You are on page 1of 9

JURNAL ISLAM &

GGUffi

Masy ar akat KontemPorari

Jll. t,2oo8,115-123

Pandangan Masyarakat Islam Terengganu


Terhadap Enakmen Kesalahan Jenayah Syariatt
(Hudud dan Qisas) Terengganu 2002
ZulktfliMohd
Syed Mohd Azmi SYed Ab. Rahman
Engku Muhammad Tajuddin Engku
Mohd Ali Mohd Yusof

Ali

ABSTRACT

The intention of the Terengganu State Government (at that


thne was PAS - Parti Islam SeMalaysia) to implement Syariah
Cnminal ffiences (Hudud & Qisas) Enactment 1423H/2002M
has received different reactions and lead to heat debate among
thz public. Thus, a survey has been conducted on 672 local
Muslim residences in seven districts in the state of Terengganu
to see their perceptions towards the implemention of the
enactmcnL The .findings reveal that 96.6Vo of the respondents
know hudud and qisas in Islam, while 87.4Vo aware the
existence of the enactment. Howeven some of them do not
toww the specific provisions in the enactment. Majority of the
respondents agree with the implementation of the enactment
by the state Sovernment. The research also finds that the
respondents believe the enactment able to become mechanism
to control crime committed in the society-

Pendahuluan
Kerajaan Negeri Terengganu semasa diterajui oleh PAS (L999-2O04) telah
memperkenalkan satu draf enakmen yang diberi nama Enakmen Kesalahan
Jenayah Syariah (Hudud & Qisas). Draf enakmen ini telah diluluskan oleh
Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 7 Julai 2002, sekaligus menjadikan
Terengganu negeri kedua di Malaysia yang mempunyai undang-undang berkaitan
dengan kesalahan hudud dan qisas.
Sebaik sahaja draf enakmen ini diperkenalkan dan dibahaskan di peringkat
DUN, negeri Terengganu telah mendapat lipUtan meluas media arus perdana,

baik media cetak atau media elektronik. Pelbagai pihak telah memberi reaksi
yang berbeza- Ada pihak yang bersetuju dan tidak kurang juga yang
membangkang. Pihak media arus perdana telah memainkan peranan yang
cukup besar di dalam menyiarkan kontroversi berhubung dengan enakmen ini'

kkilffi
baik dari pihak Kerajaan Fusat mahupun pihak Kerajaan Negeri. Pandanganpandangan dari ahli akademik, badan perundangan, badan-badan bukan kerajaan
(NGO) turut sama disiarkan.
Cadangan Kerajaan Negeri Terengganu (di bawah pemerintahan PAS)
untuk melaksanakan hukum hudud juga turut menimbulkan pelbagai reaksi dari
masyarakat. Bagi Kerajaan Negeri Terengganu (semasa di bawah pemerintahan
PAS), pendirian yang diambil berhubung dengan pelaksanaan hukum hudud ini
adalah kerana beberapa sebab. Pertamanya, kerana ia adalah merupakan
hukum Allah. Pelaksanaan hukum hudud ini juga dapat memastikan keselamatan
dan keharmonian dalam masyarakat. Masyarakat ekan selamat dari jenayah
dengan pelaksanaan undang-undang ini. Meskipun, hukum hudud dilaksanakan
di negeri Terengganu, ia tidak akan menimbulkan ketidakadilan kepada rakyat
yang beragama lain kerana mereka bebas untuk memilih undang-undang yang
akan terpakai ke atas mereka (Abdul Hadi bin Awmg, 2W2). Pandangan ini
disokong oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam (PUM,2402) yang
menegaskan bahawa isu pelaksanaan hukum hudrd di negara ini memerlukan
pertimbangan yang wajar, objektif, jujur dan tanpa prasangka oleh semua pihak.
Ia perlu dinilai berdasarkan kepada semangat dan ttjuan murni agar kewajipan
serta tanggungjawab melaksanakan hukum ini menjadi realiti.
Sebaliknya, bagi Sisters in Islam (2002), Peru$uhan Pertolongan Wanita
(WAO) (2003) dan beberapa pertubuhan lain mendakwa bahawa pelaksanaan
hukum hudud akan menimbulkan ketidakadilan dan diskriminasi terhadap wanita
khususnya yang berkaitan dengan kes zina, rogol dan persaksian bagi keduadua kes tersebut. Mereka berpendapat bahawa mdang-undang hudud adalah
satu undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Oleh
itu, ia adalah batal dan tidak boleh dikuathrasakan- Menurut WAO (2003),
mereka telah membuat tinjauan bagi mendapa*an pandangan dari penduduk

negeri Terengganu khususnya wanita terhadap undang-undang hudud'


Kebanyakan wanita yang ditemubual mengambil sikry menyokong atau tidak
mahu memberi komen peribadi.

Menurut Mohammad Hashim Kamali (2fl)3), rang Undang-undang


Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terenggmu yang meniru rang Undangundang Hudud Kelarrtan hanyalah memperincikan kmtroversi yang sedia ada.
Antaranya adalah peruntukan yang berkaitan dengan rogol. Penggubalan
undang-undang ini tidak memberi sebarang perubahan kerana Majlis
Perundangan Negeri tidak mempunyai kuasa unok menggubal undang-undang
berkaitan dengan hudud. Selain daripada itu, bidangkuasa Mahkamah Syariah
sendiri yang dihadkan oleh Perlembagaan Persehrnran tidak membolehkan
undang-undang hudud dilaksanakan baik di Kelantan zrau pun di Terengganu.
Kebanyakan pandangan yang disiarkan adalah lebih menjurus kepada
pandangan dari sudut politik dan perundangan negara. Pandangan dari
masyarakat Islam negeri Terengganu terhadap enakmen ini tidak dinyatakan

secara khusus oleh pihak media. Persoalannya ialah apakah masyarakat Islam
negeri Terengganu tahu dan sedar tentang kewujudan enakmen tersebut, dan
sejauh paaakah penerimaan mereka terhadapnya. Justeru itu, satu kajian telah

--rre

dilakukan untuk meninjau pandangan masyarakat Islam negeri Terengganu


terhadap enakmen tersebut.

Latar Belakang Kajian


Kajian ini dijalnnkan pada pertengahan tahun 2003. Namun sebelum kajian
dapat diselesaikan. iaitu pada tahun 2004 pilihanraya umum telah diadakan dan
Kerajaan Negeri Terengganu telah diambil alih oleh Barisan Nasional. Justeru
itu, kesemua data yang diperoleh daripada responden adalah semasa pentadbiran
PAS.
Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan. Sampel kajian ini adalah 700
orang penduduk negeri Terengganu dari tujuh daerah iaitu, Hulu Terengganu,
Besut" Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman. Seramai
100 orang responden mewakili setiap daerah yang ada di negeri Terengganu
telah dipith sebagai sampel kajian. Pemilihan responden dibuat secara
persampelan mudah (convenience sampling).
Maklumat dari responden diperoleh melalui borang soal selidik yang diisi
oleh responden sendiri dan juga melalui temubual bersemuka. Borang soal
selidik telah dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian A adalah maklumat
berhubung dengan profil responden. Maklumat berhubung dengan jenis pekerjaan
serta kategori perkhidmatan dan jenis pentadbiran iaitu sama ada di bawah
Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat dimasukkan dalam bahagian B. Dalam
bahagian C pula responden ditanya tentang pengetahuan mereka terhadap
kewujudan hukum hudud dan qisas dalam Islam, kesedaran mereka tentang
kewujudan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas)
Terengganu dan juga pandangan mereka berhubung dengan enakmen ini. Dalam
bahagian ini, soalan adalah dalam bentuk lima skala likert iaitu 1 (sangat tidak
tahu atau sangat tidak setuju), 2 (tidak tahu atau tidak setuju), 3 (tidak pasti),
4 (tahu atau setuju) dan 5 (sangat tahu atau sangat setuju).
Borang soal selidik ini telah diedarkan sendiri oleh penyelidik dengan
mengunjungi responden sama ada di tempat kerja, di rumah, mahupun di tempattempat awam seperti perhentian bas, pasar dan masjid.
samping borang soal selidik, penyelidik juga menggunakan kaedah
temubual, khususnya kepada responden yang tidak bekerja dan berpendidikan
rendah. Kaedah ini dilakukan bagi mengelakkan kekeliruan di pihak responden.
Penyelidik telah menerangkan maksud soalan-soalan yang dikemukakan bagi
mengelakkan salah faham di pihak responden. Soalan-soalan yang dikemukakan

Di

kk;ffi
kepada responden adalah berpandukan soalan-soalan yang sedia ada di dalam
borang soal selidik.
Sebanyak 672borang soal selidik telah dikembalikan semula. Data yang
diperoleh dianalisis dengan menggunakan peratusanlfrrekuensi. Analisis peratusan
digunakan untuk mengetahui kesedaran responden tentang kewujudan Enakmen
Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud & Qisas) Terengganu, pengetahuan mereka
tentang hukum hudud dan qisas di dalam Islam, dan sumber maklumat responden
tentang enakmen tersebut. Selain daripada itu, pandangan responden terhadap

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud

&

Qisas) Terengganu dilihat

melalui nilai min kesedaran dan pengetahuan mereka bagi setiap soalan yang
dikemukakan dalam borang soal selidik.

Dapatan Kajian
Dalam kajian ini, seramai 366 orang responden (Y5%) adatah lelaki manakala
selebihnya iaitu seramai 306 orang (45.5%) adalah wenita. Responden bagi
kajian ini juga terdiri daripada pelbagai kategai umur. Kategori yang paling
ramai ialah yang berumur antara 21 hingga 30 tahrm iaitu 198 orang (29.5Vo),
manakala responden yang berumur lebih dari 51 tahun iaitu seramai 77 orang
(Il.SVo).
Kebanyakan responden terdiri daripada kakiangan kerajaan dari sektor

awam iaitu seramai 260 orang (38.7%). Kategci kedua terbanyak ialah di
kalangan mereka yang tidak bekerja iainr srmai 185 orang (27.5Vo). Responden
yang bekerja di sektor swasta ialah seramai 105 orang (15.6%o) dan yang
bekerja sendiri adalah seramai 113 orang (16.8%)- Daripada 260 otang
responden yang bekerja di sektor awtrn, seramai 77 orang (lLSVo) adalah
berkhidmat dengan Kerajaan Negeri manakala selebihnya seramai 183 orang
(27.2Vo) berkhidmat dengan Kerajaan Pusal

Kesedaran Tentang Kewujudan Enakmen Kesalahan


Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu
Majoriti responden menyedari tentang kewujudan Enakmen Kesalahan Jenayah
Syariah (Hudud dan Qisas) yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri
Terengganu (di bawah pimpinan PAS pada ketika int) pada 7 Julai 2002.In
terbukti daripada kesemua jumlah responden yang menjawab soalan iaitu
seramai 666 orang, 582 orang (87.4Vo) membrikm jawapan bahawa mereka
menyedari tentang kewujudan enakmen ini. Sebaliknya hanya 84 orang sahaja
(12.6 Vo) yang tidak menyedari tentang kewujudan enakmen ini.
Daripada 582 orang responden, majoriti mnyatakan bahawa mereka
memperoleh maklumat ini daripada media cetak (D7 uang) dan media elektronik
(157 orang). Antara sumber-sumber lain ialah daripda rakan-rakan dan saudara

ry-G
mara (71 orang) dan bengkel atau persidangan (40 orang). Terdapat responden
yang menyatakan bahawa mereka memperoleh maldumat tentang enakmen ini
lebih dari safir sumber. Ini menjadikan jumlah keseluruhan jawapan adalah
melebihi dadpada bilangan responden.

Kesirydm yang dapat dibuat berdasarkan kepada dapatan ini ialah


kelulusan rry enakmen ini telah mendapat liputan yang meluas di dalam
akhbar dan dia cile*trcnik. Tidak dinafikan bahawa pihak media di negara
ini telah nsnaink*n penanan yang berkesan dalam menyampaikan sesuatu
maklumat rc -grklih maklumat berhubung dengan kelulusan enakmen ini.

Min Pengetrhuan Responden berhubung Peruntukan

dahm hcn
pengetahuan responden berhubung dengan peruntukan
Secara uryet*ry
rlalam enfu.d*
sederhana. Dengan nilai min sebanyak 3.13 belum
mewajtr d. dibuat kesimpulan bahawa masyarakat Islam di negeri
Terenggurryai rehap pengetahuan yang tinggi mengenai peruntukan
dalam-"1--- llr{Ltryn

begtu majoriti responden percaya bahawa enakmen


jenayah yang berlaku di dalam masyarakat
tersebut qr
ffiung
(M=3.8I1'" rfi
benetuju jika enakmen tersebut dapat dilaksanakan
-ckaHamun, tahap keyakinan mereka terhadap kemampuan
di negeri il@t3-SlKerajaallqnii - 'rclaksanakan enakmen ini agak sederhana iaitu dengan
nilai min 335;

re

,dL ft Dfin Pandangan Responden

Scttr At

fu

ndalsanaan

f qEi

Terengganu*

Kcr-n*q

nc*Lgirryah*
Kil-rrAcqtsmNegeri

ffitren**

hffidalam
r*r

re

Terhadap Enakmen

67

3.98

.99

67

3.85

1.06

577

3.35

.88

62

3.13

.91

* H- l!{rgn tidak setuju, 2=Tidak setuju, 3=Tidak pasti, 4=Setuju,


setuju
r* S &at
ffig11ddakmamFu, 2=Tidakmampu, 3=Tidakpasti, 4=Mampu,
5#gArrgmfu
*** S
hqrgrt tidak tahu, 2=Tidak tahu, 3=Tidak pasti, 4=Tahu,

&u
ffiSdSelidik

tahu

kkffi
Kesimpulan yang dapat dibuat daripada dapatan

ini ialah tahap

kepercayaan dan keyakinan responden terhadap undang-undang jenayah Islam


adalah tinggi di mana meskipun mereka tidak begitu arif tentang peruntukan
undang-undang, namun mereka bersetuju dengan pelaksanaannya di negeri
Terengganu. Pandangan mereka yang merasakan bahawa enakmen ini tidak
akan dapat dilaksanakan adalah berdasarkan kepada faktor perundangan semata-

mata iaitu disebabkan oleh kedudukan undang-undang Islam di bawah


Perlembagaan Persekutuan. Dapatan ini menunjukkan bahawa terdapat di
kalangan responden yang memahami dan menyedari tentang kedudukan undangundang Islam dalam konteks perundangan negara.

Kesimpulan
Secara umuflrnya, majoriti responden menyedari tentang hasrat Kerajaan Negeri

pada waktu itu untuk melaksanakan undang-undang hudud dan qisas. Meskipun
mendapat tentangan daripada pelbagai pihak khususnya Kerajaan Pusat, mereka

tetap bersetuju dan berkeyakinan bahawa undang-undang tersebut mampu


menangani masalah jenayah yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini. Di
samping itu, mereka juga yakin bahawa Kerajaan Negeri mampu untuk
melaksanakan undang-undang ini sekiranya diberi kuasa dan peluang.
Namun demikian, adalah penting ditekankan batrawa isu penggubalan
undang-undang bukanlah satu isu yang mudah dilakukan khususnya apabila ia
dilakukan oleh Dewan Undangan Negeri. Oleh kerana struktur politik di negara
ini yang menjadikan perlembagaan Persekutuan sebagai satu undang-undang
yang paling utama, sebarang penggubalan undang-undang yang paling utama,
sebarang penggubalan undang-undang ataupun akta perlulah merujuk kepada
Perlembagaan Persekutuan. Dua perkara perlu dipertimbangkan sebelum
Kerajaan Negeri meluluskan sesuatu undang-undang, iaitu sama ada Dewan
Undangan Negeri mempunyai bidangkuasa unfirk menggubal undang-undang
tersebut dan sama ada undang-undang yang akan digubal itu bercanggah atau
tidak dengan Perlembagaan Persekutuan dan juga undang-undang yang
diperuntukkan di dalam akta induk. Jika keduadua faktor ini tidak diikuti,
undang-undang yang digubal boleh dicabar kesahannya.

Dilihat dari segi sejarah, undang-undang Islam pernah dijadikan sebagai


undang-undang negeri (Ahmad Ibrahim dan Ahilemah Joned, 1987). Justeru
itu, penulis merasakan Perlembagaan Persekutuan tidak sepatutnya menjadi
penghalang kepada penggubalan undang-undang Islam di dalam bentuk yang
lebih luas di negeri-negeri di Malaysia. Jika sekiranya perkara 121 (1A) telah
memberi kuasa eksklusif kepada Mahkamah Syariah untuk menyelesaikan
kes-kes yang terletak di bawah bidangkuasanya, maka penulis merasakan
bahawa perlembagaan perlu dibuat pindaan sekali lagi dengan memberi
bidangkuasa yang lebih luas kepada Kerajaan Negeri. Di samping itu, Akta
Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1984 juga mestilah dipinda untuk

=GG

membri bidangkuasa yang lebih luas kepada Mahkamah Syariah di

dalam

mengendalikan kes-kes jenaYahPendidikan berkaitan undang-undang jenayah Islam perlu dimasyarakatkan,


bukan hanya diaju di instinrsi-institusi pengajian tinggr sahaja. Pengajian-pengajian
Rqh traaisionatdi masjid-masjid dan di surau-surau perlu melalui satu anjakan
p*aignu daxipada terlalu fokus kepada isu-isu ibadat semata-mata' Isu-isu
Lttaitan undang-undang jenayah Islam perlu juga difokuskan, agar masyarakat
lebih memahami den menghayati kelebihan dan keunggulan undang-undang
Islam^
Dilihat kpada dapatan kajian, masyalakat Islam di negeri Terengganu
secara umurnnya merasakan bahawa undang-undang Islam, terutamanya

penrnUrkan bertraitan jenayah (hudud dan qisas) perlu dan mampu dilaksanakan'
, disebabkan oleh kekangan perundangan yang sedia ada

Walau

menyebabkan ianya tidak dapat dilaksanakan.

Rujukan
Abdul Hadi Awang' 2003, Martabatkan Darul Iman, http://
mcmbers-tycos-co.ul(ttninda2rakvat/artikel/231008

artikel 4.html? 30 Mei

2W5.
Abdul Monir Yaacob, 1988, The Implementation of Syariah Law in the
Civil and Syariah Courts in Malaysia, Jurnal Undang-undang IKIM, Kuala
Luryun Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Ab&llahAbu Bakar, 1995, Undang-undang Pentadbiran Islam di Malaysia,


N-Ahkm" Jilid 1, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka'
Hassan, 1988, Pelaksanaan undang-undang Islam di
N%pd-negpri di Matayiia - Satu Ulasan, dalam Mahmood Zuhdi Haji Abdul

Ab&llahAlwi Haji

Maji4 ("d-), rr Arah Merealisasikan undang-undang Islam di


Kuala Lnryur Thinker's LibrarY.

Malaysia,

Ibrahim, 1987, Caning for shariah court offences, The Law


MafiilIoIa Fealing Jaya: The Law Society IIUM.
Ahmd Ibrahim dan Ahilemah Joned, 1987, Malaysian Legal system,
Kuala I-qlur Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahad

lbnanim, 1978, The Position of Islam in the constitution of


MalaFi4 dalam Mohamed Suffian, H.P Lee dan F.A Trinidade, (ed.), The
Coitintion of Malaysia: Its Development, 1957-1977, Kuala Lumpur:
Oxford University hess.

Ahd

Hatta Wahari, 2oo3, Hukum Hudud Bercanggah Perlembagaan


Persefmm, lltusan Mal.aysia, 19 November.

ilrkkrk
Hudud PAS menindas wanita, 2002, Mingguan Malaysia, 2 Jun.

Kadir Dikoh & Misiah Ta1b,2002, Kerajaan Kaji Kuasa Halang Hudud
PAS: PM, Berita Harian, 19 Jun.

Lo'lo': Review, don't oppose Hudud Bill,

The Star 30

I;N.dei

2002.

Mohamad Hashim Kamali, 2003, Hukuman dalam Undang-undang


Islam: Suatu Penelitian Tbrhadap Hukum Hudud Kelntan dan Terengganu,
(terj. Norhayati binti Haji Kaprawi &Zaltun Mohamed Kasim), Petaling Jaya:
Ilmiah Publishers.
Mohd Lazim Endut, 2002, Hadr: Rang Undang-undang Jenayah Qisas,
Hudud Akan Dibentang, Utusan Malaysia, 7 Januari.

Mustafa Kamal Basri, 2002, Terengganu says Islamic Laws will


eventually cover non-Muslims, New Straits Times,g Julai.
Not Time for Hudud Yet, Don't be emotional in calling for implementation
of Islamic criminal law: Hamid,2002, The Sw" 7 Febnrari.
PAS: No turning back on hudud law, The

Su4 4lalan 2002.

PM: We'll block PAS's hudud law, The Stan 19 hn 2002.


Ruangan Dalam Negeri, 2002, Hudud: PAS sedia bincang dengan PM,

Utusan Malaysia, 31 Mei.


Sisters in Islam, 2002, Undang-undang Hudud Terengganu, http://
www.sistersinislam.org.my/SISVo20Malay%o2owebAPressStatements/rnala/
17072002.htm. 30 Mei 2005.
State govt

will take

some time to enforoe new laws, The Star 10 Julai

2N2.
Suara Persatuan Ulama Malaysia Online, 2W2, Kenyataan Bersama
NGO Islam - Isu Hudud, http://www.e-ulanaory/Berita/?mode=0&ID=64.
30 Mei 2005.
Terengganu admits Hudud and Qisas Enactment can't be implemented
immediately, 2002, New Straits Times, 14 Julai.
Wanita MCA presents memo opposing Hudud
Jlun 2002.

ZULKIFLIMOTID
Emel: mzulkifli @udm.edu.my.

SYED MOHD AZMI SYED AB. RAHMAN


Emel: smazmi @udm.edu.my.

Bill to Had|

The Star 28

ENGKU MI.'IIAMMAD ?\,ITJDDIN ENGKU ALI

--x

Jabatan Syariah

Fakulti Png4iian Kontemporari Islam


Universiti Darul Iman Malaysia
Kampus KUSZA,, Gong Badak
300 Kuala Ttxcngganu, MALAYSIA.
Eret emQfrddin@urm-edu.my.
21

MOHDALIMOHDYUSOF

Psrgqiiil Kontemporari Islam


Dilul Iman Malaysia
Kampus'KIISA" Gong Badak
Fakulti

Universiti

21300 ItuaIa lbrengganu, MALAYSIA.

Emet ahhm@u.lm.edu.my.

You might also like