You are on page 1of 6
KP(PP)0069/6/3 Jld. 10 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 1 TAHUN 2015 PELAKSANAAN PEMBERIAN CUTI REHAT KHAS BERDASARKAN PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2005 TUJUAN 1 Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk menyelaraskan pelaksanaan pemberian Cuti Rehat Khas (CRK) yang dinikmati oleh Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP). Surat Pekeliling Perkhidmatan ini hendaklah dibaca bersekali dengan Perintah Am Bab C dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2005 (PP 3/2005). LATAR BELAKANG 2. Berdasarkan PP 3/2005, PPP yang mengajar layak menikmati CRK sebanyak 7 hari dalam satu tahun kalendar. 3. Pada prinsipnya, pengambilan CRK adalah ditetapkan mengikut bilangan hari CRK yang layak diambil oleh pegawai berdasarkan kepada tempoh perkhidmatan yang melayakkan dalam tahun yang berkenaan. Abs KP(PP)0069/6/3 Jd. 10 4. Kemudahan CRK adalah untuk kegunaan dalam tahun semasa sahaja. Baki CRK yang tidak digunakan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya namun boleh dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat pada setiap tahun TAFSIRAN “ahli keluarga” bermaksud suami atau isteri dan anak-anak pegawai. “ahli keluarga rapat’ bermaksud ibu bapa kandung, ibu bapa mentua, adik beradik, datuk dan nenek kepada suami/isteri pegawai PELAKSANAAN PEMBERIAN CUTI REHAT KHAS 5. Selaras dengan pelaksanaan dasar sedia ada, pemberian CRK sebanyak 7 hari layak diambil oleh PPP secara pro-rata (proportionate) mulai bulan Januari hingga Disember bagi sesuatu tahun. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, Ketua Jabatan boleh memberi kelulusan CRK melebihi bilangan yang dilayaki tanpa terikat dengan tempoh perkhidmatan yang melayakkan terhad untuk tujuan-tujuan berikut : (a menziarahi ‘ahli keluarga’ dan ‘ahli keluarga rapat’ yang sakit tenat atau meninggal dunia; (b) menziarahi upacara keagamaan yang dianuti oleh pegawai; (c) dalam keadaan kecemasan atau kemalangan yang menimpa seperti kebakaran, banjir dan sebagainya; > OSs KP(PP)0069/6/3 Jd. 10 (d majlis konvokesyen bagi pegawai atau ‘ahli keluarga’; (e mendaftar anak ke sekolah atau institusi pengajian tinggi (di dalam atau di luar negara); (f) menunaikan fardhu haji sekiranya tempoh 40 hari tidak mencukupi, (g) menghadiri kursus suai kenal bagi kursus luar kampus; dan (hi perkahwinan pegawai atau anak pegawai. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 6. Pihak Berkuasa Melulus bagi permohonan CRK adalah Ketua Jabatan/ Pengetua/ Guru Besar sekolah, mana yang berkenaan. 7. Tempoh CRK yang telah diambil secara pendahuluan mengikut tujuan-tujuan di para 5 di atas hendaklah dipulangkan dalam bentuk pemotongan emolumen pegawai sekiranya berlaku keadaan di mana pegawai tidak genap berkhidmat dalam satu tahun kalendar atas sebab cuti tanpa gaji, cuti separuh gaji, cuti belajar, cuti haji, cuti sakit tibi, kusta dan barah, pegawai meninggal dunia dalam perkhidmatan atau ditamatkan perkhidmatan. KP(PP)0069/6/3 Id. 10 8. Pemberian cuti hendaklah dikawal dan tidak diberi dengan sewenang-wenangnya sehingga boleh menjejaskan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ketua Jabatan hendaklah menggunakan budibicara secara bijak dalam mempertimbangkan pemberian CRK pegawai. TARIKH KUATKUASA 9, Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuatkuasa mulai tarikh ia dikeluarkan. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Och 2 tee A TAN SRI DR. MADINAH BINT| MOHAMAD: Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Tarikh : | Mac 2015 Salinan Kepada: Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Pelajaran) KP(PP)0069/6/3 Sid. 10 Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan) Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Dasar dan Pembangunan Pendidikan) Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Pembangunan Profesionalisme Keguruan) Edaran Luar: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Bahagian Saraan Aras 4 dan 6, Blok C3, Kompleks C 60510 PUTRAJAYA Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia Bahagian Dasar Saraan, Wang Awam dan Khidmat Pengurusan Aras 3, Blok Selatan, Kompleks Kementerian Kewangan No. 5, Persiaran Perdana, Presint 2 62595 PUTRAJAYA Akauntan Negara Malaysia Jabatan Akauntan Negara Kompleks Kementerian Kewangan No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2 62595 PUTRAJAYA Ketua Audit Negara Jabatan Audit Negara Malaysia Pejabat Ketua Audit Negara No. 15, Aras 1-5, Persiaran Perdana, Presint 2 62518 PUTRAJAYA “{MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

You might also like