You are on page 1of 2

1.

0 Latar Belakang Kajian


Inflasi ialah kenaikan tingkat harga umum barang dan perkhidmatan secara berterusan
dan tidak terbatas dalam ekonomi. Kadar inflasi ialah mengukur peratusan kenaikan
tingkat harga umum barang dan perkhidmatan pada suatu tahun tertentu berbanding
dengan tahun sebelumnya.Jenis-jenis inflasi termasuk inflasi tarikan permintaan.Inflasi
tarikan permintaan ialah proses kenaikan tingkat harga umum apabila permintaan agregat
(AD) melebihi penawaran (AS). Kedua ialah inflasi tolakan kos ialah proses kenaikan
tingkat harga umum yang disebabkan oleh kenaikan kos pengeluaran semasa ekonimi
melambang atau mengalami tingkat guna tenaga penuh. Ketiga ialah inflasi diimport .
Inflasi diimport berlaku akibat daripada kenaikan harga barang yang diimport.
Penghitungan kadar inflasi adalah indeks harga pengguna tahun semasa menolak indeks
harga pengguna tahun sebelumnya bahagi kepada indeks harga pengguna tahun
sebelumnya kemudian darabkan dengan seratus peratus.Formula kadar inflasi seperti
berikut:
Kadar inflasi (%)= [(IHP tahun t IHP tahun (t-1) ) IHP tahun (t-1) ] x 100
Pengangguran bermaksud satu keadaan tenaga buruh dalam lingkungan 15-64 tahun
yang aktif mencari pekerjaan dan sanggup bekerja tetapi gagal memperoleh sebarang
pekerjaan pada suata tingkat upah tertentu. Kadar pengangguran ialah satu ukuran yang
menunjukkan peratusan jumlah tenaga buruh yang tidak melakukan sebarang kegiatan
ekonomi berbanding dengan jumlah tenaga buruh di pasaran.Terdapat bebrapa jenis
pengangguran .Pengangguran struktur , ia wujud apabila kemahiran buruh tidak lagi
diminta oleh majikan kerana kekurangan kemahiran untuk melakukan pekerjaan atau
buruh yang enggan atau sukar berpindah ke lokasi yang ada pekerjaan.Pengangguran
bermusim,berlaku kerana perubahan musim atau cuaca yang berpengaruhi kegiatan
ekonomi.Pengangguran geseran disebabkan oleh tindakan buruh yang memilih untuk
tidak bekerja buat sementara waktu bagi tujuan mencari pekerjaan yang lebih baik atau
tenaga buruh yang baharu masuk dalam pasaran buruh.Pengangguran kitaran disebabkan
oleh kekurangan perbelanjaan agregat yang wujud semasa kemelesetan
ekonomi.Pengangguran teknologi disebabkan oleh perubahan dalam teknik pengeluaran

,iaitu penggunaan teknologi moden untuk menggantikan buruh dalam proses


pengeluaran.Pengangguran tak ketara berlaku apabila buruh tidak menyumbang kepada
peningkatan jumlah keluaran walaupun memperoleh pekerjaan.
Kadar pengangguran adalah jumlah pengangguran bahagi kepada tenaga buruh kemudian
darabkan seratus peratus.Formula kadar pengangguran seperti berikut :
Kadar pengangguran (%) = (Pengangguran Tenaga Buruh ) x 100

You might also like