You are on page 1of 6

KOMPUTER

1. Apakah maksud komputer?


Alat elektronik yang berupaya untuk menerima data, memproses data,
menghasilkan maklumat serta menyimpan data dan maklumat
2. Tiga fungsi utama komputer?
A) input - menerima maklumat dari peranti input
B) Memproses - memproses maklumat yang diterima
C) Ouput - paparan di skrin komputer, cetakan menggunakan mesin pencetak
(Printer) dan suara yang keluar melalui pembesar suara.
3. Faedah menggunakan komputer?
a) Menyimpan maklumat yang banyak
b) Memperolehi semula maklumat dengan segera
c) Melakukan perhitungan rumit dengan tepat
d) Mempunyai banyak jenis aplikasi
4. Sistem komputer terbahagi kepada 4 komponen yang utama iaitu?
a ) Input
b ) Output
c ) Sistem
d ) Storan
5. Contoh komputer ialah :
Komputer meja
Komputer riba
PDA

KOMPONEN ASAS KOMPUTER


Komputer terbahagi kepada dua iaitu Hardware (Perkakasan) dan Software (Perisian)

HARDWARE (PERKAKASAN) - benda yang ada dan nampak.

1.

CPU- Central Processing Unit (Sistem Pemprosesan Utama)


Unit asas dan komponen yang utama.
mengandungi komponen-komponen penting yang akan menggerakkan komputer.

2. Monitor (Paparan Komputer)


Peranti perisian output yang berupaya untuk memaparkan aksara atau imej yang
statik atau bergerak.
Berfungsi sebagai output untuk menampilkan paparan daripada unit pemprosesan
agar pengguna dapat melihat apa yang sedang beroperasi.
Terdapat beberapa jenis monitor seperti
A) Monitor CRT (Cathode Ray Tube)
B) Monitor LCD (Liquid Crystal Display)
C) Monitor LED (Light Emitting Diode)
D) Monitor Plasma
3.

Keyboard (Papan Kekunci

Merupakan peranti yang selalu digunakan dan paling popular untuk memasukkan data ke
dalam komputer.

Penyusunan papan kekunci yang memberikan piawaian kepada kebanyakan papan kekunci
adalah penyusunan QWERTY, yang diberi nama mengikut huruf pertama pada baris atas di
sebelah kiri. Ia biasanya mempunyai 101 kekunci.

Papan kekunci mempunyai pengawal (controller) dan penimbal (buffer) kekunci. Segala yang
ditaip akan disimpan dalam penimbal (boleh lebih daripada satu simbol disimpan) dan
kemudiannya akan diimbas oleh pemproses komputer setelah menerima isyarat sampukan
(interrupt) daripada pengawal kekunci.

NAMA KEKUNCI

FUNGSI

Space bar

kekunci yang paling panjang, gunanya untuk jarak antara patah perkat

Enter

Kekunci yang paling penting dan paling selalu di gunakan. Biasanya t


kerja, ia itu untuk seterusnya. Atau membuat perenggan ayat seterusny
apa saja yang dilakukan oleh window mengikut arahannya.

Caps Lock

Untuk menaip dalam huruf besar. Pastikan lampu hijau caps lock men

Shift

Juga untuk mendapatkan huruf besar. Tetapi ianya perlu di tekan seren

Backspace

Kekunci yang mempunyai tanda arah panah kekiri. Fungsinya memad


document atau lain lain folder) atau ketika melayari internet, ia berfun

Delete

Didalam kerja menaip, fungsinya untuk memadam satu huruf dari kiri
semuanya setelah kita select (Select bererti kita menekan dan seret tet
apa saja program yang telah kita arahkan dengan mengklik sekali tetik

Tab

Untuk memulakan perenggan ayat, atau menjarakkan perkataan lebih

Ctrl

Kekunci kawalan. Selalunya di gunakan serentak dengan sesuatu huru


akan saya senaraikan di bawah ini nanti.

Alt

juga kekunci kawakan. Berfungsi hampir sama dengan Ctrl.

Start

Kekunci yang berlogo window di gunakan untuk membuka butang sta


kebawah, tekan enter. Untuk menutup komputer menggunakan kekunc
pasti tempatnya tekan Enter sekali lagi.

4 arah panah

Digunakan untuk menggerakkan kursor(penanda di screen dimana kit


atau melayari internet, ia berfungsi untuk menurun atau menaikkkan h

Num Lock

Kunci nombor. Pastikan lampu hijau Num Lock menyala untuk kita m
nombor yang ada disitu berfungsi sebagai penggerak pengganti point

F12

Kekunci untuk menghantar simpan (save as) helaian yang sedang kita

F1

Kekunci untuk mendapatkan bantuan Help

4. Mouse (Tetikus)
Peranti input yang berfungsi mengawal gerakan kursor atau penunjuk pada skrin
paparan. Peranti kecil yang digerakkan di atas permukaan keras dan rata.
Terdapat banyak jenis tetikus seperti tetikus menggunakan bebola, optical dan
sebagainya.
Mempunyai 3 jenis fungsi utama iaitu klik kanan (right click), klik kiri (Left click
) dan klik dua kali (double click).
5. Pembesar suara (Speaker)
Untuk mendengar segala bunyi yang telah diprogramkan.
6. Printer (Mesin pencetak)
Peranti untuk memproses maklumat dalam bentuk dokumen bercetak (hard copy)
samaada dalam bentuk teks atau grafik.

SOFTWARE (PERISIAN) - benda yang tidak nampak secara nyata


Komputer mesti mempunyai perisian asas untuk menghidupkan atau
mengendalikan segala kerja yang dikehendaki.
Perisian komputer terbahagi kepada dua iaitu
- Sistem (Pengendalian)
-Aplikasi
1. PERISIAN SISTEM
Perisian komputer sistem ialah program yang mengawal dan menyelaras semua
aktiviti komputer seperti
- menyediakan antaramuka
- memasang perisian
- melancarkan perisian
- memperuntukkan ruang memori
Contoh perisian sistem adalah Windows, Linux dan Mac OS
2. PERISIAN APLIKASI
Program yang membantu pengguna untuk melaksanakan tugas tertentu.
Contoh perisian aplikasi adalah :
- Pemprosesan kata (Word, notepad)
- Hamparan elektronik ( Excel, Statistic)
- Persembahan elektronik (Powerpoint)
-Penyunting grafik ( Photoshop, paint)
- Pemain media ( real player, winamp, VLC media player)
-Pangkalan data (Access)

You might also like