You are on page 1of 1

Ruj.

Kami: IPDAxxxxxxx
Tarikh: xxxxxxxxxxxxxx

Tuan,
JEMPUTAN KE KEM BAHASA INGGERIS (ENGLISH LANGUAGE CAMP) DI IPG KAMPUS DARUL AMAN
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2.
Pihak Jabatan Bahasa dan unit GERKO IPG Kampus Darulaman akan menganjurkan Kem Bahasa
Inggeris. Kem ini bertujuan untuk memberi peluang kepada guru pelatih kursus B.Ed TESL dalam mengaplikasi
teori pengurusan kokurikulum khususnya dalam aspek penganjuran aktiviti. Selain itu ia juga memberi peluang
kepada para pelajar untuk mengambil bahagian di dalam kem ini sekaligus meningkatkan keupayaan
menggunakan Bahasa Inggeris dalam persekitaran yang menyeronokkan.
3.
Sehubungan itu kami ingin menjemput 5 orang pelajar berserta seorang guru pengiring dari sekolah
tuan untuk mengambil bahagian di dalam kem tersebut. Butirannya adalah seperti ketetapan yang berikut:
Nama Program
Tarikh
Masa
Tempat

: Kem Bahasa Inggeris (English Language Camp)


: 6 Mei 2013
: 8.00pagi 5.00petang
: IPG Kampus Darul Aman

4.
Sekiranya pihak tuan memerlukan maklumat lanjut berkenaan program tersebut, pihak tuan boleh
menghubungi Pn. Noreha Jamaluddin di talian 04-9148300.
Kerjasama daripada pihak tuan adalah didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
MENDIDIK DAN MEMIMPIN
Saya yang menurut perintah,

(HAJI MOHD MUSTAFA BIN AHMAD)


Pengarah,
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Darul Aman.

s.k
1. Fail Jabatan Bahasa

You might also like