You are on page 1of 6

http://ppgusm.blogspot.com/2013/01/mengenal-alat-bahan-dan-teknik-seni.

html
PENGENALAN
Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual, berbagai jenis alat dan bahan digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Bagi kanak-kanak di bawah 9 tahun, pengetahuan bagaimana hendak memilih alat, bahan dan teknik
yang sesuai untuk menjalankan aktiviti penghasilan produk adalah penting agar ianya dapat dilaksanakan dengan
berkesan dan menjamin aspek keselamatan kanak-kanak itu sendiri. Sebelum memulakan sesuatu pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Seni Visual di kelas, adalah sangat penting bagi seseorang guru mengetahui dan mengenal
pasti perubahan dan perkembangan diri murid-muridnya. Setiap murid mempunyai keupayaan dan sikap yang berbeza
terhadap sesuatu aktiviti yang akan dilaksanakan. Penggunaan alat, media dan teknik dalam pembelajaran seni visual
juga amat penting untuk menghasilkan hasil kerja yang baik dan bermutu. Pada kebiasaannya alatan yang hendak
digunakan adalah terlalu banyak jika hendak disenaraikan. Bagaimanapun terdapat beberapa bahan yang lumrah
digunakan dalam penghasilan produk antaranya ialah :
Pensil
Diperbuat daripada campuran grafit dan tanah liat yang mempunyai kekerasan berlainan. Ada dua jenis pensil yang
boleh digunakan untuk menghasilkan lukisan iaitu pensil mata hitam dan pensil mata berwarna. Terdapat pensil mata
hitam berjenis keras. Jenis ini dapat menghasilkan garisan cerah dan ton pudar. Manakala pensil yang lembut dan ton
yang dihasilkan adalah gelap.
Arang
Media ini merupakan bahan khas untuk melukis dan dalam Bahasa Inggeris dipanggil charcoal. Arang diperbuat
daripada kayu yang dibakar dalam tanur pembakaran sehingga kering. Ada dua jenis arang iaitu berbentuk pensil dan
ranting yang dapat menghasilkan warna hitam legap. Arang bentuk pensel mempunyai mata arang yang agak keras
dan boleh menghasilkan garisan yang halus. (McDa, 2001). Bagi arang berbentuk ranting ia agak lembut dan boleh
menghasilkan ton hitam bila digosok dengan jari atau tisu. Kelemahan menggunakan arang ini ialah kertas nampak
kotor dan berdebu.
Warna Lilin
Bahan utama dalam pembuatan krayon ialah lilin.Warna yang terhasil bersifat legap. Dua atau tiga warna boleh
dicampurkan untuk mendapatkan hasil ton yang memuaskan.
Paste
Pastel adalah media berwarna lembut yang diperbuat daripada kapur. Pastel dapat menghasilkan pencahayaan ton
yang jelas walaupun permukaan kertas agak berdebu sedikit. Oleh itu, hasil karya yang menggunakan pastel haruslah
disembur dengan pemati warna sebagai pelindung.
Berus Berus menjadi alat untuk melukis dan dakwat sebagai medianya. Tujuan utama penggunaan berus dan dakwat
dalam lukisan adalah untuk menghasilkan pelbagai kualiti garisan. Tiga jenis berus digunakan iaitu berus bulat, berus
cina dan berus leper. Berus dicelup dengan dakwat dan pelbagai kesan garisan dapat dihasilkan mengikut jenis berus
seperti berus cina menimbulkan kesan garisan halus dan sederhana.
Jenis Kertas Lukisan
Kertas lukisan biasa mempunyai permukaan yang sesuai untuk pensel, pen, arang dan krayon lembut. Kertas
cat air terdapat dalam pelbagai gred kelicinan. Kertasnya tebal dan bermutu tinggi, mahal tetapi baik untuk digunakan.
Bod Bristol merupakan kertas bod putih yang keras dan licin yang dicipta untuk pen. Kertas Ledger Bond kertas lukisan
yang mempunyai beraneka jenis permukaan iaitu licin, sederhana kasar dan kasar. Kertas Ingres kertas ini mempunyai
permukaan yang halus dan berbulu. Ia terdapat dalam pelbagai warna yang cerah seperti kelabu, merah jambu, biru
dan sebagainya. Biasanya digunakan untuk
lukisan pastel. Lain-lain kertas seperti brown paper, kertas komputer, kertas
arkitek, kertas taip, kertas fotokopi, kertas suratkhabar.
Alat, Bahan Dan Teknik
Murid sungguh seronok apabila menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan berbagai jenis kertas yang
berbagai tekstura, berbagai jenis warna dan berbagai saiz. Lain-lain kertas yang boleh digunakan dalam aktiviti seni
adalah seperti kertas surat khabar, majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas pembungkus hadiah dan banyak
lagi. Alat tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna, media kering atau media basah semuanya amat berguna
untuk melengkapkan kerja-kerja penghasilan produk seni. Selain dari itu gunting berbagai saiz, gam, bahan-bahan
buangan yang boleh digunakan dalam aktiviti penghasilan produk seni juga perlu. Alatan dan media yang berbagai-

bagai yang digunakan ke atas sesuatu bahan tujuannya supaya dapat menghasilkan satu hasil kerja seni yang pelbagai
untuk menghasilkan jalinan, bentuk dan ton.
Dalam penerokaan terhadap aktiviti penghasilan, berbagai media boleh digunakan dan disatukan dalam satu hasil
kerja. Berikut ialah sebahagian contoh alatan dan media yang boleh digunakan bagai aktiviti penghasilan produk seni:
Berbagai jenis pensil
Warna pastel, warna air, warna poster, warna pensil
Kapur berwarna
Oil pastel
Artline atau marker
Berbagai jenis pen
Berbagai jenis cebisan kertas suratkhabar atau majalah
Bahan-bahan semulajadi seperti berbagai jenis tumbuh-tumbuhan,
sayur-sayuran, dan buah-buahan
Penyedut minuman
Gunting, pisau lipat, gam
Berbagai jenis berus lukisan
Palet/pembancuh warna

Kemahiran murid mengikut umur


Pada tahun pertama di sekolah rendah peringkat permulaan murid-murid
didedahkan dengan asas penghasilan produk seni iaitu dengan cara memerhatikan kesan-kesan yang terhasil daripada
alat dan bahan yang digunakan dalam penghasilan kerja seni. Kesan garisan yang terdapat di persekitaran seperti
kesan laluan tapak kaki haiwan, tapak kaki manusia, kesan laluan kenderaan di atas permukaan tanah atau pasir.
Pemerhatian tertumpu dari segi sifat dan jenis garisan seperti tebal, nipis, panjang, pendek, bengkok, lurus, cetek,
putus-putus. Dengan cara begini murid-murid akan dapat menyatakan secara lisan pengalaman pembelajaran yang
diperhatikan di persekitaran dan seterusnya dapat melakar secara spontan
untuk menghasilkan imej melalui garisan dan rupa secara tidak terancang.
Pada peringkat seterusnya murid dapat menggunakan bahan kutipan yang diaplikasikan dalam penghasilan
produk seni seperti mengenal garisan, lukisan, gosokan, kolaj dan beberapa teknik lain. Teknik-teknik yang boleh
dipelajari oleh mereka di tahun satu ialah seperti menekap, memotong, menampal, mencantum, menyusun gambar dan
gosokan. Akhirnya murid dapat menyatakan secara lisan tentang hasil kerja sendiri dan hasil kerja rakan.
Di tahun kedua pula murid sudah berada di peringkat menghasilkan produk seni. Di
peringkat ini murid-murid dapat mengetahui dan mengenal pasti alat, bahan, dan teknik dalam kerja seni berdasarkan
beberapa eksperimen. Murid menyedari wujudnya rupa asas geometri di persekitaran. Seterusnya murid dapat
menghasilkan produk seni dengan memanipulasi bahan yang berasaskan air, minyak dan bahan kering. Akhirnya murid
dapat menghasilkan produk seni dengan menggunakan pelbagai bahan serta teknik setelah membuat pemerhatian. Di
antara cadangan aktiviti murid-murid di peringkat ini ialah seperti lukisan, catan, capan, stensilan, kolaj, montaj, gurisan,
gosokan, renjisan, tiupan, capan, resis dan cetakan. Di peringkat penilaian ini murid boleh menyatakan dan
mempamerkan hasil kerja sendiri sama ada di dalam bilik darjah atau di rumah. Semasa murid berada di tahun tiga,
apa yang diharapkan murid sudah boleh meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis dan membuat
gambar. Murid sudah boleh menghasilkan produk seni dengan menggunakan pelbagai bahan dan teknik melalui
penerokaan. Seterusnya di peringkat analisis murid boleh memilih dan menggunakan alat, bahan, dan teknik yang
sesuai dalam penghasilan produk seni. Di antara teknik-teknik yang boleh dicadangkan ialah seperti stensilan, montaj,
capan, catan, resis, kolaj, lukisan, gurisan, tekapan dan cetakan. Di peringkat interpretasi dan penilaian, murid dapat
menghasilkan produk seni dengan menggunakan pelbagai alat, bahan dan teknik secara kreatif melalui penerokaan
seterusnya dapat membuat pernyataan tentang hasil kerja sendiri dan rakan. Ditahap ini murid dijangka boleh membuat
dokumentasi mudah dalam portfolio supaya dapat meluahkan perasaan dengan lebih jelas dan terperinci. Di sini murid
dapat menghayati nilai-nilai estetik yang ada dalam sesuatu hasil kerja.
Di tahun tiga, adalah diharapkan murid dapat mengaplikasikan asas senireka iaitu unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip
rekaan dalam penghasilan produk seni berdasarkan tema imaginasi murid. Di peringkat ini murid dapat menghasilkan
produk seni dengan menggunakan alat,
bahan, dan teknik yang sesuai serta dapat mengaplikasikan Asas Senireka dalam hasil kerja mereka. Di antara
cadangan aktiviti yang sesuai dijalankan ialah seperti lukisan, catan, capan, stensilan, kolaj, resis, mozek, gurisan,
cetakan.
TEKNIK
Teknik penghasilan produk seni biasanya bergantung pada jenis alat atau media yang
digunakan. Kesemua alat/media boleh digunakan untuk menghasilkan
berbagai teknik seperti berikut:
Teknik penghasilan corak

Kita boleh menghasilkan corak antaranya ialah dengan cara:


Pualaman
Tiupan
Titisan
Ikatan dan celupan
Renjisan dan percikan
Capan
Lipatan dan guntingan
Menggunakan garisan grid seperti susunan batu bata, sisik ikan, pucuk
rebung, orgee, mata ikan bilis, petak dam dan sebagainya.

Teknik menghasilkan catan


Teknik menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata di sebut sebagai catan mewakili gambaran pemikiran
atau
rekaan
tertentu
sama
ada
yang
nyata
atau
abstrak.
Dihasilkan
melalui
sapuan
warna
ke
atas
permukaan
rata
dengan
menggunakan
berus.
Hal yang merupakan satu ciptaan gambar yang berwarna. Latihan mengaplikasikan pigmen dari satu media ke atas
permukaan seperti kertas, kanvas dan dinding. Satu hasil kerja estetik dicipta dengan mengaplikasikan warna basah ke
atas permukaan 2D. Suatu teknik menyapu warna basah dengan berus atau alatan lain. Satu hasil karya seni
mempunyai kesan yang bermakna ke atas permukaan dengan menggunakan bahantara pigmen warna.
Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat di atas sesuatu permukaan rata untuk meluahkan perasaan berbentuk
imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit. Lukisan adalah lanjutan beberapa
lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj, montaj dan
cetakan.
Sehubungan itu dalam menghasilkan lukisan penggunaan alat dalam

sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Lukisan
mengaplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan. Antara bahan yang boleh digunakan ialah seperti berikut:
Pensil
Pensil
Pensil
ArangPen
Soft
KrayonPen
Marker
Kapur

H-

Adalah
sejenis
pensel
jenis
(2B
8B)
Adalah
sejenis
pensel
warnaTerdiri
daripada
berbagai
jenis
Dapat
memberi
kesan
legap
dan
mudah
mendapat
dan
dakwatMempunyai
kesan
garisan
yang
lebih
PastelDidapati
dlm
pelbagai
warna,mempunyai
kesan
Juga
lembut
dan
mempunyai
kesan
markerMenghasilkan
kesan
garisan
pelukisan
(rendering
-Kesan
garisan
yang
tebal
dan
mudah
B

keras
lembut
warna
kesan
halus
lembut
lilin
tebal
marker)
tanggal

Jenis-jenis
Kertas
Lukisan

Kertas
lukisan
biasa
sesuai
untuk
pensel,
pen,
arang
dan
krayon
lembut.

Kertas
cat
air
tebal
dan
bermutu
tinggi,
mahal
tetapi
baik
untuk
digunakan.
Bod bristol - merupakan kertas bod putih yang keras dan licin yang dicipta untuk pen.
Kertas Ingres - kertas ini mempunyai permukaan yang halus dan berbulu. Ia terdapat dalam
pelbagai
warna
yang
cerah.
Biasanya
digunakan
untuk
lukisan
pastel
Lain-lain kertas seperti brown paper, kertas komputer, kertas arkitek, kertas taip, kertas
fotokopi, kertas suratkhabar.

Teknik menghasilkan Kolaj

Bermakna potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke atas suatu permukaan. Kerja-kerja dibuat
dengan menampal cebisan kertas-kertas, kain atau bahan lain di atas permukaan 2D menjadi imej. Berbagai jenis
bahan dilekat disatu permukaan khas disebut kolaj. Banyak bahan yang boleh digunakan sebagai bahan untuk
mewujudkan imej-imej yang dikehendaki. Antaranya ialah:
Beras
Gula
Kekacang
Pasir
Rempah-rempah

Teknik
menghasilkan
Montaj
Kerja ini merupakan satu aktiviti menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan untuk
menimbulkan imej yang pelbagai dengan menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari manamana
media cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema. Dalam kerja-kerja seni montaj, beberapa gambar foto dicantum
untuk menjadi satu komposisi ilustrasi imej yang terhasil daripada cantuman beberapa imejan. komposisi gambar
dicipta dengan menggunakan teknik superimpose dengan menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang
kreatif untuk menghasilkan satu hasil karya montaj. Proses membuat gambar dari beberapa gambar atau corak disusun
secara bertindih di antara satu sama lain. Proses menghasilkan satu komposisi gambar supaya menjadi satu komposisi
daripada bahagian gambar atau imej disusun menjadi satu hasil kerja seni. Alat yang digunakan antaranya
ialah Gunting, pisau pemotong kertas dan berbagai jenis gam.

Teknik menghasilkan Cetakan


Satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan.
Seseorang pelukis biasanya akan menentukan berapa banyak cetakan yang hendak dihasilkan dalam sesuatu edisi.
Proses ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan lain. Proses di mana satu
hasil kerja seni dicipta dalam beberapa kuantiti. Imej atau gambar yang dihasilkan dengan menggunakan acuan plat.
Proses menghasilkan imej di atas permukaan rata. Proses menggambar atau mencorak yang dilakukan dengan cara
memotong, mengguris di atas permukaan plat dan menggunakan dakwat. Satu proses penerapan blok, plat atau skrin
ke atas sesuatu permukaan kertas, kain atau bahan yang lain. Cetakan bererti mengecap corak atau gambar yang
sama
dengan
menggunakan
alatan
dan
tertentu.
Teknik menghasilkan Gosokan
Mengikut Kamus Dewan, gosokan bermakna bergeser, bergesel, menggosok dengan (tangan, barang dll)
menggunakan sesuatu untuk menggosok.proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan.
Cara paling mudah dan terbaik untuk merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu permukaan ialah dengan membuat
gosokan. Hasil cetakan dibuat dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di
atas suatu permukaan yang berjalinan. Satu representasi yang mengandungi salinan dibuat dengan meletakkan
sekeping kertas di atas sesuatu permukaan dengan menggosok menggunakan bahan tertentu.
Teknik

Gosokan
satu
lapis
dan
satu
arah

Gosokan
beberapa
lapisan
di
atas
tempat
yang
secara
berulang

Gosokan
beberapa
kali
dari
arah
dan
sudut
yang

Gosokan
secara

Gosokan
menggunakan
berbagaibagai

Gosokan
monokrom
menggunakan
warna
putih
dan
hitam
Gosokan potongan kertas

gosokan
sahaja
sama
kali
berlainan
pusingan
warna
sahaja.

Teknik menghasilkan Resis


Satu aktiviti penghasilan produk seni yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin. Lilin digunakan
untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain. Resis didefinisikan sebagai suatu kaedah melukis cat air dengan
menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan.
Dengan itu ia merupakan penghasilan produk seni yang dihasilkan dengan cara menolak warna basah atau cat basah
yang disapu ke atas permukaan kertas yang disapu lilin. Teknik menggunakan lilin, krayon lilin bertindak sebagai alat
untuk membuat garisan atau lakaran di atas kertas dan diwarnakan permukaannya. Teknik resis menyebabkan
permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam keadaan warna asal. Resis boleh juga
dijalankan dengan cara menggunakan tindihan-tindihan lilin dan menyapu warna dari peringkat warna terang ke
peringkat
warna
gelap.

Teknik menghasilkan Percikan

Satu aktiviti penghasilan produk seni dalam kerja-kerja seni dengan mendetik, mengetuk
atau menjentik bahagian bulu berus yang akan menghasilkan kesan a speckled granite style finish yang akan kelihatan
lebih moden daripada kesan warna yang lain. Percik-percik halus warna disembur ke serata tempat untuk
menghasilkan kesan antik. Teknik corakan warna dihasilkan dengan tepukan atau jentikan menggunakan berus lukisan
yang mengandungi warna ke atas permukaan yang rata. Dalam buku Glosari Seni Lukis percikan didefinisikan sebagai
corak-corak tompok dan titik pada lukisan cat. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula percikan ialah titik-titik air atau
warna yang berserak-serak ke sana sini setelah air atau warna itu terhempas ke suatu permukaan.Dengan ini percikan
adalah aktiviti menghambur ke sana sini, memantul berselerak ke sana sini atau satu teknik mengaplikasikan sedikit
curahan atau titikan warna ke atas permukaan yang dipilih. Percikan seolah-olah memberi kesan seperti permukaan
batu atau marble.. Cat emulsi paling senang dimulakan kerana cepat kering dan tidak rosak di antara satu sama
lain. Alatan penting yang digunakan untuk menghasilkan percikan ialah berus dari berbagai jenis, warna-warna basah
dan
kertas.
Percikan akan menghasilkan satu permukaan seperti batu granit atau marble yang menarik.
Tema yang boleh dijalankan dalam aktiviti percikan termasuklah lanskap, tumbuh-tumbuhan, corak, kad ucapan, setem
dan catan.

Teknik menghasilkan Mozek

Glosari Seni Lukis, mozek boleh didefinisikan sebagai satu reka bentuk atau gambar yang dibuat daripada
serpihan kaca, kayu, marmar atau pecahan tembikar. Sebuah gambar atau corak hiasan dibuat dengan menyusun
carikan kecil bahan-bahan seperti kaca, marmar dan seramik (tessera), di susun di atas dinding, lantai atau permukaan
yang tidak rata dan menghasilkan pantulan /kilauan. Satu imej yang berasingan dan tidak bertindih, disusun secara
bersebelahan. Foto mozek adalah gambar hasil dari cantuman beberapa gambar lain disusun menjadi satu tema /tajuk.
Mozek merupakan satu media seni di mana kepingan-kepingan kecil kaca, batu atau seramik disusun di bahagian latar
yang di plaster. Satu corak seni yang dihasilkan dengan menekan kepingan batu, kaca, seramik atau tessera. Satu seni
dekoratif lama dengan menyusun kepingan kecil kaca, batu, tessera di permukaan dinding, siling dan lantai. Mengikut
sejarah
lama
mozek
telah
diperkenalkan
oleh
orang
Greek.
Pada
asalnya mereka mencipta mozek untuk tujuan menghias permukaan lantai. Orang Roman pula menghias batu, marmar,
seramik menggunakan teknik mozek pada permukaan dinding dan lantai. Manakala orang Kristian Orthodok Byzantine
pada abad ke 16 menghiasi gereja mereka dengan teknik mozek.

Alat dan Bahan: gunting, kertas berwarna dari berbagai sumber, gam atau gam
simen, pin rambut atau pencungkil gigi untuk mengangkat cebisan kertas,
pensel, kertas latar.
Cara-cara:
1. Buat satu lakaran pensil tentang tema atau tajuk yang hendak dibuat di atas
permukaan kertas.
2. Potong kertas warna dalam rupa bentuk yang sama. Potongan kertas yang
berlainan warna perlu diasingkan supaya senang diperolehi dan boleh
menjimatkan masa semasa proses menampal dijalankan.
3. Letak gam atau pelekat pada cebisan kertas dan di atas permukaan
kertas
yang mempunyai lakaran. Lekat potongan kertas berwarna tersebut pada
kawasan lakaran tersebut. Tinggalkan ruang di antara cebisan-cebisan
kertas supaya tindihan tidak berlaku.

Prosedur mengguna alat dan bahan


Pengendalian alat dan bahan merupakan aspek penting dalam pengurusan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan
menjadi tanggungjawab guru Pendidikan Seni Visual untuk menguruskannya dengan sempurna. Penerangan yang
betul dan mengikut tertib kepada murid tentang bagaimana menggunakan alat dan bahan bantu dengan cara yang

betul dan seterusnya cara menyimpan alat dan bahan supaya tidak rosak. Sebagai contoh, alat seperti berus, pellet dan
bekas air perlu dibasuh dan dikeringkan sebelum disimpan supaya tidak rosak
Prosedur penyediaan alat dan bahan.
Memastikan kesesuaian dengan tajuk dan hasil pembelajaran
Jumlah yang diperlukan mengikut keutamaan
Menentukan bahan dan teknik.
Menyediakan alat dan bahan.
Kesesuaian pemilihan alat dan bahan mengikut umur.
Keselamatan murid perlu diutamakan.
Penggunaan alat dan bahan.
- Mengambil pertimbangan yang diperlukan bagaimana alat dan bahan itu
diagihkan atau diedarkan.
- Mengambil langkah-langkah keselamatan
- Mengambil kira bilangan yang mencukupi
- Perlu menjimatkan masa dan tenaga untuk mengedarkan dan mengutip.
Prosedur Pengurusan Alat dan Bahan
Para guru boleh menggunakan prosedur berikut untuk pengurusan alat dan bahan dalam bilik
pendidikan seni:
- Menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan.
- Membuat perolehan alat dan bahan daripada pembekal / sekolah.
- Membuat penerimaan alat dan bahan, menyemak dan mengesahkannya.
- Membuat inventori dalam buku stor.

- Membuat rekod keluar masuk alat dan bahan.

A)

Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual, berbagai jenis alat dan bahan digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran. Jenis pertama adalah alat dan bahan yang digunakan untuk penghasilan. Jenis kedua adalah alat
dan bahan bantu untuk tujuan membantu pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua jenis itu pula boleh dibahagi
kepada beberapa subkategori seperti berikut:
Alat dan bahan untuk penghasilan

Contoh: alat dan bahan untuk menghasilkan gambar catan:


Alat: berus atau alat ganti untuk mengecat.
Bahan: warna air atau warna poster, kertas kartrij.
Peralatan lain: palet, bekas air, kain lap, kertas surat khabar sebagai alas meja.
B) Alat dan bahan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran:
Alat dan bahan bantu yang ada dalam kehidupan seharian murid dan pengalaman sedia ada murid. Contohnya :
Bola,baju,kasut,kotak ubat gigi,penyapu,sikat,bunga,daun,rumpu,batu,bata,beg,
jam,cawan,botol,gula-gula,kacang,tiket,kotak
tisu,kek
harijadi,rambutan,roda,cermin,tiang,meja,kerusi,bakul
sampah,almari raket
Alat dan bahan bantu yang direka khas untuk menjelaskan konsep dan secara langsungnya tidak ada dalam kehidupan
seharian murid. Contohnya:

Jadual,penyusunan grafik,carta,kad huruf dan angka,kad perkataan dan kad


ayat, gambar rajah,senarai,kad separuh bulatan,kad sisipan,papan
gulung,papan flannel,papan tulis,petikan rencana.
(iii) Alat dan bahan media teknologi dan lain-lain jenis yang seumpama dengannya.
Posted by Admin at 19:42

You might also like