You are on page 1of 19

J4012 / UNIT 1/1

SISTEM PNEUMATIK

UNIT 1
PENGENALAN KEPADA PNEUMATIK
(SISTEM PNEUMATIK)

Objektif Am

Objektif Khusus :

OBJEKTIF

Mempelajari dan memahami rajah


blok struktur dan aliran isyarat sistem pneumatik.

Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:-

Menerangkan pengenalan dan penggunaan kawalan


pneumatik di industri.
Melakarkan dan menerangkan rajah blok struktur dan
aliran isyarat sistem pneumatik.
Menyatakan kelebihan dan kekurangan sistem pneumatik
Menyatakan simbol piawai ISO komponen-komponen
sistem pneumatik.

J4012 / UNIT 1/2


SISTEM PNEUMATIK

INPUT

1.0 PENGENALAN

Tahukah anda bahawa setiap sesuatu yang ada pada hari ini
mesti ada sejarahnya yang tersendiri. Begitu juga dengan
Pneumatik, di mana ianya mempunyai sejarah yang agak
panjang untuk berkembang seperti yang anda lihat pada hari
ini.
Untuk mengetahuinya TERUSKAN MEMBACA unit ini.

Sebaik sahaja Pneumatik diperkenalkan di Amerika Syarikat, ia mengambil masa


yang agak lama untuk diperkenalkan kepada negara-negara lain terutamanya Eropah.
Pneumatik telah pun digunakan secara meluas di Amerika Syarikat iaitu sebelum
Perang Dunia II. Jenis injap kawalan arah yang digunakan pada masa itu ialah jenis
spool valve dengan operasi elektro-magnetik kawalan terus. Selepas itu plane
slide valve diperkenalkan, di mana angin ekzos petunjuk dikeluarkan melalui
sebuah solenoid valve 2/2 yang kecil. Pada kedua-dua perkara yang disebut di atas,
pengawalan adalah menggunakan elektrik dengan litar relay. Dengan adanya ramai
juru elektrik, tidaklah menjadi masalah untuk membina kabinet kawalan yang agak
baik.
Di Eropah, pneumatic hanya diperkenalkan selepas Perang Dunia II, dimana pada
masa tersebut Eropah mengalami zaman kemelesetan. Dengan ini, ia tidak
mempunyai teknologi yang tinggi untuk pembuatan injap tanpa seal, seperti yang
digunakan di Amerika Syarikat sebelum perang berlaku. Dengan itu pengeluaran
yang pertamanya adalah agak mudah dan injap popet banyak dikeluarkan. Injap
kuasa popet hanya boleh beroperasi dengan piston pneumatik. Untuk mengatasi
daya operasi angin yang tinggi, kawalan pneumatik dimajukan. Selain daripada itu,

J4012 / UNIT 1/3


SISTEM PNEUMATIK

pemanduan solenoid pada masa itu tidaklah mempunyai reliability yang baik. Untuk
mengelakkan penyambungan lemah di antara kawalan elektrik dan kuasa pneumatik,
kawalan pneumatik sahaja dimajukan ke tahap yang lebih tinggi di Eropah,
menggantikan operasi pemanduan solenoid dan kawalan elektrik.
Pada tahun 1960an, teknologi baru dari Amerika Syarikat diperkenalkan pada semua
negara perindustrian di dunia iaitu Fluidics dan teknologi pneumatic switching
(tanpa alatan bergerak). Kedua-dua prinsip utama ini, yang diasaskan dari Wall
Attachment (Coanda Effect) dan Turbulence Amplifiers, lenyap sebaik sahaja ia
diperkenalkan tanpa mendapat peranan yang agak popular. Salah satu sebab
kejatuhan projek ini ialah kos kawalan elektrik pada masa itu sangat tinggi. Selain
daripada itu, pengetahuan dan komponen adalah berkurangan untuk membina
bekalan fluidics yang sesuai. Pada masa sekarang, solenoid yang beroperasi
mempunyai reliability yang tinggi dan tahan lama.

1.1 KOMPONEN SISTEM PNEUMATIK


Tahukah anda apa yang dikatakan sistem pneumatik?. Pneu merupakan perkataan
yang berasal dari Greek yang bermaksud angin, manakala matik pula merujuk
kepada kuasa. Oleh itu, sistem pneumatik bolehlah ditafsirkan sebagai sistem yang
digerakkan oleh kuasa angin.
Sistem pneumatik menggunakan udara termampat sebagai media pemindahan kuasa.
Udara termampat adalah udara sekeliling yang telah dimampatkan dengan
menggunakan pemampat udara kendalian motor elektrik.
Sistem pneumatik banyak digunakan dalam industri pemasangan komponen
elektronik, mesin memproses makanan, alat pneumatik seperti mesin gerudi, motor
udara dan lain-lain. Sebagai contoh, sistem pneumatik juga digunakan oleh bas pada
sistem pintu automatiknya dan juga pada bahagian brek. Gambarajah blok
komponen sistem pneumatik adalah seperti dalam gambarajah 1.1 di bawah ;

J4012 / UNIT 1/4


SISTEM PNEUMATIK

SUMBER :
SMC Pneumatic

Pemampat
Udara

Penerima

Pengering

Unit Servis

Injap Kawalan

Penggerak

Gambarajah 1.1 : Blok komponen Sistem Pneumatik

1.1.1 Pemampat Udara


Berfungsi untuk mengumpulkan udara dan memampatkannya dari tekanan
udara kasa ketekanan tertentu. Contohnya Pemampat Putaran dan Pemampat
salingan.
1.1.2 Pengering Udara
Berfungsi untuk mengeringkan udara yang telah dimampatkan daripada wap
air sebelum udara dihantar ke sistem untuk mengelakkan komponen
pneumatik dari berkarat. Contohnya Pengeringan Serapan dan Pengeringan
Jerapan.
1.1.3 Penerima Udara
Berfungsi untuk menyimpan udara yang telah dimampat dan dikeringkan
sebelum dihantar ke sistem. Penerima udara juga dikenali sebagai tabung
udara. Ia juga boleh mengawal tekanan angin yang terdapat di dalamnya.
1.1.4 Unit Servis
Unit servis terdiri dari tiga komponen iaitu pengatur tekanan, tolok tekanan
dan pelincir. Ianya berfungsi untuk mengawal tekanan dan melincirkan udara
sebelum dihantar ke sistem.
1.1.5 Injap Kawalan Arah
Ianya berfungsi untuk mengawal arah gerakan penggerak.

J4012 / UNIT 1/5


SISTEM PNEUMATIK

1.1.6 Penggerak
Ianya merupakan komponen terakhir yang terdapat dalam sistem ini.
Berfungsi untuk melakukan kerja sebagaimana yang telah dikehendaki.
Terdapat pelbagai jenis penggerak seperti rod keluar masuk, putaran dan
nyalaan.

1.2 KEBAIKAN SISTEM PNEUMATIK

Di antara kebaikan sistem pneumatik adalah seperti di bawah :Mudah disalurkan untuk jarak yang jauh dan mudah disimpan. Iaitu
kebolehdapatannya tidak terbatas.
Udara tidak tertakluk kepada suhu dan tidak mudah terbakar.
Dapat menyediakan cara yang berkesan untuk pendaraban daya, mudah
diselaraskan dan tiada masalah beban.
Udara dapat menyediakan kebolehlenturan dalam kawalan mesin
Dapat memberikan sambutan yang cepat untuk memulakan dan memberhentikan
kawalan.
Udara tidak memerlukan aliran balik.
Udara adalah bersih, kebocorannya tidak akan mencemarkan persekitaran.
Isipadu udara rendah, jadi pergerakannya lebih laju berbanding dengan minyak
hidraulik.
Komponen sistem pneumatik mudah dibina jika dibandingkan dengan sistem
lain.

J4012 / UNIT 1/6


SISTEM PNEUMATIK

1.3 KEBURUKAN SISTEM PNEUMATIK


Keburukan sistem pneumatik pula adalah seperti di bawah :Udara termampat memerlukan persediaan sistem yang teliti.
Udara yang terkeluar dari proses pemampatan mengeluarkan bunyi yang
bising.
Walaupun kos penyenggaraannya rendah tetapi kos penyediaannya tinggi
(untuk membuang bahan cemar).
Keperluan dayanya terhad, hanya dari 20 kN 30 kN.
Kebolehmampatan tidak dapat menghasilkan kelajuan piston yang malar dan
seragam.
Untuk menjadi sumber kuasa, udara termampat boleh dikatakan mahal.
Ianya menggunakan banyak paip.

J4012 / UNIT 1/7


SISTEM PNEUMATIK

AKTIVITI 1a

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA.
SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN
BERIKUTNYA.
SELAMAT MENCUBA

Soalan 1a-1
Lengkapkan gambarajah blok sistem pneumatik di bawah.
Pemampat
Udara

Pengering

Penggerak

Soalan 1a-2
Bagi setiap pernyatan di bawah, sila tandakan ( ) pada ruang betul atau salah yang
disediakan
Betu
l

Sala
h

Pernyataan
Unit servis terdiri dari empat komponen pengatur tekanan, tolok
tekanan,penapis tekanan dan pelincir.
Injap kawalan berfungsi untuk mengawal arah pergerakan penggerak
Sistem pneumatik memerlukan aliran pergi dan balik
Sekiranya kebocoran sistem pneumatik berlaku ianya akan
mencemarkan alam sekitar
Udara termampat adalah murah untuk dijadikan sebagai sumber kuasa
Sistem pemampat memerlukan persediaan sistem yang teliti
Keperluan daya yang digunakan ialah antara 50 kN hingga 60 kN

J4012 / UNIT 1/8


SISTEM PNEUMATIK

MAKLUM BALAS KEPADA AKTIVITI 1a

TAHNIAH !
ANDA TELAH MENGHAMPIRI KEJAYAAN,
PASTIKAN JAWAPAN ANDA BETUL SEBELUM
BERPINDAH KEPADA INPUT YANG
SELANJUTNYA.

Jawapan 1a-1
Pemampat
Udara

Penerima

Pengering

Unit Servis

Injap Kawalan

Penggerak

Jawapan 1a-2
Betu
l

Sala
h

Pernyataan
Unit servis terdiri dari empat komponen pengatur tekanan, tolok
tekanan,penapis tekanan dan pelincir.
Injap kawalan berfungsi untuk mengawal arah pergerakan penggerak

Sistem pneumatik memerlukan aliran pergi dan balik

Sekiranya kebocoran sistem pneumatik berlaku ianya akan


mencemarkan alam sekitar

Udara termampat adalah murah untuk dijadikan sebagai sumber kuasa

Sistem pemampat memerlukan persediaan sistem yang teliti

Keperluan daya yang digunakan ialah antara 50 kN hingga 60 kN

J4012 / UNIT 1/9


SISTEM PNEUMATIK

INPUT
1.4 SIMBOL-SIMBOL PIAWAI BAGI
KOMPONEN PNEUMATIK
Simbol piawai ISO bagi komponen-komponen sistem pneumatik adalah seperti di
bawah:KOMPONEN
Pemampat pneumatik

Silinder pneumatik
tindakan searah

KETERANGAN
Sesaran tetap

Tanpa pegas
Kembalikan pegas
Satu rod

Silinder pneumatik
tindakan dua arah
Dua rod

Dua liang tertutup


Injap 2/2
Dua liang terbuka

SIMBOL

J4012 / UNIT 1/10


SISTEM PNEUMATIK

KOMPONEN

KETERANGAN

Liang masuk tertutup


Injap 3/2
Liang masuk terbuka

Injap 4/2

Dua arah aliran


(satu ekzos)

Am

Gerakan insani

Butang tekan

Tuil

Injak

Gerakan mekanik

Penguling

SIMBOL

J4012 / UNIT 1/11


SISTEM PNEUMATIK

KOMPONEN

KETERANGAN

Kawalan aliran bolehubah

Injap kawalan aliran


Kawalan aliran satu arah
sahaja

Kawalan aliran bolehubah


bagi satu arah sahaja

Pengatur tekanan

Bolehubah

Tekanan pada injap padu


Gerakan pneumatik
Tekanan secara terus

SIMBOL

J4012 / UNIT 1/12


SISTEM PNEUMATIK

KOMPONEN
Gerakan elektrik
dengan solenoid satu
gelung

KETERANGAN
Dengan solenoid satu
gegelung

Tanpa pegas

Injap sehala
Dengan pegas

Penyeyap

Penapis

Tanpa pengasing air

Dengan penapis air

Pengering udara

SIMBOL

J4012 / UNIT 1/13


SISTEM PNEUMATIK

KOMPONEN

KETERANGAN

Alat pelincir

Tolok tekanan

Punca udara dari pemampat

Saluran udara

Saluran panduan pneumatik

Sambungan saluran

PASTIKAN ANDA
MENGENALI SEMUA SIMBOL
YANG TERSENARAI
DI ATAS.

SIMBOL

J4012 / UNIT 1/14

AKTIVITI 1bSISTEM PNEUMATIK


SELAMAT MENCUBA

Soalan 1b-1
Pada ruangan di sebelah kanan bagi setiap unit di bawah lukiskan simbol
pneumatik yang berkenaan.

Unit

Pemampat udara

Silinder pneumatik tindakan searah tanpa


pegas

Silinder pneumatik tindakan searah


berpegas

Simbol

J4012 / UNIT 1/15


SISTEM PNEUMATIK

Injap 2/2 dua liang tertutup

Pengatur tekanan bolehubah

J4012 / UNIT 1/16


SISTEM PNEUMATIK

MAKLUM BALAS KEPADA AKTIVITI 1b

TAHNIAH SEKIRANYA JAWAPAN


ANDA SAMA SEPERTI DI BAWAH
Jawapan 1b-1
Unit

Pemampat udara

Silinder pneumatik tindakan searah tanpa


pegas

Silinder pneumatik tindakan searah


berpegas

Injap 2/2 dua liang tertutup

Pengatur tekanan bolehubah

PENILAIAN KENDIRI

Simbol

J4012 / UNIT 1/17


SISTEM PNEUMATIK

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA!
SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN
BERIKUTNYA.
1. Apakah yang dimaksudkan dengan PNEUMATIK dan bagaimana sistem ini
berfungsi?
2. Lakarkan gambarajah blok secara ringkas tentang sistem pneumatik.
3. Berikan EMPAT contoh industri yang menggunakan sistem pneumatik.
4. Nyatakan LIMA kebaikan sistem pneumatik.
5. Nyatakan LIMA keburukan sistem pneumatik.

J4012 / UNIT 1/18


SISTEM PNEUMATIK

MAKLUM BALAS KEPADA


PENILAIAN KENDIRI

TAHNIAH!
ANDA TELAH BERJAYA MENCAPAI
OBJEKTIF DAN LAYAK UNTUK
MENERUSKAN UNIT YANG
SETERUSNYA.

1. Pneu merupakan perkataan yang berasal dari Greek yang bermaksud angin, manakala
matik pula merujuk kepada kuasa. Oleh itu sistem pneumatik bolehlah ditafsirkan
sebagai sistem yang digerakkan oleh angin. Sistem pneumatik menggunakan udara
termampat sebagai media pemindahan kuasa. Udara termampat adalah udara
sekeliling yang telah dimampatkan dengan menggunakan pemampat udara kendalian
motor elektrik.
2.
Pemampat
Udara

Pengering

Penerima

Unit Servis

Injap Kawalan

3. Empat contoh industri yang menggunakan sistem pneumatik ialah :a.


b.
c.
d.

industri pemasangan komponen elektronik


alat pneumatik seperti mesin gerudi
mesin memproses makanan
motor udara

Penggerak

J4012 / UNIT 1/19


SISTEM PNEUMATIK

4. Lima kebaikan sistem pneumatik


a. Mudah disalurkan untuk jarak yang jauh dan mudah disimpan.Kebolehdapatannya
tidak terbatas.
b. Udara tidak tertakluk kepada suhu dan tidak mudah terbakar.
c. Dapat menyediakan cara yang berkesan untuk pendaraban daya, mudah
diselaraskan dan tiada masalah beban.
d. Udara dapat menyediakan kebolehlenturan dalam kawalan mesin
e. Dapat memberikan sambutan yang cepat untuk memulakan dan memberhentikan
kawalan.
5. Lima keburukan sistem pneumatik
a.
b.
c.
d.
e.

Udara termampat memerlukan persediaan sistem yang teliti


Udara yang terkeluar dari proses pemampatan mengeluarkan bunyi yang bising.
Walaupun kos penyenggaraan rendah tetapi kos penydiaannya tinggi
Keperluan dayanya terhad, hanya dari 20 kN 30 kN.
Kebolehmampatan tidak dapat menghasilkan kelajuan piston yang malar dan
seragam.

You might also like