangan
Oren telah disedari oleh ayah dan seisi keluarga.
Mereka mengaitkan kehilangan itu dengan sikap Oren
yang berasa iri hati dengan Kelabu yang berjaya
menawan hati mereka sekeluarga. Setelah ketiadaan
Oren, ayah amat berasa kehilangannya sehingga
bermimpi Oren pulang ke rumah tetapi realitinya Oren
telah ditemui mati oleh Anis di celah pokok tua yang

TEMA DAN PERSOALAN

Kasih sayang kepada


binatang.
Buktinya ayah sekeluarga
telah memelihara dua
ekor kucing yang diberi
nama Oren dan Kelabu.
Seluruh ahli keluarga
telah menunjukkan minat
masing-masing untuk
memelihara binatang ini.
Kedua-dua kucing ini
dijaga dengan baik dan
diberikan kasih sayang
yang sepenuhnya.

Hubungan baik
antara manusia dan
haiwan
Contoh: Ayah dan ahli
keluarga memelihara
dua ekor kucing dan
sangat menyayangi
kedua-dua kucing
tersebut
1.

SAMBUNGAN PERSOALAN
2. Konflik antara Oren dan Kelabu
Contoh: Oren lebih banyak mengalah dan
selalu mendiamkan diri. Malahan Oren akan
membiarkan Kelabu makan dahulu dan
baharulah dia menghabiskan sisa-sisa
makanan Kelabu.
3. Berkongsi minat yang sama
Contoh: Ayah berkongsi minat memelihara
kucing dengan ahli keluarganya.

PLOT
1. Permulaan/Eksposisi
Kisah bermula dengan Oren yang sudah empat hari
menghilangkan diri. Kehilangan Oren telah dirasai
oleh seluruh ahli keluarga
2. Perkembangan
Ayah tidak mengetahui sebab-sebab mengapa Oren
menghilangkan diri dari rumah. Kehilangan Oren
telah mendatangkan kesedihan kepada ayah. Azura
memberitahu kepadaku bahawa Oren melarikan diri
kerana berasa cemburu dengan Kelabu yang
mendapat perhatian daripada seluruh ahli
keluargaku.

SAMBUNGAN PLOT
3. Klimaks
Ayah mula sedar kesilapannya yang
mengabaikan Oren telah menyebabkan
Oren menghilangkan diri dari rumah tanpa
dapat dikesan. Kerisauan ayah semakin
berganda apabila cuaca pada hujung
pertengahan Disember yang selalu
menurunkan hujan akan mendatangkan
masalah kepada Oren.

SAMBUNGAN PLOT
4. Peleraian
Anis menjumpai bangkai Oren di bawah
pokok tua yang tumbang di taman
permainan hadapan rumah mereka. Mata
ayah berkaca selepas mendengar kejadian
tersebut

TEKNIK PENCERITAAN
1. Pemerian
Contoh: Pengarang menceritakan kejadian
kemalangan yang melibatkan ayah dan ibu
Oren.
2. Dialog
Contoh: Perbualan antara ahli keluarga dan
ayah mengenai kehilangan Oren.
3. Monolog
Contoh: Ayah yang bercakap dengan Oren
bertanyakan ke mana Oren menghilangkan diri
selama empat hari.

SAMBUNGAN TEKNIK
PENCERITAAN
4.Imbas Kembali
Contoh: Pengarang yang teringat semula
kejadian ayah membawa pulang Kelabu ke
rumah mereka.

WATAK UTAMA - AYAH


1. Seorang ayah yang penyayang
2. Membela dua ekor kucing, iaitu Oren dan
Kelabu
3. Hilang selera makan setelah menyedari
kehilangan Oren
4. Menunjukkan kasih sayang kepada Oren
dengan membelai-belai bulu di badan Oren
5. Merindui Oren, sehingga bermimpi jumpa
Oren
6. Menangisi kematian Oren

WATAK SAMPINGAN-OREN
i. Seekor kucing yang mempunyai bulu
yang berwarna oren
ii. Dibela sejak kecil selepas kematian
ibunya
iii. Seekor kucing yang suka mengalah
contohnya, memakan sisa makanan selepas
Kelabu makan
iv. Menghilangkan diri dari rumah kerana
merajuk dengan ayah yang melebihlebihkan Kelabu

WATAK SAMPINGANKELABU

i. Salah seekor daripada kucing belaan ayah


ii. Dinamakan Kelabu sempena bulu
badannya yang berwarna kelabu
iii. Menjadi saingan kepada Oren dalam
merebut perhatian daripada ayah dan
keluarganya
iv. Digambarkan sebagai kucing yang tidak
tahu membuang najisnya
v. Pandai bermanja dan menggesel-geselkan
badannya ke kaki ayah

LATAR MASA
i. Kehilangan Oren selama empat hari
ii. Sudah seminggu hujan turun
iii. Setiap malam
iv. Hujung pertengahan Disember
v. Makan malam
vi. Dua hari yang lalu

Latar Tempat/ Ruang


i. Rumah ayah membawa Oren pulang ke rumah
ii. Halaman Anis ada melihat kelibat Oren dua hari
sebelum kehilangannya di kawasan halaman rumah
iii. Taman permainan tempat bangkai Oren ditemui
oleh Anis
iv. Dapur ayah membawa Oren ke dapur den
menghidangkan susu
v. Ruang tamu setiap kali ayah pulang dari kerja,
Kelabu akan datang ke ruang tamu untuk bermanja
dengan ayah
vi. Tepi longkang tempat Oren membuang najisnya

Latar Masyarakat
i. Masyarakat yang menyayangi binatang
belaan seperti kucing ayah dan keluarganya
sangat menyayangi binatang dan telah
memelihara dua ekor kucing
ii. Masyarakat yang bertanggungjawab ayah
yang melanggar ibu Oren telah bertanggungjawab
dengan membawa Oren pulang ke rumah untuk
dipelihara
iii. Masyarakat yang pemurah ayah dan anakanaknya menjaga kucing peliharaan mereka
dengan memberi makanan yang berkhasiat seperti
susu

GAYA BAHASA
i. Simile seperti ada yang
membersihkannya
ii. Personifikasi setiap kali mata Oren dan
matanya bertemu
iii. Personifikasi Oren cemburu akan
kehadiran Kelabu
iv. Sinkof tika (ketika

NILAI
i. Kasih sayang ayah dan keluarganya
menyayangi kucing peliharaan mereka
ii. Bertanggungjawab ayah
bertanggungjawab memelihara Oren selepas
kematian ibunya
iii. Baik hati ayah memberikan makanan
yang berkhasiat kepada kucing
peliharaannya

PENGAJARAN
i. Kita hendaklah mengamalkan sikap
berkasih sayang walaupun kepada makhluk
selain manusia.
ii. Kita perlulah bertanggungjawab dalam
melakukan sesuatu perbuatan dan tidak
menganiayai orang lain,
iii. Sifat baik hati adalah sifat yang terpuji
dan perlu diamalkan oleh semua orang untuk
menjamin kesejahteraan dalam hidup

You might also like