You are on page 1of 1

Apa yang diharapkan melalui praktikum ini

Praktikum 1 merupakan praktikum pertama saya. Saya amat berharap pada


praktikum kali ini saya mendapat pengalaman dan tunjuk ajar bagaimana ingin menjadi
seorang guru yang berjaya. Saya ditempatkan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
Ladang Malakoff. Harapan saya agar saya mendapat seorang guru pembimbing yang
sanggup berkongsi pengalaman dan memberikan tunjuk ajar kepada saya. Selain itu
saya juga akan mewujudkan hubungan yang positif dengan semua orang di sekolah,
daripada pihak pentadbiran, guru-guru, staf sokongan sehinggalah ke pengawal
keselamatan. Saya akan cuba meminta tunjuk ajar guru-guru di Sekolah Jenis
Kebangsaan

Tamil

Ladang

Malakoff

kerana

mereka

merupakan

guru

yang

berpengalaman dan mengetahui selok belok dunia pendidikan. Saya berharap agar
dapat menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah ini sebagai pendedahan awal
kepada saya dalam memasuki dunia pendidikan yang mencabar ini. Saya juga akan
cuba belajar cara kehidupan seorang guru yang sejati.
Selain itu saya juga akan cuba mempraktikkan segala yang telah dipelajari di institut
selama 4 tahun ini. Oleh kerana Praktikum pertama hanya mengkehendaki saya
mengajar mata pelajaran Bahasa Tamil. Saya akan mengajar dengan cara yang saya
telah pelajari di institut untuk menilai sejauh mana keberkesanannya. Ilmu pendidikan
yang telah saya pelajari pada setiap semester juga mungkin akan membantu saya
dalam menyediakan suasana P&P dan persekitaran yang selesa. Saya juga
mengharapkan anak murid saya nanti dapat memberikan kerjasama yang baik serta
minat untuk belajar. Harapan saya agar mereka dapat memahami apa yang saya ajari
kelak. Saya juga amat berharap tunjuk ajar dari En. Maniyarasan selaku pensyarah
pembimbing saya untuk praktikum ini.

You might also like