You are on page 1of 15

Kebaikan-kebaikan Menyertai Aktiviti Kokurikulum - Karangan Jenis Fakta Contoh

1 Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat banyak jenis
kegiatan kokurikulum di sekolah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan
beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua pelajar
digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum. Ada banyak faedah menyertai
kegiatan kokurikulum.Salah satu faedah kegiatan kokurikulum ialah kita dapat
memenuhkan masa lapang. Orang yang memenuhi masa lapang dengan aktiviti
berfaedah tidak terlibat dengan gejala sosial. Mereka sentiasa sibuk dengan
aktiviti di sekolah. Sebagai contoh, jika mereka aktif dalam bidang sukan,
mereka akan berlatih setiap petang. Oleh itu masa lapang mereka terisi
sepenuhnya. Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi
pemimpin. Ada berbagai-bagai jawatan dalam persatuan. Sebagai contoh,
jawatan pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa.
Apabila pelajar memegang jawatan pengerusi, mereka akan belajar menjadi
ketua. Begitu juga dengan jawatan-jawatan lain. Di samping itu, dengan
menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk disiplin diri. Disiplin
sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin susah
untuk berjaya. Sebagai contoh, apabila hendak menjalani latihan sukan,, kita
mesti menepati masa. Jika terlewat, kita akan ketinggalan dan rugi. Badan kita
akan menjadi sihat apabila menyertai kegiatan kokurikulum. Kita boleh menjadi
ahli kelab sukan seperti pasukan bola sepak dan pasukan bola tampar. Untuk
menang dalam pertandingan yang disertai, kita akan menjalani latihan. Dengan
latihan itu kita akan menjadi cergas. Badan akan mengeluarkan peluh. Kita akan
menjadi sihat dan kuat. Kita juga tidak akan mudah sakit. Akhir sekali, kegiatan
kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap persatuan dan kelab ada
banyak ahlinya. Ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum. Ada yang berbangsa
Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan
berkumpul. Mereka boleh berbincang untuk bertukar-tukar pendapat. Dengan ini
akan
mengeratkan
hubungan
sesama
mereka.
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat banyak jenis
kegiatan kokurikulum di sekolah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan
beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua pelajar
digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum mendatangkan banyak faedah.
Antara faedah kegiatan kokurikulum ialah dapat mengisi masa lapang. Dengan
menyertai aktiviti kokurikulum, kita tiada masa untuk bergaul dengan budakbudak nakal atau kacang hantu.Secara tidak langsung akan dapat menghindari
diri kita daripada terjebak dengan gajala sosial. Contohnya, jika kita aktif dalam
bidang sukan, kita akan berlatih setiap petang. Oleh itu, kegiatan kokurikulum
dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah. Selain itu, kegiatan kokurikulum
juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada pelbagai jawatan dalam
persatuan seperti pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli
biasa. Apabila pelajar memegang sesuatu jawatan maka kita akan belajar
menjadi ketua dan menguruskan aktiviti persatuan. Ahli biasa juga boleh belajar
daripada kawan-kawan yang ada jawatan. Oleh hal yang demikian, dengan
menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar akan belajar menjadi pemimpin. Di
samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat
membentuk disiplin diri. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan.
Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya. Contohnya, kita akan dilatih
menepati masa, berpakaian kemas dan mematuhi peraturan sama ada
peraturan perkhemahan, bersukan dan sebagainya. Akhir sekali, kegiatan

kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap persatuan dan kelab ada
banyak ahlinya. Ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina,
India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul.
Kita boleh berbincang untuk bertukar-tukar pendapat serta bekerjasama dalam
melakukan sesuatu aktiviti. Dengan ini akan mengeratkan hubungan sesamakita.
Kesimpulannya, terdapat banyak faedah apabila kita menyertai kegiatan
kokurikulum. Pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk
menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan
anak-anak mereka terlibat dengan kegiatan kokurikulum. Dengan cara itu, kita
akan
dapat
menghasilkan
pelajar
yang
cemerlang.
Rujuk
:
http://semerahtinta.blogspot.com/2012/
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

FAEDAH MENYERTAI KEGIATAN KOKURIKULUM.[ Rusydiah Bt Sulaiman3


Sapphire]
Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat tiga jenis
kegiatan kokurikulum di sekolah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan
beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua pelajar
digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum kerana
mendatangkan banyak
faedah.
Salah satu faedah kegiatan kokurikulum ialah pelajar dapat memanfaatkan
masa lapang mereka dengan bijak. Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, kita
tidak akan melakukan aktiviti-aktiviti yang tiada feadahnya seperti merokok,
melepak, mencuri dan lain-lain.Secara tidak langsung, pelajar akan dapat
menghindari diri sendiri daripada terjebak dengan gejala sosial dalam kalangan
remaja. Contohnya, jika kita aktif dalam bidang sukan, kita akan membuat
latihan pada setiap petang dan akan mengisi masa petang kita dengan
melalukan perkara-perkara yang berfaedah. Oleh itu, kegiatan kokurikulum dapat
memenuhi masa lapang kita dengan perkara-perkara yang berfaedah.
Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih diri pelajar untuk menjadi
pemimpin. Ada berbagai-bagai jawatan dalam persatuan seperti pengerusi,
setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar
memegang sesuatu jawatan, maka kita akan belajar menjadi ketua dan
menguruskan aktiviti persatuan. Ahli biasa juga boleh belajar daripada kawankawan yang ada jawatan. Oleh hal yang demikian, dengan menyertai aktiviti
kokurikulum, pelajar akan belajar menjadi seorang pemimpin. Dengan adanya
jawatan-jawatan seperti ini, ini akan membuat pelajar-pelajar lebih bijak
menguruskan sesuatu pekerjaan tanpa bantuan guru-guru mereka.Aktiviti
kokurikulum juga akan menambahkani keberanian dalam diri seorang pelajar itu.
Malahan, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan antara
kaum. Setiap persatuan dan kelab mempunyai banyak ahlinya. Ahli-ahli tersebut
terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam
aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Oleh itu, kita boleh
berbincang atau bertukar-tukar pendapat serta bekerjasama dalam melakukan
sesuatu aktiviti. Kita juga dapat berkomunikasi dengan baik bersama mereka
walaupun berlainan agama atau kaum.Dengan ini, akan terjalinlah hubungan
yang erat sesama kita.

Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum kita juga


dapat membentuk disiplin diri. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan.
Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya. Contohnya, kita akan dilatih
menepati masa, berpakaian kemas dan mematuhi peraturan sama ada
peraturan perkhemahan, bersukan dan sebagainya.Disiplin juga memainkan
peranan yang penting dalam mencapai kejayaan. Justeru, pelajar haruslah
menyertai aktiviti kokurikulum untuk memantapkan lagi disiplin mereka.
Kesimpulannya, terdapat banyak faedah apabila kita menyertai kegiatan
kokurikulum. Oleh itu, saya menyarankan kepada rakan-rakan agar
memanfaatkan masa yang terluang dengan menyertai aktiviti kokurikulum.
Apalah gunanya mempunyai otak yang pintar sekiranya tubuh badan kita tidak
bermaya.Pihak sekolah juga hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk
menggalakkan lagi minat pelajar untuk menyertainya. Ibu bapa pula haruslah
menasihati anak-anak mereka supaya melibatkan diri dengan kegiatan
kokurikulum di sekolah. Dengan itu, sekolah dapat melahirkan pelajar-pelajar
yang cemerlang sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.

Soalan contoh
Sesetengah bencana alam yang berlaku adalah disebabkan perbuatan manusia
yang tidak bertanggungjawab.
Jelaskan sebab-sebab bencana alam yang berlaku akibat perbuatan manusia
sendiri.
Rangka Karangan
Pendahuluan
- kita sering dikejutkan dengan kejadian bencana alam
Isi-isi Karangan
i. aktiviti pembalakan menjadi faktor berlakunya bencana alam
i. individu-individu yang tidak bertanggungjawab melakukan pembakaran
terbuka
iii. anggota masyarakat membuang sampah ke dalam longkang dan sungai
iv. aktiviti pembangunan yang tidak terancang di lereng bukit
Penutup
- semua pihak harus bekerjasama dan berganding bahu
Karangan Contoh
Dewasa ini, kita sering dikejutkan dengan bencana alam yang berlaku di
seluruh dunia. Berita-berita yang menyedihkan hati kita ini terpampang di dadadada akhbar dan dikongsi bersama-sama oleh manusia sejagat. Kesannya,
bencana alam ini telah meragut banyak nyawa yang tidak berdosa. Fenomena ini
dibuktikan melalui kejadian tanah runtuh, banjir kilat, jerebu, tsunami, gempa
bumi dan letupan gunung berapi yang sering melanda dunia. Malangnya, tiada
jalan penyelesaian untuk menghalang bencana alam ini daripada berlaku. Hal ini
demikian kerana sudah menjadi lumrah alam iaitu apabila tiba saat dan
ketikanya, bencana alam ini pasti akan terjadi. Tiada satu kuasapun yang
mampu menghalang kuasa alam, namun kejadian bencana alam yang berpunca
daripada sikap manusia itu sendiri perlu diberikan perhatian agar nyawa manusia
tidak terancam.
Aktiviti pembalakan memang merupakan salah satu penyumbang ekonomi
negara, namun antara sedar ataupun tidak, aktiviti ini menjadi faktor berlakunya
bencana alam. Individu-individu yang terbabit dalam aktiviti pembalakan tidak
memikirkan kesannya sebelum menebang pokok kerana, sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Kawasan hutan yang telah ditebang
dan jika tidak digantikan dengan anak pokok yang baharu, pasti akan terdedah
kepada hujan dan menyebabkan hakisan tanah berlaku. Keadaan ini akan
menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh yang akan meragut nyawa dan
menyebabkan kerosakan harta benda. Oleh itu, perkara ini membuktikan bahawa
masalah ini menjadi penyebab bencana alam berlaku.
Selain itu, terdapat segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab yang
suka melakukan pembakaran terbuka. Hal ini nampaknya remeh kerana yang
kelihatan hanyalah asap, namun asap inilah yang menyebabkan kejadian jerebu
yang menyulitkan kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Jerebu ini
pula boleh menyebabkan pesakit asma akan mengalami masalah pernaqfasan
dan menyebabkan penyakit mereka semakin kronik. Oleh itu, kita seharusnya

sedar dan berhati-hati semasa melakukan sesuatu perkara kerana pandang jauh
dilayangkan, pandang dekat ditukikkan supaya tidak berlaku sebarang bencana.
Hal ini secara tidak langsung dapat membantu kita untuk mengurangkan
pencemaran alam sekitar dan membantu kita untuk menyelamatkan nyawa
manusia yang tidak berdosa.
Seterusnya, terdapat sesetengah anggota masyarakat yang tidak
bertanggungjawab iaitu dengan membuang sampah ke dalam longkang dan
sungai dengan sesuka hati. Secara sedar atau tidak, golongan ini sebenarnya
menganiayai masyarakat seperti kata pepatah, kapak tak boleh membelah
kayu, kalau bukan kayu pula yang menjadi hulunya. Hal ini demikian kerana
sistem perparitan akan tersumbat oleh sampah sarap yang dibuang ke dalam
sungai dan longkang. Masalah sistem perparitan yang tersumbat ini pula akan
menyebabkan banjir kilat berlaku. Kejadian ini sudah pastinya akan
menyusahkan banyak pihak yang tidak berdosa. Oleh itu, perkara ini jelas
membuktikan bahawa sikap angota masyarakat yang tidak bertanggungjawab
menjadi punca becana alam berlaku.
Punca lain yang menyebabkan bencana alam ini berlaku kebiasaannya
disebabkan oleh aktiviti pembangunan yang tidak terancang di lereng-lereng
bukit. Keadaan ini sudah tentu menimbulkan keadaan yang tidak selamat dan
boleh menyebabkan tanah runtuh berlaku. Sebagai contohnya, sebanyak 14
buah rumah banglo di Bukit Antarabangsa musnah akibat tanah runtuh dan
mengorbankan empat nyawa pada 6 Disember 2008 yang lalu. Hal ini
disebabkan oleh pihak pemaju yang membangunkan kawasan tersebut tidak
mengambil langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan berlakunya
kejadian tanah runtuh. Mereka tidak membuat sistem perparitan yang sempurna
untuk menyalurkan air atau membina tembok konkrit untuk mengelakkan
kejadian tanah runtuh. Perkara ini penting dilakukan kerana kebanyakan kejadian
tanah runtuh berlaku akibat pergerakan air di dalam tanah yang menyebabkan
tanah itu longgar dan mudah runtuh.
Sebagai kesimpulannya, semua pihak haruslah bersama-sama dan
berganding bahu dengan mengamalkan peribahasa seperti aur dengan tebing
untuk menangani masalah ini. Janganlah kita mengamalkan peribahasa seperti
enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Jika perkara ini tidak
dilakukan, sudah pastinya semua pihak terpaksa menanggung akibat buruk
daripada sikap kita sendiri. Oleh itu, anggota masyarakat perlulah sedar bahawa
tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar tidak terletak di bahu kerajaan
semata-mata. Kita harus sedar bahawa, sebenarnya Allah menganugerahkan
alam ini kepada kita sebagai amanah untuk dijaga. Mahukah kita hidup di dalam
kawasan tanah runtuh, jerebu, banjir dan kemarau? Oleh hal yang demikian,
tepuklah dada, tanyalah selera sebelum bertindak agar kita tidak ditimpa oleh
bencana alam akibat tindakan kita sendiri yang tidak bertanggungjawab.

Isu : Bencana Alam


Mutakhir ini, kita seringkali digemparkan dengan berita bencana alam
yang berlaku tidak kira dalam negara mahupun di luar negara. Bencana alam
yang menimpa kian berlaku sejak kebelakangan ini dan tidak dinafikan bahawa
hal ini sememangnya sudah menjadi lumrah dunia. Antara bencana alam yang
sering melanda ialah tanah runtuh, gempa bumi, tsunami, ribut taufan dan
sebagainya. Musibah yang berlaku ini telah memberikan impak negatif kepada
semua pihak terutamanya ialah ribuan nyawa telah terkorban akibat bencana
alam yang berlaku. Justeru, punca kejadian ini harus dikenal pasti dan diselidik
secara terperici agar langkah yang efektif dapat diambil untuk menangani
permasalahan ini yang hanya meninggalkan seribu satu kesan negatif bukan
sahaja terhadap manusia malah negara.
Punca yang ketara menyebabkan berlakunya bencana alam ialah
kemusnahan alam yang dilakukan terutamanya oleh manusia itu sendiri dalam
menjalani aktiviti harian mereka. Tingkah laku mereka yang tidak bermoral juga
turut menyumbang ke arah kemusnahan alam berlaku. Kemusnahan hutan,
udara, laut dan sebagainya semakin berleluasa lebih-lebih lagi pada era moden
dewasa ini. Kemusnahan yang sebegitu sudah pasti akan mendorong untuk
berlakunya musibah yang tertentu kerana bumi tetap memerlukan masa untuk
mengimbangi perubahan yang drastik walaupun mempunyai keluasan yang
besar. Oleh itu, bencana alam berlaku kerana dunia mengalami kemusnahan
alam yang begitu pantas sehinggakan dunia itu sendiri tidak mampu
mengawalnya. Tegasnya, kerakusan manusia mengeksploitasi alam telah
mengundang padah kepada manusia sendiri dalam bentuk bencana alam.
Bukan itu sahaja, bencana alam turut berlaku kerana kegagalan manusia
untuk membuat perancangan. Kita semua sudah sedia maklum bahawa manusia
sudah boleh meramal musim hujan, kejadian ribut taufan, dan juga memahami
kejadian tsunami. Namun begitu, mengapakah angka kematian semakin
meningkat? Jawapannya mudah sahaja kerana manusia gagal membuat
perancangan seperti memberitahu masyarakat lebih awal, membuat latihan
untuk menghadapi bencana mahupun tidak mempunyai piawaian pembinaan
bangunan yang baik. Sesungguhnya, kegagalan manusia untuk merancang atau
bekerjasama memberikan satu persepsi bahawa kita memandang rendah akan
keupayaan bencana alam ini atau menganggap nyawa manusia itu tidak bernilai
lalu membiarkan sahaja bencana alam berlaku begitu sahaja.
Umum mengetahui, setiap bencana alam yang melanda pasti akan
meninggalkan impaknya. Tidak dinafikan, bencana alam seperti banjir besar,
gempa bumi, tanah runtuh dan sebagainya akan menyebabkan berlakunya
kerosakan infrastruktur dan harta benda awam seperti bangunan, kereta, rumah,
jalan raya dan sebagainya. Hal ini akan membawa kerugian yang amat besar
kepada semua penduduk terutamanya kepada kerajaan yang terlibat dengan
bencana alam ini. Kerajaan terpaksa memberi bantuan kepada rakyat dari segi
kewangan mahupun dalam bentuk makanan, perumahan dan sebagainya.
Sebagai contoh, gempa bumi yang berlaku di China telah mengakibatkan banyak
kemusnahan rumah dan bangunan pejabat serta infrastruktur elektrik dan
komunikasi. Gempa bumi sekuat 7.8 magnitud itu berlaku pada waktu petang
sekaligus mengakibatkan 80 peratus bangunan di daerah Beichuan Qiang

musnah. Ratusan orang tertimbus di Shifang selepas beberapa buah sekolah,


kilang dan asrama musnah. Selain itu, bekalan elektrik dan air juga terputus
akibat gempa bumi yang berlaku. Hospital menjadi sesak dan para pesakit
terpaksa dipindahkan ke luar hospital dan duduk untuk menunggu bantuan
daripada pihak hospital.
Di samping itu, bencana alam yang berlaku tanpa disedari telah meragut
banyak nyawa yang tidak berdosa terutamanya kepada kanak-kanak , warga tua
dan wanita. Bencana alam juga telah menyebabkan ramai yang cedera parah
dan kanak-kanak hilang tempat bergantung dan menjadi anak yatim piatu.
Kanak-kanak terpaksa hidup berseorangan tanpa keluarga untuk memberi
sokongan moral dan kata-kata semangat antara satu sama lain. Hal ini demikian
akan menyebabkan mangsa-mangsa bencana alam ini hidup dalam keadaan
ketakutan dan tidak tenteram. Bencana alam adalah sesuatu yang
menggerunkan dan boleh mengorbankan orang ramai tidak mengira usia dan
pangkat, mahupun bangsa.Tsunami merupakan salah satu contoh ketara yang
memperlihatkan ramai nyawa terkorban disaat bencana ini berlaku. Bencana ini
berlaku pada 26 Disember 2004, melibatkan beberapa negara di Asia
termasuklah Malaysia. Namun begitu, angka korban yang tertinggi adalah di
Indonesia.
Dalam pada itu, langkah yang drastik dan pragmatik perlulah diambil
untuk mengurangkan risiko kejadian bencana alam. Rentetan itu, pihak kerajaan
perlulah menubuhkan sistem amaran awal yang berkesan dan berteknologi
tinggi supaya mereka dapat meramalkan jenis bencana alam, kawasan-kawasan
yang berisiko tinggi untuk ditimpa bencana alam serta waktu bencana alam
untuk berlaku. Dengan ini, pihak kerajaan dapat membuat persiapan awal dalam
menghadapi bencana alam seperti menyediakan tempat tinggal sementara bagi
rakyat, bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Waimanya, pihak
kerajaan hendaklah menghebah-hebahkan maklumat mengenai bencana alam
yang akan ditimpa kepada masyarakat melalui media massa sama ada elektronik
atau bercetak. Misalnya, wadah media massa yang popular dalam kalangan
rakyat seperti televisyen dan radio dapat menyampaikan mesej dengan segera
tentang bencana alam yang akan melanda negara kita dalam sekelip mata. Hal
ini demikian kerana, masyarakat akan lebih berwaspada dan bersedia untuk
menghadapi bencana alam serta-merta.
Pada waktu yang sama, pihak sekolah juga seharusnya mendidik para
pelajar tentang cara-cara menghadapi bencana alam sejak di bangku sekolah
lagi kerana melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Kementerian Pelajaran
perlu mewujudkan satu sukatan pelajaran baru yang bertemakan Bencana Alam
dalam Pendidikan Moral mahupun Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan.
Melalui kaedah ini, pendedahan awal tentang cara-cara menghadapi bencana
alam dapat diberikan kepada pelajar. Selanjutnya, kegiatan unit beruniform di
sekolah juga dapat membina individu yang berfizikal lasak dan memiliki
ketahanan yang kuat. Pelajar-pelajar juga diberi ilmu pertolongan cemas dan
diajar bahasa isyarat yang boleh diaplikasikan semasa sesuatu bencana alam
berlaku. Dengan diikuti kegiatan kokurikulum di sekolah, para pelajar dapat
menggambarkan situasi sebenar bencana alam dan mampu membuat
pertimbangan akal yang wajar.

Sebagai penggulung bicara, punca-punca berlakunya bencana alam harus


diselidik hingga ke akar umbi bagi menyelesaikan permasalahan ini yang hanya
memberikan implikasi negatif kepada semua pihak. Oleh itu, langkah mengatasi
masalah ini harus dilaksanakan dengan segera bagi mengurangkan angka nyawa
yang terkorban akibat bencana alam pada masa akan datang sekali gus dapat
menyediakan diri sebelum berlakunya bencana alam. Kita perlu sedar dan cuba
membantu untuk memulihkan semula keadaan alam kerana itulah jawapan
kepada penyelesaian bencana alam ini. Peribahasa hendak buat seribu daya,
tak hendak seribu dalih menjadi renungan kepada kita semua dalam menangani
kemelut ini.

KUALA LUMPUR - Melayari kehidupan zaman remaja dalam kepesatan dunia


teknologi komunikasi dan maklumat masa kini tidak mudah. Cabaran dan
dugaannya sangat berbeza.

Dalam era dunia tanpa sempadan ini, ilmu dan pengetahuan khususnya
mengenai dunia Internet sudah menjadi kemestian untuk seseorang individu itu
kalau tidak pun celik IT, tetapi sekurang-kurangnya mempunyai ilmu asas
mengenainya. Jika tidak, akan dikata buta IT dan ketinggalan zaman.
Dunia maklumat dan rangkaian komunikasi kini hanya di hujung jari. Yang
sedemikian, apa masalahnya? Persoalannya, benarkah ia menjadi antara faktor
penyumbang kepada permasalahan sosial dan keruntuhan moral di kalangan
remaja, sehingga terjebak dalam gejala maksiat termasuk mengandung anak
luar
nikah?
Kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi seperti telefon pintar, tablet,
komputer riba, notebook yang semakin hari semakin canggih dan akses yang
semakin mudah membolehkan sesiapa pun, waima anak kecil setahun jagung
memperoleh pendedahan dan menguasainya, walaupun sekadar bermain
permainan dunia maya.
Dalam apa jua perkara, pasti ada pro dan kontra, baik dan buruk, kekuatan dan
kelemahannya. Apatah lagi dalam usia muda, sikap ingin tahu dan mencuba
dalam kalangan remaja amat tinggi.
Sebuah akhbar tempatan baru-baru ini melaporkan peningkatan mendadak
kehamilan anak luar nikah di kalangan remaja perempuan pada tahun lepas,
sekaligus menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat umum.
Akhbar itu memetik statistik Kementerian Kesihatan bahawa 18,652 remaja
perempuan mengandung tahun lepas dan daripada jumlah itu, 4,222 belum
berkahwin berbanding pada 2010 iaitu seramai 5,962 remaja perempuan hamil
dan 1,521 daripadanya tidak berkahwin. Kebanyakan remaja perempuan terbabit
berusia dalam lingkungan 10 hingga 19 tahun.
Apakah punca permasalahan fenomena ini? Adakah teknologi komunikasi
maklumat (ICT) dan Internet penyebabnya? Apakah remaja Malaysia tidak bijak
dan tiada keupayaan untuk membezakan mana yang baik dan buruk yang
dipaparkan dalam ICT dan Internet sehingga mereka terjebak dalam kancah
sosial? Siapa harus bertanggungjawab? Bagaimana hendak menanganinya dan
apa yang perlu dilakukan?
Merenung kepada persoalan yang ditimbulkan, Presiden Majlis Permuafakatan
Persatuan Ibu bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Profesor Madya Datuk Mohamad
Ali Hasan berpendapat institusi keluarga memainkan peranan penting dan amat
besar dalam pembentukan sahsiah diri dan akhlak anak-anak dari peringkat
awal.
Ibu bapa bukan sahaja memerlukan ilmu keibubapaan yang tinggi tetapi juga
kematangan fikiran untuk mengasuh, mendidik dan mendisiplinkan anak-anak
untuk berhadapan cabaran dunia Internet. Beliau berkata ketua keluarga
memainkan peranan utama dalam membentuk sebuah institusi keluarga yang

harmoni dan berakhlak. Sama ada institusi itu sebuah keluarga yang lengkap
mempunyai kedua-dua ibu dan bapa ataupun keluarga ibu tunggal/bapa tunggal,
peranan ketua keluarga sangat penting.
"Ibu ayah mempunyai (peranan) kepimpinan yang penting dalam mendekati
anak-anak mereka supaya dapat mewujudkan persefahaman dan komunikasi
berkesan. Sekarang, ibu bapa terlalu sibuk bekerja mengejar kekayaan sehingga
anak-anak diabaikan," katanya.
Berdasarkan pemantauannya sendiri, Mohamad merumuskan masalah
keruntuhan moral remaja berlaku akibat institusi keluarga semakin rapuh,
hubungan antara anggota keluarga renggang, ketiadaan kasih dan sayang,
kurang komunikasi, tiada pegangan dan pendidikan agama serta sikap ibu bapa
yang terlalu mempercayai dan mengambil mudah pergerakan anak-anak
mereka.
Kekurangan berkenaan ditambah pula dengan kemudahan mengakses Internet,
jaringan laman-laman sosial, pengaruh televisyen dan hiburan, tekanan dan
pengaruh rakan sebaya, menggawatkan lagi keadaan.
"Saya pasti kalau ayah dan ibu tegas, tahu dan melaksanakan tanggungjawab,
mengambil berat hal anak-anak, perkara sebegini dapat dikurangkan," katanya.
Mengambil pendekatan membina, Mohamad berkata masyarakat perlu
memainkan peranan dan mengambil tindakan konstruktif membantu remaja
yang berhadapan masalah sosial ini seperti remaja perempuan yang
mengandung anak luar nikah, membina kehidupan dan bimbingan untuk kembali
ke
jalan
yang
betul.
Pakar Perunding Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dr Muhamad
Muhsin Ahmad Zahari pula berkata golongan remaja perempuan yang
'kesunyian' dan mengalami masalah keluarga akan mudah menjadikan laman
sosial dan dunia Internet untuk melayan dan meluahkan perasaan mereka.
"Keghairahan mereka untuk berkongsi masalah di laman sosial menyebabkan
mereka mudah menjadi mangsa dan diperalatkan oleh lelaki tidak dikenali. Baru
'chatting' dua tiga kali terus merancang untuk berjumpa, sedangkan tindakan itu
akan mendatangkan risiko kepada diri mereka," katanya.
Dr Muhamad berkata kerapuhan institusi keluarga merupakan satu faktor utama
yang menyebabkan remaja cenderung terjebak dalam hubungan seks bebas.
"Ibu bapa seharusnya menjadi rakan 'karib' kepada anak-anak mereka dan
mengetahui dengan siapa mereka (remaja) keluar dan berkawan. Sekiranya
mereka mempunyai laman sosial seperti 'Facebook', 'add' lah... mereka untuk
mengetahui siapa sahabat mereka," katanya.
Menyentuh tentang pendidikan seks, Dr Muhamad berkata beliau kesal dengan
sikap segelintir ibu bapa yang malu untuk berbincang mengenai seks dan

mengganggap ia sebagai suatu perkara yang tidak boleh dibincang bersama


anak-anak mereka. Sedangkan, katanya perbincangan mengenai seks antara ibu
bapa dan anak adalah langkah pendedahan awal pendidikan seks.
"Ibu bapa harus berfikiran lebih terbuka untuk berbicara tentang isu ini,
golongan remaja hari ini tidak sama seperti remaja di awal 70-an dan 80-an
kerana pemikiran mereka semakin ke hadapan," katanya.
Beliau menyarankan agar pendidikan seks di peringkat sekolah diwujudkan untuk
meningkatkan kefahaman serta implikasi sekiranya remaja terjebak dalam
hubungan seks bebas.
"Remaja berhak untuk tahu... untuk menghilangkan (keraguan) ini dapat
membantu remaja memahami tentang seks. Bukan bermaksud mengajar mereka
untuk melakukan seks tetapi diajar untuk ilmu dan pencegahan supaya tidak
menjadi mangsa kepada penyakit kelamin seperti sifilis dan virus HIV," katanya.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Hashim Adnan
pula percaya masalah seperti perlakuan seks berlaku disebabkan keghairahan
untuk mencuba sesama rakan mereka berikutan dengan gaya hidup yang
semakin
sosial.
"Perkara ini boleh berlaku di mana-mana termasuk di kawasan sekolah
terutamanya selepas waktu sekolah...sebab kawasan sekolah terlalu besar dan
kesemua cikgu dan pihak pengurusan akan balik lepas kerja, jadi yang tinggal
hanyalah pelajar dan pengawal keselamatan hanya menjaga pintu keluar
masuk,"
katanya.
Justeru, katanya pendidikan seks dan moral melalui mata pelajaran Sains, Biologi
atau Kajian Tempatan mesti diberi penekanan bagi mendedah dan mendidik
golongan remaja terhadap implikasi perbuatan yang bertentangan agama. Bernama

PROSES KREATIF
Apakah yang dikatakan Penulisan Kreatif dan Proses Kreatif?
Penulisan Kreatif pada dasarnya ialah proses penciptaan karya sastera. Ia
bermula dari tercetusnya idea (yang disebut sebagai mendapat ilham), memikir
dan mematangkan idea tersebut, mengolah dalam bentuk tulisan dalam
pelbagai genre, dan seterusnya memperbaiki dan memurnikan sehingga lahir

sebuah karya yang baru. Proses ini tidak berlaku dalam tempoh masa yang sama
untuk semua pengarang.Setiap seorang pengarang juga tidak mengambil masa
yang sama untuk menghasilkan karya yang berlainan. Proses kreatif boleh
dibahagikan kepada beberapa tahap.
Tahap Satu: Kemunculan Idea atau Ilham.
Suatu idea muncul di dalam benak atau pemikiran penulis. Kemunculan ini
disebut juga sebagai mendapat ilham. Idea sering muncul tidak mengira waktu
dan tempat,seringkali dengan tidak diramal. Kadang-kadang ketika seseorang di
dalam kenderaan, ketika berbual dengan orang lain, atau ketika menonton
television. Ia muncul ketika sedang sibuk, sakit atau ketika sihat.
2) Idea sering melintas dengan cepat dan kemudian menghilang Oleh itu, sangat
membantu jika seorang penulis membawa buku catatan (atau apa-apa alat IT
yang canggih dewasa ini) untuk mencatat sesuatu yang melintas di fikirannya.
Pencatatan idea harus dilakukan sebaik mungkin. Idea ini kemudian dapat
diperhalusi, difikir-fikirkan sehingga benar-benar menjadi matang dan jelas.
3) Idea yang muncul banyak bergantung kepada pengetahuan dan pengalaman.
Semakin banyak pengalaman dan pengetahuan seseorang, semakin banyak idea
yang akan didapati. Oleh itu seseorang harus terus meningkatkan pengetahuan
dan pengalamannya di dalam pelbagai bidang seperti kesenian, politik, ekonomi,
sosial, pendidikan, dan lain-lain. Pengetahuan dapat diperolehi melalui
membaca, berdiskusi, mendengar ceramah, dan lain-lain. Pengalaman dapat
diperoleh secara langsung atau tidak langsung.
4) Seorang penulis juga boIeh berusaha untuk memperkayakan idea antara lain
(i) dengan mempelajari idea orang lain, (ii) meningkatkan pengetahuan dan
pengalaman, (iii) menciptakan suasana yang santai, merasa selesa dan berani
untuk bertukar-tukar pandangan dan mendengar pandangan orang lain terhadap
hasil tulisan (iv) sering berlatih..
1)

Tahap Kedua : Mengembangkan Idea


Seorang penulis sering mendapat lintasan-lintasan idea atau pemikiran yang
samar-samar dan tidak lengkap. Idea yang muncul biasanya tidak dapat terus
dituangkan ke dalam karya sastera, tetapi masih memerlukan pengolahan
terlebih dulu. Dengan mengolah dan menyempurnakan secara terus- menerus
idea akan menjadi lebih matang dan kuat untuk dilahirkan menjadi karya
sastera.
2)
Idea dapat dimatangkan melalui pembacaan. Melalui pembacaan kita dapat
mengetahui apa saja yang tidak mungkin dialaminya secara langsung.Dengan
banyak membaca karya sastera, seorang bakal penulis dapat menambah
pengetahuan dan meningkatkan kemahiran di dalam penggunaan bahasa dan
gaya pengucapan karyanya.
3) Idea dapat dimatangkan melalui pengalaman. Idea yang masih samar-samar
dapat diperjelas dengan cara mendalami secara langsung kehidupan yang akan
digambarkan. Misalnya seorang penulis yang ingin menceritakan tentang
kehidupan seorang nelayan harus menjalani kehidupan dan bercampur gaul
dengan nelayan untuk memperoleh gambaran yang lebih dekat.
4) Idea dapat dimatangkan dengan perenungan. Dalam merenung seorang penulis
akan mengungkap kembali seluruh pengetahuan dan pengalamannya yang
relevan dengan idea yang sedang digarapnya. Dalam perenungan seorang
penulis berusaha melakukan proses berpikir untuk mencari kemungkinan
hubungan antara idea yang muncul dengan sesuatu yang lain yang tidak
memiliki hubungan secara langsung.
1)

5)

Idea dapat dimatangkan melalui diskusi. Dengan berdiskusi seorang penulis


dapat saling bertukar pengetahuan dan pengalaman sehingga suatu idea dapat
menjadi jelas karena ditinjau dari pelbagai sudut pandang.

Tahap Tiga: Menulis


Setelah idea menjadi matang seorang penulis bolehlah memulakan
penulisannya .. Menulis melibatkan penggunaan bahasa. Seseorang yang tidak
mahir berbahasa akan gagal untuk melahirkan karya yang baik. Oleh itu seorang
penulis perlu banyak membaca untuk memperkaya kosa kata dan menguasai
kaedah bahasa, laras bahasa, sistem makna, dan sistem bunyi bahasa.
2)
Kadang-kadang seseorang mengalami masalah psikologis seperti perasaan
takut, malu, tertekan, tension (ketegangan) dan kurang yakin. Seorang penulis
harus membebaskan dirinya daripada perasaan-perasaan tersebut agar
penulisan berjalan dengan baik dan idea dapat mengalir. Penulis harus merasa
tenang, santai, selesa dan seronok untuk berkarya.
3) Ramai penulis, terutama penulis penulis baru yang mengalami kesukaran dan
tersekat-sekat ketika mengungkap idea dan mula merasa dirinya tidak mahir,
tidak berbakat Ada yang berputus asa. Ingatlah kemahiran hanya boleh
diperolehi melalui ketekunan dan kerajinan. Semakin sering dan tekun berlatih
menulis, akan semakin lancar seorang penulis dalam melahirkan karya-karyanya
1)

Tahap Keempat: Memurnikan Penulisan


Penulisan yang dilahirkan biasanya tidak terus baik dan sempurna. Untuk itu,
seorang penulis perlu membaca kembali karya yang ditulisnya dan bila dianggap
perlu ia akan mengubah, menambah, atau menguranginya. Ini dilakukan
berulang-ulang sampai penulis merasa yang dia telah berjaya mengungkap apa
yang hendak disampaikan.
2)
Idea yang dilahirkan sering mengalami perubahan dan pengembangan.
Peristiwa yang ingin digambarkan secara singkat dan padat akhirnya
digambarkan dengan panjang lebar. Seorang penulis yang pada asalnya ingin
menggambarkan kehidupan watak-watak yang terdiri dari orang-orang kampung
menukar fikiran dan menjadikan tokoh-tokohnya orang bandar. Hal seperti ini
memang sering berlaku
3) Karya disempurnakan dengan membaca kembali yang tertulis. Ada yang terus
membaca selepas ditulis , ada yang menunggu beberapa hari. Hal ini bergantung
pada kecenderungan peribadi masing-masing . Dengan membaca kembali
seorang penulis mengubah dan menyempurnakan apa yang masih kurang dalam
tulisannya.
4) Ada penulis yang tidak mahu atau merasa malu menunjukkan tulisan yang
belum disiarkan itu kepada orang lain. Oleh sebab itu dia akan membaca
tulisannya sendiri dan melakukan pembaikan. Tetapi ada penulis yang tidak
mahu membaca sendiri, mungkin merasa bosan untuk berbuat demikian, lalu
meminta orang lain untuk membaca dan membetulkan ejaan dan memberi
pandangan.
1)

MENJADI PENULIS YANG BAIK.


Untuk menjadi penulis yang baik seseorang perlu mempunyai:
Bakat
Bakat merujuk kepada kebolehan semula jadi, tetapi bakat saja tidak
mencukupi. Bakat adalah umpama sebiji benih. Kalau benih tidak disemai,
disiram, dijaga maka ia tidak akan tumbuh.

Kesungguhan dan kerajinan


Setiap orang yang mahu menjadi penulis mesti bekerja keras seperti juga di
dalam bidang apa pun. Orang yang rajin mempunyai harapan untuk berjaya
lebih daripada orang yang malas. Kerajinan merupakan air dan baja yang
menumbuhkan benih bakat. Kekangan yang paling hebat di dalam kerjaya
menulis ialah sifat malas.
Persekitaran yang memberangsangkan
Seorang yang mahu terus menulis perlu meletakkan dirinya di dalam
persekitaran yang dapat menyuburkan minatnya. Seorang yang mendapat
galakan dari keluarga, kawan-kawan misalnya akan terangsang untuk terus
menulis. Ini juga bermakna seorang penulis perlu pandai mengatur gaya dan
cara penghidupannyasupaya sesuai dengan minatnya. Pepatah ada mengatakan
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Bagaimanakah caranya
menyesuaikan diri dengan keadaan dan tuntutan kehidupan? Itu terpulanglah
kepada kebijaksanaan masing-masing.
Belajar dari Penulis-penulis yang berpengalaman
Bakal-bakal penulis bolehlah menimba ilmu dari mereka yang sudah
berpengalaman. Bacalah tentang kehidupan penulis-penulis veteran atau
penulis-penulis yang diminati untuk dijadikan contoh teladan. Tanyakan
bagaimana mereka menggunakan masa atau menyesuaikan masa untuk terus
menulis. Ada di antara penulis-penulis veteran seperti Arenawati, A.Samad Said
yang telah menulis memoir menceritakan pengalaman mereka menghasilkan
karya kreatif. Buku-buku ini menjadi sumber penting untuk menimba ilmu dan
mendorong kita untuk berkarya.
Menghadiri ceramah, diskusi, bengkel
Salah satu cara untuk terus menyuburkan minat dan mengasah bakat ialah
dengan menghadiri majlis-majlis ceramah atau kegiatan-kegiatan sastera. Selain
mendapat petua dan petunjuk dari penceramah, akan berpeluang bertemu,
berbual dan bertukar-tukar fikiran sesama kawan-kawan penulis. Suasana begini
boleh membenihkan idea dan menyuburkan minat dan bakat.
Memperluas Ilmu Pengetahuan
Seorang penulis mesti rajin mendalami ilmu, rajin membaca dan
mempertajamkan kebolehannya.Ia mesti berminat dengan karya orang lain
lebih-lebih
lagi
karya-karya
besar.Membacalah
untuk
memperkaya
perbendaharaan kata dan kepandaian menyusun kata-kata dan mempertingkat
daya penggunaan bahasa.
Untuk menjadi seorang penulis seseorang tidak perlu menguasai teori
sastera yang rumit.Tetapi dia perlu berminat dengan bidang yang diceburinya.
Dia wajar mengambil tahu tentang perkembangan sastera dan sejarah
kesusasteraan setidak-tidak pun di negaranya sendiri. Di samping itu untuk
memajukan diri seorang penulis wajar mempunyai pengetahuan secukupnya di
dalam bidang kritik sastera dan apresiasi sastera untuk mengetahui bagaimana
menilai mutu atau kekuatan sebuah karya sastera dan bagaimanakah yang
dikatakan sebuah karya yang segar dan baru.
Berminat kepada perkembangan di sekeliling
Rasanya seorang yang tidak berminat dan tidak mahu mengambil tahu apa yang
terjadi di dalam masyarakatnya, apa yang sedang melanda bangsanya atau apa
yang mengubah penghidupan di dalam negara dan di luar negara tidak akan

boleh menjadi penulis kerana setiap karya sastera lahir dari kepekaan dan
sensitiviti penulis akan perkara-perkara yang berlaku di sekelilingnya.
Disiplin
Pada masa sekarang sudah ramai penulis yang boleh hidup dengan hasil tulisan.
Kita melihat mereka seperti bebas bergerak ke sana ke mari tanpa perlu
memohon cuti dan kebenaran keluar pejabat. Tetapi kebebasan dan keselesaan
seperti ini membahayakan jika seseorang tidak memiliki Disiplin. Bila anda tidak
bekerja di pejabat anda boleh diganggu oleh tetamu yang tidak mengira masa.
Oleh itu buatlah jadual kerja dan ikutilah jadual anda. Sesuaikan masa menulis
dengan keadaan hidup anda sama ada anda seorang suri rumah, pekerja di
pejabat dan sebagainya. Setiap orang ada caranya tersendiri. SN Muhammad
Haji Salleh pernah menceritakan yang beliau lebih selesa menulis puisi di dalam
keadaan bersantai di rumah, dengan kain pelikat. SN Abdullah Hussein suka
berpakaian kemas seolah-olah bekerja di pejabat kerana katanya kalau pakai
terlalu kasual, dia terasa mahu berehat dan tidur sahaja.
Gaya Hidup Sihat
Ada orang pernah mengatakan bahawa bila penyair mendapat idea, dia akan
lupa makan minum. Satu ketika dahulu, para penulis, terutama penyair sering
digambarkan sebagai golongan yang agak menyimpang dari kehidupan biasa.
Sebenarnya setiap manusia perlukan gaya hidup yang sihat dan perlu menjaga
makan minum untuk berjaya di dalam lapangan apa pun. Bukankah otak yang
cerdas, fikiran yang bernas lahir dari badan yang sihat dan cergas.
Menulis adalah satu proses yang boleh membuat anda cepat mengantuk.
Amalkan senaman-senaman yang sesuai.

You might also like