You are on page 1of 7

HBEF 2703 PENDIDIKAN KOKURIKULUM

FALKUTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
KUALA LUMPUR

HBEF 2703
PENDIDIKAN KOKURIKULUM
TAJUK TUGASAN: PENULISAN JURNAL REFLEKTIF
T1A4

NAMA : OLIVIA CHONG YEE LING


NO.K/P: 820615135424
NO MATRIK : 820615135424001
SEMESTER : JANUARI 2013

HBEF 2703 PENDIDIKAN KOKURIKULUM

ISI KANDUNGAN
PERKARA

MUKA SURAT

1.0 Pengenalan

2.0 Catatan Jurnal Reflektif terhadap aktiviti yang telah

dijalankan
2.1 Kelemahan

2.1.1 Sebelum pertandingan dijalankan

2.1.2 Semasa pertandingan dijalankan

2.1.3 Selepas pertandingan dijalankan

2.2 Kelebihan sebelum, semasa dan selepas pertandingan

2.3 Cara mengatasi kelemahan dan tindakan susulan

3.0 Kesimpulan

HBEF 2703 PENDIDIKAN KOKURIKULUM

1.0 Pengenalan
Penulisan Jurnal Reflektif adalah amat penting untuk guru menilai dan membantu mereka
memperbaiki kelemahan dan berusaha mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang
timbul semasa menjalankan sesuatu aktiviti. Menurut Woolfolk (1995), refleksi adalah
satu pemikiran secara mendalam di mana seseorang itu akan memikirkan atau merenung
semula situasi yang telah dilalui untuk menganalisis apa yang telah dilakukan dan
mengapa dilakukan sedemikian.
Sebagai seorang guru penyelaras dalam apa jua kegiatan kokurikulum, guru
perlulah sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baru hasil daripada
pengalaman yang telah dilalui. Guru juga perlu boleh menghubung kaitkan apa yang
dipelajari atau dialami dengan tugas dan kehidupan harian agar pemahaman yang lebih
dapat disampaikan kepada para murid.
Dengan penilaian dibuat terhadap aktiviti yang dijalankan ini, ia pastinya dapat
membantu meningkatkan prestasi ahli terhadap sesuatu aktiviti itu. Kelemahankelemahan yang dikenal pasti dapat diatasi dengan lebih berkesan dan ia membantu guru
memahami masalah yang dihadapi dan cuba membantu ahli menyelesaikannya.
Selain itu, guru perlu melihat sesuatu isu, situasi atau masalah dari pelbagai
perspektif agar penyelesaian terbaik dapat dibuat dengan lebih sistematik. Guru perlu
berusaha memperbetulkan sebarang kesilapan dan perlakuan semasa merancang dan
melaksanakan aktiviti mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Di samping itu, guru
perlu mempelajari daripada apa yang dibuat agar memberi makna kepadanya dalam
konteks peribadi, profesion, masyarakat dan Negara.

HBEF 2703 PENDIDIKAN KOKURIKULUM

2.0 Catatan Jurnal Reflektif terhadap aktiviti yang telah dijalankan


2.1 Kelemahan
2.1.1 Sebelum pertandingan dijalankan
Antara kelemahan yang berlaku sebelum pertandingan bercerita dan pertandingan
syarahan ialah tarikh pertandingan yang dirancang dan ditetapkan pada 12 April 2013
perlu ditundakan. Di mana pada tarikh berkenaan, saya sebagai pengerusi pertandingan
perlu menduduki peperiksaan OUM. Oleh itu, dalam mesyuarat perkembangan pada hari
22 Mac 2013 telah membuat keputusan bahawa tarikh pertandingan ditunda kepada 17
April 2013.
Selain itu, kelemahan yang berlaku sebelum pertandingan bercerita dan
pertandingan

syarahan

ialah

masalah

penyediaan

hadiah.

Dalam

mesyuarat

perkembangan, guru besar telah membuat keputusan untuk menambah satu hadiah sagu
hati bagi pertandingan tersebut. Di mana guru yang menyediakan hadiah terpaksa
memyediakan satu lagi hadiah sagu hati.
Kelemahan yang seterusnya ialah masalah penyertaan murid terutamannya murid
Tahun Enam yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR sekitar bulan September nanti.
Kelas tambahan diadakan pada setiap hari dan mereka terpaksa juga menyertai latihan
pertandingan pada tarikh ayng ditetapkan. Oleh itu, ini telah membebankan lagi muridmurid tersebut.
Kelemahan yang seterusnya ialah kekurangan guru yang menjadi pelatih kepada
peserta kerana sekolah kami merupakan sekolah SKM. Di mana semua guru juga
menjalankan tugas khas masing-masing contohnya guru penasihat kelab lain yang turut
menjalankan aktiviti atau pertandingan masing-masing.
Di samping itu sekolah ini tidak mempunyai ruang dan masa yang sesuai untuk
berlatih bercerita dan syarahan kecuali selepas waktu persekolahan. Di mana ia juga
menimbulkan masalah penghantaran peserta yang terlibat dalam latihan bercerita dan
syarahan untuk balik ke rumah masing-masing. Selain itu, ia juga memerlukan kebenaran
ibu bapa dan guru besar.
3

HBEF 2703 PENDIDIKAN KOKURIKULUM

2.1.2 Semasa pertandingan dijalankan


Antara kelemahan yang dapat dikesan semasa pertandingan bercerita dan syarahan
sedang berlangsung ialah masalah PA system yang digunakan menghadapi masalah
antaranya suara yang tidak begitu jelas dan kadang-kadang suara pengacara majlis
langsung tidak keluar. Ini menyebabkan kelancaran perjalanan pertandingan bercerita dan
syarahan terjejas sedikit.
Kelemahan yang terakhir ialah kurangnya sambutan daripada ibu bapa yang
datang ke pertandingan bercerita dan syarahan. Ini menyebabkan suasana pertandingan
bercerita dan syarahan tidak begitu meriah kerana kurangnya penonton terutama ibu
bapa. Puncanya ialah masalah pengangkutan ke sekolah dan ada antara ibu bapa murid
yang bekerja pada waktu itu jadi menyukarkan mereka untuk hadir menyaksikan anakanak mereka pertandingan bercerita dan syarahan.
2.1.3 Selepas pertandingan dijalankan.
Antara kelemahan yang berlaku selepas pertandingan bercerita dan syarahan berakhir
ialah masalah kebersihan yang tidak begitu memuaskan. Ada antara murid yang
membuang sampah di kelas yang digunakan sebagai tempat pertandingan. Di samping itu
ada juga murid yang tidak bekerjasama apabila diarahkan memungut sampah. Mereka
tidak mengendahkan arahan guru sebaliknya melarikan diri. Akhirnya guru sendiri
mengemaskan tempat pertandingan tersebut.

2.2 Kelebihan sebelum, semasa dan selepas pertandingan


Walaupun banyak kelemahan namun ada juga kelebihan-kelebihan. Di sini saya akan
merumuskan kelebihan secara keseluruhan iaitu kelebihan sebelum,semasa dan selepas
pertandingan bercerita dan syarahan berlangsung.
Antara kelebihan yang pertama sekali ialah semangat menyertai pertandingan
yang sangat tinggi yang ditunjukkan oleh murid terutamanya dari segi kehadiran yang
amat baik dan mereka hadir lebih awal daripada guru. Begitu semangat yang mereka
4

HBEF 2703 PENDIDIKAN KOKURIKULUM

tunjukkan sewaktu latihan. Walaupun tidak ada ruang dan masa yang sesuai, mereka tetap
juga mahu berlatih dalam kelas yang serba sempit.
Begitu juga dengan kerjasama guru yang sanggup hadir untuk latihan selepas
waktu persekolahan. Walaupun ada guru yang mempunyai komimen yang lain tetapi
sanggup turun untuk melatih murid. Bukan sahaja guru malah pentadbir sekolah
terutamanya guru besar telah memberikan komitmen dalam pertandingan terutama dari
segi penyediaan kewangan untuk pertandingan bercerita dan syarahan. Contohnya
memberi sumbangan sebanyak RM 150.00 untuk kegunaan membeli piala untuk
pertandingan. Di mana ini tidak lagi menyukarkan guru untuk mencari sumber kewangan.
Ibu bapa juga bekerjasama dengan pihak sekolah terutamanya memberi kebenaran
kepada anak-anak mereka untuk hadir bagi menghadiri latihan bercerita dan syarahan.

2.3 Cara mengatasi kelemahan dan tindakan susulan


Antara cara mengatasi masalah PA sistem yang kurang memuaskan, pihak sekolah harus
meminjam dari sekolah yang berdekatan terutamanya sekolah menengah yang
mempunyai kelengkapan PA sistem yang baik. Dengan cara ini masalah PA sistem ini
dapat selesaikan. Manakala masalah tempat dan masa latihan yang terhad boleh diatasi
dengan cara memberi peranan kepada semua guru untuk melatih peserta-peserta kelas
masing-masing secara bergiliran selepas waktu persekolahan.
Begitu juga pernubuhan AJK disiplin semasa pertandingan dan selepas
pertandingan amat diperlukan. AJK displin ini bertanggungjawab untuk mengawasi
murid agar sikap dan kelakuaan mereka dijaga semasa berada di tempat pertandingan.
Bagi memeriahkan lagi pertandingan bercerita dan syarahan, sekolah dan pihak pentadbir
perlu memberi surat jemputan kepada semua ibu bapa supaya semua ibu bapa menghadiri
pertandingan bercerita dan syarahan sekolah ini. Selain itu, guru boleh berbincang
dengan pihak pentadbir sekolah supaya aktiviti pertandingan bercerita dan syarahan boleh
diadakan dalam hujung minggu supaya semua ibu bapa boleh menghadiri pertandingan
tersebut.
5

HBEF 2703 PENDIDIKAN KOKURIKULUM

Kesimpulannya dengan adanya kerjasama pentadbir, guru dan murid sekolah ini,
segala kelemahan ini akan dapat diatasi. Segala yang baik juga haruslah diteruskan.

3.0 Kesimpulan
Aktiviti kokurikulum adalah amat penting dan seharusnya dijalankan di setiap
sekolah. Dalam meningkatkan pencapaian dalam aktiviti yang dijalankan melalui
kegiatan kokurikulum ini, guru berperanan untuk memastikan perancangan dan aktiviti
berjalan dengan lancar dan teratur.
Melalui aktiviti yang dijalankan sepanjang penggal pertama ini, pelbagai
kemahiran dan pengalaman telah di perolehi oleh ahli-ahli Persatuan Bahasa Cina ini.
Semangat dan nilai-nilai murni dapat diterapkan melalui aktiviti yang dijalankan. Melalui
pengalaman yang didedahkan, ahli-ahli diberikan ilmu, kemahiran, bimbingan serta
latihan yang merupakan nilai tambah untuk mereka mencapai kecemerlangan diri.
Di samping itu, kegiatan kokurikulum ini dapat membantu murid-murid
meningkatkan prestasi serta memberi peluang yang lebih luas untuk mereka mempelajari
ilmu-ilmu baru atau luar bilik dajah. Bimbingan daripada guru semasa mereka mengikuti
kokurikulum dapat melahirkan murid yang lebih berdisiplin dan berkeyakinan tinggi.
Oleh itu, peranan kokurikulum amatlah penting. Ia bukan sahaja sebagai kegiatan
tambahan yang dibuat secara sambil lewa tetapi perlu diberi perhatian dan penglibatan
yang sepenuhnya oleh murid-murid.
Diharap dengan kerjasama semua pihak, murid-murid dapat menghayati aktiviti
yang dijalankan dan menanam minat dalam setiap aktiviti yang bakal dijalankan. Dengan
ini, diharap penglibatan murid dalam kegiatan aktiviti dapat melahirkan insan yang
seimbang dari segala segi dan membantu dalam pembangunan sekolah, masyarakat dan
negara.

You might also like